Showing posts with label versi tulis dan cerita. Show all posts
Showing posts with label versi tulis dan cerita. Show all posts

Wednesday 31 March 2010

.rabu, test dan future exam



semalam rasa "lost". owh rasanya setiap hari juga rasa lost bila berkait dengan asignment dan segala hal, sebab dengan pengetahuan sendiri yang amat limited, tentang studies dan juga tentang orang, saya memang lost. kadang-kadang rasa sudah tahu sangat,hihihi~ over confident. kadang-kadang rasa mengong yang teramat. heh!!! sengal punya perempuan, apa yang direpekan ini???

anda sedang buat semua orang lost tahu??
okeh, drop the subject.

sila hidup seadanya.

hari ini hari yang indah. saya ada sebuah test dan speech yang telah berjaya diharungi- tahniah kiki!!!

;) keputusannya masih belum tahu, tapi tak salah kan untuk ucap tahniah pada diri yang berjaya went through it?

sukahatila, nak cakap tahniah gak!!!
heheheehe...


quote dari lecturer for my english literature subject: seems that you all quite sceptical about final exam, its just an exam anyway, like the one that you went through since you primary school.

ahahahaha, itu kata-kata beliau selepas beliau sudah memberi pembayang soalan exam, macam no satu soalan apa sampai enam, owh bukan bermakna detail, something in general but more focus la, the rest student punya effort la. ye tak? 

selepas semua orang sudah get ready nak pulang, dan juga beliau sudah call it a day" memanggil sebagai hari",
ramai sangat yang mula mengasak dengan soalan, okeh yang sepatutnya ditanya dari awal semester.
saya juga menyibuk menanya empat soalan yang tak pernah terfikir pun untuk ditanya sepanjang semester.


adakah kita terlalu sceptical tentang final exam?? 

tanya soalan adalah untuk unleash our confident, i think?*different social context, result a different way of intepretation-ngeeeh..

sekejap lagi mahu kekelas PR, 530-630.


;) smile along the way
.cik kiki.






Sunday 28 March 2010

.jangan jadi juri dan hakim tanpa tanggungjawab




satu peristiwa berlaku hari ini.


ada sesiapa pernah ambil tanggungjawab sebagai juri atau hakim sesebuah pertandingan, "tanggungjawab yang besar" adalah nak mengadili seadilnya dan meletakkan sesuatu pada tempat yang benar. nampak mudah???

amat tidak.
tanggungjawab berat.
sebab itu kita boleh kira bilangan hakim, okeh, ambil contoh hakim kat malaysia, agak-agak kalau suka hati berjalan-jalan kat pasar malam, anda akan jumpa seorang atau dua orang hakim selang setiap gerai? mungkin akan jumpa seorang(kalau nasib baik) tapi adakah dia akan pakai satu tag nama yang besar dan mengaku "saya seorang hakim"... takkan,

saya amat kasihan pada mereka-mereka yang memanggil diri sebagai hakim tapi tidak menghakimi dengan sebaiknya. meletakkan nilai kejujuran diri di tahap yang paling bawah, maaf saya sudah cuba mencari bahasa yang paling enak. dan berfikir berkali-kali haruskah menulis di halaman ajaib milik sendiri, saya mungkin bukan baik sangat, tapi saya tidak mahu jadi seperti kamu, membuang nilai adil dan jujur hanya kerana "kamu rapat dan baik" atau "kamu pemimpin mereka". layakkah seorang pemimpin membenarkan anak buahnya menang tanpa usaha, hanya kerana kamu seorang hakim???


maaf, saya sebelum ini amat tidak ambil kisah tentang kata-kata tentang kamu dan anak buah kamu. kerana saya tak pernah mengenali secara detail, rasanya saya agak tidak layak untuk membuat justifikasi tentang kamu. hari ini saya sudah faham, rasanya amat lawak kerana tidak sangka disaat kita hendak menang kerana daya usaha sendiri, seperti kita yang takkan pernah mengambil barang yang bukan milik sendiri... 
saya lihat kamu buat, itupun dengan perasaan bangga.


saya sudah ada tanggapan buruk, maaf..

saya tak suka mengaku benda yang salah, 
macam kamu dan mereka buat.
mengaku benda yang bukan milik sendiri,

sukan tu seharusnya benda yang sihat,
maaf untuk cakap ini,
tapi sukan hari ni dah tercemar dengan mentaliti kotor...
jadi hakim sendiri,
letak markah sendiri,
dan sandang semua kategori,
sedih sebab "kamu dan mereka" tak dapat sebarang piala atas tiket olahraga??
jadi sebab itu kena adjust sedikit sini dan sana agar menang,
cagar nilai jujur dan adil,
untuk dapat nilai kemenangan,
walaupun "kamu dan mereka" memang tak buat apa-apa untuk itu,
terang-terang ada yang lain,
sangat-sangat jelas,
ini semua dunia,
untuk dapat dunia, 
cagarkan salah dan silap,
cagarkan dosa dan pahala,


menang tapi malu, apa guna, semua orang tahu,
bohong kalau tak ada perasaan bila lihat semua orang jerit cakap "bantah dan salah"
rasanya hari ini dapat tidur lena??
sebab menang?
tidurlah*saya cakap itu dengan nada cynical







*ini cerita benar, saya adalah saya tidak berubah. cuma watak "kamu dan mereka" sentiasa berubah, dari seorang pemimpin pelajar yang hebat, sahabat yang terlalu baik(kepada kawan-kawanya), penghubung silaturrahim yang sangat hebat antara "mereka-mereka".....
dan juga hakim dan juri yang sangat ADIL dan SAKSAMA*lagi sekali saya katakan itu dengan nada cynical.



nak tahu siapadia "kamu dan mereka",
biarlah,
"kamu dan mereka" itu tak penting untuk disebutkan disini,
biarlah kita hanya belajar dari situ,
*bila dah ambil satu tanggungjawab, jalankan betul-betul*




kita semua belajar sesuatu hari ini,
terima kasih "kamu dan mereka"
kali ini saya katakan dengan *senyum



.cikkiki.
:)

Friday 26 March 2010

.jumaatnism~a process towards the better tomorow



tajuk perasan lebey....hahahahaha
maybe we should put our sense of critical thinking here;)

its all over....manyak la hang punya over


semua jumaatnism punya asignment finish, owh i cant wait for next week punya jumaatnism~ngeeeh

selamat pagi dunia
mari kita buat rancangan untuk hari ini(intonation ala-ala deejay radio)
  • pukul10 keluar pergi kampus
  •  hantar asigment *fell blessed =P
  • balik bilik terindah ini*sengaja highlightkan perkataan itu
  • masak kat bilik~ hahaha, hujung semester adalah masa yang sesuai untuk memasak selepas puas berjoli-jolian, hari nie menunya, ayam masak merah madu, nasi beriani ngan nasi hujan panas(kaler biru dan hijau), masak hitam ayam ala cik kiki, sotong goreng tepung bersalut kentucky* the list are endless.... hahahahaha (semua nama masakan tadi adalah tipu semata-mata~ngeeeh, bajet la nak masak begituan)
  • mengemas bilik ~ okeh amat tidak janji akan membuat ini~ngeeeh(lambang gadis yang mengakui kekurangan diri,hahahahaha)
  • berangan jap
  • faceboooking
  • cari bahan untuk my next media kits(public relation)*kunun-kunun la
  • membuka temporary dobi service untuk diri sendiri sahaja  "kiki laundry service" *sangat banyak baju perlu dibasuh............... sangat rindukan rumah!!!! (saya basuh baju pakai tangan ok, semua yang basuh baju pakai mesin sila SHUT UP!!!)
  • buat pom pom, malam nie perasmian temasya olahraga tahunan usm, kena jerit kuat-kuat untuk restu (itu desasiwa tempat tinggal saya)

tidor awal*absurd


nota cik kiki yang bestari: sila jangan lupa pergi sembahyang jumaat bagi yang berkelayakan.

Tuesday 23 March 2010

.lupa, lupa dan lupa~ngeeh

kenapa ye harini amat banyak kejadian terlupa dan lupa. entah...




terlupa modem
1. harini ingat nak stay back kat library, so waktu bersiap-siap nak pergi libry, cari my broadband punya moden tiada. p mana pulak(kata org penang). satu bilik cari, merata-rata, dan akhirnya jumpa kat celah tilam~ngeeh, sebab tenet wifi usm dah wokey jarang nak cucuk moden kat lapty, kecuali macam nak download movie ke hapa ker* rasa macam nak terminate jela broadbband nie, ye tak?? 



terlupa bawa kad matrix
2. then, dah siap kemas. mula la gerak, naik bus komuter usm nak p libry, dalam bus baru tersedar terlupa bawa matrix card, abih nak masuk libry camno???~sengal amat. pinjam yang kalai, erk pinjam tali nyer jela, cardnye saya ganti dengan bussiness card sapa ntah yg ada dalam purse, masuk dengan selamat* nasib baik pak cik yg kat depan tuh tak chek, kalau tak.....~ngeeh



terlupa yg sedang pinjam kad matrix orang
3. dah la pinjam tali card matrix orang, isinya pulak bussines card hapa ntah tapi ada hati pulak cik kiki nak p pinjam buku, dah pergi kaunter depan abang yg urus pinjaman tuh, nasib baik belum kasi buku kalau tak dia scan card matrix yg sebenarnya card perniagaan hapa ntah tuh, tak pasal-pasal jadi glamer sebentar..haha*glamer kena tegur la kat depan masyarakat lain.



terlupa nak ambik balik buku dan payung
4. pukul4 ade kelas, balik kelas pergi toilet jap, letakkan buku and payung kat luar, last-last boleh diri ini pergi balik macam tu je, dah sampai bus stop terakhir, baru teringat. then patah balik.


penatnyee asyik lupa
ok dah la sikit-sikit membelog,
nak p wat keje berfaedah sebentar..
tatatata


.cik kiki.


p/s: lupa buatkan anda jadi penat, takut benda yg kita lupa bila dah teringat kembali tak ada kat tempat yg kita tinggal;)

Saturday 20 March 2010

.saya beberapa hari lepas



uh, lama tidak ngupdate belog.. alasan malas boleh terima tak???`ngeeh
banyak perkara yang macam hampeh berlaku dua tiga hari lepas, owh tapi tidak perlu risau saya masih "shining' seperti selalu;)


"saya sedang belajar control emotion, sedih tak perlu terlalu sedih"

tapi still,
banyak jugak perkara yang best, hepi-hepi dan indah-indah~huhu

minggu lepas encik sepupuku kahwen.. nah nie mesti la tergolong dalam kategori hepi-hepi. weh bercinta 8 tahun kot, lama tau.. bukan sesenang je nak sampai tahap neh,huh amat besh macam tuh kan??

perkara besh kedua adalah balik rumah, lepak2, bermalas-malasan, bergaduh dengan adik-adik, makan tanpa henti, tido dengan selesa, mandi berjam-jam, membebel, dan segalanya yang amat disukai.


saya sedang enjoy every moment, mungkin banyak perkara yang bagi setengah manusia lain adalah benda biasa yang tidak besh amat. saya pilih menghadapi semuanya secara besh, tengok permandangan dalam bas rapid pun i senyum sensorang sampai mak cik sebelah fikir i ada masalah..~ngeeh, saya tidak kisah.

tapi tipu kalau sesekali tak rasa bengang atau macam hampeh,

sedang rasa bengang,
bengang dengan diri sendiri yang nyanyuk dan pelupa tahap teruk.
tertinggal charger kat rumah~sedang mengahadapi pembalasan atas nyanyuk sendiri
kerana saya cuma memakai hand phone chap rama-rama yang tiada manusia lain sanggup nak pakai jenis handphone begituan, amat payah nak pinjam charger orang.. huh, okeh, sedang menjadi lost connection dengan semua orang.

tapi ada juga perkara baik,

macam i call my mum sehari dua kali sejak tak ada hand phone~kalau ada hand phone mak yang called i,hehe
sedang kembali pada nature~ kepala hotak engkau la kiki!!
tapi sekarang dah ada phone dah, my cik yah(mak saudara) telah memberi telefon gantian...

moralnye; telekomunikasi sudah amat penting sekarang.

mendapat asigment baru, disaat-saat lagi 3 minggu nak exam. sungguh bless bukan? ok bukan satu atau dua, tapi tiga..
tiga asignment untuk subjek 1 asignment utk subjek memasak(subject terpaksa di rahsiakan), 2 untuk subjek mengemas (subject juga terpaksa dirahsiakan)
amat indah kan?
yeeha..


sila hepikan diri selalu,
apa pun berlaku..
;)

.cik kiki.

Wednesday 10 March 2010

.sila mengambil risiko mencuba


         

 “twenty years (kalau masih bernafas dibumi Allah ni) from now you will be more disappointed by the things that you didn’t do than by the ones that you do”



sedang meraptai my persuasive speech "dare to take risks".. 
okeh tak tajuknyee?*ngeeh
sila berani ambil risiko 
err..bukan la macam amik risiko mende-mende yang tak berfaedah,
ada batasan la, bukan amik risiko membuta tuli,
dah besar kan??
sila la sama-sama kita fikirkan sendiri;)

pergi dulu,
.cik kiki.

wish me luck:)
 

Tuesday 9 March 2010

.my whole week..*i guess

jemput minum*sedang minum teh susu segera cap boh yang rasanya amat pelik.







tadi hari isnin, okeh itu maksudnye hari sebelum nie. sebab sekarang dah hari selasa~wee
permulaan minggu yang bagus sesangat
selepas semalam berhempas pulas pergi ke toilet dan 'amat kurang membaca buku'
sepatutnya test.
dalam bus yang bersesak sesak dengan pelbagai manusia kampus,
dan aku sedang sweating~ akibat cuaca yg indah
ngeeh..
iqa called,
sekali, tak sempat nak jawab,
kedua kali, kalut menjawab,
"class cancel"
adakah patut sedih atau gembira?

sedih; sebab dah almost sampai class setelah bangun dan bersiap dan bermekap bagai nak rak untuk inspirasi ketika menjawab test..erk perlu ker?

gembira; sebab ada manyak-manyak masa nak membaca lagi...



so saya memilih gembira;)


ini adalah minggu yang bahagia, 
ada satu asignment untuk disiapkan, yay almost siap*berpandangan positive amat
itu adalah kerja berkumpulan bersama sahabat baik sendiri,
senang nak menyusun atur
berdoa untuk 'A' insyaAllah
*ala-ala confident jee, perasan lebey..



dan juga satu speech untuk persuade orang,
ini utk my course yg tanpa exam,
menumpukan sepenuh perhatian atas bebelan aka speech/public speaking
minggu neh speech to persuade..
apa yang cik kiki nak pujuk orang neh suruh ikut??
yay, otak mengong
ada beberapa cadangan..
macam,

1. stop giving excuses... err tak tahu sambungan aper?
macam okeh jugak la, ajak orang jangan asyik nak memberi alasan je. sila buat apa yang anda patut buat dengan sehabis baik.*tapi ini macam bercakap "menepuk talam terpercik muka sendiri"*betulkah peribahasa itu?' macam pelik jee..
*taknak la menjadi orang yang hanya bercakap bagai nak rak nasihati orang tapi diri sendiri tidak sepertinya..

2. take time to tell your parent that you love them...
sukee, sebab ramai orang yang tak express love yang secukupnya dekat ibu dan bapa, asyik mengexpress pada kekasih cuma, haha*kata-kata berbau cemburu..~ngeeh

payahnyee nak persuade orang, sebab kalau tersalah persuade boleh jadi infomative speech, itu sudah lari tajuk. markah juga akan lari, mungkin akan consider beberapa lagi topik yang lain.
*ada ker masa lagi?? eh, ade je.. cuba apply positive thinking sekali lagi...hehe



owh hari rabu pun saya amat suka hari rabu,
presentation rabu ini, selepas 2 minggu tertunda atas segala hal.. insyaAllah
then speech "sudah mula rasa rama-rama dalam perut"
test PR, pada malam hari rabu yang indah.

khamis kosong, cuma satu kelas.
itupun petang,
so khamis adalah hari final touch untuk asignment.
baca untuk test jumaat



jumaat yang bahagia amat,
kelas PR,
lalalalalalala
next replacement class; test

balik rumah tercinta
untuk kutip rasa gembira diaorang kat rumah, jadi pendinding..haha;)


there will be kenduri encik anchik my sepupu (sabtu sebelah puan ancik, ahad sebelah beliau)
tangkap gambar manyak-manyak untuk upload kat blog,
amat tidak janji okeh...


nota kiki: apa yang ada kat atas cuma rancangan, selebihnya Allah yang Maha Kuasa;)


doakan me;)
.cik kiki.

pesanan penting: kadang-kadang minum teh susu yang konvensional, si teh campur susu pekat manis lebih enak daripada teh susu yang telah melalui transformasi.

okeh, sekarang boleh panggil aku cik kuno=P

Saturday 6 March 2010

.waktu-waktu penting seorang pelajar

  itu bukan aku ;)

 
 hari ini baru habis test for my style in english literature. minggu depan mid term test for my PR, psycholinguistic, and also my next speech tentang persuasive.. doakan yg baik, insyaAllah.

minggu lepas, minggu nie dan juga minggu depan banyak mid term test berlaku dan juga bakal berlaku. malah, nie juga minggu semua pelajar-pelajar bestari nak hantar asignment, yela study week akan datang lagi 6 minggu je. so semuanya sudah tukar kepada gear usaha sungguh-sungguh ~ tiada lagi jalan-jalan atau bersuka-suki.

sepanjang semester, kalau kita tengok dan lihat betul-betul, ada sesetengah waktu yang macam waktu penting bagi semua student. *okeh, ini hanyalah berdasarkan pemerhatian cik ki~betulkan beliau jika beliau salah:) waktu penting ini macam masa yang puncak, yang ditunggu-tunggu dari awal sampai akhir semester atau waktu yang paling mendapat perhatian ramai.

~waktu daftar kursus hari pertama semester buka

walaupun semua kursus boleh daftar online, tapi agak ramai yang tak pernah tahu yang kursus boleh daftar online, ntah` unsecure kot, sebab setengah rasa yang daftar online ni macam-macam boleh jadi (daftar kursus tak masuk, kod kursus tertukar, nama hilang dari senarai dan bla bla bla yang kadang-kadang kita fikir tak masuk akal pun. masa 2 minggu diberi pada sesapa yang nak daftar online, even boleh betulkan berapa kali yang disukai, tapi masih je hari pertama semester buka, berpusu-pusu nak pergi daftar manual.*alhamdullillah sepanjang duduk mendaftar online belum ada kejadian yang pelik-pelik, last day daftar kursus tu sepatutnya jadi tempat student-student yang daftar online nak betulkan salah silap ke, nak drop atau tukar. tapi dah terbalik pula, semua pakat-pakat nak mendaftar.

~waktu biasiswa, ptptn, jpa masuk

owh, kalau waktu ni amatlah meriah, kalau kita tengok sekeliling*termasuk muka saya sendiri dicermin. semuanya mengukirkan senyuman je, masuk kuliah pun salin semua nota~sebab terlalu suka hati..hehe berita-berita yang duit biasiswa ke loan ke dah masuk nie cepat je tersebar, boleh je tegur-tegur dengan orang yang diri sendiri tak kenal semata-mata nak dapatkan confirmation samada benar atau tidak. dan sepanjang minggu kalau anda lalu depan foyer library dimana ada (sebuah mesin atm)ditempat saya belajar, kita akan nampak barisan yang ramai orang, dan anda juga termasuk cik kiki sendiri akan berasa amat gigih nak turut sama beratur,hahaha.
p/s: dekat-dekat nak menjengah hujung semester nie, boleh kira sebelah jari je sapa yang duduk beratur kat mesin tuh...ngeeh

~waktu  minggu ketiga bermula

selalunya minggu pertama dan kedua nie, banyak yang wajah berkarisma lagi. yang banyak masa nak keluar bersuka-suki. tapi bila minggu ke 3 dah start, semua orang dah sibuk, anda akan jumpa ramai orang sekeliling anda yang sibuk memberitahu dan meluahkan kepenatan. tutotial dan kuliah berganti-ganti dalam sehari. tapi biasala kan?? mana ada benda mudah, cuba fikir, kalau kita tak perlu datang kuliah atau tutorial dan belajar secara online kat bilik masing-masing, amat percaya ramai juga akan mengeluh pasal macam-macam masalah berbangkit yang lain.

~waktu dapat topik asignment.

selalunya waktu nie, soalan susah macamana pon atau mudah macamana pon atau lecturer tersalah bagi soalan pon, amat tidak disedari oleh para student. sebab mereka cuma focus pada datelinenye sahaja. nie bukan scepticsm , tapi serasa cik kiki la, nisbah pelajar yang membuat asignment selepas mendapatnya secara terus adalah amat sedikit, yang lain (majority) *sila betulkan saya kalau ini adalah salah, lebih gemar menyimpan tajuk-tajuk asignment sebelum menjengah lagi 3 atau 2 minggu sebelum dateline. atau lebih bahagia, 2 atau 3 hari sebelum dateline.
*kenapa saya amat tahu?? hehe, kerana kadang-kadang i apply it to myself oso, sedang cuba berubah diri sendiri..huhu

~waktu mid term test atau final exam.
      
 wah, ramai sungguh,hahaha


ini juga waktu penting, pada waktu-waktu begini, kita boleh melihat orang memegang buku dimana-mana atau kedai photostat nota bawah library amat penuh dengan orang. semua orang sedang berusaha, gambate ne!!! "napa sedikit je student ambik paper neh?" dan kadang-kadang anda akan terkejut bertemu rakan yang sama subject dengan anda selama hampir separuh semester tanpa pernah dilihat. percaya atau tidak, kadang-kadang kita ingat itu bukan reality yang sebenarnya, kalau nak tengok kuantiti student yang betul, tengok pada hari first, hari mid term test, dan juga hari final exam... semua akan muncul tanpa segan silu....hahaha

~waktu minggu study week.




ini pun adalah masa yang paling penting juga, minggu ni bukan minggu study week sangat, nie lebih kepada minggu balik kampung, hostel memang sunyi gila la time nie, mungkin ramai orang lebih senang ulangkaji kat rumah, hehe saya pula lain, kalau balik rumah, manyak la benda-benda yang tak berfaedah yang dibuat, lepas tuh macam leceh amat nak membawa buku-buku yang banyak untuk ulang-alik datang sini kembali. hmm sayang nak habihkan minggu study week yang seminggu sebab ada manyak minggu-minggu sebelum study week diri ini amat tidak study bersungguh-sungguh... *hehe, cuba sorokkan muka sendiri


p/s: ini hanya pemerhatian picisan sahaja.



.cik kiki.
 :)


Tuesday 2 March 2010

.fire drill'tips and tricks

alahai pak cik neh' kesian beliau


apakah perasaan tuan-tuan dan puan-puan jika sebijik loceng bebunyi pada malam hari? kringggg, kringgg and kringgg lagi.... 

aku dah lama dah tak join fire drill neh, tinggal di tingkat sembilan, ulang suara*tingkat sembilan, bukan satu tanggungjawab yg mudah. dan kaki yang dah lama berkurun tak bersenam dan nak lari semata-mata nak pecahkan rekod masa fire drill semester lepas juga bukan mudah. malah, nak habiskan masa mendengar bebelan dan omelan ketika time jam dah menjengah hari berikutnya amat membosankan.

okeh, itu cuma segala alasan je, jwapan yang paling tepat aku malas *jawapan yang membuatkan bakal-bakal mak mertua berfikir berkali-kali untuk menerima aku. 
*huh, haruskah gadis yg turun fire drill lambang menantu sejati??

sebagai antara penghuni yang telah mencapai 'tahap pengelat fire drill ' yang agak bestari, aku ingin berkongsi manual cara mengelat fire drill. *owh okeh, sebelum tu, sila PASTIkan yang itu hanya fire drill, bukan yang original atau kebakaran yang sebenarnya pulak, yela untuk mengelakkan anda tak dapat nak join lagi fire drill semester depan akibat daripada tindakan terlalu bijak anda.

1. KHABARkan berita pada jiran bilik sekalian, tanya samaada mereka nak turun ke tidak. kalau mereka jawab nak turun, hasut mereka sedaya upaya supaya jangan turun. kalau ingkar, ugut akan mandi lambat-lambat bila time mereka nak pergi kelas awal pagi. hahahaha

 owh, yang pegang senduk tuh aku'hahaha


2. pura-pura tidak mendengar sebarang bunyi disekeliling anda. kalau anda agak sukar nak berpura-pura kerana terlalu jujur, cuba pasangkan headset dengan nada konsert dan miming PERLAHAN ikut lagu, yela, kalau kuat-kuat karang, orang tahu la duduk dalam bilik.

3. tutup segala lampu-lampu dalam bilik, bergelap sebentar, jangan tutup kipas!! anda akan kepanasan, cuba DENGAR bunyi tapak kaki, kalau ada sebarang bunyi baru tutup kipas. yela karang kena saman pulak tak turun fire drill, tett


 tengok'kalau tak tutup lampu kan dah jelas


4. untuk mengelakkan kebosanan tahap melampau, ajak jiran-jiran berkampung dibilik anda, buat mini fire drill dengan memfokuskan pada gosip-gosip yang bercorak fire drill, dengar rintihan kawan-kawan, luahan hati dan jika perlu CATAT, untuk dikemukakan pada mesyuarat penghuni desasiswa.


5. PEKA pada persekitaran, contoh; tapak kaki yang sedikit, maknanya ada pihak sedang membuat pemantauan. dan jika bunyi tapak kaki yang ramai, riuh rendah, itu maknanya pelajar-pelajar yang bestari baru pulang dari menyertai fire drill. pastikan mereka dah reda baru benarkan kawan-kawan anda keluar dari bilik dengan wajah tidak bersalah.

6. JANGAN senyum dan ketawa (depan mereka yang baru pulang fire drill), pura-pura penat dan amat letih kerana tidur anda terganggu, ini untuk mengelakkan ramai lagi yang bercollaboration dengan anda, nanti semester depan kemungkinan pihak pengurusan desa dapat mengesan taktik-taktik anda.

 
okeh, tengok gambar itu takada sapa nak percaya yang anda normal,hahaha


finally, aku rasa semua orang boleh buat keputusan yang bijak. samada nak turun fire drill atau tidak. aku takkan kata; 
sila abaikan semua taktik-taktik diatas jika anda seorang penghuni desa(hostel) yg berjaya.
aku takkan,
sebab baru sebentar tadi aku berjaya mengelat satu fire drill. yesh!!

okeh, stop semua repekan merapu ini, nak hit my head back to the normal track'
papai,
.cik kiki.



p/s; taktik-taktik diatas tidak digalakkan bagi mereka yang belum berusia 18 tahun ke atas.~ngeeh








Wednesday 24 February 2010

.menyanyi lalalalalala




salam,
lama tak membelog. aku amat tidak bermood baek beberapa hari lepas. ntah syek syahdu jek. dan seingat aku, aku belom pnah menulis belog ketika aku syahdu,hoho*amat tidak pandai mengunakan perkataan. aku bukan open sangat, aku pilih share happy thing dari share mende syahdu-syahdu gini.hahha. ntah, kita lebih suka orang tengok kita happy dari bermuka nanges. huh, sumpah amat teruk rupa i bila nanges. *siries

ok, drop the subject*macam sengal je merepek tentang nanges. meh kita bercakap tentang mende yang hepi-hepi


kucen gumuks sedang berkaraoke'hahaha amat comei



baru balek bersuka ria dari bilik kalai, ala bilik sebelah je. kitaorang buat aktiviti karaoke malam selasa,hahaha. manyak jugak la lagu yg telah berjaya di sumbang mambangkan. okeh, kalai amat gigih, *had to mention here sebab beliau telah mendownload lirik-lirik yang kitaorng nak nyanyi. hehe.

mula dengan lagu thousand miles, owh aku amat sukeenye lagu ini. haha,
then cuba nyanyi lagu jepun, amat lawak.. yang part jepun main bantai jek, bila korus yg english part baru nyanyi kuat-kuat. erm nyanyi lagu flavour of life then first love by utada hikaru. then manyak-manyak lagu lain lagi,
then, lagu if you not the one.. owh aku juge amat suka lagu ini.

eh takkan nak letak gambar encik kucing je tgh karaoke kan?? perlu la letak gambar tuan punya belog gak. ok, finally inilah aku waktu karaoke tadi. amat teruk............
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



p/s; yey, aku dapat keje part time kat kedai jam and hand bag, huhu. hujung minggu jela, okey nanti kita sembang about that. sekarang aku dah penat menaip*alasan bodoh.

okey,
gumbira-gumbira
papai
.cik kiki.

Friday 12 February 2010

.post yg tak mencabar minda

kaki siapakah???


selamat hari jumaat...huhuhu.
aku sedang mengemas2 barang nak balik rumah,
erm chinese new year minggu neh.
okey, selamat menyambut chinese new year to all my fren, gong xi fa chai
esp; melissa edward and maureen chua,huhuhu..
ops, and oso to benjy, hehe.
la actually benjy neh budak yg join campus election hari tuh, maureen ngn aku merupakan penyokongnya... hahahaha.
tapi dia tak kenai kitaorg pon, uh sad hah???
abel benjamin kot tak salah aku nama dia, kitaorg panggil benjy, konon2 jela.. hahaha, perasan kan???
kerana undi seciput aku and maureen dia menang,hahahahaa...
takdelah, manyak kot orang undi.

lepas cuti manyaknye test,
so bercuti pon tanpa ketenangan. haha.
maybe aku mai awai kot kat usm.
cuti kejap2 dah la, asyik nak cuti je, macam kanak-kanak aku neh,,hehe
*cuba pujuk hati sendiri.
erm dah 520am dah, sekejap jea masa berlalu.huhuhu.
tadi kitaorg dok mencerita "creepy story"hehe...
natijahnya, mel kena tito bilik kalai.
bilik kalai sebelah bilik aku je kot.
aku memang tak tido.huhuhu.
ntah lom mengantuk. *logikkan alasan tersebut???hahaha.
owh, ok aku akan tido dalam bas esok...

apa yang aku akan buat esok??
kuar awal pagi,
*pasti ramai orang kat feri and stesyen bas.. yela kan dah cuti..
sampai selamanya...
beli barang mak aku pesan,
*belum sampai umah g mak aku dah pesan macam-macam...hahahahaha
then, balik...
makan,
melapor kegiatan selama beberapa minggu neh
mendengar kegiatan seluruh ahli keluarga sepanjang minggu
tunggu ecah balik sekolah agama,
dengar cerita beliau dan kawan-kawannya.
malam,
cuba menjadi student yg baik dgn baca buku2 yang aku bawa balik utk stadi.

p/s; sebenarnya aku mcm takda pa nak post here. ouh*post yg amat merepek again, dari aku... tak mencabar minda lansung...huk

.cik kiki.



Tuesday 9 February 2010

.sengal or single???

uhuhu... malam suda larut, mungkin dah menjengah pagi... i cant sleep, awake for nothing, buat mende mengong. tengok muka buku, jumpa kawan lama kat sana, huh semua dah besor, grown up, dah tua. tahun neh, me will be 22. amat bahagia, seketika ini, harap Allah kekalkan bahagia ini selalu. aku single. aku suka frasa tuh, awalau aku tak penah nak masukkan my status dekat muka buka, buat apa??? penting ker nak masukan kat situ then cakap "kita singlet"hahahaha. we dont have to advertise ourself, thats too*yawn*

when the times comes, it will just happen. tak perlu nak jadi wanita ayu, pretend for something that not us.(bagi aku la) kenapa?? takut jadi single?? kalau sekadar nak jadi "pair" sebab ramai manusia lain pun "pair" jugak, *what the heck?? malu?? sebab umur dah nak graduate tapi belom ada "pair"?? *childish. kanak-kanak pun akan ketawa bagai nak rak kalau dengar.

"wanita baik untuk lelaki baik". kenapa nak sibuk kejarkan lelaki baik??? kejar benda dalam tangan, diri sendiri . hmm aku pun belum cukup baik untuk lelaki yg baik, panggilah aku sang materialis atau apa, aku cuma harap ditemukan dengan lelaki baik, malu kerna aku masih belum sesuai. banyak yg kurang sana sini. aku masih mencari diri membetulkan diri, ya betul.. selamanya kita takkan jadi sempurna, tapi takkan kerana tu kita nak berhenti mencuba.

kalau kita milik bersama, Allah akan temukan, pergilah kemana ja, alih-alih ada je yang mendekatkan. tak perlu sibuk nak bagitahu karekter lelaki idaman.. that's totally ridiculous, kamu mengaku cintakan seseorang, tapi kamu cakap kamu cintakan dia sebab dia caring, responsible, pandai masak and so on. logik kah?? kalau dia dah tak pandai masak, tak caring lagi, dah lupa tanggungjawab.... cinta pon hilang?? begitu?? mudah klasifikasikan hati sendiri... tanpa alasan sebenarnya, kalau kita cintakan dia.. tanpa apa-apa yg perlu membatasi. tak sempat nak fikir karekter dia, kalau cinta kitatetap akan cinta dan kalau dia pergi.... biarlah dia pergi, asalkan dia bahagia.

entah, aku bukan si expert cinta. hahaha. umur 22 bukan menjadikan aku expert dari budak 13 tahun, aku selalu mengelar diri sang optimist. tapi aku skeptic yg yang tak mahu lukakan hati sendiri, aku pilih wajar menunggu yang satu. aku perasan modern, tapi aku pompuan kuno yg penakut. *

enjoykah single?
tanpa ragu-ragu aku jawab yesh!!

aku tak perlu jadi pelapor semua kegiatan, pegi kelas, balik kelas, makan ke blum, nak pakai baju kaler apa and so on. perlu ker?? kadang-kadang izin mak ayah pon kita tak minta, tapi gigih minta izin si dia, yg belum tentu siapa2 pada masa depan. *aku tak kata bercinta tak elok, tapi berpada-padalah.. berlebihan tu boleh mendatangkan riak...

aku tak payah pegang handphone 24/7. aku ini amatlah pelupa, lupa charge telepon, kedekut nak topup ;P, suka silentkan phone and forgot kat mana letak. then, aku takkan jadi peserta realiti cinta yang baik, hari pertama dah out. hahahaha.


aku bukan si manis. aku bercampur baur, aku jarang manis, banyak masam and pahit dan kadang-kadang masin. aku kasar, oleh kerana semua orang sibuk mencari karakter, aku memang kalah tanpa bertanding*aku memang tak ingin bertanding pun. aku bukan perempuan sweet yang cakap manis-manis, eii aku geli. hahahahahaha.

i choose single.
dan kalau dah cukup umur, ikut je kot sapa pilihan my ayah and mak.
they know me better than myself.


hahahahahahaahhaha

.cik kiki.




Friday 5 February 2010

.my biggest acknowledgement of appreciation

trying to sorok muka sendiri*haha

huhu, sebenarnya entry neh aku shud post semalam. hmm, semalam my busy day (rabu), pagi adae kelas critical reading, hmm tutor. then my english literature tutor class, huhu then my public speaking class, then lecture for my english literature, then my public relation tutor class. aku penat tahap gaban, uh penat amat. cuaca pulak agak panas, malam tu rase macam nak demam, tak sempat nak bloggy coz aku tido awai, then prepare for my presentation today(khamis).

kerana selasa malam rabu sebelumnya, aku amat sibuk prepare for my public speaking speech, last minute preparation, and its went awesome the next day, thanks to aina and bell coz willing to be my model that day.*huhuhuhu, amat hepi. aku juga amat bezi menulis belog malam tuh kerana mata takleh tido, and around 5 am aku tido sekejap sebab nak gain some tenaga, kang blur lak my otak yg sediakala blur...hahaha. before sleep, buat kerje tutorial for my critical reading.

my critical reading class the next day was really enjoying, amat best.we had a debate dgn tajuk " size does matter?". when our beloved DR ask us tentang tutor task, adoiyai..................... aku tersalah wat soalan, and the DR said that nak jadikan tugasan tutor tu as quiz. aha,*satu lagi kenyataan yg mengejutkan.

aku yg amat gigih menjawab soalan-soalan tu pada malam sebelumnya, mula hilang arah.*tapi as always, aku pretend la mcm optimist, minta DR kasi lebey time aku nak wat the real question that i supposed to do, DR tu macam tak kasi. she keep mention about one student that ponteng her lecture the day before(selasa), which is me, akula manusia tak guna yg ponteng kuliah dan sedang menerima pembalasan atas dosa sendiri. dah mula redha dah.

she said" if u want to do another question then all of your friend should do the question that you do then". uh, ade process reverse osmosis la pulak.

aku jawab"DR, its kinda majority, better me do their question rather than they do mine.. i'm the one that make mistake... we follow majority,*sambil gelak ketawa cover"

she said"i'll put on my blog today saying that, the student that do not go to my class yesterday had answer the wrong tutorial question today..

aku jawab"owh DR, u had a blog... how about exchange our link.. bla bla( something like that)"

she said"owh, u dont want to know it(her blog), i always talk about my student.. not a very good one"

aku jawab"owh DR, i dont mind(curious voice)

she said"instead using ur name, i often use ur 3 last no of ur matrix no, uh like u shakirah, i'll call u 304"

aku jawab"ok DR, i'll try to google my matrix no then....lol(sempat lagi dok bergelak ketawa aku, tak sedar diri salah wat keje).. hmm can u give me sometime i'll try to send(the task) this evening...

she said"i'll meditate this matter................

class continuue,

then she said, "everyone can sent the tutorial task tomorrow"

then me answer"DR, i'll say thank you on my blog then"

she laughed.

and i really mean it...... thank so muck DR, mucho2.......
and really sory for being the talkative, the naughty, the mess up, the trouble maker in your class.

lots of thanks,
;)
.cik kiki.

Wednesday 3 February 2010

.my subjects for this sem

uh, sila lihat siapa sedang membaca buku*keajaiban sedang berlaku,hahah
(pic was taken, last sem @lib)

semester baru, eh actually dah masuk minggu ke 5 dah*if i not mistaken la=P. since dah tak tahu nak mengomel ape, and kinda nak membasuh kembali otak aku yg berkarat and juga membuat peringatan kepada diri ini. lets talk about what subject did i took this semester.

uh, ada 4 major paper this sem, ops forgot to tell u all what exactly my major, aku amik khusus english language studies and minoring in communication studies. pada semester ini otak aku telah dan akan bertambah serabut dengan,

  1. oral communication and public speaking. ini adalah subjek tanpa exam, there will be 4 speech yg kena present depan manusia lain, satu speech dah lepas, speech to inform; which i talk about "how to wear dress according to your body figure". then esok will be my next speech, dan aku amatla terhegeh-hegeh menulis belog.*kiki bkn contoh student yg baik,huh

  1. critical reading and writing. subjek yg melatih membaca n menulis dgn kritikal,huhu.*p/s; aku baru je terponteng kuliah subjek neh pagi tadi, uh... again i'm not a good example...hahaha. end of this semester, kena writing a critique. uh, cant wait that!!!

  1. style and contemporary litreture in english. uh, i like this subject, mucho2...;) we have to read about 5 compilation of short stories, every book 5 stories.. err, depend la. then kena try to understand style of the author, kenapa dia used certain event dalam storynyee. aku sukee. tutorialnya paling best, its conduct by my lecturer's phd student, miss tahire... kelas yg sgt happy*cik kiki sedang bersikap bias,...

  1. psycholinguistic. subjek hari isnin, dari lecture hingga tutorial all together straight away. konsentrasi hanya pada sejam pertama, selebihnya 2jam aku membuat kuliah sendiri dalam minda. haha. ui, subjek neh focus pada brain anatomy*seingat aku la... and how brain menjana language.. agak2 gitula lebih kurang:p minggu depan ada kuiz... and kena wat research gak tentang special person such as; down syndrom, autisme, dyselexia, alzheimer and ada lagi kot.. tentang macamana diaorang produce language. sabtu neh kitaorg are going to pulau tikus, pegi center kat sana...... then jalan2...huhu
my minor paper satu je sem neh. kiki amik, unit dan penuh;(
  1. public relation. kelas yg bahagia. kenapa?? hari jumaat hanya kelas neh je, 8-10 pagi.... huhuhu... then jumaat adalah hari balek rumah*dah berapa minggu aku tak balek...hahaha. macam mass com neh, we have to chose certain subjek yg kita nak, ada media management, journalism, script writing, television studies, cinema studies, and so on. so aku pilih public relation, lagi dua belum decide, but i kinda suka script writing..... uhuhuhu, maybe wat elective kut.. ntah, karang fikir.
then, satu subjek universiti.
  1. general english. nie kira macam subjek wajib la, mcm its already designed for certain school,mcm budak sains kena wat saintifik english kalau tak salah management kena wat bussiness english and so on.. gitula kot(malas nak explain) *pemalas amat aku neh... uh, khamis aku gak ada presentation for this subjek. adakah minggu neh minggu presentation sedunia?????

semua subjek itu berjumlah 19 unit, ala rugi satu unit tau. tula kalau tak aku nak wat teori and penyelidikan komunikasi sem neh, tapi its already fix to budak major komunikasi je la pulak. takpe, ade la great thing yg Allah dah takdirkan. wish me lots of luck sem neh, nak dekan sem neh. insyaAllah.


go go kiki.
u can do it.
.cik kiki.


p/s; kenapa semua no subjek yg aku listed jadi no 1. belaka??? sebenarnya typing error, hmm but maybe its better that way, to show some sense of priority.....huhuhuhuhu *kiki sila sedar diri....study weh

Saturday 30 January 2010

.hari sabtu

tiada apa untuk di update, cuma benda biasa, assgment dan hidup makin sibuk, aku harap aku dijalan yang betul, insyaAllah, untuk minggu depan ada 2 presentation for general english, and my oral communication n public speaking course. aku harap aku dapat buat yang terbaik, insyaAllah.

rindu my famili, kalau tak aku dah cadang nak balik minggu neh, tapi mungkin bukan takdir, tunggu lagi dua minggu la, balik waktu raya cina terus. lama sikit. rindu my ecah. tak sabar nak jumpa my adik, aku ada belikan dia hadiah teddy bear mr. bean, dah dua minggu, ehm lupa nak bagitahu last week aku pegi kl ngn kak nini, jalan-jalan. and i found that teddy bear there, belikan kat ecah sebab teddy bear yg dia punya dah comot,huhu actually its was mine, aku punya teddy waktu kecik-kecik lepas tu di turunkan kat chado then ecah, ada memory yg penuh kat teddy tuh. hmm how much i missing my adik2, walau aku kakak yg jahat selalu buat onar, arah sana sini... aku sayang sgt my famili,

kalau aku balik rumah, 1st day malam pertama adalah tido dengan my mak, ecah n my ayah. ecah even dah darjah 3 still tido dengan my mak n ayah, so aku join sekali, menjadi kanak-kanak riang yang dah nak berumur 22 tahun pada tahun neh adalah amat hepi sekali;) dan mak aku akan masak sakan, macam dekat usm neh aku tak makan, kadang-kadang sebelum aku balek dah mesej bagitahu nak masak apa, then tanya okey ke tak...owh, huhuhu, actually aku bary 2 minggu tak balek rumah, over sangat kan... macam tak balek berbulan bulan,hahaha...

okeyla, c u again bloggy,

cik kiki

Saturday 16 January 2010

azam 2010

selamat datang 2010... hehe, agaknya aku adalah orang yg ke berapa juta yg ucap, huhu... nie pon dah 16 januari, ui baru teringat yg hari neh besday my kakak sepupu puan jimah, almaklumla baru je kawin, so takde da nak panggil cik lagi kepada beliau...
"hepi besday to you, hepi besday to you"
semoga gumbira selalu, sayang kak jimah always... muahmuah=)


ha, tula my kak jimah sebelahnye sepupu ki, si afiqah najwa (cantik ke tidak sepupu i?? confirm la cantik...hehe)

owh okey kembali kepada matlamat penulisan, ehe lama tak menulis kat blog sendiri rasa macam pelik lak, kiranya cik ki nie seorang pengemar cuti yg bestari, start je cuti semester, semuanye pun bercuti sekali... manyak la aktiviti waktu cuti, huahauahua

em azam tahun baru masihi dan hijrah nie antaranya adalah nak blogging dengan betul2, macam my ayah cakap, nak buat apa pon buat betul2, jangan maen je...*hehe, aku memang memain je manyak, ntahla bila nak insaf...

tahun nie juga akan menyebabkan umur aku bertambah setahun lagi*walaupun aku baru je sambut besday 15/12 yg lepas.. sungguh tak aci sapa yang lahir bulan 12 kan???huh* umur pun dah nak masuk 22, takkan nak main2 lagi, kena jadi lebih series dgn hidup nie, more responsible...

  • tak boleh boros-boros dan membazir tak tentu hala...
  • jadi student dekan semester nie, score semua subjek ajaib yg aku amik semester neh..huhu
  • kuruskan badan, hahaha...
  • jadi lebih baik, lebih jaga aurat, jaga solat*taknak ada yg termiss dengan sengaja atau tidak..huhu
  • hepi hepi selalu
  • dapat g jalan2 dgn kak nini and my fren didiana...*rancangan yg telah tertunda selama beberapa lama,hahaha
  • dapat tgk bintang selalu

yang paling penting aku nak jadi anak yg solehah utk ayah dan mak, jadi kakak yg baik utk my adik2, tapit, chado n ecah, dan jadi kakak yg baik utk my kucen, potpot dan mumu...

aku ingin jadi siti nurshakirah yg hepi selalu, yang selalu nak tengok bintang tanpa takut waktu hujan, kalau hujan turun aku akan raikan hujan, bukan jadi sang pesimis yg hanya menjenguk ditingkap, berharap hujan akan berhenti......

lalalalaalalalalalalaalalalala


cewah, aku la tu konon ssedang merenung langit... *tak tahan perasan..hahaha


cik kiki

Monday 16 November 2009

.counting days...huhu

exam esok.... huhu, pastu selang sehari exam lagi, pastu takda dah selang-selang hari, exam je manjang sampai jumaat, exam semester neh amat memberi cabaran,huk2 orang len dah dengan selamba dok buat lambaian maut balek umah... aku pulak campur esok ada lagi 4 paper, hari terakhir pon aku exam lagi,hahahaha..... sabar kiki, sila bawa bersabar...


cik kotak dah siap packing dah, baju pun dah asingkan.. mana yg patut bawak balik, mana yg aku tinggal jea kat stor, semakin bertambah semester semakin pulak bertambah barang-barang aku, agak-agak by the time final year tahun depan, bapak aku terpaksa sewa lori nak mengangkut semua harta benda ajaib aku itu... takpa penang ngan perak dekat jea...haha


um tak sabar nak tunggu jumaat, sabtu jalan2 penang jap, ahad balek umah.... seronotnyee... sabtu aku ingat nak pegi cari buku-buku cerita secondhand book, macam novel omputih romantika ker thriller ker buat bacaan waktu cuti... yela kalu nak beli yang original punya mau satu pon 2, 3 puluh ringgit.. pastu aku nak p beli satu novel yang aku terjumpa hari tu kat popular, tapi sebab amat kering waktu tersebut, tak dapek nak beli....


em beg balek rumah, cuma cik lapty dan beg baju beberapa helai. kut.. setengah barang aku dah bawak balik umah dah itu hari, penat woo kalau nak bawak beg manyak2, rebut2 ngn orang naik feri, rebut2 naik bas... uh dekat penang pon penuh dengan pendatang jea, kadang2 takut gak, yela apa tak nya kalau naik bas rapid tuh, diorang lagi ramai dari kita...tapi selalu wat2 berani jea,konon la berani sangat...



uh, aku amat tak sabar nak balik rumah... huhu
windu ngn my family..huu…


tak boleh banyak sangat membebel, huhu..
esok exam,wink*
doakan kiki;)
amin..

kiki

Sunday 15 November 2009

Citer lawak dekat nak exam….




Okeh, citernyee gini, satu malam sedang orang lain sibuk study dengan gigih, aku pun gigih gak, gigih p cari kawan aku sorang neh, budak kos lain. Dah janji lame dah dengan beliau nak amik gambar-gambar aku yg ada kat beliau, dekat nak akhir semester baru aku ingat balek nak pegi ambik… dah dapat gambar, sibuk la dok tengok, yela kenangan silam…hahaha..
Abih cambesa tutup laptop, nyembang2 la*orang lain studi, tetibe si mel cakap nak tengok notes yang ada dalam lapty aku, gigih la aku membuka kembali laptop…

Uhhhh… laptop tak leh nak login, asal aku login jea password aku maka keluarla skrin kosong. Aku dah mula sedih dah neh, takpa buka balek, kuarkan bateri la*cadangan mel, baca doa macam2 neh. Tak boleh gak. Aku dah malas dah, mel jea yg dok nolong tengokkan keadaan cik lapty,. Aku suspect musti laptop kawan aku tuh virus manyak, aku pulak malas nak scan2 pendrive*yea, ok aku tahu itu adalah bad habit.

Pukul2 pagi, sapa yg nak jaga lagi time tuh, dahla dalam laptop manyak notes lecture, memang la boleh baca kat si mel dan memangla waktu tu exam lagi 2 hari, tapi aku asyik dok memikir. Mel ada la gak cuba nak memformat, selepas aku bagi kepercayaan yg penuh kepada beliau, haha tapi at last beliau tak berani gak. Biasala aku lepas dah buat benda bodo(tak scan pendrive) baru nak menyesal….hahaha

So kitaorang pon, area pukul2 lebih jalan2 la kat noticeboard sebab banyak gak la orang yg suke iklankan perkhidmatan, jual barang, topup, penghantaran, sumenyee selalunya student2 la.. selalunya ada sorang akak neh nama kak mimi, dia yg tulun aku pasal format tapi no phone dia aku terlupa letak mana, mengong tol…

Jumpa la satu iklan, khidmat penghantaran pelajar and format laptop. Nama mar, aku bajet pompuan la kan, lekat pulak kat asrama pompuan. Agak2 dekat pukul3 aku messege, cakap ginila lebih kurang,
“salam, akak saya nak format laptop, em kena virus kot, agak2 boleh siap awal tak?”

Mel marah aku, yela pepagi buta sukahati jea message Tanya leh format laptop ke tak.. abih takde pulak dia bagitahu yg perkhidmatan dia sampai office hour je ker…kan?? lagi plak kalu aku tak message confirm betul2, aku susah hati, karang kalu aku susah hati aku tak lena pula nak tito,hahahaha.. alasan mengong.
Pagi tuh orang tuh balas, “boleh jea nak format, bagitau dok desa mana nak mai amik laptop”
Aku bagitahu la gini and gini, then dia balas balek, “sebelum tuh saya nak bagitahu, yg saya nie bukan kak mar, saya nie abg mar”

Toin,toin,toin, hahahaa.. abih nak wat macam mana, wat kering jela macam takda apa2 yang berlaku, bukan nye aku kenal sangat pon dengan encik tersebut,tapi malu tahap dewa gak la, biasala pura-pura macam takda apa berlaku waktu hantar laptop.. kejap je kot dia buat pasal haritu jugak aku dapat kembali my lapty, nasib baik gakla, laptop aku pon okey, sume files ajaib ada dengan selamat.. dan aku pon dapat pengajaran berguna,
  1. Sila scan pendrive
  2. Jangan memandai jea bagi gelaran kat orang.
Dan aku jugak dapat satu kisah lawak untuk diceritakan kepada anak cucu,huhu