Sunday, 15 November 2009

Citer lawak dekat nak exam….




Okeh, citernyee gini, satu malam sedang orang lain sibuk study dengan gigih, aku pun gigih gak, gigih p cari kawan aku sorang neh, budak kos lain. Dah janji lame dah dengan beliau nak amik gambar-gambar aku yg ada kat beliau, dekat nak akhir semester baru aku ingat balek nak pegi ambik… dah dapat gambar, sibuk la dok tengok, yela kenangan silam…hahaha..
Abih cambesa tutup laptop, nyembang2 la*orang lain studi, tetibe si mel cakap nak tengok notes yang ada dalam lapty aku, gigih la aku membuka kembali laptop…

Uhhhh… laptop tak leh nak login, asal aku login jea password aku maka keluarla skrin kosong. Aku dah mula sedih dah neh, takpa buka balek, kuarkan bateri la*cadangan mel, baca doa macam2 neh. Tak boleh gak. Aku dah malas dah, mel jea yg dok nolong tengokkan keadaan cik lapty,. Aku suspect musti laptop kawan aku tuh virus manyak, aku pulak malas nak scan2 pendrive*yea, ok aku tahu itu adalah bad habit.

Pukul2 pagi, sapa yg nak jaga lagi time tuh, dahla dalam laptop manyak notes lecture, memang la boleh baca kat si mel dan memangla waktu tu exam lagi 2 hari, tapi aku asyik dok memikir. Mel ada la gak cuba nak memformat, selepas aku bagi kepercayaan yg penuh kepada beliau, haha tapi at last beliau tak berani gak. Biasala aku lepas dah buat benda bodo(tak scan pendrive) baru nak menyesal….hahaha

So kitaorang pon, area pukul2 lebih jalan2 la kat noticeboard sebab banyak gak la orang yg suke iklankan perkhidmatan, jual barang, topup, penghantaran, sumenyee selalunya student2 la.. selalunya ada sorang akak neh nama kak mimi, dia yg tulun aku pasal format tapi no phone dia aku terlupa letak mana, mengong tol…

Jumpa la satu iklan, khidmat penghantaran pelajar and format laptop. Nama mar, aku bajet pompuan la kan, lekat pulak kat asrama pompuan. Agak2 dekat pukul3 aku messege, cakap ginila lebih kurang,
“salam, akak saya nak format laptop, em kena virus kot, agak2 boleh siap awal tak?”

Mel marah aku, yela pepagi buta sukahati jea message Tanya leh format laptop ke tak.. abih takde pulak dia bagitahu yg perkhidmatan dia sampai office hour je ker…kan?? lagi plak kalu aku tak message confirm betul2, aku susah hati, karang kalu aku susah hati aku tak lena pula nak tito,hahahaha.. alasan mengong.
Pagi tuh orang tuh balas, “boleh jea nak format, bagitau dok desa mana nak mai amik laptop”
Aku bagitahu la gini and gini, then dia balas balek, “sebelum tuh saya nak bagitahu, yg saya nie bukan kak mar, saya nie abg mar”

Toin,toin,toin, hahahaa.. abih nak wat macam mana, wat kering jela macam takda apa2 yang berlaku, bukan nye aku kenal sangat pon dengan encik tersebut,tapi malu tahap dewa gak la, biasala pura-pura macam takda apa berlaku waktu hantar laptop.. kejap je kot dia buat pasal haritu jugak aku dapat kembali my lapty, nasib baik gakla, laptop aku pon okey, sume files ajaib ada dengan selamat.. dan aku pon dapat pengajaran berguna,
  1. Sila scan pendrive
  2. Jangan memandai jea bagi gelaran kat orang.
Dan aku jugak dapat satu kisah lawak untuk diceritakan kepada anak cucu,huhu

1 comment :

Mad Maureen said...

hahaha.. memang sesuai pun namanya Kak Mar.. Mar tu macam nama feminin jer.. eheheh.. at least la kan, ada citer lawak yg boleh menghilangkan stress dan guna nak cerita kat anak cucu.. hehehe..