Wednesday 28 December 2011

.magically wrapped gift


Kenapalah aku asyik stuck dekat first sentence, mungkin blogging is so not me dah kot sekarang, hahaha. :))

Alhamdulillah sudah capai dua puluh tiga tahun (taip number tapi nampak banyak sungguh, haha ;P) dua puluh tiga yang masih banyak kurang dunia dan akhirat, harap tahun tahun yang selepas ini jadi lebih ajaib dan awesome, doakan!

Dah tua-tua begini, sebenarnya tak ada ingat pun soal birthday sendiri, malam birthday memang tidor awal sebab tak ingat pun tarikh, telephone memang silent all the time tapi terima kasih yang masih ingat, yang keep calling walaupun tuan birthday sendiri sudah terbongkang tidor dengan bahagia... haha you guys memang ajaib!

 Tengs to my housmate, merangkap bestie yang susah-susah pura-pura tak ingat birthday, beli kek kuning cantik walaupun i knew that both of us sangat poverty stricken..haha

alhamdulillah, Allah love me soo, sebab kat mana pun i pergi there always ada keajaiban in many form. 
susah atau sendiri bagaimanapun, Allah ada dengan kita, always optimist dan ceritalah dengan Allah:)
May Allah bless always!
*sila senyum!

Friday 16 December 2011

.magically wrapped gift

dua puluh tiga tahun satu hari. haha. tulis dalam bentuk number nampak macam sangat besar. ya sudah dua puluh tiga, dan ya masih kurang sini sana, masih cuba yang terbaik untuk dunia dan akhirat, doakan! terima kasih untuk yang ingat, walaupun sebenarnya aku sendiri pun tak teringat soal satu hari yang kita panggil hari lahir ini, sebab sekarang aku asyik fikir tentang hari-hari. boleh kata tahun yang dua puluh tiga ini, tahun aku benar-benar jadi perempuan dewasa yang banyak fikir soal harga runcit barangan, harga tambang bus, rumah sewa dan segala macam

alhamdulillah, aku dapat sahabat sebagai hadiah dalam balutan ajaib yang aku sendiri tak nampak sebelum ini, danjuga mereka-mereka yang terus ada selalu, melebihi jarak perjalanan. kadang takut, macamana kalau masa depan aku yang bongek ini tiba-tiba terlukakan hati orang-orang yang baik ini, minta Allah jaga persahabatan ini dunia dan akhirat.


---

rasanya aku dah cantumkan cerita dalam entri lain, kemudian aku biar entri ini begini. aku memang suka biar, patut aku padam.

Wednesday 7 December 2011

Tuesday 6 December 2011

Beautiful short story ♥

Wife asks husband:
“What is the happiest moment in your life?”
He looked at her face and said:
“It has not yet come..”
She fell silent for a moment, then she asked:
“And when will it be?”
He said:”The day when you open the door and you say to me ‘my dear husband, Assalaamu alaykum wa rahmatullahi wa barakatuh’ - in our palace in Jannah.”


-semoga kita jumpa cinta yang bawa ke syurga, Amin.

updated: tapi seharusnya cinta akan bawa kita ke syurga, kalau tak, mungkin itu bukan cinta...

sourced: here 

Monday 5 December 2011

Migrate to home


gambar dari sini


hujan seronok, 
tak dapat fikirkan topik apa untuk mula tulis, waktu taip padam dengar bunyi hujan yang nak mula turun, dan oh mungkin boleh mula tulis tentang hujan, haha bunyinya macam blogger yang sangat menyedihkan. lost between no words at all-
beberapa bulan sebelum, adalah hidup yang sangat tidak statik, yeah i know yang hidup kita memang tak statik like we moving around always, walk, suap makanan kat mulut etc. 'statik' here macam tak hidup kat satu tempat, dalam beberapa bulan ini asyik migrasi dari perak to penang then perak then sepatutnya melaka tapi ended up kat kedah kemudian kat sini, dont want to mention where sebab mungkin akan  migrate somewhere lagi, hahahaha, dah penat sebenarnya, penat kaki dan hati.
biar kat sini je kot, mungkin kaki dan hati kena sesuaikan diri kat sini. tapi antara dua, rasanya hati paling penat sungguh, sebab hati pun terpaksa migrate dari pelbagai rasa lebih penat dari berjalan kaki ribu-ribu kilometer.
tapi hati kuat kot, insyaAllah ;)
doakan!