Tuesday 29 September 2009

.sila gembira selalu


harap semua orang gembira.
*sigh

Sunday 27 September 2009

.it will be okay


saat untuk kembali kepada normal cuti pon dah nak menghabiskan dirinya. esok test,*impian hidup aku utk minggu neh, hehe... dan esok juga ada presentation*wah permulaan minggu yg penuh keindahan, ayat yg berbau sinikal tak lain tak bukan ditujukan utk diri sendiri. tu belum lagi minggu depan menjelma, dengan perasaan bangga sekali cik kiki mengumumkan bahawa aku ada beberapa esseyment yg membanggakan masyarakat yg harus dihantar;
a study of grammar, human coms, psaiko *sampai aku sendiri dah psaiko. aku banyak main, aku kena ada orang guide aku, macam my mummy. dan kalau kat sini, kalai and melissa yang banyak tolong ketuk kepala bila aku tak sedar diri, banyak main, banyak berangan. aku suka macam tu, kawan yang akan tegur kita bila kita buat salah, tanpa rasa takut kita kecil hati sebab dia fikir yang terbaik utk kita....

aku bersyukur pada Allah sebab dalam hidup neh aku jumpa semua orang yang membahagiakan aku, yang buat aku gumbira. dan aku harap aku pon membawa banyak kegembiraan pada semua orang yang aku kenal. aku cuba sedaya upaya, tapi rasanya kena usaha lagi. aku gumbira dengan kawan-kawan, kat sini mel, kalai, iqa, aina, bell, lyn....

dan aku selalu harap, nanti walau macam mana jauh pon aku dengan kawan2 yang aku pernah kenal seumur hidup, bila sampai ketemu lagi... kita boleh bersembang dengan nada biasa, gumbira.*mungkin aku nie terlalu percaya tentang hepi ending, haha...




it will be okay in the end if its not okay, then its not the end....

.penat

aku penat, pening kepala dengan mata rasa tak selesa..
aku penat, jantung berdegup kencang dengan nada aku tak tahu..
aku penat,
aku penat,
bila semua kepenatan neh bercantum,
aku harap dapat tido dan bangun dengan rasa gembira esok..
penat sampai mata tak nak lena,

Saturday 26 September 2009

.kuiz lagi

em tengah dok mengechek akak facebook, pastu adalah dapat invitation wat kuiz neh.. kuiz tentang tarikh lahir.. dan inilah jawapannya, aku lahir 15/12/1988(sila catatkan tarikh tersebut dalam planner anda..haha)




no.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini.
Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja.(sila pastikan mak den tak baca ayat ini..)
Anda sangat pandai dalam pelajaran (yeker? patutnya ayat sebegini, anda suka melewatkan study dan banyak main dan berseronok)
dan pengurusan perniagaan.(ni pon salah, patutnya ditulis, aku sebagai pembeli yang bijak)
Anda seorang genius(nak termuntah..),
baik hati (yeker??),
mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak(ni lagi nak termuntah hijau). Semua benda yang baik akan datang pada anda(amin, insyaAllah).
Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda.(true.. aku masih mencuba sedaya upaya)
Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. (harap aku dapat jadi macam tuh,huhu)
Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.(hmm... belum ketemu lagi,)

kiki yg suka berseronok

.berjalan-jalan

huhu, selamat pagi dunia.. haha, tadi pergi berjalan-jalan di bukit jambul, em cik izian my bes friend dari form1 ada datang ke bilik ajaib aku... so sebagai tuan rumah yang bestari, aku membawa dia berjalan-jalan lepas balik dari library tadi... mula-mula pegi bukit jambul aka bj pastu p tesco jap.

adala beberapa splendid moment yang terjadi tadi, haha... gambar adalah seperti dibawah;
aku dah penat nak taip, upload gambar jela ek..
cik kiki yang sedang perasan di dalam sebuah kedai*aku tak beli pon spek tuh...haha





cantik tak??kasut pink kaki aku, grey milik izian*kitaorang tak beli pon kasut berkenaan, saje je perasan-perasan jap...


kasut yang agak cantik... ade riben2 dan tumit tinggi*sesuai untuk orang yang rendah seperti aku..haha


kasut yang nampak biasa tapi percayalah, selesa*huhu(walaupun selesa, kami tak beli pon kasut berkenaan)


kasut untuk formal-formal, tapi suka hati la kan kalau nak pakai waktu bila pon..hehe*aku suka yang warna putih izian pakai.. cun kan??(kitaorang tetap tak beli, ongkos takde)


cantik tak??huhu, yang grey tuh cantik kalau tengok betul-betul*em harga dia pon cantik sebenarnya.. haha, aku tak beli pon..

biasala kalu berjalan-jalan window shopping, sure banyak mende-mende yang cantik, huhu. mende-mende yang cantik sedemikian aku hanya mampu jadikan kenang-kenangan melalui gambar-gambar di atas*ayat yang syahdu kononnya.

em nak wat confession sket, aku ada beli sepasang kasut warna hijau yang bagi aku amat berbaloi, sebab cantik+murah+selesa yang paling penting...harganya rm15..em berbaloi tak?? huhu



so sekian sajalah post tentang jalan-jalan neh.. gumbira-gumira selalu..

p/s; window shopping adalah antara penawar tensen dan kesedihan yang bagus*kata-kata dipetik daripada cik lala(bukan nama sebenar)haha


kiki aka shopper






Friday 25 September 2009

.jap

huhu...
nak pegi mandi jap lepas penat online.. zohor pun da masuk then nak pergi cik library jap.. pastu nak pegi jalan-jalan jap... hehe awal-awal pagi lagi mak aku dah telefon.. risau sebab hostel waktu neh tak ramai orang, insyaAllah tak ada apa-apa...
ui belum lunch, lapor..huhu
baru datang sehari, dah rindu umah balik....

p/s; semalam si mel and kalai ada bagitahu creepy story kat sini beberapa hari lepas...hahaha

.tarikh kelahiranku

tengah online kat akak facebook, pastu wat la satu kuiz tentang tarikh lahir... huh sengal tol, cuba korang tengok apa yang kuiz neh kata kat aku...

Tarikh kelahiran anda adalah 15

Ciri-ciri individu kelahiran 15
+ Seorang yang tergolong dalam golongan orang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu.
yang tak serius tuh mungkin betul gak kot, ha la kot sebab aku tak fikir panjang...

+ Namun begitu, selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah.
yeker?? penuh perhatian macam mana??haha

+ Sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang huru-hara.
entahlah, ye kot.. tapi kalau huru hara yang hepi aku suka... kalau yang tak hepi, sedih, macam perang ke rasanya semua manusia tak suka..

+ Dalam soal cinta, dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya.
entah no komen.

+ Namun begitu sikapnya disenangi olih kawan-kawan.
tu kena tanya kawan2 la...

Thursday 24 September 2009

.em bebel jap

malam neh gelap lagi, macam malam-malam selalu kat usm neh, penang memang selalu hujan... tapi
walau sejauh mana perasaan aku suka tengok hujan, tapi tak sesedih bila tak ada bintang lansung
yang menjengah langit. huh, mengong aku neh...

aku baru sampai dari rumah tercinta ke bilik ajaib neh, sunyi sepi betul. tak ada orang kat
hostel... kawan-kawan aku kalai, mel, mint, el ada la.. si mint, mel and el budak sabah sarawak
so cuti seminggu dua diorang tak balek.. kalai budak penang jek, balik umah tak sampai 10 minit,
mak aku agak payah nak benarkan aku membalikkan diri awal, mood raya tak habih lagi..hehe.
dari time aku sampai petang tadi sampai sekarang,

mak aku dah,
telepon sekali tapi aku tak angkat, *mandi
telepon pula kali kedua aku pegi ambik air, *bekalan air kat bilik dah habih..huhu
ayah aku message tanya,
"kakak kenapa tak angkat mak hang telefon, mak hang risau.."
dan baru sebentar tadi mak aku message lagi...

moral of the story; mak kita semua memang sayang kita, dan walaupun aku neh asyik
lalai dan leka, aku pun sayang mak aku...sayang ayah gak...

aku neh ada masalah dengan charge telefon, sebab aku selalu lupa. sedar-sedar bateri dah habis.
aku cuba sedaya upaya untuk mengingatkan aku dengan keadaan ini seperti;
sebelah bantal aku tidur, aku letakkan akak charger.. tapi most of the time sebab aku
selalu tidur lambat, dengan mata dah mengantuk amat..
aku tak ingat pun kat akak charger kat sebelah bantal,haha dan aku ended up,
tak charge tepon..



pelik kan?? kita banyak lupa, dan pelik jugak bila hati takkan dapat lupakan sesetengah perkara..
dan kalau hati atau akal tak dapat lupa sesuatu perkara tu, adakah tu tunjukkan yang perkara tu
penting atau sebaliknya..

kiki melalut lagi,
sengal..
gumbira semua eh..

Tuesday 15 September 2009

Tengok bintang

aku paling suka bintang, macam bila kita pandang langit gelap, gelap itu jadi hilang sebab bintang... entah aku tak tahu untuk cakap kenapa dan mengapa, waktu sekolah menengah aku banyak habiskan masa tengok bintang-bintang kat langit, aha*waktu muda-muda, aku dengan sorang kakak sepupu selalunya akan buat air teh sorang satu mug dan habiskan masa bersembang bawah pokok depan rumah... tengok bintang. .

aku nie terlalu banyak berangan, dan terlalu optimist dengan angan-angan tu, banyak mencipta angan-angan dari gugusan bintang kat langit. lupa. lupa yang ...


---
Sambungan ayat yang di biar, kemudian...

.kita semua mencuba



kita tak boleh hidup dengan jadi sceptical dan meragui semuanya, dan buang semua rasa percaya kita pada orang lain, aku percaya hidup nie, we need each other.. macam we complete each other. tapi sejauh mana 'complete" tu hingga kita dapat meletakkan our whole kepercayaan. dan kita tahu walau apa jadi, dia takkan rosakkan kepercayaan tu. susah kan dunia?? kadang-kadang orang yang paling dekat tapi sebenarnya adalah yang paling jauh, dan lebih kesian bila kita tak sedar "kejauhan" tuh.

aku optimist, bukan yang terlalu optimist tapi aku harus menyebut selalu yang aku optimist agar aku terus... bohong kalau kita tak rasa apa-apa dengan apa yang berlaku dalam hidup kita, tapi dengan rasa suka atau sedih, kita kena bangun.. sedih dan kecewa bukan alasan untuk rebah dan jatuh.(bunyinya terlalu indah bila kita tulis, haha realitinya kita semua manusia)

seperti mana kita pernah menangis sebab terluka dengan sesiapa, malah mungkin sesiapa juga pernah merintih kerana kita. bila marah dan sakit hati datang, kita marah sangat tapi entah masa depan kita ketawa gembira dengan orang yang sama. kita tak tahu. mungkin betul hidup ni bagai roda... tapi tetap, putaran roda tu kita tak tahu. kita cuba, kemudi roda tu, putar ikut putaran kita, tapi masih kita takkan tahu, roda yang sama akan berhenti atau terus berputar. dan kalau berhenti, adakah roda tu akan berhenti ditempat yang kita suka?? tapi sejauh mana kita mencuba, sejauh itu jugalah mereka yang lain juga mencuba,

semua orang mencuba, bukan cubaan kosong... tapi mencuba dengan banyak harapan bahawa bahagia akan ada di akhirnya...


kiki

Monday 14 September 2009

.sesaje je


hmm sesaje jea.. hehe jap lagi ade kelas pukul4~5, pastu huhu leh pulang ke bilik ajaib... tengah2 online aku ter`bekenan dengan gambar tuh, eh oklah ek?? nak kuar dah... hihi, kat bawah libry neh,
ok papai, hohoho

cik kiki lolo

Thursday 10 September 2009

.monolog sebelum ke kelas

salam..
jap lagi aku ada kelas,huhu em nak pakai baju aper ek?? sebenarnya aku tak ada benda nak citer,*kehidupan yg sedey...haha
aku harap minggu depan pada waktu yang sama aku ada kat rumah, dapat balik... mungkin aku terpaksa korbankan tutorial human coms neh, haha*ponteng la tuh, wah aku memang bukan contoh ikutan yang baik kan??

hu, aku nak balik la, ahad depan da raya, khamis aku tak ada kelas lain cuma kelas nie je, time pulak pukul4 - 5 petang, kat umah anak pompuan paling tua cuma aku jela, em lagi sorang asya adik aku, baru darjah 2, huhu... yang lain adik laki2, syafiq entah bila dapat balik, sekarang dok praktikal.. yang sorang lagi syahrul tingkatan 4... wah, aku adik beradik sikit je.. kalau orang yang adik beradik ramai sure riuh rendah rumah kan??

kitaorang dah agak2 tua2 neh takda raya umah tok aku dah, raya kat umah sendiri, adik2 aku kawan2 diorang datang umah...waktu puasa harituh adalah p sambut kat umah tok aku jap.. umah tok sebelah mak aku, sepupu sepapat sume kecik2 agi.. mak aku anak sulong, huhu ayah pulak anak bongsu, sepupu sepapat belah ayah aku sumenye dah tua2 sikit dari aku... ni kiranya beraya kat sebelah ayah aku la, tapi tok aku dah meninggal*al fatihah... i love you tok.

em aku mungkin wat laksa je kot untuk kawan2 aku,*laksa je aku dapat masak dengan agak betul, kalau korang harap nak makan nasi briyani gam ke, nasi merah ker, aku dengan segan silunya mengaku aku agak tak reti.. hehe, eh datang la rumah beraya?? kalau nak makan laksa ajaib la, ajaib ker?? aku time raya, selalu dok rumah je, tolong jaga rumah ajaib, tengok kanak2 ribena datang beraya, haha kalau kawan2 aku datang beraya, join diorang jap p umah kawan2 lain... tu pun mungkin raya ke dua ke raya ke tiga macam tuh,

huh, manyak assignment nak kena antar lepas raya, huhuhu*tahniah untuk aku... ha lagi satu, musim2 lepas raya neh ramai orang yang kahwin, yeah dapat makan nasik kenduri... owh, nak ucapkan tahniah kepada sepupu aku mr. ancik yang akan bertunang lepas raya neh.... hepi2, tenang and bahgia selalu

awal lagi la nak ucapkan selamat berhari raya,
em selamat berpuasa, selamat mencari lailatul qadar,
semogga kita dalam rahmat-Nya selalu,
salam;)

kiki

Kad raya

salam... semangat raya dah nak menjelang*dengan muka sedey sebab takda baju raya lagi.. haha
em tahun neh aku tak da antar kad raya kat sapa2 pon, hmm kalu tak tiap tahun ade gak la.. orang sekarang takada yang ngantar kat raya lagi,


---
HAHA, kemudian diam tak sambung-sambung sampai berapa kali raya.

.some says that love is at the corner...but i'm walking on the straight long road...


huh, sad huh?? haha.. until now, i never found any corner that can turn my legs, haha... tapi aku tak harap pon dalam masa terdekat aku akan jumpa mana2 corner, haha i prefer walking on this straight and long road, takda headache tak penin kepala hotak, and boleh hidup sukahati aku...
hehe, tipu2..*dengan muka yang gatai nak mampos,haha

takdala, aku memang tak minat cintan cintun neh, sebab aku neh malas serba serbi,
malas nak topup, mals nak siap2 comei2, kadang2 tak da mood, malas nak jadi ala2 kiut miut gitu.. aku pompuan yang tak kiut...haha.. agak2 bila dah sampai waktu aku akan jumpa seseorang jugak, yang terima aku yang tak kiut miut neh seadanya.. huhu... lebih baik macam tuh... sekarang, hidup hepi2 dan biarkan semuanya berlaku secara biasa..

tapi aku takdala kata yang cintan cintun tuh memeningkan kepala otak, banyak kawan2 aku happily ever after, yang gembira huhu huhu selalu... semunye bergantung pada kita.. ye kan??



cik kiki,
huhu



Saturday 5 September 2009

.happy birthday kalai,huhuu;)


happy birthday to you...
happy birthday to you...
happy birthday to kalai....
happy birthday to you.....


5 september, cik kalai dah berumur 21 tahun... huhu... em blog post nie dedikasikan khas utk kalai.. thank you a lot sebab muncul dalam hidupku. thank you juga utk semua kawan2 yang mengindahkan my life.. love you all forever!!
huhu...

ini adalah ucapan2 yg ditujukan wat cik kalai;)


cik aina,
huhu..aku nak ucapkan happy besday kat kalai, may god bless u, may all ur wishes came true, smoga cepat2 dpt mr. right... sayang kalai!! u go gal! akhir kata, hang nak balik ka?? tq


cik iqa,
hepi bufday 2 my cutey kalai... smoga panjang umur and di murahkan rezeki!! smoga cepat jumpe mr. rite and kahwin





cik mel,
gal.. u ody turn 90 opss 21..ha3.. wish u all de bez.. hopefully u get all you wan.. life is a long process so just embrance.. i hope dat u will be hepi always n be strong.. u go gal.. luv u.. i will always always cherished in my heart...





cik lyn,
appy bezday kalai, hope u enjoy ur life, still maintain happy and all the best always... wish u luck dear.. thank for all ur support.. baby


*ucapan2 tuh adalah ucapan2 yg original dari para pengirim.. kiki hanya bertanggungjawab mmasukkan sahaja...huhu

p/s;) sesapa yg nak wish sila tekan"comment" kat bawah post neh.. ok ye, huhu

2 kalai, hepi2 forever dear..love u always...huk2


cik kiki;)