Showing posts with label mereka-mereka dan aku. Show all posts
Showing posts with label mereka-mereka dan aku. Show all posts

Thursday, 21 April 2011

Its all about fin



tiga tahun itu macam sekejap*sigh
sedar-sedar sekarang tengah bertungkus lumus untuk final exam, final semester *sengaja underlined-kan bertungkus lumus, hahaha, padahal nan hadoooo!


presentation terakhir, dan gambar cilok dari facebook kudin*bertungkus lumus nak cilok gambar terpaksa activate facebook sekejap, hahaha



oh sakit pulak hati, gambar yg dicilok rupanya megapix pecah.. sila bertungkus lumus cari perempuan bermulut 'o', pendek, muka bulat, okeh thats me



itu adalah masa promotional writing punya presentation, soo i wat presentation iklan television. sila jangan gelak pada my storyboard yang macam kindergarden, hahaha.. lets just focus to the idea, nama pun story board bukan iklan betul lagi pun, kan kan kan. tapi sebenarnya agak down jugak la bila tengok bebudak lain punya storyboard, 3D wa cakap lu.. meroyan je rasa... dah la lukisan aku 2D pun tak sampai, ala-ala 1D je.. hahaha.. tapi hasil dukungan kawan-kawan sekumpulan dengan assistant ajaib kumpulan kami si kudin dengan zainal, boleh la jugak pergi kelentong kat depan, hahaha.... ;p


yang penting sebelum mula present cakap,
mari kita fokus pada main idea here
*padahal nak cover skecthing yang cam hapa... hahaha.. takpa yang penting confident jek :)



oh esok juga my first paper semester ini, doakan!
kemudian isnin ini, dan akhirnya selasa ini...




doakan eh!
selamat berjaya juga pada semua yang exam.. ;) insyaAllah kita boleh!!!





ya esok exam, hari ini bertungkus lumus update blog.

**sekarang please scroll up and tengok berapa banyak perkataan 'bertungkus lumus' kita boleh guna dalam pelbagai context, now buat karangan darjah lima bermula dengan 'bertungkus lumus'.. hahahaha


oh meroyan sungguh!

papai*wink

Tuesday, 12 April 2011

.kunci

malam tadi,
pakai baju terbalik, oh lupa nak cakap dengan confidentgilababas, kemudian, waktu nak pergi discussion, pakai tudung jugak terbalik, sedar waktu dah nak keluar, sooo bantai-sahajalah-labu, 


RECAP: a day before semalam, i lost my kunci bilik, kalau hilang kena bayar rm20, oh mahal kan?  hari ahad tuh, balik discussion nak masuk bilik cari punya cari kunci, tiada di mana-mana, macamana nak masuk kalau rumate anda juga bersama anda ketika itu dan dia juga tiada membawa kunci, okeh patah balik, cari sepanjang jalan, dan syukur jumpa dalam kerusi kat atas foyer, tempat discussion. 


the ajaib nyanyuk part: sungguh tak sangka, malam ini, i lost my key again! tapi kali ini boleh masuk bilik sebab rumate ajaib membawa kunci, tapi risau-lah, hilang ke mana pula, puas fikir-fikir... okeh kami pun jalan sekali lagi, naik foyer, selongkar semua kerusi dua tiga kali.... to found out,









aku yang fobia sebab terhilang kunci semalam letakkan kunci tu dalam beg mel, dan aku tak bawak sebarang beg semalam cuma kad and pen, jadi menyimpan kunci didalam beg orang adalah langkah terbaik... dan kemudian diri sendiri lupa, adalah BONUS point ;p




p/s: harap penyakit nyanyuk ini akan berakhir bila kahwin, hahaha ;p statement gatai meroyan. tapi memang patutla kena hapuskan penyakit nih, kang tak pasal-pasal plak asyik gaduh je sebab aku main tinggal kunci rumah.. oh maybe jugak, ten years from now takda lagi dah kunci rumah, pakai face recognition....

see thats how optimist think ;p



okeh, takjadi nak hapuskan penyakit ini lagi, hahahaa ;p

Sunday, 10 April 2011

Sebotol air ajaib

hai!
tetibe teringat cerita ini waktu nak pergi mandi, tengok air, sebab air ada hubungannya dengan kisah ini...


soo beberapa minggu lepas, mel and i planned nak pergi seberang (sebab sekarang kitaorang duduk kat pulau, seberang is seberang perai dan kawasan-kawasan sewaktu, mungkin jugak orang seberang perai panggil penduduk yang duduk kat pulau ni seberang, see ajaib gila.. both are 'seberang') funny jugak!8okeh termelalut..

dah 3 tahun duduk kat penang for mel, and me 3 tahun setengah...
serius belum pernah pergi jalan-jalan seberang except bila nak balik umah (kena tunggu bus kat butterworth), so kitaorang pun planned well,

technology savvy, we're*sila muntah
kitaorang google no bus yang akan di gunakan,  even we draw map dekat buku, and state-kan jalan-jalan yang bus akan lalu...

lepas dah mekap-mekap, pergi makan and we both ready to go..
eh before tu, kiki kalau jenjalan mesti nak kena bawa air sebotol, so tunggula bus rapid, bila bus sampai naiklah dengan gembira sebab tak lama lagi dapat berjalan-jalan, dan berjalan-jalan dapat meluaskan pandangan, hahaha ;p

kat dalam bus, apalagi menyembang punya menyembang.. terbukak pulak kisah hantu, sebab aku memang suka citer-citer hantu neh, khusyuk gilalah sembang, tetibe satu abang bangla ni... dia dengan kawan dok berdiri depan kitaorang, kitaorang duduk..

dia dok cakap apa ntah, serius tak faham, bahasa melayu dia pelik... kita orang yang tengah menyembang pelik gila lah, apasal pulak... aku yang garang ni tak boleh berdiam diri la kan terus aku cakap,
"WHAT?" *dengan mata mencerlung tengok dia, bajet garang gila lah..

pastu si mel cakap, "air?" and mel look at me,


pastu kitaorang pandang bawah...
Ya Allah, habis semua tumpah sebotol air, dalam beg aku rupanya.. menitis-nitis sampai ke lantai, yang aku pulak waktu duduk menyembang dengan si mel ingat,

"awatlah aircond bus rapid ni sejuk tang kaki je eh?" 

tapi sebab teruja nak menyembang citer hantu abaikan jela perasaan tersebut... kesian gila kat abang bangla yang baik tolong bagitahu tuh, takut dia tengok muka garang aku... tak pandang muka aku pun (aku pun tak tengok dia, sebab almost nak termaki dia tadi, segan doh, hahahaha) si mel je tolong ucapkan terima kasih...
sooo lepas tuh, jeans memang basah gila.. sampai satu pak cik tuh naik bus, dia macam dok tengok air-air kat lantai tuh, pastu tengok aku, tengok air kat lantai, pastu tengok muka aku balik...


jadi aku wat kesimpulan, dia fikir aku terkencing dalam bus... hahahahha

takpalah pak cik, saya redha ;)




the worse part adalah buku conteng-conteng kesayangan lencun jadi mangsa sebotol air yang mengila ;( 





**eh lupa nak cakap, kitaorang pergi jugak berjalan-jalan tuh, see tak tahu malu tak saya? sila tepuk tangan..
tengs! ;p

Update 'gila'

oh lama tak jumpa cik belog *sambil salam malam cium pipi kiri kanan* hahaha
gila banyak asignment, almost nak jadi gila, haha*exaggerated much ;p

sooo i deactivated my facebook for almost 3 weeks
abaikan blog (tp kadang-kadang bukak untuk update template)
*macam WTH,gila meroyan addicted tak dapat nak update, tukau template pun mcm blessed gila, haha
dan jugak macam appear invisible utk ym jugak for weeks

noooo, i'm not saying that dah jadi FB addict ker, cuma aku suka gila bukak FB
macam rutin, macam ruji jek
macam setiap kali balik kelas, oh harus bukak FB, check keadaan di kingdom FB sebelum menjalankan hidup di dunia realiti *narnia sangat!
padahal bukan update status hapa-hapa pun
seee, memang meroyan
jadi deactivated FB macam bagus juga
audio: bunyi tepukan kalai inserted

cuma sekarang sebab dah takda apa-apa jua social network,
kiki yang bestari telah beralih pulak,
'download ebook'
hahaha,
jadi sekarang aku ada berpuluh-puluh ebook untuk di baca...
so sapa nak sila contact i,
i even ada New york times punya best seller collection 2009 and 2010
sapa nak angkat tangan,
for free je akak kasi noks!

rasa macam banyak gila je nak tulis,
sebelum gila,
better stop, hahaha ;p


eh papai
senyum sikit
ha macam tulah!
;)





Wednesday, 30 March 2011

Senyum bila hujan,



waktu spm dulu, sebab result bukanlah boleh dibanggakan sangat, heeee. tapi Alhamdulillah sambung belajar dekat tingkatan enam, dan bila pertengahan tingkatan enam randah, ingat macam, 

''oh okeh, ingat nak sambung diploma sahaja''

cakap dengan mak dan ayah, sebab makayah jenis percaya pada anak sulung mereka, jadi what ever it is, mereka percaya. jadi waktu tu, sekolah memang jarang pergi, malah exam akhir tahun juga tak ambil, cuma kadang-kadang rajin pergi sekolah sebab nak sembang serba sedikit dengan kawan-kawan (alasan childish, yuck!). yalah, waktu tuh perasan yang pelajar tingkatan enam ini macam super senior yang sangat 'terror'.

jadi persediaan untuk ambil diploma itu diteruskan, hahaha. malah semua kawan-kawan kat sekolah tahu, even cikgu pun tahu, sampai kadang-kadang bila datang ke kelas atau tak, cikgu ann*cikgu kelas waktu tu sangat tak kisah..

malah, siap buat janji dengan munir (sepupu), kalau hujung minggu time belajar diploma nanti, kalau nak balik rumah, minta dia tunggu dekat Ipoh, sebab tak tahu nak naik bas apa dan sangat takut nak balikssendiri, dan bila bincang soal nak sambung belajar diploma ini dengan sepupu-sepupu, munir akan cakap,
 
" takpa, ang jangan risau, aku tunggu hang pastu kita balik sekali''


waktu tu intake diploma yang hujung tahun, yang bulan 12. belumlah sempat beli barang-barang lain, cuma surat tawaran dah sampai, dan tak silap perlu hantar samada terima atau tidak. waktu tuh, terus susah hati, macam nak teruskan misi diploma atau tinggal je dekat tingkatan enam. yalah, waktu tu, ramai orang yang ada stigmatism pada tingkatan enam.
waktu tu, kiki bukannya 'look down' pada tingkatan enam, tapi untuk buat stpm harus ada sifat rajin, dan yes, kiki bukan serajin tuh, kalau membaca itu minat sejak azali tapi kalau nak buat latih tubi banyak-banyak tuh memang taklah, dan memang takkan buat, dahlah pemalas, tak takut lansung ;p 

dulu ada subjek pengajian am (subjek wajib lulus), dan cikgu suruh semua orang buat atleast dua karangan per week, dekat dah beberapa minggu (waktu ni enam rendah) cikgu tiba-tiba buat spot chek karangan mengejut, semua orang kena tunjuk karangan masing-masing, tak ker pengsan? sebab i punya karangan ada 1 karangan tambah setengah jee, dan bonus point, sekali buku-buku tu ada kat rumah, tertinggal, bila cikgu pusing sekelas dan sampai belakang, apa lagi sebab gabra selongkar beg dan laci meja cari buku tulis pengajian am, pastu cikgu cakap (still ingat sampai sekarang)

"tak payahlah kamu dok cari buku tu shakirah, saya tahu kamu tak buat pun"

the best part, cikgu tu tak kisah pun (take note, itu cikgu disiplin) hahaha .. seee i told you, budak tingkatan enam memang 'terror'

tapi, waktu nak pergi hantar surat terima tawaran diploma tuh, terfikir balik, patut ke pergi? atau just stay sini, sebab i know i can do it, cuma perlu tambah sikit je kerajinan...

buat istikarah dua kali, minta Allah tunjukkan apa yang patut dipilih, dan entah napa bangun pagi waktu cuti sekolah hujung tahun (bulan 12)  rasa, 

okeh, nak teruskan tingkatan enam ini sampai STPM,

bangun pagi bagitahu dekat mak, pastu dengan bangun tidor mamai kalut-kalut cari nombor cikgu aan (guru kelas enam rendah), sebab takut dah kena potong nama dari sekolah, yelah sebulan sebelum cuti memang tak pergi sekolah, sebelum tu pun memang suka hati je pergi bila rasa nak pergi, dengan periksa akhir tahun semua tak ambil.. memang patut la kalau sekolah nak potong nama pun kan? hahahaha ingat lagi cikgu aan cakap,

"eh kamu shakirah, bukan kamu nak pergi sambung belajar?"


dan nasib baik, cikgu aan cakap boleh datang je enam atas tahun depan, kemudian sibuk pulak telepon cikgu yang jadi ketua badan pengawas sekolah, boleh lagi ker jadi pengawas, sebab tak tahu nak mula tahun depan harus pakai baju putih biasa atau pakai baju oren. dan cikgu cakap, yea, kamu masih pengawas (padahal telah berjaya ponteng dengan cemerlang waktu enam bawah, hahaha)


dan yes, maybe 'balasan' hari pertama persekolah enam atas, hanya kiki sorang pakai baju oren, sedangkan mak cik dan pak cik pengawas tingkatan enam atas lain gembira dengan baju putih... hahaha


itu semua memori, memori tentang betapa teruknya otak kiki nak buat keputusan. dan mungkin betapa pemalasnya otak kiki juga ;p hahaha



kemudian, bila ditingkatan enam atas, tiba-tiba kiki rasa macam teringin nak baca buku-buku sastera yang aida baca, sedangkan kiki aliran lain. jadi kiki turut beli buku 'sulalatus salatin' yang jadi buku wajib dia dengan alasan, ini buku bagus pasal sejarah melayu, apa salah beli.  (alasan pencinta sejarah tuh,*mata ke atas tangan ke bahu, hahahaa)


STPM cuma ada 4 subjek wajib, waktu tu terfikir untuk ambik sastera melayu sebagai subjek sampingan dan belajar sendiri. yeah, kiki memang jenis optimist selalu walaupun waktu enam rendah kehadiran ke sekolah boleh kira dengan jari, hahahhaa.


jumpa dengan cikgu yang uruskan daftar peperiksaan dan cakap mahu tambah subjek, dia cakap fikir betul-betul, sebab apa yang kiki sudah ambil pun sangat berat. kemudian minggu selepasnya, kiki datang dan cakap, mungkin tak jadi kot mahu tambah subjek, dan selepas berfikir dan baca buku-buku pusaka encik sepupu, si munir, rasa macam nak tambah juga subjek sastera. cikgu cakap, fikir dan nanti sebelum pukul12 jumaat depan datang jumpa saya, dan kiki datang, dan yes kiki tambah dan belajar sendiri walaupun tanpa sebrang basic dalam sastera...


dan alhamdulillah, kiki tak menyesal kerana tambah, dan alhamdulillah, kiki capai banyak dalam setahun tuh, dari pelajar kurang kesukaan cikgu, kepada pelajar yang cikgu boleh senyum bangga...walaupun sedikit, malah kiki juga membuktikan pelajar pemalas pergi sekolah juga ada potensi selagi kita usaha (ayat nak makan penampar, hahahaa)


dan hari ini, mungkin juga seminggu dua ini, kiki banyak berfikir, rutinnya sama dengan cerita memori kiki dulu, tapi cara kiki berfikir harus berbeza, cara kiki lihat kiki dalam cerita juga berbeza. ini bukan zaman fikiran umur 18 tahun, selepas kiki melalui semua itu, kiki harus lihat segalanya dengan berbeza. pengalaman harus jadi sandaran untuk kita menilai dan melihat, dan kita tak harus menilai dengan nampak kita sebagai fokus utama, harus juga belajar menilai melihat tentang orang lain, orang yang kita sayang....


dan rasanya,
                   kiki dengar suara gembira aishah di dalamnya...



dan kalau untuk Aishah, insyaAllah, kiki cuba...


doakan!


*sila gembira,


assalamualaikum


**aishah adalah adik yang ajaib ;)

Thursday, 24 March 2011

.of dream and believe

Selepas satu sesi mendengar pandangan Dr. Rita,
and yes we do believe that,



terima kasih Dr,
for all your ajaib's advice
;)*big smile



sure we will miss you a lot!
and i will surely miss you ;(
thanks for everything!
thanks for the memories!



love,
shakirah.





p/s: oh about the invitation (the reunion thingy) is still on, and we will mail you the details in few years times ;P

Wednesday, 16 March 2011

Irfan dan pong-pong

 si irfan yang hensem walaupun tanpa gigi~ oh




rindu kat irfan,; (
irfan dah balik duduk dengan abah dan mama dia for good. mama dia dah berhenti kerja untuk jaga si irfan dan nabihah (kakaknya irfan). minggu lepas bila balik rumah, rumah rasa kosong gila, cuma ada si ecah, bayi yang melebihi had umur, cuma dapat bergaduh dengan ecah yang dah pandai membalas balik, HAHA. tak dapat main dengan irfan gemok, tak dapat bau baby yang wangi, aduh. patah hati tanpa irfan, buah hati pertama kak long ;(

evan ayah, dah berura-ura, lepas minggu neh nak pergi umah si irfan dan ambik dia duduk kat rumah. sangat dull tanpa irfan gemok, sampai ayah tersasul-sasul, ceritanya begini;

kat umah ada seekor kucing, selepas cheteh kucing ayah kena rompak dengan seorang kanak-kanak (minta dia jaga elok-elok la, tapi tang mencuri dan mengambil tanpa izin itu sangat tak baik!). lepas cheteh hilang, ada satu kucing hitam yang jatuh dalam longkang depan rumah, ecah amik bela, dan entah sapa ntah namakan 'pong', series nama tak romantik lansung! HAHA

dulu si pong jadi pilihan kedua selepas irfan, HAHA. sekarang bila irfan dah balik umah mama dia, si pong ni pun sangat la sibuk nak menonjolkan diri,

main golek-golek pemadam ecah waktu si ecah wat kerja sekolah,

main-main tali waktu semua orang tengah tengok berita

asal ada semua benda bergerak sikit mesti nak main tangkap


okeh tengah si pong main-main, kami semua tengah tonton berita, tetibe ayah instead of panggil pong oh pong, ayah pergi panggil

'irfan oh irfan'


sure hati si pong hancur berkecai, HAHA


*si pong kena usaha kuat sikit lagi nak amik hati ayah ;p

Wednesday, 2 March 2011

Deria rasa aku


         dibawah cerita beg(dompet) hitam biasa, tapi diatas gambar beg penuh dengan hati :(



tadi aku hilang dompet, dengan segala untung nasib aku,
kad matrik, kad pengenalan, kad kad bank, 
gambar makayah,
semuanya,
ya,
duit memang tiadalah, 
cuma seringgit dua,

namun,
perkara paling harus sedih hari ini, 
aku rasa deria rasa aku juga sudah hilang,
bila hilang dompet begini,
jadi bukti kukuh,
deria rasa aku sebenarnya dah hilang lama,
hari ini bukti kukuh untuk sedar,
yang ketika harus menangis sedih, 
aku ketawa,


aku jadi takut yang ini bukan kita panggil optimist :(
aku jadi takut yang aku juga bukan realist :(




p/s: syukur Alhamdulillah, dompet telah selamat dijumpai oleh seorang pak cik ajaib yang simpan dengan kemas dompet koyak milik aku itu :)*terima kasih pak cik!












dan rasa takut masih penuh, walau selepas jumpa dompet hitam aku, haih


Wednesday, 2 February 2011

Cold

untuk hawa;



teringat hasil bual dengan teman baik semajor melalui ruang sembang maya semalam. walaupun sekampus, tapi dia di hostel sana, dan aku di hostel sini. jadi selepas sembang-sembang biasa, dia capai satu konklusi, katanya aku ini selalu 'cool', suka ketawa dan kadang-kadang bila mendengar nama panggilan aku, dia rasa gembira. dia rasa aku 'cool' sebab katanya aku boleh pergi mana-mana sendiri (sebab petang sebelumnya kami ketemu ketika dia mahu ke tesco dengan kawan dan aku baru pulang dari sana).

entah apa definisi 'cool' pada dia, aku boleh saja buka kamus oxford dan tempekkan maknanya. tapi ini bukan hanya tentang 'word meaning', ini dicampur pula dengan 'speaker meaning', dan bukan aku pengucapnya disini jadi aku tak tahu.


serius aku suka, kalau benar aku mampu buat orang gembira begitu. aku suka sampai aku rasa mahu lompat bintang ratus-ratus kali.


tapi benarnya, aku bukan 'cool'
bukan,
sedikit pun bukan.


yang dia lihat itu bukan 'cool'
itu 'cold'

c.o.l.d
ya, aku faham.
bila lihat jauh, mata mungkin boleh jadi tersalah tafsir.
kabur.



sebab aku sendiri rabun jauh.

Tuesday, 25 January 2011

Si budak bucuk dan cabaran yg belum selesai

Cabaran 30 hari terpaksa di tangguh, haih
ada banyak tugasan-tugasan yg perlu perhatian


maumau dan mel, cha yok!
sila teruskan usaha anda!


sekejap lagi ada kelas ajaib 8 hingga 10,
i took it as elective,
something yg real ajaib,
tengok movie dan tulis-tulis,
dengan sedikit pandangan kritikal,



minggu depan sudah cuti,
sudah rindu gila sama ini budak,
irfan my adik bongsu
(anak pak ndak yang mak bela)
dah macam adik sendiri cuma hujung minggu ja mama abah dia mai ambik, 
mak cakap muka pun sudah lebih kurang kami semua :) 
oh silap! irfan debab lagi, HAHA






 hai, nama saya aizat irfan umur 7 bulan. saya suka mandi, bila mandi lama-lama saya akan menangis bila kak long angkat saya. oh ya, saya juga suka terkejut kalau tengok flash kamera kak long. HAHA



muka sayu irfan bila nak susu, HAHA





Oh irfan, kak long rindu la kat kamu buthuk!!
Oh rindu keksyah (ecah) jugak! 
kang merajuk pulak si ecah, HAHA



*buthuk adalah bucuk





Saturday, 22 January 2011

Senyum lebar







Day 4 : your favorite photograph of your best friend












rasa gembira lihat senyum lebar mereka!








mereka adalah kawan baik disini dan sampai bila-bila insyaAllah,
(kiri) abang long, sashi
(depan) kak long, kalai
(tengah) kak ngah, mel








*Location; Pesta Tanglung Usm





Saturday, 6 November 2010

Chronology self-saloon

Satu;


Dua;







Tiga;








Customer; uzma abihah (my cousin)
Hairstylist; chado (my adik)




*hairstylist la sangat,HAHA

Thursday, 4 November 2010

.happy deepavali

to kalai and sashi, our kak long and abg long 
happy deepavali
selamat bergumbira-gumbira 
sebelum exam
heeee ;p

Tuesday, 26 October 2010

.selamat 22 melissa edward!!



selamat hari jadi melissa edward
selamat 22 tahun

selamat gembira-gembira selalu
selamat graduate tahun depan
selamat kerja bagus-bagus
selamat bertemu bintang hati
selamat bahagia dengannya
selamat punya anak-anak
selamat bahagiakan mak ayah
selamat capai semua keinginan
selamat melancong-lancong ke tempat idaman

selamat hari lahir sahabat
mungkin aku kurang 19 tahun sebelum
kita cuma kenal untuk 3 tahun ini
tapi aku sangat harap yang kita akan kenal sampai tua
sampai anak cucu kita jadi sahabat

sori babe, sebab aku takda hadiah apa pun
i'm such a loooooseeer gila

terima kasih untuk jadi sahabat yang baik selama ini
yang support me when i'm down
down feeling
down financial
yang sanggup kongsi makan maggi 
sanggup kongsi makan nasi 'se-tupparware'

and thanks babe
untuk sanggup satu bantal tidor
dari tahun 1 semester 2
thanks,
dan faham aku selalu
time aku senyap sunyi tak rasa nak cakap, tensen
you just there duduk sebelah
hug me when u look i sad
and cakap, 'takpe jangan risau aku ada'
thanks untuk jadi sahabat berjaga malam aku,
yang ada masalah tidur malam,
thanks untuk jadi nocturnal together,
thanks untuk cakap, "you can do it baby"
bila aku lost dan miserable
thanks untuk still telefon time cuti,
walau aku selalu lupa charge telefon
thanks untuk just understand me tanpa tanya kenapa,


thanks untuk semuanya




thanks sebab aku tahu ang tak pernah harapkan thanks ini semua ;)
kamik sayang kitak
and sahabat selalu-selalu selamanya insyaAllah ;)


maaf untuk perangai kucar-kacir aku selama ini ;P

happy birthday babe ;)
with lots of love

Monday, 25 October 2010

.akan


kak nini dan laut




Kakak, insyaAllah kita akan jumpa


Sunday, 24 October 2010

.teringat-teringat



gambar tahun satu waktu jualan wus (subject wajib uni) sort like kena bukak company pastu ada buat jualan besar-besaran, bergambar dengan kedai sebelah dan sebelah


cuma nak cakap tulis,
rindu those moment
cepat gila 3 tahun berlalu kan kan kan

















Wednesday, 13 October 2010

.baju kembang

dengan kak nini, munir and tapit


tetiba rasa rindu pada budak pakai baju kembang pink dengan kasut hijau dan sandarkan tangan kat dinding tanpa risau apa-apa dengan mulut tak reti senyum.. sombong gila, hahaha

*i used to called it baju kembang instead of "gaun" (gown),hahaha and somehow till now still wondering why tapit love that kind of shirt yg bercorak abstract itu so much dulo-dulo, sampai nangis-nangis nak pakai.. haha


sampai sekarang mereka-mereka,
my cousins kak nini, munir plus my adik, tapit masih tinggi dan tinggi ;p


Sunday, 10 October 2010

Sahabat yang manis

dapat mesej ajaib dari aida ;)
"kirah, rndu lh kt ang, apa2 pn ang kwn aku, dunia akhrt"





manis kan?
dah lama tak contact si aida, tak message atau apa.
waktu balik cuti raya hari tuh pun, takda telefon sangat, kalau dulu-dulu time sekolah menengah, tangan peluh-peluh sebab pegang telefon rumah, cakap berejam-rejam tak ingat esok nak jumpa balik kat sekolah. arwah tok selalu marah dan pelik sebab sembang lama-lama padahal esok nak jumpa, haha
rindu tok sangat-sangat!

aida pendiam compare dengan sitinurshakirah ini yang tak berhenti bercakap. tapi rasanya dia understand me well, dan sekarang dah nak masuk umur 22 tahun, kitaorang dah sampai stage tak perlu message-message atau call, dan kadang-kadang cuma message "weh, buat apa?" walaupun kadang-kadang salah seorang tak balas,
 

dulu waktu sekolah, sebab masing-masing takada duit sangat, lepas habih tolak tambang bus, cuma dapat bajet utk makan, kadang-kadang simpan duit sebab nak beli air tin paling murah, lain-lain rasa, pastu share lepas tu pergi pusing-pusing pekan sementara tunggu bus nak balik, usyar-usyar barang apa yang cantik, pastu simpan duit sikit-sikit, sementara nak ada duit, tiap-tiap hari pergi usyar lagi, sampai kakak kedai itu naik boring.


kalau kat selama cuma ada satu kedai buku yang jual buku-buku rujukan dan novel-novel, kalau hari jumaat balik sekolah awal pukul12 selalu pergi kedai buku tu, baca-baca sinopsis novel then cakap macam nak beli, tapi sebenarnya tak beli pun..haha


banyak kenangan dengan aida sampai tak muat nak tulis kat sini, dan insyaAllah kalau panjang umur banyak lagi kenangan yang nak dicipta ;)
sampai anak cucu cicit nanti, then cucu kita akan berkawan baik, kan aida? haha


rindu hang jugak!!
.kirah.



Wednesday, 23 June 2010

.untuk cik-cik perfume ajaib :)


Tiada entry baru sebab aku beberapa hari lepas adalah busuk dan masam,heeee~





*entry tanpa gambar*




Untuk mereka yang ada ketika momen sangat berbau ini :)
List ini bukan dalam kronology,
Melissa edward
Kalaivani kalimuthu         
Nurul diana
Aida haryati



Kalai,         
Thank sebab terus call balik walau aku cuma miss call, terus dengar dan dengar ketika aku sedang cakap tentang kesilapan bongek. Untuk marah-marah sebab aku cakap sorry and minta maaf dekat hang,dan cakap antara kita tak perlu ada sori mori. Thanks untuk cakap “i miss u like crazeeyyy” walaupun kita cuma tak jumpa cuti sem ini. Sudi habiskan kredit walaupun aku sendiri tak ada kredit nak call balik.

Mel,
Thanks untuk sudi call dan call lagi walaupun aku selalu tak angkat your call, samada handfon silent atau handfon mati sebab aku yang bongek selalu lupa nak cas telefon, lupa letak kat mana telefon. Thanks untuk terus call bila aku mesej ‘mel, pliz call me’. Thanks untuk support aku selalu, thanks untuk support me eventhough u faraway.


Aida,
Thanks untuk selalu cakap “aku rindukan hang la kirah”, untuk selalu share your cerita indah-indah dan minta pendapat aku walaupun aku sendiri unexperienced and dungu dalam cinta. Thanks untuk top upkan untuk aku ketika aku tak ada kredit miskin dan sengkek hanya untuk mesej dengan aku and share story.


Didi,
Thanks untuk mesej memalam untuk cakap how much u missed me. Untuk sembang and share story walaupun kita tak jumpa hampir dua tahun, untuk sembang dengan nada yang sama dari zaman sekolah, untuk terus cakap dengan gembira semua mimpi kita yang tak jadi-jadi lagi.


Thanks untuk banyak perkara lagi, untuk semua perkara indah, busuk dan masam yang kita kongsi.
Thanks untuk selalu selesakan aku ketika aku busuk dan masam, harap dapat selesakan kamu semua ketika kamu semua busuk dan masam juga.
Dan, terima kasih sahabat,
sebab tak pernah harapkan kata-kata terima kasih aku.
Maaf untuk kadang-kadang aku cenget dan cengeng,
Sayang kamu semua selalu

.siti nurshakirah suhaimi.





dan untuk sesiapa yang baca ini, thanks untuk kamu juga sebab be here...
sila gembira selalu!!!
*senyum panjang-panjang




Saturday, 12 June 2010

.real bego



tadi basuh baju by machine with fara
http://www.emocutez.com


kiki yang cengeng telah mixed my red cardi dgn baju lain,real bego~
http://www.emocutez.com



result,
fara's punya lovely dovely white shirt which i guess so expensived telah jadi reddish
http://www.emocutez.com


fara senyap, and cakap its ok..
tapi rasanya memang tak ok...
kenapa umur tua pong masih buat kesalahan bengong gini?
http://www.emocutez.com



selalu buat sesuatu tak fikir banyak-banyak, tak pakai otak betul-betul
http://www.emocutez.com
sangat sedih dengan diri sendiri,huuuuuuu~








yang benar,
kiki yang begooo
http://www.emocutez.com