Showing posts with label motiversi aku. Show all posts
Showing posts with label motiversi aku. Show all posts

Sunday, 2 October 2011

Entry yang terpadam

Harus belajar untuk tidak padam. Taip, taip dan padam adalah teruk. Dan penat juga, sebab harus ajak otak untuk fikirkan ayat lain penganti ayat yang telah dipadam.  Jadi jalan terbaik adalah taip, taip, dan terus taip. 

Salah, jangan padam. Biar, tapi ingat terus tempat mana yang harus padam. 

Biar salah itu jadi salah yang nampak terus.
Bukan salah yang hilang terus akibat padam.

*ayat mukadimah pembebelan



Oh, I’m here!
gembira dengan tambahan beberapa kilo lagi
hahaha ;)



and hey sila gembira juga!

Friday, 1 April 2011

3rd quater after three

Hey!
its 3.44 am,
and i just finished my asignment, yehaaaaaaaa!
sepatutnya boleh siap awai, but ya know me,
buat milo,
dah habih milo buat kopi,
dengar redfm rednite love song bagi habis,
makan biskut,
buat megi walaupun tak habis*rugi sebuku meggi
online-online,
ym-ym,

tapi nak yehaaaa jugaklah!
at least untuk final sem ini, i improved a lot,
oh at least tak siap pukul4 petang,
dateline 5 petang,
kemudian kalut-kalut merata siap-siap nak pergi hantar,
kemudian balik kemas bilik yang macam kena taufan katrina,




3.44 am tuh, boleh bangga tuh!

rasa macam sok nak pergi hantar pagi-pagilah ;)
oh esok juga tak perlu kemas biliklah, masih ajaib je condition bilik ni
hahahahhaaha...


*entry nak makan penampar ;p



recentupdate: yes, selepas click-ing each photo folder  for years (sebab tak pernah name-kan folder, setiap kali cari gambar i had to click each folder dan juga kuasa intuisi, HAHAHA),  DAN  akhirnya, terjumpa gak gambau ni




once upon the time, 1st year 2nd semester,




oh waktu nie buat asignment  'introduction to english language' and 'style and contemporary literature in English'. Yesh! true, 1st asignment harus penuh dengan EPIC, pokok kaktus iqa, botol oren sunquick, pisau*tak hingat kenapa ada pisau, err?, segala macam ubat (vick, cap kapak, minyak gamat, ubat batuk*see sampai terbatuk-batuk buat asignment, oh epic gila, chipsmore, air masak dua botol, dua dompet kawan-kawan untuk membeli belah,HAHA, cd kosong untuk burn cerita-cerita menarik selepas siap asignment*most fav, citer scary dory, tak dilupakan tupperware ungu hadiah waktu orientasi*please say NO to polystrene, not to forget, Fromkin's introduction to language and many more BEHIND THE SCENE....



OH rindu waktu itu! ;))
p/s : to those mak cik's yg spend time kat table tu jugak, aku cuma nak tanya, eh mana p pokok kaktus si iqa eh??

Wednesday, 30 March 2011

Senyum bila hujan,



waktu spm dulu, sebab result bukanlah boleh dibanggakan sangat, heeee. tapi Alhamdulillah sambung belajar dekat tingkatan enam, dan bila pertengahan tingkatan enam randah, ingat macam, 

''oh okeh, ingat nak sambung diploma sahaja''

cakap dengan mak dan ayah, sebab makayah jenis percaya pada anak sulung mereka, jadi what ever it is, mereka percaya. jadi waktu tu, sekolah memang jarang pergi, malah exam akhir tahun juga tak ambil, cuma kadang-kadang rajin pergi sekolah sebab nak sembang serba sedikit dengan kawan-kawan (alasan childish, yuck!). yalah, waktu tuh perasan yang pelajar tingkatan enam ini macam super senior yang sangat 'terror'.

jadi persediaan untuk ambil diploma itu diteruskan, hahaha. malah semua kawan-kawan kat sekolah tahu, even cikgu pun tahu, sampai kadang-kadang bila datang ke kelas atau tak, cikgu ann*cikgu kelas waktu tu sangat tak kisah..

malah, siap buat janji dengan munir (sepupu), kalau hujung minggu time belajar diploma nanti, kalau nak balik rumah, minta dia tunggu dekat Ipoh, sebab tak tahu nak naik bas apa dan sangat takut nak balikssendiri, dan bila bincang soal nak sambung belajar diploma ini dengan sepupu-sepupu, munir akan cakap,
 
" takpa, ang jangan risau, aku tunggu hang pastu kita balik sekali''


waktu tu intake diploma yang hujung tahun, yang bulan 12. belumlah sempat beli barang-barang lain, cuma surat tawaran dah sampai, dan tak silap perlu hantar samada terima atau tidak. waktu tuh, terus susah hati, macam nak teruskan misi diploma atau tinggal je dekat tingkatan enam. yalah, waktu tu, ramai orang yang ada stigmatism pada tingkatan enam.
waktu tu, kiki bukannya 'look down' pada tingkatan enam, tapi untuk buat stpm harus ada sifat rajin, dan yes, kiki bukan serajin tuh, kalau membaca itu minat sejak azali tapi kalau nak buat latih tubi banyak-banyak tuh memang taklah, dan memang takkan buat, dahlah pemalas, tak takut lansung ;p 

dulu ada subjek pengajian am (subjek wajib lulus), dan cikgu suruh semua orang buat atleast dua karangan per week, dekat dah beberapa minggu (waktu ni enam rendah) cikgu tiba-tiba buat spot chek karangan mengejut, semua orang kena tunjuk karangan masing-masing, tak ker pengsan? sebab i punya karangan ada 1 karangan tambah setengah jee, dan bonus point, sekali buku-buku tu ada kat rumah, tertinggal, bila cikgu pusing sekelas dan sampai belakang, apa lagi sebab gabra selongkar beg dan laci meja cari buku tulis pengajian am, pastu cikgu cakap (still ingat sampai sekarang)

"tak payahlah kamu dok cari buku tu shakirah, saya tahu kamu tak buat pun"

the best part, cikgu tu tak kisah pun (take note, itu cikgu disiplin) hahaha .. seee i told you, budak tingkatan enam memang 'terror'

tapi, waktu nak pergi hantar surat terima tawaran diploma tuh, terfikir balik, patut ke pergi? atau just stay sini, sebab i know i can do it, cuma perlu tambah sikit je kerajinan...

buat istikarah dua kali, minta Allah tunjukkan apa yang patut dipilih, dan entah napa bangun pagi waktu cuti sekolah hujung tahun (bulan 12)  rasa, 

okeh, nak teruskan tingkatan enam ini sampai STPM,

bangun pagi bagitahu dekat mak, pastu dengan bangun tidor mamai kalut-kalut cari nombor cikgu aan (guru kelas enam rendah), sebab takut dah kena potong nama dari sekolah, yelah sebulan sebelum cuti memang tak pergi sekolah, sebelum tu pun memang suka hati je pergi bila rasa nak pergi, dengan periksa akhir tahun semua tak ambil.. memang patut la kalau sekolah nak potong nama pun kan? hahahaha ingat lagi cikgu aan cakap,

"eh kamu shakirah, bukan kamu nak pergi sambung belajar?"


dan nasib baik, cikgu aan cakap boleh datang je enam atas tahun depan, kemudian sibuk pulak telepon cikgu yang jadi ketua badan pengawas sekolah, boleh lagi ker jadi pengawas, sebab tak tahu nak mula tahun depan harus pakai baju putih biasa atau pakai baju oren. dan cikgu cakap, yea, kamu masih pengawas (padahal telah berjaya ponteng dengan cemerlang waktu enam bawah, hahaha)


dan yes, maybe 'balasan' hari pertama persekolah enam atas, hanya kiki sorang pakai baju oren, sedangkan mak cik dan pak cik pengawas tingkatan enam atas lain gembira dengan baju putih... hahaha


itu semua memori, memori tentang betapa teruknya otak kiki nak buat keputusan. dan mungkin betapa pemalasnya otak kiki juga ;p hahaha



kemudian, bila ditingkatan enam atas, tiba-tiba kiki rasa macam teringin nak baca buku-buku sastera yang aida baca, sedangkan kiki aliran lain. jadi kiki turut beli buku 'sulalatus salatin' yang jadi buku wajib dia dengan alasan, ini buku bagus pasal sejarah melayu, apa salah beli.  (alasan pencinta sejarah tuh,*mata ke atas tangan ke bahu, hahahaa)


STPM cuma ada 4 subjek wajib, waktu tu terfikir untuk ambik sastera melayu sebagai subjek sampingan dan belajar sendiri. yeah, kiki memang jenis optimist selalu walaupun waktu enam rendah kehadiran ke sekolah boleh kira dengan jari, hahahhaa.


jumpa dengan cikgu yang uruskan daftar peperiksaan dan cakap mahu tambah subjek, dia cakap fikir betul-betul, sebab apa yang kiki sudah ambil pun sangat berat. kemudian minggu selepasnya, kiki datang dan cakap, mungkin tak jadi kot mahu tambah subjek, dan selepas berfikir dan baca buku-buku pusaka encik sepupu, si munir, rasa macam nak tambah juga subjek sastera. cikgu cakap, fikir dan nanti sebelum pukul12 jumaat depan datang jumpa saya, dan kiki datang, dan yes kiki tambah dan belajar sendiri walaupun tanpa sebrang basic dalam sastera...


dan alhamdulillah, kiki tak menyesal kerana tambah, dan alhamdulillah, kiki capai banyak dalam setahun tuh, dari pelajar kurang kesukaan cikgu, kepada pelajar yang cikgu boleh senyum bangga...walaupun sedikit, malah kiki juga membuktikan pelajar pemalas pergi sekolah juga ada potensi selagi kita usaha (ayat nak makan penampar, hahahaa)


dan hari ini, mungkin juga seminggu dua ini, kiki banyak berfikir, rutinnya sama dengan cerita memori kiki dulu, tapi cara kiki berfikir harus berbeza, cara kiki lihat kiki dalam cerita juga berbeza. ini bukan zaman fikiran umur 18 tahun, selepas kiki melalui semua itu, kiki harus lihat segalanya dengan berbeza. pengalaman harus jadi sandaran untuk kita menilai dan melihat, dan kita tak harus menilai dengan nampak kita sebagai fokus utama, harus juga belajar menilai melihat tentang orang lain, orang yang kita sayang....


dan rasanya,
                   kiki dengar suara gembira aishah di dalamnya...



dan kalau untuk Aishah, insyaAllah, kiki cuba...


doakan!


*sila gembira,


assalamualaikum


**aishah adalah adik yang ajaib ;)

Wednesday, 24 November 2010

All can utter words, but only few can make it happy (;










in utterance,
we dont judge it by true or false,
but we see whether,
its
happy utterance,
or,
unhappy utterance.


then, how can we make happy utterance?



simply,
do what we said,
surely,
we contribute happiness in each of it.





setiap kata-kata yang diucapkan,
kita bukan menilai dari salah atau betul,
tapi kita lihat samada,
itu,
kata-kata yang gembira,
atau,
kata-kata yang tidak gembira,


jadi bagaimana untuk membuat satu kata-kata yang gembira?


mudah,
buat apa yang kita kata,
pasti kita menyumbang kegembiraan dalam setiap kata-kata kita.


this is not about, actions speak louder than words,
its about actions that should come together with the words.





*omg, my translation worse than google translate, HAHA
**Speech act theory yang telah berjaya aku rosakkan, heee ;) guess what? pukul9 karang exam for discourse analysis.



doakan sitinurshakirah ini :)



p/s: i just loves the relation of happy with sentence, macam cute gila, satu sentence pun perlu gembira dan bahagia.. apalagi manusia kan??

Friday, 19 November 2010

Hari ini aku belajar


ramai orang cakap begitu-begini,
ini tak betul, itu tak betul,

tapi rupanya dia sedang tepuk air dalam talam,
sambil muka pandang talam tepat-tepat,


basah ke tidak?
sama-sama kita fikir.

Saturday, 13 November 2010

Lets just choose satu without doubt


optimist individual atau unrealistic individual
errr maybe both,

tapi aku vote untuk first option ;))







Saturday, 6 November 2010

.our naked eyes




our naked eyes is more powerful than any dslr camera,
sekali snap, selamanya duduk dalam kotak memori,
kan kan kan




Wednesday, 27 October 2010

.rasa ajaib mak

"napa mak tetiba telefon kakak tengah malam? tak tidoq lagi ka?"
"tak, mak tidoq dah, saja terjaga tadi teringat kat hang"


sumpah waktu tu jugak rasa nak nangis kuat-kuat
tapi tahan kuat-kuat dalam hati,


ajaib kan mak kita?
bila kita susah hati, jauh ribu batu mana pun dia dapat rasa ;)



minta-minta Allah panjangkan umur untuk rasa perasaan ajaib macam tu
amin

Monday, 25 October 2010

.hacks merah






dulu, waktu kecil
aku fikir  si hacks merah ini layak untuk orang dewasa
dengan rasa mint yang serius
tanpa manis

sekarang,
aku yang lebih mahu pilih hackss merah yang serius dari gula-gula manis berperisa

Saturday, 23 October 2010

.the one that can combine both side




satu status lama dan ini antara 3 komen dari komen-komen panjang,
y : tekanan pertama belajar setelah cuti panjang
x: yup betul2 sangat tekanan tapi happy jugak,huhuhu
y: ang memang takda perasaan punya orang



Rasa-rasa kalau kita nampak si x itu happy selalu, maknanya si x itu takada perasaan? Sebab dia asyik gelak-gelak suka hati, jadi kita rasa itu dia, kemudian kita anggap dia begitu saja. Kita rasa nak cakap, kita cakap apa saja, sebab dia jenis gembira yang takada marah-sakit-hati. Kita buat konklusi sendiri. 

Ada setengah orang lebih senang meletakkan setengah perkara sebelah dan sebelah, maksudnya kalau ini begini tak perlu campur dengan yang itu, bukan sebab dia membezakan masalah, sedih dan kecewa dengan gembira dan ketawa suka-suka.

Dia sedang belajar jadi dewasa,
Dia sedang belajar lihat orang mana yang faham sebelah lagi,
walaupun ketika orang itu sedang lihat sebelah lain yang ketawa gembira-gembira.






nota: komunikasi x dan y adalah dari fb si x(komen lama).

Tuesday, 12 October 2010

Loading sabar

kesabaran itu kejayaan :)
walau apapun

contoh situasi:
anda nak bloggy but then bila tekan new post asyik loading
tapi anda cuba, cuba and cuba,
then,
tiada lagi loading-loading
:)



jangan berhenti mencuba
apapun, cuba loading, loading sampai berjaya,
walau lama mana pun,



.kiki.

Monday, 23 August 2010

.stop crying your ♥ out

"Cause all of the stars are fading away
Just try not to worry, you'll see them someday
Take what you need and be on your way
And stop crying your heart out"
~oasis








kena jadi lebih realistic, betul kata syafiq(my adik) kat my facebook..
aku selalu letak,
semua benda ajaib.. even the simplest thing..:)


which is soooo true, untuk ajar myself appreciate every single things, benda biasa-biasa yang somehow i used to take it for granted,


tapi boleh juga  make me larut dalam keajaiban yg fana, 


macam apa yang syafiq cakap,
"ajaib????...percaya benda sia2...fikirlah atas iman dan amal mu..."


ya ya, ajaib itu ada,
tapi tanpa iman dan taqwa, ajaib itu bukan apa-apa


cause if all of the stars are fading away,
selagi iman dan taqwa ada, semua keajaiban tak pernah hilang


and i'll see those stars again,
someday,
insyaAllah,

dan,

if i cant never see those stars again,
i believed yang Allah telah merangka yang paling indah..



.sitinurshakirahsuhaimi.




Monday, 19 July 2010

.my malaysia

Kadang-kadang aku sangat pelik dengan pandangan pelik orang, orang akan pandang kita pelik kalau kita duduk bersuka ria bergelak ketawa dengan our malaysian, sorry to say tapi this kind of event selalu occur dan mata yang lihat adalah bermuka tanda soal.

bagi aku untuk dapat those click and ping sound adalah bukan dengan first judgement, kita tak tahu, sebab kita kena amik masa untuk really sedar yang ini adalah kawan yang benar-benar, yang akan cakap direct bila kita pakai off color atau benda ni sesuai untuk kita atau tak, yang apresiasikan kata-kata dengan tindakan, bukan puji depan-depan dan belakang jadi someone yang kita tak pernah kenal. dalam experiment ini, race adalah pemboleh ubah di malarkan* sorry aku tak amik sains dalam english so i dunno the exact word untuk pemboleh ubah di malarkan, heeee~

so apa salahnya kalau kita dapat those click sounds tu dengan sesiapa pon?

aku ingat lagi beberapa sem lepas, kitaorang nak share tengok muvie, cerita hantu which is our favourite~heeeh. aku cakap, kita turunkan tilam tidur together ramai-ramai, waktu tu both kalai ada,  si mel dah balik sarawak jadi cuma kita bertiga, dan kalai keep tanya again and again,
"kiki, ang tak kisah ker tidor dengan kitaorang?"

sebab pandangan tak best dari sesetengah orang, two friend takut untuk share dream together :(

eventhough, kita adalah berbeza agama, we respect each other. macam bulan puasa tahun lepas, tiap-tiap hari akan berbuka sekali, even si kalai dan mel sangat segan untuk minum air depan aku, dan akan minta maaf berbakul-bakul hanya untuk tu. diaorang selalu kesiankan aku nanti terpaksa berbuka sorang sorang, dan dioarang akan tunggu waktu berbuka baru nak makan sekali sambil temankan aku. kadang-kadang rasa funny sangat sebab si kalai dah lapar sangat, elok je azan terus makan, bila aku baca doa buka puasa, tunggu sambil pegang nasi tomato

even waktu sahur, sebab si mel selalu tidor kat bilik aku, dia akan bangun temankan aku sahur. dan risau sangat kalau aku tak nak sahur, sebab takut aku penat :)

precious

bila kitaorang keluar jalan-jalan, dioarang akan tunggu kat luar surau untuk aku solat. malah, kadang-kadang si kalai lagi kalut kalau dah azan isya' dan kitaorang still dok menyembang, dia akan cakap "kiki ang pergi la sembahyang dulu"

eventhough, kita adalah bermajor english language tapi kita spend most of our time cakap loghat penang, nasib baik my mum adalah orang kedah, kedah dan penang punya bahasa adalah lebih kurang. dan selalu bila cakap di telefon, orang akan misunderstood kalai sebab dia cakap pekat penang.

kat sini adalah jauh dari rumah, walaupun naik bas nak balik rumah tak lebih dari RM10, kita masih sendiri, tapi untuk ada mereka make me rasa ramai. bukan kitaorang tak pernah merajuk dengan each other, tapi the best part we manage to went through it... rasa sangat champion,heeee~



so sila kawan dengan sesiapa, take time untuk tahu dan learn untuk hidup lebih dari first impression...

yang penting jaga diri, junjung agama
semuanya serah pada Allah
*sila gembira!!






 .cik kiki.



notakiki: Ini pandangan aku yang biasa-biasa, rasanya sometimes we never need that "one" word before malaysia. sebab perkataan malaysia tu dah refer kita semua across bangsa. we malaysian, secara tanpa sedar selama bertahun-tahun kita sedang share perkataan "one".

Saturday, 1 May 2010

.real life


hey, hiudp bukan happy cuma.*i even misspelled "hidup"~sad



i tried
to face this real life, real people with my real me,

maybe its not enough,

saya harap  semua orang terima ini untuk siapa saya,
dan saya akan terima kamu untuk siapa kamu,
ini reality,
maaf sebab saya juga manusia biasa,
letih dan sedih,
sedang recover,
lambat dan lembab,

maaf itu kelemahan sendiri :(
it just a matter of time
tapi kamu semua,


saya sedang dan selalu ingat memori indah kita semua kawan!!
ini semua perjalanan nak jadi dewasa :D










yang benar,
kiki yang mengong

Friday, 19 February 2010

.taking things for granted


(entry yg bersifat menasihati diri sendiri)

sila tekan sini

okeh itu adalah aku nyer critical reading n writing nyer assigment. soalannye?? perlu kah tahu, seperti nama subjeknye juga, amat critical. haha, tapi itu bukan tajuk perbincangan kita pada hari ini. tapi tentang tajuknya sahaja "taking things for granted"

okeh tajuk itu;
*owh amat tepat mengena lubang hidung sendiri, okey ini bukan hanya aku yang cakap tapi kami, kami and kami.
no doubt, she's good, erm really good with word. guna satu artikel yg tajuknye bersifat reverse osmosis utk di kaji dgn bahagia oleh all stud,
okeh aku belum mula lagi,
aku amat menepati tajuk artikel tersebut,"taking things for granted" *okey hanya dua page untuk di bebelkan, dan ada lagi 3 hari sebelum 23hb.
*masa yang panjang kan murid-murid???

becakap pasal "taking things for granted neh" my expertise*buat muka segan, ceh
dan selepas membaca artikel tersebut, aku amat terasa ker segenap jiwa
*
mengongla kalau tak terasa,
huh sudah manyaknye aku mnyia-nyiakan masa..
masa itu emas, *okey tidak perlu ulang semua kata-kata hikmat tersebut, semua orang amat tahu....
tapi lupa,
lupa, and
asyik je...
lupa..
*huh, buat muka blur

okey, harap lepas ni tidak lagi LUPA.
sila manfaatkan 24jam masa kita. untuk dunia dan juga akhirat.
okeh, salam..
ketemu lagi
indahkan semua masa kita,,

.cik kiki.


p/s; nak 100% for this eseyment leh?? *amat harap utk tahu my lecture nye belog so i can link this post with her... hahaha, ada berani???





Sunday, 27 September 2009

.it will be okay


saat untuk kembali kepada normal cuti pon dah nak menghabiskan dirinya. esok test,*impian hidup aku utk minggu neh, hehe... dan esok juga ada presentation*wah permulaan minggu yg penuh keindahan, ayat yg berbau sinikal tak lain tak bukan ditujukan utk diri sendiri. tu belum lagi minggu depan menjelma, dengan perasaan bangga sekali cik kiki mengumumkan bahawa aku ada beberapa esseyment yg membanggakan masyarakat yg harus dihantar;
a study of grammar, human coms, psaiko *sampai aku sendiri dah psaiko. aku banyak main, aku kena ada orang guide aku, macam my mummy. dan kalau kat sini, kalai and melissa yang banyak tolong ketuk kepala bila aku tak sedar diri, banyak main, banyak berangan. aku suka macam tu, kawan yang akan tegur kita bila kita buat salah, tanpa rasa takut kita kecil hati sebab dia fikir yang terbaik utk kita....

aku bersyukur pada Allah sebab dalam hidup neh aku jumpa semua orang yang membahagiakan aku, yang buat aku gumbira. dan aku harap aku pon membawa banyak kegembiraan pada semua orang yang aku kenal. aku cuba sedaya upaya, tapi rasanya kena usaha lagi. aku gumbira dengan kawan-kawan, kat sini mel, kalai, iqa, aina, bell, lyn....

dan aku selalu harap, nanti walau macam mana jauh pon aku dengan kawan2 yang aku pernah kenal seumur hidup, bila sampai ketemu lagi... kita boleh bersembang dengan nada biasa, gumbira.*mungkin aku nie terlalu percaya tentang hepi ending, haha...




it will be okay in the end if its not okay, then its not the end....