Friday 24 September 2010

.minggu ini ;)

salam

(post sesuka hati berkata; ikut apa yg terlintas nak cakap)

  • okeh harus taip laju-laju,sangat busy lately, petang karang insyaAllah nak pergi research trip ke Pulau Aman, haha feeling-feeling sangat kan sebut research trip, heee taklah ianya (selalu konfius dari zaman sekolah, ianya ini kita boleh guna ke tak ya??) lebih kepada asignment plus social work, soo hari ini akan stay dengan ibubapa angkat ;) harap-harap semuanya ok, harap ibubapa angkat tu suka la pada anak angkat yang beginian ni.. hahaha :P
  • minggu ini sudah minggu ke 11... taaaaraaa, cepat gila masa berlalu, betulla "sesungguhnya manusia dalam kerugiaan", jadual draft final exam juga sudah keluar, dan insyaAllah tahun ini juga balik paling lambat, hari terakhir exam masih ada paper ajaib yang perlu di jawab... haha doakan kiki :)


  •  ok, bermula minggu ke 11 neh sehinggalah menganjak ke minggu study week, sangat-sangat busy almost every week ada asignment kena hantar and ada midterm test yang orang lain telah melalui dengan jayanya sebelum cuti... hahaha... jantung debar-debar tiap kali teringat semua test and assignment.. owh


  • sekarang sebab sangat takut hack macam one of my friend, semua els (group major kitaorang)sangat mengambil precaution, kiki juga sudah delete account social networking yang sangat jarang di buka, semua, cuma tinggal blog dan facebook. in positive side, sangat bagus juga sebab sekarang sudah jarang buka facebook dan perabih hours dok comment sana. haha.. semalam juga ambil kesempatan delete semua emel inbox but then i realized something... (sebab sangat lama tak delete my inbox, hoho malas and malas) kiki selalu dapat macam forward emel yang advertised diaorang punya product and hapa-hapa lagi, tak tahu juga kat mana diorang mendapat emel ajaib saya =P... then terperasan yang last year 2009 tak ingat bulannya, ada macam kiki terantar emel iklan electrical product tu to my contact dalam yahoo mail, i was like, hah??? pastu dok fikir-fikir dari semalam, macam sengal gila... speechless


  • sebab hack case tuh, we re sooo scared nak p letak gambor-gambor kat mana-mana. even nak blogging juga rasa macam creepy.... my friend suggest make this blog private, tapi rasaya tak perlu lah kot sebab bukan ada banyak gambar-gambar pun kat dalam blog ini, kalau ada banyak pon cumalah ihsan google and photobucket.


  • puan hamidah sudah mula men 'sms' saya dengan amaun yang agak banyak dalam sehari, hahahaha maknanya beliau sangat risau, nak pergi pulau, lintas air naik bot, pastu tidor rumah orang yang belum kenal sungguh dan macam-macam lagi... hahaha insyaAllah ok la neh ;)

  • eh sebut pasal my mum, lupa nak cakap ada seorang ahli baru dalam our family, sebenarnya anak my pak ndak (uncle) yang baru 3 bulan lebih, sebab mama and abah beliau kerja dan belum jumpa pengasuh yang sesuai, soo my mum menjaga irfan, soo irfan macam adik paling kecik la selepas ecah dan ecah dah tak dapat tidor dengan my mum lagi sejak irfan ada.. hahahaha *gelak jahat gila

 (irfan lepas mandi)
  • nampak tak?? sebab pipi beliau sangat kembung, dagu dia dah kurang kelihatan... haha okeh namanya muhd aizat irfan, tapi sangat geram dengan my ayah and chado, ada ker patut nama irfan yang sedap-sedap diorang p panggil "pok fan".. nak bagi nama manja pon kasi la yang best-best sikit.. kan kan?? tapi oklah, seronok ada budak kecik dalam rumah, ada dua pengasuh yang budiman assistant puan hamidah which is chado and ecah. irfan jarang buat perangai (minta-minta berterusan insyaAllah), soo kedua pengasuh memang gunakan dia sungguh-sungguh, chado kalu time my mak suh tengokkan irfan, dia akan ambil kesempatan main game ps dia berejam-rejam depan tv sambil irfan baring kat sebelah, i was like??? woooi geram gila, macamana tak bebel banyak..


    • then ecah, 2 hari lepas i called umah, cakap dengan mak, then tanya semua kat umah watpa, then tanya adik watpa... selalunya adik akan refer to ecah sebab dia adik but now adik akan refer kat irfan.. ecah tukar jadi plain ecah*hahahahah gelak jahat lagi sekali. my mak jawab, adik tengok "cinta kirana" (cerita kat astro ria), pastu i said, bukan ecah, si irfan dok watpa? my mak cakap, irfan dok tengok "cinta kirana" dengan ecah.... pastu i cakap kat mak napa biar irfan tengok cita merepek camtu, bla bla bla then dengar suara ecah jawab (my mak selalu wat loudspeaker kalau cakap) "biarla, irfan suka tengok cita neh".. i was like, geram gila.. ada ka patut ajar tengok cita merepek-merepek tu pada kanak-kanak bawah 4 bulan??

    • btw, ecah penonton setia cinta kirana, siap gaduh sambil nagis-nagis lagi kalau orang tukar channel lain.. tak tau la apa yang best sangat... hahaa


    • okeh, terpaksa siap-siap, packing barang-barang, pegi makan kat cafe, siap apa yang patut,then petang karang bertolak, doakan kiki pergi dengan selamat dan balik selamat insyaAllah..


    • sila gembira :) salam.






    .kiki.


    Monday 20 September 2010

    .our worst nightmare




    seorang my close friend kena godam "hacked" di one of her social networking site, and dia sangat trauma tentang internet, sila fikir sendiri apa yang hacker or hackers itu buat dekat page beliau... nak sebut pun sangat sakit hati.


    entahlah sangat tak faham, kenapa harus buat benda-benda bengong tak bermoral pada orang lain??
    rasa gembira?
    rasa senang hati?

    sangat kesian pada orang yang cari gembira dengan cara begini. kesian sangat.


    bila kawan kita yang sangat rapat gila sedih,  i felt like teruk sangat, worst sebab i dont know how to comfortkan hati orang, hate untuk cakap "sila bersabar" sedangkan diri sendiri tahu how worse dia rasa.

    rupanya baru sedar, bila keadaan yang tak best, sakit dan sedih.. tak banyak perkataan kita dapat guna, walaupun waktu ketawa gembira-gembira kita cakap tanpa henti selalu. pelik kan?? waktu sedih, tensen, kita perlukan orang, bukan perkataan... 

    orang yang mungkin hanya duduk dan dengar, biar kita rasa tak kosong.


    entahlah, selalu rasa myself adalah optimist, rasanya peratusan optimist itu sangat meragukan, takpe takpe sedang belajar nak jadi dewasa, heeee

    harap perkara macam ini tak jadi pada sesiapa pun lagi
    and hey girls, jangan duduk diam do something





    .kiki.


    Saturday 18 September 2010

    Kosong





     







    Ketawa




    gembira itu bukan hanya sekadar ketawa-ketawa
    tanpa ketawa-ketawa pun boleh jadi terlalu gembira
    dalam ketawa-ketawa pun boleh jadi tanpa gembira,







    Indah itu




    semuanya akan jadi indah pada waktunya
    :)


    betul!!!










    Biarlah



    sangat susah nak terus jalan
    kaki asyik terseliuh
    semalam
    dan
    tadi



    sudah tampal plaster besar-besar
    tapi masih sengal-sengal



    biarlah,
    biarlah,
    biarlah,






    ada
    Dia Yang Maha Mengubati

















    Infiniti




    kenapa tak pernah turun jadi zero??
    atau

    jadi negatif sesuatu?
                                


    kenapa harus meningkat banyak, banyak dan banyak
    infiniti
    sampai aku tak pandai kira


    sampai aku rasa bodoh gila











    Jalan laju-laju




    kita sibuk jalan laju-laju,
    rasa nak cepat,
    kita lari kuat-kuat,
    kejar yang depan,
    tinggalkan yang belakang,
    kaki pedih luka,
    merah,
    melecet,
    berdarah,
    kita biar,
                 biar,
                        biar,
    bila mulut menjerit sakit,
    kita ubat,
    balut,
    jaga,


    kita berhenti sekejap,
    tapi kemudian kita teruskan jalan laju-laju

     hati rasa pelik, tapi kita masih juga jalan laju-laju






    .hujan selalu





    malam ini hujan ; sedang tengok hujan
     heh, tapi kesian bintang-bintang ;c
    hujan-hujan begini,
    rindu kamu la wahai bintang





    hmm always raining in my heart?
    perlu senyum,
    harus hadapi dengan senyum..
    selebihnya tawakal pada Allah :)



    .kiki.



    Akan terus senyum






    lama mana pun kemarau, hujan  akan turun nanti..
    sabar, sabar...
    ada sesuatu disebalik segalanya,
    ;)

    Ketika mengemas




    ketika mengemas dan menyusun barang,
    antara kotak dan bagasi,
    sungguh keduanya tiada kamu,
    kamu disini, 
    senang aku bawa ke sana sini~





    ~tapi aku mungkin hanya di antara kotak dan bagasi....



    selepas lama tidak menulis begini~ melihat kotak, hati jadi tertanya... disitukah aku??~huhuhhh

    Jangan simpan dalam hati!!



    Hujan,
    seharusnya sejuk,
    aku simpan dalam hati,
    seharusnya basah,
    aku simpan dalam hati,

    hatiku lencun
    hujan pun pergi.








    sajak lepas tgk hujan turun... hujan lebat sangat sampai kat tepi hostel jadi tanah runtuh, entahlah siapa yang simpan dalam hati, tanah yang runtuh atau hujan yang mencurah....

    Mari bermimpi

    Mari bermimpi
    Satu belajar kerdipkan mata,
    Sebelah kanan,
    Sebelah kiri,
    Kerdipkan dua matamu sekali

    Dua mula pejamkan mata,
    Sebelah kanan,
    Kiri nampak,
    Kiri pejam,
    Kanan lihat,

    Tiga, wajib kau baca doa,
    Kosongkan minda,
    Kerdipkan mata,
    Eh, jangan lupa
    Matamu itu,
    Pejamkan dulu

    Empat mula bayangkan indah,
    Tentang impimu,
    Bermimpilah kamu
    Sebelum pagi

    Lima mesti aku bertanya,
    Sebelum engkau mula bermimpi,
    Ini perkara yang terutama,
    “sudah kau tutup lampu kamarmu?”
    “sudah kau labuhkan tirai kelambumu?”


    2006

    Payung yang selesa

    Semalam,
    Selepas hujan,
    Kulihat sekaki payung,
    Muram,
    Tanpa titis air hujan,

    Aku hairan,
    Payung muram tanpa hujan?
    Sedang hujan membasahkan payung.

    Hari ini,
    Ketika hujan lebat,
    Ku temui payung semalam,
    Tersenyum lebar
    Bersama sejuk hujan

    Aku pelik,
    Pada payung yang tersenyum,
    Sedang hujan membasahkan payung

    Hari ini dan semalam,
    Kutemui,
    Sahabat selesa,
    Sekaki payung bersama hujan.

    ~kulihat hujan~
                                                           14/4/2006@10




    .9 syawal

    dah tiga hari ada kat bangunan yang sunyi sepi, nak jumpa seorang manusia juga amat payah..
    balik awal dengan iltizam nak buat asigment dan segala macam kerja tertangguh
    tapi rupanya kena demam sorang-sorang,
    dah lama sangat tak demam,
    waktu lepas raya hari tuh,
    semua orang kat rumah demam, mula-mula ecah, chado, mak selsema then ayah demam..

    semalam sangat worse, badan gigil-gigil, dengan kepala sakit sangat,
    plus duduk sorang-sorang,
    rasa sangat alien,
    hahahaha
    call aida tengah-tengah malam,
    sebab rasa teruk sangat tak boleh bercakap dengan sesiapa,


    hari ini ok sikit,
    insyaAllah, jap g baik la ni...




    Ya mari kita kembali mengadap asignment-asignment yang ajaib... hahahaha



    .kiki.

    Thursday 16 September 2010

    Makkah yang bahagia

    Makkah yang bahagia,
    Dikunjungi jasad dibalut
    Kain putih segala,
    Sama semua rohani,
    Dan hati jadi bersih tak bernoda,

    Bertasbihlah, bertahmidlah,
    Syukur kalian yang datang,
    Dijemput  ALLAH,
    Mencari rahmat,
    bertemu bahagia.



    Zulhijjah1427h





    sajak lama-lama, waktu ini seorang teman dapat ke makkah.. rasa sangat gembira buat beliau dan teringin sangat-sangat untuk pergi juga!!

    Monolog jelek

    kisah aku,
    perlu aku tulis dengan terperinci?
    dengan adjektif yang banyak dan banyak memperkenalkan diri sendiri?


    kalau kamu rasa aku begitu, ya begitulah,
    kalau kamu rasa aku begini, ya beginilah,


    untuk rasa kamu yang begitu dan begini itu,
    walau tak indah pada mata aku,
    walau itu salah,
    walau itu jelek,
    walau itu busuk,
    walau aku rasa nak termuntah,


    maaf aku takkan betulkan,
    aku tak kisah,
    sungguh,

    aku hanya kisah orang yang kisahkan aku,
    kalau kamu kisahkan aku, kamu takkan begitu beginikan kisah aku,




    kepada,
    mereka-mereka yang terlebih kisah
    terima kasih sepenuh hati
    *ini adalah sinis



    Selipar sebelah

    Hujan semalam lebat,

    dan tanah selepas hujan becak,

    dengan selut kotor sisa-sisa,

    tangis langit,

    dengan kaki sebelah berselipar,

    aku meranduk air,

    mencari seliparku yang sebelah hilang,

    dengan rintik di pipi yg bergenang,

    risau,

    aku mencari,

    dengan sebelah kaki yg terencut-encut,

    bimbang,

    kaki,

    tersentuh tajam kaca,

    terngilu di tusuk duri,

    kerna seliparku yang sebelah itu,

    biar tapaknya sudah nipis di geser,

    jauh perjalanan,

    talinya sudah berapa kali putus,

    ku sambung ku,ikat ku cantum,

    biarlah betapa buruk rupa seliparku itu,

    aku perlukannya lagi,

    jauh lagi jalanku…

    Wednesday 15 September 2010

    Kisah bunga dan rama-rama

    Suatu petang,
    Kau datang dengan senyuman,
    Aku teka,
    Ada kisah yang kau bawa

    Ku pandang wajahmu,
    “Cepat, khabarkan aku kisah itu”,

    Engkau ketawa,
    Gembira sekali…,
    Tapi mengapa?
    Katamu “aku bertemu sekuntum bunga,
    Sekuntum bunga yang paling sempurna”,

    Aku senyum, sedikit gembira
    Kerna temanku si rama-rama,
    Telah bertemu bunganya,

    Aku bertanya “adakah bungamu,
    Benar sempurna?
    Kembang indah sentiasa?”

    Engkau ketawa, sedikit sinis..
    Tak kufaham mengapa?

    Jawabmu “bungaku memang sempurna,
    Tiada celanya,
    Kuntumnya mekar,
    Harumnya sentiasa,
    Kembangnya tak layu,
    Indah menambat mataku”

    Aku terdiam,
    Cemburukah aku pada bungamu?

    Hatiku bersuara,
    “aku tak mencari rama-rama
    Yang indah,
    Biarlah sayapnya sedikit patah,
    Atau
    Terbangnya terlalu rendah,

    Asalkan aku bunganya,
    Dan dia rama-ramaku.


    2006

    .salam maaf

    selamat hari raya
    maaf zahir batin
    dari sitinurshakirahsuhaimi.
    maaf untuk sebarang kata-kata yang menguris atau perilaku saya yang kasar, maaf untuk semuanya.


    sangat tak sempat nak online  macam-macam perkara berlaku pada orang sekeliling, rasa sangat sakit berada dicelah-celah orang-orang yang kita sayang terluka dan sakit tapi tak banyak yang kita dapat lakukan untuk selesakan hati mereka.

    harap semuanya akan gumbira lagi lagi dan lagi


    harap kamu semua yang baca ini juga sedang gembira, orang-orang kesayangan kamu juga gembira :)




    mysweetmoment : lama sangat tak betul-betul memerhati bintang, malam 27 ramadhan haritu dapat sungguh-sungguh lihat banyak bintang kat langit depan rumah dengan aisyah, i always missed that moment sampai bila-bila.., moment dulu-dulu tengok bintang dengan rasa begitu...



    selamat lihat bintang, harap kamu lihatnya dengan rasa gembira selalu :)



    malam ini mahu lihat bintang-bintang lagi


    hujan pun takpa,
    sebab insyaAllah esok ada lagi





    salam maaf
    .sitinurshakirahsuhaimi.

    Thursday 2 September 2010

    .kosong



    rasa kosong
    selalu lupa,
    kosong itu penuh,
    didalamnya
    0








    .kiki.