Monday 28 February 2011

Ucapan tahniah

hari ini hari yang gembira!
terima kasih semua!

Thursday 24 February 2011

Hey hey

duduk sorang-sorang, fikir dalam-dalam, rupanya engkau sedang jumpa diri kau sendiri ;)
dan kali ini kau rasa gembira sungguh
*senyum sambil  buang keluh

ho yeah!

Bukan paradox

'cool'
aku mahu ambil dua 'o' dalam 'cool' itu jadikan kaca mata,
begini,
          o-o


kemudian duduk senyap-senyap dan berhenti fikir. for good.

Wednesday 23 February 2011

Sorak

Yooo, lama tak write something here, i mean really write coz my previous post sort like keluhan, HAHA. Baru balik practise sorak, and i must say that, i enjoyed it to the max! Gembira gila ;) Keluarkan semua tensen-tensen dan blur asignment semalam dan balik bilik dengan rasa gembira untuk esok pulak.


---
Tulisan pendek kemudian tak disambung-sambung lagi waktu jadi gadis sorak, HAHA

Perasan tak?

dalam pusingan roda,
kita masih statik,
cuma roda yang berpusing...


ada sesetengah orang yang mabuk pening bila roda pusing-pusing. Kemudian,  rasa gembira tak tentu pasal sebab tiba-tiba duduk kat atas walaupun sebenarnya diri tak bergerak kemana pun.... asyik sungguh kat atas,


sampai lupa mereka itu STATIK,
                                                cuma roda yang asyik berpusing.




*syhhhh kita biar.

Monday 21 February 2011

Gift

ya, baru perasan, template baru adalah macam 'gift'
hidup juga adalah 'gift'
masih dapat tulis disini juga 'gift'

sitinurshakirah sila syukur!

Dua jalan,

Owh, sekarang sangat loooooooooooooser gila. Sampai aku sendiri tak tahu nak tulis apa. Rasanya banyak sungguh perkara yang aku tak buat betul-betul, there's tooo many things yang aku sia-siakan. Dan banyak perkara-perkara kesukaan aku yang aku tak buat betul-betul, tapi asyik spend doing things yang entah belum tentu aku suka benar, macam kena ambil masa untuk penuhkan rasa suka banyak-banyak dulu, kemudian baru dapat jalan laju-laju macam orang lain.

Pernah tak duduk antara dua jalan, satu jalan biasa-biasa, banyak batu kerikil tajam, selipar kamu pun tapaknya tak tebal mana, tapi kamu suka suasananya, suka sungguh. Dan kamu sanggup berjalan menuju ke jalan yang satu ini walaupun tanpa berselipar, kamu sanggup tanggung kemungkinan sesat dan hilang kerana ramai sungguh orang yang tak mengambil jalan ini. Mengingat jalan ini, kamu tak henti senyum.

... tapi jalan dua ini buat kamu duduk dan fikir, masih juga banyak kerikil sebab kerikil mungkin sudah jadi lumrah jalan. Kamu pandang belakang, dan kamu nampak ramai yang menghantar kamu ke jalan ini, tapi tangan kamu asyik pegang pintu pagar jalan dua. Kejap. Kamu juga tahu, kalau selipar kamu koyak di jalan yang dua ini, mereka-mereka akan hulurkan selipar. Walaupun ramai orang yang berjalan disini, kamu tetap takut dan runsing fikirkan adakah orang-orang yang ambil jalan ini, bertemu hujung dengan gembira.


dan itulah masalah aku, soal gembira.
dan yang mengembirakan aku, mungkin tak mengembirakan orang-orang berdekatan aku,



*ketawa dengan mulut 'O'


Friday 18 February 2011

That wispy thing



rasa bengong
                  *patut letak titik besar ke?

Thursday 17 February 2011

Day 8: a song that match your mood.

aku hampir terlupa ada misi 30 hari yang tak selesai-selesai, untuk misi hari ini,
Day 8: a song that match your mood. Boleh aku pilih lagu ini?



injit-injit semut,
siapa sakit naik atas,
injit-injit semut,
siapa sakit naik atas,
injit-injit semut,
siapa sakit naik atas,
injit-injit semut,
siapa sakit naik atas,
*lagu dengan suara kak limah inserted ;p


HAHA, sekarang asyik dengar lagu ini saja selalu, samada sendiri nyanyi atau roomate ajaib! HAHA, biol ;p

Wednesday 16 February 2011

Jadi aku layak untuk sedih ka?

nasihat orang memang mudah, nak aplikasi pada diri sendiri itu payah kot. haih!
lagi lagi nasihat tentang cerita sendiri,
lagi mudah,
boleh saja taip laju-laju dengan rasa sendiri campur-campur,
sebab ada rasa sendiri,
jadi campur macam-macam,
masam, manis,
tapi banyaknya pahit kot,
hahaha *gelak lebar sebab pahit sangat (:
jadi mulalah sibuk nak bernasihat panjang-panjang,
begini, begini jangan begitu,
nasihat yang macam amaran sila jangan jadi begini,
sila jangan,
tolong jangan,
sebab serius rasanya bengong kuasa infiniti,
sebab serius rasanya bengong kuasa infiniti,
sebab serius rasanya bengong kuasa infiniti,



sekarang sedang fikir, sempat lagi ke nak aplikasi apa yang aku nasihatkan orang, sempatkah eh?




kalau tak sempat, rasanya memang tiada kesempatan kot, 
jadi aku layak untuk sedih ka?



Sunday 13 February 2011

Secawan kopi, kita kalah


gambar dari sini

secawan kopi
aku,
bancuh pekat-pekat,
hitam likat,
sampai mata tak tembus dasar cawan,
biar tajam pandang dasar buku ratus-ratus muka surat,
bisa baca faham ribu juta patah kata,
bukan baca-baca tapi hilang,
macam mimpi,
kopi yang
hitam,
pekat,
likat,
wajib pahit itu,
jadi pelik,
bila rasanya,
kosong dibalik warna pekat hitam.
















ini lebih dari kopi dan sepotong mimpi,
.kiki.
061010@11.38 malam

Bila engkau sedang bersukaria





Bila engkau sedang bersukaria
renunglah dalam-dalam
ke lubuk hati
disanalah nanti engkau dapati
bahwa hanya yang pernah membuat derita
berkemampuan memberimu bahagia


Jika engkau berdukacita
renunanglah lagi, ke lubuk hati
disanalah pula bakal kau temui
bahawa sesungguhnya
engkau sedang menangisi
sesuatu yang pernah
engkau syukuri

~ Khalil Gibran

That magical gown

Cabaran 30hari, sila tekan sini untuk tambahan pengetahuan :P

day7 ; your dream wedding


Bab dream wedding ini amat sukar, belum sempat fikir lagi mahu wedding yang bagaimana, HAHA (pathetic mode on). Rasa mahu skip this question but it might be unfair pada cik maureen yang telah menjawab dengan cemerlang, heee ;p. 

Tapi selepas berfikir lima minit sebelum menaip entri ini, rasanya i nak my dream wedding yang macam, 


  • Hari jumaat sebab hari jumaat sangat ajaib untuk berkahwin, sila google sendiri why, malas nak explain. 
  • Petang dan malamnya kenduri untuk saudara mara jauh dekat, orang kampung dan sahabat-sahabat ajaib. 
  • Then, ada Photographer yang dihired untuk catch those splendid moment. 
  • Keluarga besar i wore baju yang dalam tone colour yang sama.
  • I donno nak pakai colour apa, walaupun i love kuning, tapi takkan nak pakai kuning waktu kahwin, yi, terang sangat! HAHA
  • Semua makanan cukup untuk tetamu dan mereka balik dengan senyuman ajaib di bibir.

Tu je buat setakat ini, kalau nak tanya type of dress, make up style, mak andam dari mana, makanan jamuan masak apa, hantaran kahwin semua... 


Minta sila la ke rumah,
tarikh belum tahu, pengantinnya pun entah duduk di sudut mana kat dunia ni.






Hanya Allah yang tahu,
Mohon dikirimkan orang yang beriman dan beramal, cinta apa adanya :)
Amin.








Read my story,

Pernah dengar 'read my story but dont read me', satu quote yang kononya aku jadikan status profile ini dulu. sebenarnya takkan ada 'dont read me', betul, bila kita sudah mula menulis, akan tetap ada 'read me' di dalam setiap apa yang kita tulis. Malah, ketika-ketika kita cuma tulis, konsonan sahaja begini 'kjgycsfdrsw', akan ada juga 'read me' diselepasnya.

Jadi mula panggil aku ________, sebab YA, aku pilih apa yang aku mahu tulis disini, sebab aku tidak suka orang baca aku, walaupun aku suka baca orang lain ;p

Tapi tetap, kalau sesiapa juga baca dan fikir begini atau begitu, pura-pura dia faham aku sepenuhnya hanya kerana baca 2, 3 ayat di blog ini, aku tidak berasa rugi walau sebesar zarah, kerana;

read my story and YES, you can read me, but NO, you cant read the entire story until you know the real me ;)

 salam dan papai!


*sila gembira-gembira:))

For you

Friday 11 February 2011

Rasanya

"mungkin ada yang tertinggal..."










Cerita jalan pilihan selepas tamat semester ini





rasa tak?
bila kita sedang buat sesuatu perkara yang kita suka,
kita abaikan dunia,
kita tak kisah walau kita hanya seorang diri kat situ,
kita letak sepenuh hati,

keliru,
untuk banyak-banyak perkara yang aku pernah lakukan,
sedang belajar menilai,
mana satu hati aku terletak,
mana satu aku boleh ketawa lebar,


aku mahu buat sesuatu dengan sepenuh hati,
sampai bila waktu-waktu aku tua nanti,
aku tak perlu pandang dan lihat aku tinggalkan
hati penuh dihujung
dan aku cuma jalan kosong
tertinggal hati.



cuma cerita jalan pilihan selepas tamat semester akhir ini.
Doakan aku!
supaya aku terus jalan dalam sesuatu yang aku suka dan gembira, supaya bila satu waktu, aku pulang penat-penat dari kerja, aku masih boleh ketawa gembira walau rumah berselerak tabak, dan anak-anak menangis merengek.
supaya aku gembira,
hanya kerana baru pulang dari buat sesuatu yang aku suka dan kemudian pulang bertemu orang-orang kesukaan aku.

insyaAllah ;)


terima kasih :)




*hey, sila gembira!
bye













mungkin ada yang tertinggal,
cerita dalam koma,

Wednesday 9 February 2011

Persepsi

waktu duduk sorang-sorang tunggu bus komuter tadi, lepas habis kelas malam yang tertambah waktu asal. waktu mula-mula nak duduk dekat bus stand tuh, aku dah aim tempat paling hujung sekali, pastu pandang bawah kalau boleh tak nak dongak kepala, dalam hati toksah cakap la, ayat kursi memang ulang banyak-banyak kali lagi-lagi bila nampak lelaki duduk kat hujung lagi satu. rupanya seorang pak cik yang katanya tunggu anak dia balik kerja pukul11.

bila pak cik yang duduk kat sebelah hujung tuh tegur, tanya tahun berapa, duduk hostel mana. aku cuma jawab sepatah dua. sambil tangan konon-konon sibuk belek hendfon tak ada kredit. bila pak cik tu mula cakap perkara indah ditelinga suruh belajar rajin-rajin, macam ayah kita selalu nasihat kita, rasa takut tuh makin kendur. kemudian bila bas dah datang, waktu aku nak mula bangun, bila pak cik tuh mula kata,

"dah malam macam ni, hati-hati, jaga diri, orang sekarang kita tak boleh percaya sangat, kalau takut istighfar banyak-banyak"
(selepas diubah suai dari loghat penang)


waktu tuh, rasa takut tuh dah hilang terus. dan bertukar jadi segan, sebab tadi hati aku ada persepsi negatif pada orang yang baik begini.






'... kita dah sampai di satu dunia yang sekelilingnya kucar-kacir,  sampai bila kita jumpa seseorang (stranger) kita terpaksa bina persepsi buruk dahulu, sebelum akhirnya kenal benar-benar tentang dia'




sedih kan??

Harus percaya kah?





The first person who's on your mind at the moment you open your eyes after a long sleep is the reason either of your happiness or pain - Reader's Digest.





gilos waktu nak tulis entri, tetiba lagu nickelback kuar..
haih*entah, entah

Tuesday 8 February 2011

Bintang

harap-harap malam ini ada bintang,
harap-harap malam esok juga ada bintang,
hari selepasnya juga ada,
ada,
ada,
dan ada.


sibuk berharap sampai lupa logik akal,




cerita dalam koma,

Pet yang ajaib

day 6:  a photo of an animal you'd love to keep as a pet










jawapannya;






encik atau puan kucing, dan bonus point kalau mereka dapat tidur terlentang comels begini ;) HAHA








gambar: kredit kepada google yang ajaib.









cheteh dulu-dulu pun suka sangat tidur begini. haih. ;(

Lengkungan ajaib

day 5 : a picture of something you want to do before you die






aku harap,
aku dapat letakkan ini,









banyak,
banyak-banyak,
pada orang-orang kesayangan aku,


dan aku dapat begini-begini... 


dengan gembira,
tanpa perlu banyak fikir hal dunia yang MERUNSINGKAN.

Wednesday 2 February 2011

Cold

untuk hawa;



teringat hasil bual dengan teman baik semajor melalui ruang sembang maya semalam. walaupun sekampus, tapi dia di hostel sana, dan aku di hostel sini. jadi selepas sembang-sembang biasa, dia capai satu konklusi, katanya aku ini selalu 'cool', suka ketawa dan kadang-kadang bila mendengar nama panggilan aku, dia rasa gembira. dia rasa aku 'cool' sebab katanya aku boleh pergi mana-mana sendiri (sebab petang sebelumnya kami ketemu ketika dia mahu ke tesco dengan kawan dan aku baru pulang dari sana).

entah apa definisi 'cool' pada dia, aku boleh saja buka kamus oxford dan tempekkan maknanya. tapi ini bukan hanya tentang 'word meaning', ini dicampur pula dengan 'speaker meaning', dan bukan aku pengucapnya disini jadi aku tak tahu.


serius aku suka, kalau benar aku mampu buat orang gembira begitu. aku suka sampai aku rasa mahu lompat bintang ratus-ratus kali.


tapi benarnya, aku bukan 'cool'
bukan,
sedikit pun bukan.


yang dia lihat itu bukan 'cool'
itu 'cold'

c.o.l.d
ya, aku faham.
bila lihat jauh, mata mungkin boleh jadi tersalah tafsir.
kabur.



sebab aku sendiri rabun jauh.

Bahagi dan tolak




sekarang sedang membahagi tolak, samada harus stay dihostel yang sunyi sepi ini, atau pulang rumah. sudah balik rumah minggu lepas 5hari(cuti awal dari manusia-manusia lain,HAHA) dan dan baru sahaja datang 2 hari. 

tapi kalau balik rumah esok, ertinya harus bawa balik buku teori komunikasi yang sampai sekarang tak terhadam. belum tambah lagi dengan buku-buku subjek elective. dan juga kerja-kerja yang menimbun, haih*keluh panjang. datang awal dengan azam mahu selesaikan semua perkara-perkara ini. tak sedar duduk seorangan begini rupanya sangat bosan. bosan sampai asyik makan dan makan. kemudian telefon rumah dua tiga kali sehari, kemudian sambung makan lagi. HAHA.


sambung fikir, patut balik ke tak.


Setapak lagi


ikutlah dengan seluruh jiwa,
bawa berlari kedunia nyata,
kemudian banyak merasa derita,
tidak mengapa kita mahu berjasa.
(halim anuar, setapak lagi)