Showing posts with label sekitar hidup. Show all posts
Showing posts with label sekitar hidup. Show all posts

Saturday, 29 December 2012

Hati lutsinar

Marah
yang kita sibuk lihat,
jahatnya orang,
salahnya orang,
hatinya orang,
dan hak besar kita untuk marah, atas salah, jahat dan hati kotor milik orang lain,

padahal ketika kita marah,
yang orang lain lihat hati kita sendiri,
tembus,
nampak semua.


memang sabar itu jauh, jauh sungguh.





setiap kali rasa marah, kita istighfar sesama jom!

Friday, 11 February 2011

Cerita jalan pilihan selepas tamat semester ini





rasa tak?
bila kita sedang buat sesuatu perkara yang kita suka,
kita abaikan dunia,
kita tak kisah walau kita hanya seorang diri kat situ,
kita letak sepenuh hati,

keliru,
untuk banyak-banyak perkara yang aku pernah lakukan,
sedang belajar menilai,
mana satu hati aku terletak,
mana satu aku boleh ketawa lebar,


aku mahu buat sesuatu dengan sepenuh hati,
sampai bila waktu-waktu aku tua nanti,
aku tak perlu pandang dan lihat aku tinggalkan
hati penuh dihujung
dan aku cuma jalan kosong
tertinggal hati.



cuma cerita jalan pilihan selepas tamat semester akhir ini.
Doakan aku!
supaya aku terus jalan dalam sesuatu yang aku suka dan gembira, supaya bila satu waktu, aku pulang penat-penat dari kerja, aku masih boleh ketawa gembira walau rumah berselerak tabak, dan anak-anak menangis merengek.
supaya aku gembira,
hanya kerana baru pulang dari buat sesuatu yang aku suka dan kemudian pulang bertemu orang-orang kesukaan aku.

insyaAllah ;)


terima kasih :)




*hey, sila gembira!
bye













mungkin ada yang tertinggal,
cerita dalam koma,

Wednesday, 9 February 2011

Persepsi

waktu duduk sorang-sorang tunggu bus komuter tadi, lepas habis kelas malam yang tertambah waktu asal. waktu mula-mula nak duduk dekat bus stand tuh, aku dah aim tempat paling hujung sekali, pastu pandang bawah kalau boleh tak nak dongak kepala, dalam hati toksah cakap la, ayat kursi memang ulang banyak-banyak kali lagi-lagi bila nampak lelaki duduk kat hujung lagi satu. rupanya seorang pak cik yang katanya tunggu anak dia balik kerja pukul11.

bila pak cik yang duduk kat sebelah hujung tuh tegur, tanya tahun berapa, duduk hostel mana. aku cuma jawab sepatah dua. sambil tangan konon-konon sibuk belek hendfon tak ada kredit. bila pak cik tu mula cakap perkara indah ditelinga suruh belajar rajin-rajin, macam ayah kita selalu nasihat kita, rasa takut tuh makin kendur. kemudian bila bas dah datang, waktu aku nak mula bangun, bila pak cik tuh mula kata,

"dah malam macam ni, hati-hati, jaga diri, orang sekarang kita tak boleh percaya sangat, kalau takut istighfar banyak-banyak"
(selepas diubah suai dari loghat penang)


waktu tuh, rasa takut tuh dah hilang terus. dan bertukar jadi segan, sebab tadi hati aku ada persepsi negatif pada orang yang baik begini.






'... kita dah sampai di satu dunia yang sekelilingnya kucar-kacir,  sampai bila kita jumpa seseorang (stranger) kita terpaksa bina persepsi buruk dahulu, sebelum akhirnya kenal benar-benar tentang dia'




sedih kan??

Wednesday, 2 February 2011

Bahagi dan tolak




sekarang sedang membahagi tolak, samada harus stay dihostel yang sunyi sepi ini, atau pulang rumah. sudah balik rumah minggu lepas 5hari(cuti awal dari manusia-manusia lain,HAHA) dan dan baru sahaja datang 2 hari. 

tapi kalau balik rumah esok, ertinya harus bawa balik buku teori komunikasi yang sampai sekarang tak terhadam. belum tambah lagi dengan buku-buku subjek elective. dan juga kerja-kerja yang menimbun, haih*keluh panjang. datang awal dengan azam mahu selesaikan semua perkara-perkara ini. tak sedar duduk seorangan begini rupanya sangat bosan. bosan sampai asyik makan dan makan. kemudian telefon rumah dua tiga kali sehari, kemudian sambung makan lagi. HAHA.


sambung fikir, patut balik ke tak.


Friday, 7 January 2011

Mussy

satu minggu terlewat datang,




bilik macam tongkang,
barang-barang berterabai dalam kotak,
nota mesti baca sebelum minggu depan sudah susun lawa,
baju-baju busuk penuh baldi,
cari lecturer nak daftar kursus minor tak jumpa-jumpa dah dua hari,
subjek tindih dengan subjek belum dapat drop,
subjek yang nak diganti tak fikir-fikir lagi,






ni baru seminggu terlewat datang, heeh

Semester akhir


rasa macam baru semalam datang tanpa tahu apa dan siapa,
rupanya dah nak mula kemas balik,



fuh! *keluh campur baur










Sunday, 24 October 2010

.teringat-teringat



gambar tahun satu waktu jualan wus (subject wajib uni) sort like kena bukak company pastu ada buat jualan besar-besaran, bergambar dengan kedai sebelah dan sebelah


cuma nak cakap tulis,
rindu those moment
cepat gila 3 tahun berlalu kan kan kan

















Saturday, 23 October 2010

.the one that can combine both side




satu status lama dan ini antara 3 komen dari komen-komen panjang,
y : tekanan pertama belajar setelah cuti panjang
x: yup betul2 sangat tekanan tapi happy jugak,huhuhu
y: ang memang takda perasaan punya orang



Rasa-rasa kalau kita nampak si x itu happy selalu, maknanya si x itu takada perasaan? Sebab dia asyik gelak-gelak suka hati, jadi kita rasa itu dia, kemudian kita anggap dia begitu saja. Kita rasa nak cakap, kita cakap apa saja, sebab dia jenis gembira yang takada marah-sakit-hati. Kita buat konklusi sendiri. 

Ada setengah orang lebih senang meletakkan setengah perkara sebelah dan sebelah, maksudnya kalau ini begini tak perlu campur dengan yang itu, bukan sebab dia membezakan masalah, sedih dan kecewa dengan gembira dan ketawa suka-suka.

Dia sedang belajar jadi dewasa,
Dia sedang belajar lihat orang mana yang faham sebelah lagi,
walaupun ketika orang itu sedang lihat sebelah lain yang ketawa gembira-gembira.






nota: komunikasi x dan y adalah dari fb si x(komen lama).

Thursday, 21 October 2010

.collocative words




tadi waktu semua tengah stuck dengan this 'collocative words' thingy,
because we had to analyse this words in advertisement, which sangat susah nak cari advertisement beginian,
ketika semua orang sedang mencuba menghadam dan memberi pandangan,

hawa keluar dengan contoh ini,
"for example; kiki,
collocative words that can represent her well is,
happy,
stars, 
and maureen added, ajaib"

I was like,
"hah... why?"

hawa said,
"because we always see you happy and we know that you love stars a lot"
"and, you always use 'ajaib' for everything" 
maureen said,


entah ketika itu cuma senyum dan gelak,
sebab tak tahu nak jawab apa,
agaknya tanpa sedar kita mengusung this 'colocative words' bersama dengan kita selalu,
'collocative words'
yang kita tak tahu orang tahu itu adalah kita,



dan mungkin juga,
ada banyak lagi 'collocative words' yang orang tak tahu itu adalah kita,


apa 'collocative words' anda?
;)



collocative words is the words that we can collocate together,  the words that have a strong tendency to occur side by side.for example, pretty for girl and handsome for boy. (gila simple example kan, aplikasi tak semudah example, believe me, hahaha)

Monday, 18 October 2010

.sedang belajar



kelmarin pergi jumpa tapit (adik), lepak-lepak kat mamak makan-minum, bila sampai  masa bayar, saya cepat-cepat bangun dan keluarkan duit nak pergi bayarkan, makan tengahari tadi juga dia dah sibuk-sibuk nak bayarkan, takkan minum petang nak suruh dia bayarkan jugak, sebab sekarang pun dah hujung bulan, jadi sangat faham poket orang bekerja hujung bulan sangat kecik ;P tiba-tiba si tapit bangun bagi isyarat muka macam tak-payah-bayar-aku-ada-banyak-duit-gila (walaupun sebenarnya takda),dan kemudian bangun pergi bayar...


waktu tu sedar,
dia sedang belajar bekerja, dan
dia juga sedang belajar jadi lelaki dewasa


oh, tiba-tiba rasa sangat tua, hahahaha



minta-minta dia jadi lelaki dewasa yang bahagia ;)
amin






Saturday, 9 October 2010

Kata-kata gembira dan makanan sedap






kelmarin sambil-sambil membuat tugasan ajaib dengan hati yang agak kecut, ambil masa untuk jenguk FB yang mula habuk banyak-banyak. tukar status, kemudian sign out sampai baru buka balik tadi, itupun tengok notification dekat emel, komen pertama sudah tahu, sebab tuan komen sendiri yg memberitahu secara realiti... haha

tapi komen kedua dari kakak sepupu ajaib buat hati rasa macam nak balik rumah malam ini,  



soo agak-agak apa puan hamidah masak esok?





kaknini: ayat anda mengandungi implicit performative verb yang sgt mengujikan dengan bukan satu tapi tiga repetition "makan".. hahaha



*okeh, tahu yang gambar profile picture saya sangat lucu. sangat heart tangkap gambar waktu minum
 tapi itu nisbahnya sangat kurang dengan kesukaan terhadap makanan-makanan dekat rumah esok,



ngeeeeh
(:

Wednesday, 6 October 2010

My weakness

semalam Puan hamidah message,
"kakak hari sabtu ayah hang nak buat knduri sikit, kalau tak sibuk balikla"

then i called,
cakap kakak tak boleh balik, banyak sangat kerja, nantila bila free sikit baru boleh balik,


then mak cakap,
"mak nak masak banyak ni, mak jang pun ada,
kesian kat ang tak dapat makan,
ni yang hang dah nak ikut kak gmah pergi melaka,
boleh jumpa yang sekali" (denotativenya )
*yang tu bukanlah "sayang" tapi one of my mak cik yang kami panggil yang


hari ini i called my mak jugak,
soalan pertama;
"ha macamana jadi ka balik minggu neh?"


eh, ingat topic semalam dah tamat
hahaha


connotative meaningnya, faham-faham, puan hamidah is missing me



adess,lemah betul rasa
tapi memang tak boleh balik, sangat banyak kerja

Loceng kecemasan

sigh*
okeh baru jap tadi loceng kecemasan berbunyi dengan kuatnya, pastu siap pak cik-pak cik jabatan kselamatan ketuk-ketuk pintu, turun-turun, entah sapa-sapa lagi pulak pergi jerit kuat-kuat, heeeh

kitaorang kecut gak, nak nak time bunyi pintu gedegung-gedegang,
yela dah siap nak mengelat
kang kena tangkap pulak mengelat,
dahla semua rambut gerbang-gerbang,
kang capai selimut jela buat selendang,
hahahaha
sooo,
terpaksa tabahkan hati duduk senyap-senyap,
heeh


sebenarnya dah tahu dah ada fire drill, tengs to technology,
habih dah desa lain kena takkan desa kitaorang tak kena pulak,

dikesempatan ini nak ucapkan tahniah pada mel and iqa kerana jadi team mengelat yang tebaik ;)

tapi kitaorang salute gila kat pak cik-pak cik jabatan keselamatan yang sungguh-sungguh buat kerja, dari satu desa ke satu desa tetengah malam pulak
tengs pak cik-pak cik!!!


untuk nota; kali terakhir turun fire drill, err tahun satu dengan si iqa, waktu tuh duduk tingkat 5 and kami antara peserta pertama, hehe boleh bayangkan berapa laju kitaorang turun tangga?


eh tahun lepas ada jugak entry pasal fire drill, boleh teka sini,


one more thing yang sangat penting, kalau nak mengelat mana-mana fire drill make sure yang itu adalah latihan punya fire drill, then you can safely duduk dalam bilik, kalau tak sila keluar cepat-cepat!!!


okeh rasanya,
3 exclamation mark dan bold words  dah cukup mengambarkan pentingnya ayat di atas


selamat hari rabu yang indah insyaAllah
.kiki.

Saturday, 2 October 2010

.selepas seminggu-Pulau Aman



Hey blog ajaib
(Jangan muncung, atleast this blog will always be ajaib even just for me).


sangat lama tidak memblog, yea yea i'm too busy, busy with unorganized self. ~heee
minggu lepas ke Pulau Aman, Alhamdulillah semuanya sangat happy and seronok ;)
here, some of selected photo (wanna see more, kindly ask encik bobo~my laptop name))


Cute tak nama beliau, sudah namakan barang-barang anda? laptop anda? belum? lakukan sekarang!!!
iklan tajaan kiki yang pen-sibuk antarabangsa =P





 oh ini jeti nak ke sebelah Pulau Aman (terlupa nak tanya nama jeti tersebut, sila google)



ini mycoursemates, sila kira berapa orang? and like always, women rule the line.. haha
owh saya yang mengambil gambar itu.



 owh ini cubaan nak mengambil gambar ikan dalam laut using my sooo magical non DSLR camera.
siapa pandai teka mana ikannya, ada hadiah menarik menanti anda =P




 terrer kan pak cik neh? 




 ini maumau punya beg which i tumpang letakkan my cikedis ~ my gratification photo




 nampak tak itulah Pulau Aman ;)




 kami main korek-korek siput, gila best tapi tak sempat nak makan dah terpaksa pulang ; c



cari dimanakah ketam?


 ketam yang si kalai berjaya tangkap dengan bantuan adik bulat yang ajaib. heeee~




 lokasi korek siput.




 adik bulat yang tolong si kalai tangkap ketam, eh serius neh nama dia bulat.




 konon-konon nak buat keajaiban, si kiki sedang kopek siput sebelum masak. keputusnya; siput tak boleh di kopek sebelum masak =P





air orange aina, i love the colour macam sangat cantik kombinasinya. kan kan??
btw, rasa pon enak, nak-nak tengah panas lepas kutip siput, wah heaven!!!





 mee udang kat Restaurant Terapung Pulau Aman, fresh seafood kan.. so sedapla, tapi i'll  always vote for Puan Hamidah punya mee lagi kot =P





 My sirap limau!!!






 kanak-kanak ribena dari boat sebelah ~ hehe, gurau jee ok??






tshirt maumau that i like soo, 
everyone has are treasure that is waiting just for them.
sounds ajaib kan??
~heeee





pose minum sirap dari cik kiki buat anda sekeluarga *otak tak stabil and ada assigment need to be done, urgent!!!




sooo papai for now,
sebenarnya ada banyak lagi mahu cerita-cerita,
insyaAllah kalau ada rezeki kita sambung,





salam gembira-gembira,
.kiki.


Thursday, 26 August 2010

.rainbow day; a report

Rainbow Day!!!



Ya, itulah mereka-mereka yang i dah spend almost three years together, mereka macam "rainbow" in my heart, colorful and wonderful. We called us as ELSers, a short form for English Language Studies, there are just 14 of us, and we connect more like a siblings than a friends. Yup, tipula kalau kata tak ada bermasam muka, hey but we manage to went through it.*clap clap

With them, I tak pernah jadi perempuan tertib(owh i pernah ker sgt tertib??), even for Ratha and Haffiz,(the only guys) both of them more like our big brother, we kutuk-kutuk, talked silly thing about each other then we gelak-gelak together. Owh, ilove them all, waktu tengok gambar neh tadi and upload to Facebook,  I cried*sebab sedih nanti tarikh yang sama next year (kalau masih bernafas di bumi Allah ini) , kitaorang akan berpecah and akan ambik masa yang lama untuk jumpa semula.

realrainbowmoment:
Sangat-sangat tersentuh hati dengan Ratha today, sebab yesterday, I already remind him to wear red but then this morning, instead of wearing red, he wore white tshirt with some blue color, I was like...... 
then I asked him, 

me: "Ratha, u supposed to wear red kan? alaaa *sambil wat muka sedih gila"

dengan kalaut-kalut, he said,

Ratha: "OMG, I forgot, sorry Kiki.. dont worry, I will manage"

then I cakap, 
me: "its ok Ratha, putih pon ok"

dia tak jawab, then jalan kalaut-kalut and go..
after that,
before our sociolinguitic lecture, he came to class wearing red tshirt..

then I asked,
me: "U balik bilik ka?? where did u get that shirt?"
Ratha: " hehehe, I pegi tukar dengan my friend, he wore red today, tahu tak I tukat kat mane?"
me: "Kat mana"*dengan muka curious
Ratha: 'Kitaorang tukar kat Subaidah (Subaidah is one of nasi kandar restaurant in USM) nasib baik tak ramai orang*sambil gelak-gelak"
me: Hang tukaq macam tu ja?? Depan orang ramai ka??

He answered : yup..*Pastu jalan laju-laju p kelas

then, i was soo tersentuh dengan kesungguhan beliau, dan mula menghebahkan pada masyarakat ElSer.. then he said,

Ratha: "weh, jangan bagitau kat orang, malu la"

~hahahahahaha

Okeh, mungkin ni benda biasa bagi korang, tapi bagi aku benda ajaib, "Korang berani ker nak tukar baju tak tentu hala kat kedai mamak?? hanya sebab nak share memory together... hanya sebab nak tangkap gambar dengan kawan, hanya takut "our elsers pelangi tak jadi".. sebab tu aku rasa ini adalah perkara ajaib.. heeeee 


Thanks to all my friends, yang mewarna-warnikan my life today, 
Yang sanggup jadi pelangi walaupun tanpa hujan :)





*More pictures??, do add me on facebook, please specify who you are.. because i rarely (tak penah) add people that i dont know.. facebook search: siti nurshakirah suhaimi








*gila sayang korang semua!!!

*self timer time!!!









selamat berbuka!!!
.sitinurshakirahsuhaimi.

Sunday, 15 August 2010

.selamat berbuka!!

ya, selamat berbuka adik-adik!!!
*sangat sedih tak dapat berebut makan dgn anda semua hari ini
**hari ini buka dgn kalai, mel, and sashi (my abg long, kak long n kak ngah kat sini)
guess what??
i'm the youngest.. hahaha
gila perasan muda




selamat buka kamu juga!!




love;
.kiki.

Saturday, 7 August 2010

.ecah

*ecah, get well sooon... kakak miss you like crazy!!!




rindu u said
"adik sayang kakak banyak neh"
*sambil sorokkan tangan kat belakang so that kakak tak tahu berapa banyak banyak ni.



kakak always love you banyak-banyak
:)




Friday, 23 July 2010

.heeee~




*gumbira

thanks buat,
kalai, mel and sashi

for make it happen,
:)


.kiki.
 

Wednesday, 23 June 2010

.untuk cik-cik perfume ajaib :)


Tiada entry baru sebab aku beberapa hari lepas adalah busuk dan masam,heeee~





*entry tanpa gambar*




Untuk mereka yang ada ketika momen sangat berbau ini :)
List ini bukan dalam kronology,
Melissa edward
Kalaivani kalimuthu         
Nurul diana
Aida haryati



Kalai,         
Thank sebab terus call balik walau aku cuma miss call, terus dengar dan dengar ketika aku sedang cakap tentang kesilapan bongek. Untuk marah-marah sebab aku cakap sorry and minta maaf dekat hang,dan cakap antara kita tak perlu ada sori mori. Thanks untuk cakap “i miss u like crazeeyyy” walaupun kita cuma tak jumpa cuti sem ini. Sudi habiskan kredit walaupun aku sendiri tak ada kredit nak call balik.

Mel,
Thanks untuk sudi call dan call lagi walaupun aku selalu tak angkat your call, samada handfon silent atau handfon mati sebab aku yang bongek selalu lupa nak cas telefon, lupa letak kat mana telefon. Thanks untuk terus call bila aku mesej ‘mel, pliz call me’. Thanks untuk support aku selalu, thanks untuk support me eventhough u faraway.


Aida,
Thanks untuk selalu cakap “aku rindukan hang la kirah”, untuk selalu share your cerita indah-indah dan minta pendapat aku walaupun aku sendiri unexperienced and dungu dalam cinta. Thanks untuk top upkan untuk aku ketika aku tak ada kredit miskin dan sengkek hanya untuk mesej dengan aku and share story.


Didi,
Thanks untuk mesej memalam untuk cakap how much u missed me. Untuk sembang and share story walaupun kita tak jumpa hampir dua tahun, untuk sembang dengan nada yang sama dari zaman sekolah, untuk terus cakap dengan gembira semua mimpi kita yang tak jadi-jadi lagi.


Thanks untuk banyak perkara lagi, untuk semua perkara indah, busuk dan masam yang kita kongsi.
Thanks untuk selalu selesakan aku ketika aku busuk dan masam, harap dapat selesakan kamu semua ketika kamu semua busuk dan masam juga.
Dan, terima kasih sahabat,
sebab tak pernah harapkan kata-kata terima kasih aku.
Maaf untuk kadang-kadang aku cenget dan cengeng,
Sayang kamu semua selalu

.siti nurshakirah suhaimi.





dan untuk sesiapa yang baca ini, thanks untuk kamu juga sebab be here...
sila gembira selalu!!!
*senyum panjang-panjang




Saturday, 12 June 2010

.real bego



tadi basuh baju by machine with fara
http://www.emocutez.com


kiki yang cengeng telah mixed my red cardi dgn baju lain,real bego~
http://www.emocutez.com



result,
fara's punya lovely dovely white shirt which i guess so expensived telah jadi reddish
http://www.emocutez.com


fara senyap, and cakap its ok..
tapi rasanya memang tak ok...
kenapa umur tua pong masih buat kesalahan bengong gini?
http://www.emocutez.com



selalu buat sesuatu tak fikir banyak-banyak, tak pakai otak betul-betul
http://www.emocutez.com
sangat sedih dengan diri sendiri,huuuuuuu~








yang benar,
kiki yang begooo
http://www.emocutez.com