Showing posts with label versi tulis dan cerita. Show all posts
Showing posts with label versi tulis dan cerita. Show all posts

Tuesday, 3 January 2012

Series of lost and no found






Disember lepas memang ajaib. ya ini serius. i lost dua handphone dengan bergaya, satu awal bulan dan satu lagi di akhir bulan. cukup sangat pengajaran untuk jadi manusia yang lebih hati-hati.peristiwa satu, yang sangat lawak juga sebenarnya, sebab selalunya memang buat vibrate je telephone, letak telephone atas rak cermin almari bilik and telephone keep vibrate, tapi sebab tengah kusyuk gila sembang dengan adik (dia baru sampai dari hostel) so macam, biar jela sebab bergosip kan lebih real nak pula face to face kan.. haha. tau tau senyap je phone, syafiq cakap,
 "eh kak, telepon ang awat senyap ja"
masuk bilik nak ambik phone, tengok sedap je cik telepon landing dalam pinggan bedak sejuk.. yes, ulang suara pinggan bedak sejuk. macam tak ada tempat paling lawak je telepon tu nak jatuh. apa lagi, semua pakat bantai gelak gila, habih telepon tuh berselimut white foundation, pastu bila cakap dekat mak, mak macam,
"haa padanlah muka hang, mak duk suruh alih pinggan tuh hang tak dengar"
betulla tuh, pinggan letak bedak sejuk tuh mak selalu tegur tanya kenapalah tak alihkan, kenapalah pakai pinggan mak yang paling vogue sekali untuk letak bedak sejuk, tapi sebab degil and malas abaikan jela kata-kata ajaib mak, so memang padan la muka.
dan telepon tu pulak memang teruk gila macam short circuit gak kot, sebab lepas je dia terbenam dalam pinggan tu dengan bergaya aku pergi je on-kan. based on what my adik, syafiq said la, dia cakap kena keringkan dulu pakai hair dryer (which i already tried), letak dalam tong beras mak, balut dengan kain. semua dah buat, tapi tula si syafiq cakap jangan immediately on that phone, tapi yela semuanya dah terlambat. telephone tu pun dah selamat pergi dengan aman, haha so aku pun cepat-cepat kebumikan telephone tu dalam kotak kat bilik, takut ayah tahu kot, dia yang belikan telephone tuh, nak nak pulak jahanam sebab kecuaian manusia.
so pakaila balik telephone lama yang kadang-kadang bila cakap keluar suara 'transformers' yes, serius, tengah dok sedap-sedap sembang dengan melissa, pastu mel akan cakap
"ki suara ang dah start jadi transformers"
jadi i dengan bergayanya akan hantam telephone tu kat dinding, dan teruslah okeh. ajaib tak telephone tuh? haha, tapi sayang gila telephone tu kot, bertahun pakai. the funny part bila ada company call nak set interview time, tengah-tengah sembang
"siti, i cant hear you.. hello, hello'
so the other side of me yang always calm akan cakap, "
"sorry can you wait for a second"
pastu cepat-cepat bantai telephone tu kat mana-mana dinding or any hard surface yang berdekatan, haha. but teringin jugak nak tanya kat dia after that, 
"did you hear my transformers voice just now?" 
tapi of course la aku tak tanya kan, haha.

so here come the sad part, i lost that phone tooo ;(
that tragic day (over gila intro), kuar pergi jusco sensorang pastu pergi atm kuarkan duit, lepas tu tengok masyaAllah banyak gila sale, walaupun poverty stricken tapi mestila nak cuci mata kejap, jalan la sensorang sambil belek-belek kemeja, blouse yang cantik-cantik. pastu bukak beg, tengok phone takda, selongkar beg takada jugak, elok pulak time tu jusco buat announcement yang kena beware dengan penyeluk saku bagai..hati memang debar gila, umi pulak takda balik kampung.. cepat-cepat pergi cari nomi,, dia keje nearby situ, try call dengan phone dia kat area-area tuh, takda jugak, pastu tak lama voice mail. waktu tu macam redha jela.. balik rumah, selongkar beg cari handphone emergency which is so basic dengan bateri yang kong, kuar pegi cari bateri.. malam tuh, waktu duk lepak umah sensorang sambil tunggu si nomi balik keje baru teringat nak tengok beg, and guess what sekali kad atm hilang.. tak tahu la kalau pencopet tu ingat tu kad kredit ke kan, poor him la. kiki suhaimi yang sangat clumsy pulak lepas keluarkan duit main campak je kat compartment depan beg nearby dengan tempat bukak beg tuh, and that beg sangat tak protective, tak ada zip cuma ada open compartment dengan easily open button, pastu sling pulak. but my fault jugak, tak beringat and tak hati-hati, teladan masa depan sebab nak duduk sini bukan sehari dua. and bila call mak malam tuh, mak tanya napa no lain pulak(sebab tak sempat lagi pergi center utk retrievekan sim card tu balik), cuma cakap sim card hilang, which is soo true but of course there some part yang tak di revealedkan.. yela, our parent pasti risau dengar perkara-perkara macam tu, tapi nak buat macamana, benda dah jadi.. the least we can do is bagi diorang risau

oh sebenarnya macam panjang lagi nak tulis, series of lost (title) supposed ada rangkai ceritanya yang lain, mungkin lain waktu insyaAllah.. till then, sila gembira selalu!
Assalamualaikum ;)

Monday, 5 December 2011

Migrate to home


gambar dari sini


hujan seronok, 
tak dapat fikirkan topik apa untuk mula tulis, waktu taip padam dengar bunyi hujan yang nak mula turun, dan oh mungkin boleh mula tulis tentang hujan, haha bunyinya macam blogger yang sangat menyedihkan. lost between no words at all-
beberapa bulan sebelum, adalah hidup yang sangat tidak statik, yeah i know yang hidup kita memang tak statik like we moving around always, walk, suap makanan kat mulut etc. 'statik' here macam tak hidup kat satu tempat, dalam beberapa bulan ini asyik migrasi dari perak to penang then perak then sepatutnya melaka tapi ended up kat kedah kemudian kat sini, dont want to mention where sebab mungkin akan  migrate somewhere lagi, hahahaha, dah penat sebenarnya, penat kaki dan hati.
biar kat sini je kot, mungkin kaki dan hati kena sesuaikan diri kat sini. tapi antara dua, rasanya hati paling penat sungguh, sebab hati pun terpaksa migrate dari pelbagai rasa lebih penat dari berjalan kaki ribu-ribu kilometer.
tapi hati kuat kot, insyaAllah ;)
doakan!

Tuesday, 18 January 2011

Buku-buku


aku paling suka;

selalu suka rasa hati yang debar-debar sebab tak tahu nak pilih buku apa bila ke kedai buku. haih, rasa mahu beli semua. mungkin seronok jadi manusia yang hanya pegang, belek blurb belakang buku, tertarik dan pergi bayar tanpa perlu lihat ruang ringgit malaysia pada bar kod dihujung. tapi yalah, aku sudah cukup gembira jadi aku, sebab rasa berdebar-debar, teruja dan gembira mungkin tak sama kalau kita mudah dapatkan sesuatu.

kan?




tak sabar mahu tidur, tak sabar mahu belek-belek dua buah buku ajaib sebelum tidur.








*sedang merancang mimpi rumah sendiri dengan satu bilik kecil pustakaan

Sunday, 21 November 2010

Larian kedatangan





pernah pergi latihan rumah sukan waktu sekolah?
waktu semua orang kena lari untuk pilih wakil pelari rumah.
wajib.
semua.
lari kuat-kuat,
supaya cikgu ambil kedatangan,
lari untuk dapat tanda hadir segaris,
dari tanda kosong takda isi,
pernah?

Saturday, 13 November 2010

2 off to stars





Okeh sudah selamat tinggal dua paper ajaib, cuma tinggal lagi tiga. dua subjek major dan satu minor. tapi semuanya minggu depan 19hb,24hb dan 25hb, agak lama lagi tuh *sambil buat loncatan bintang suka hati* haha.

Hari neh cuma main tukar-template-blog sebanyak berpuluh kali sambil meraikan fasa pertama hari raya dari exam. :P waktu dalam bilik exam*sebab budak major english sangat ciput, jadi exam bukan dalam dewan besar-besaran, cuma dalam bilik kapasiti kecil* asyik rancang dan motivate diri untuk cepat jawab, lepas tu boleh qada tidor dengan selesa. tapi balik bilik, spend masa berjam-jam nak lenakan diri. sakit hati betul!

Dalam dewan exam tadi juga sempat memalukan diri sendiri, sambil ingat isi-isi penting dan idea yang mencurah-curah, ingat sedang monolog dalam diri sendiri, tapi rupanya aku cakap-kuat-gila sampai si mel yang selang satu meja pusing tanya kenapa. list kegilaan diri sudah terbongkar dalam masyarakat exam tadi. Lepas tuh elok-elok masa tinggal 30minit, kalut-kalut dan terhegeh-hegeh nak finalised-kan jawapan akhir, tulis laju-laju gaya pelari pecut, terlepas pen 80sen, terpelanting sampai next row. wooow hebat gila, sekali lagi jadi perhatian ramai. Lepas tuh segan gila nak angkat kepala, dahla exam bukan dengan budak major sendiri je, budak-budak lain entah course hapa lagi ada sekali.

Waktu masuk dewan elok-elok je perangai sopan santun, ucap goodluck sana sini.
nah, bila tengah stressed jawab exam, baru keluar perangai huduh

Apapun, syukur boleh jawab sebab aku tahu aku main banyak.
Ini semua berkat doa mak, ayah dan siapa lagi yang doakan.
Thanks banyak-banyak ;)

Thursday, 4 November 2010

.selamat berperiksaan





satu minggu balik rumah
rasa sangat awesome bila sampai petang tadi*dramatic gila, haha


p/s: khamis depan exam 1st paper, wish me luck!! doakan saya dan maaf silap salah :) and wish you luck tooo

Saturday, 23 October 2010

.hari ini dan exam



sepatutnya balik hari ini, tapi sebab banyak gila-gila kerja yang diri sendiri tundakan, tangguhkan
jadi terpaksa juga tundakan dan tangguhkan hari balik rumah kepada minggu depan
padan muka kan??
hahahha
dan nak tahu?
minggu depan adalah minggu terakhir
dan minggu selepasnya adalah minggu belajar sungguh-sungguh (study week)
rasa macam cepat masa berlalu
satu semester cepat sangat
rasa masih pening-pening antara bab-bab awal,
dan minggu depan sudah kuliah akhir,
jadual periksa dah lama keluar,
hari periksa adalah,
11
12
19
24
25
tak suka betul hari ini exam dan esoknya ada exam jugak,
tapi tak sangka semester ini di anugerahkan 4 paper hari berturut-turut, hahaha ;p
dan 25 juga adalah hari sebelum hari terakhir exam
menjadi orang terakhir pulang lagi semester ini


sekarang sedang lompat bintang sebab terlalu suka hati, hahaha

.the one that can combine both side




satu status lama dan ini antara 3 komen dari komen-komen panjang,
y : tekanan pertama belajar setelah cuti panjang
x: yup betul2 sangat tekanan tapi happy jugak,huhuhu
y: ang memang takda perasaan punya orang



Rasa-rasa kalau kita nampak si x itu happy selalu, maknanya si x itu takada perasaan? Sebab dia asyik gelak-gelak suka hati, jadi kita rasa itu dia, kemudian kita anggap dia begitu saja. Kita rasa nak cakap, kita cakap apa saja, sebab dia jenis gembira yang takada marah-sakit-hati. Kita buat konklusi sendiri. 

Ada setengah orang lebih senang meletakkan setengah perkara sebelah dan sebelah, maksudnya kalau ini begini tak perlu campur dengan yang itu, bukan sebab dia membezakan masalah, sedih dan kecewa dengan gembira dan ketawa suka-suka.

Dia sedang belajar jadi dewasa,
Dia sedang belajar lihat orang mana yang faham sebelah lagi,
walaupun ketika orang itu sedang lihat sebelah lain yang ketawa gembira-gembira.






nota: komunikasi x dan y adalah dari fb si x(komen lama).

Monday, 18 October 2010

.sedang belajar



kelmarin pergi jumpa tapit (adik), lepak-lepak kat mamak makan-minum, bila sampai  masa bayar, saya cepat-cepat bangun dan keluarkan duit nak pergi bayarkan, makan tengahari tadi juga dia dah sibuk-sibuk nak bayarkan, takkan minum petang nak suruh dia bayarkan jugak, sebab sekarang pun dah hujung bulan, jadi sangat faham poket orang bekerja hujung bulan sangat kecik ;P tiba-tiba si tapit bangun bagi isyarat muka macam tak-payah-bayar-aku-ada-banyak-duit-gila (walaupun sebenarnya takda),dan kemudian bangun pergi bayar...


waktu tu sedar,
dia sedang belajar bekerja, dan
dia juga sedang belajar jadi lelaki dewasa


oh, tiba-tiba rasa sangat tua, hahahaha



minta-minta dia jadi lelaki dewasa yang bahagia ;)
amin






Sunday, 10 October 2010

Sabtu dan ahad





semalam hari sabtu yang mendung
satu sebab cuaca yang memang mendung
dua sebab memang diri sendiri yang bermalas-malasan

hari ini juga masih hari ahad yang mendung,
satu masih sebab cuaca
tapi sebab ke dua dah tak boleh pakai lagi,
esok test harus  mesti rajinkan diri
:)


jadi sekarang sedang kalut-kalut cari nota-nota rojak campul gaul yang tulis merata-rata
dan harap-harap esok adalah soalan aplikasi bukan soalan fakta-fakta yang perlu penerangan jelas
sebab kalau aplikasi masih boleh goreng-goreng secukup rasa
tapi kalau fakta selalunya akan terbuat fakta sendiri ;p
kalah kajian encik searle and austin bertahun-tahun,
hahaha


okeh,
selamat hari ahad yang best!!
selamat pengantin baru untuk angkasawan negara!
selamat ke akhir hayat, dunia akhirat ;)


 

Saturday, 9 October 2010

Kata-kata gembira dan makanan sedap






kelmarin sambil-sambil membuat tugasan ajaib dengan hati yang agak kecut, ambil masa untuk jenguk FB yang mula habuk banyak-banyak. tukar status, kemudian sign out sampai baru buka balik tadi, itupun tengok notification dekat emel, komen pertama sudah tahu, sebab tuan komen sendiri yg memberitahu secara realiti... haha

tapi komen kedua dari kakak sepupu ajaib buat hati rasa macam nak balik rumah malam ini,  



soo agak-agak apa puan hamidah masak esok?





kaknini: ayat anda mengandungi implicit performative verb yang sgt mengujikan dengan bukan satu tapi tiga repetition "makan".. hahaha



*okeh, tahu yang gambar profile picture saya sangat lucu. sangat heart tangkap gambar waktu minum
 tapi itu nisbahnya sangat kurang dengan kesukaan terhadap makanan-makanan dekat rumah esok,



ngeeeeh
(:

Sebuah pawagam tapi sedikit emosi


Tadi lepas siap antar asignment, lepas siap kemas bilik yang dah semakin berubah tak macam bilik, lepas siap basuh baju yang melebihi muatan timba,melimpah ruah, lepas siap semua perkara yang wajib disiapkan. akhirnya, dapat juga tonton lagenda budak setan, okeh reward diri sendiri sebab dapat siapkan assignment. 
Okeh tahu semua orang dah tengok cerita neh, sangat tak suka menonton dipawagan yang kurang boleh luahkan emosi dan menonton dengan strangers dan pelbagai alasan lagi,haha.okeh sekarang boleh mula panggil saya sebagai cik cerewet, haha. kalau ke pawagam, sebenarnya cuma pernah pergi empat kali,haha okeh panggil cik pathetic juga  ;p  

waktu tahun satu pergi nonton dengan si anun cerita senario episod satu
waktu tu dalam pawagam cuma ada kitaorang je plus dengan satu family bawa anak datang tengok wayang dan budak-budak tu kelihatanya sangat happy boleh tukar-tukar tempat duduk sebab tak ada orang.

keduanya pergi tengok cerita book of eli, pergi dengan si kalai and mel semester lepas , 
menghabiskan hampir sejam tidor sambil menonton, tambah dengan cerita bunuh-bunuh dengan tanpa perasaan. kemudian malu sendiri sebab tersilap pergi jerit  ketika  babak denzel washington membunuh orang dengan teruk.


ketiganya pergi tengok inception dengan kalai dan mel,
mimpi dalam mimpi dalam mimpi, ceritanya bagus  dan lain. suka. waktu tengok cerita ini berkosentrasi pasal nak tahu apa sebenarnya yang sebenarnya telah berlaku. dan babak akhirnya sangat ambiguous, balik dengan banyak soalan dalam fikiran tapi sedar yang nak masuk mimpi orang itu sangat sukar, sekurang-kurangnya kamu harus pernah ada dalam minda separa sedar dia,


keempat pergi tengok salt juga dengan kalai dan mel,hahaha
dengan cik angelina yang cantik, lawan-lawan yang tak teruk sangat. okee-lah ceritanya.


*semua cerita mereka yang pilih, ya termasuk book of eli, hahaha
untuk nota: mereka juga menyesal sebab pilih ;p


Tapi pasti, kalau suruh pilih tengok cerita kat wayang atau menonton dirumah, saya pilih tonton dirumah,
tanpa tema kod pakaian
bebas luahkan emosi sendiri
tak perlu bayar, free
boleh free seating
boleh pause bila nak pergi toilet
boleh fast forward kalau macam malas nak tengok
boleh sambung esok kalau mengantuk
boleh tengok dengan adik-adik yang awesome
dan banyak-banyak lagi,






Thursday, 7 October 2010

Menulis dengan semua rasa

Malam yang panjang,

Sambil-sambil buat tugasan, baca balik entry lama, sangat lawak dan lucu. Satu blog harus jadi luahan hati sendiri, dan aku selalu hanya pilih perkara gembira-gembira sahaja(mungkin sebab itu aku tak tulis setiap hari, ada banyak selang-selang hari yang aku tak dapat cari rasa gembira untuk tulis, jadi aku diam, padahal ini blog sendiri)

Ya ada sedikit entry yang bersifat marah dan sedih, boleh bilang pakai jari sepuluh. itupun selepas aku edit rasa yang patut orang tahu, dan rasa yang patut biar simpan kejap-kejap. Aku banyak tonjolkan rasa gembira-gembira sahaja, bukan dekat maya, dekat blog, dekat dunia luar juga, sampai bila sekali aku expressikan marah, bengang, bongok, orang tak reti bereaksi, aku rasa salah sebab marah dan bengang sedangkan aku memang patut marah dan bengang.


Tak salah untuk jadi marah, bengong, sedih asalkan kita belajar dari situ. Kau tipu kalau kau kata, seumur hidup kau rasa cuma gembira-gembira, semuanya harus seadanya, marah, bengang, bengong, sakit hati, sedih malah mungkin juga cinta, semuanya. Sebab kalau sepenuhnya, kita tanpa sedar ,mengambil bahagian-bahagian  lain nak penuhkan satu bahagian cuma dan kemudian sedar sebenarnya hilang sana-sini.


Jadi lepas ini shakirah nak belajar menulis dengan semua rasa insyaAllah ;)



Wednesday, 6 October 2010

My weakness

semalam Puan hamidah message,
"kakak hari sabtu ayah hang nak buat knduri sikit, kalau tak sibuk balikla"

then i called,
cakap kakak tak boleh balik, banyak sangat kerja, nantila bila free sikit baru boleh balik,


then mak cakap,
"mak nak masak banyak ni, mak jang pun ada,
kesian kat ang tak dapat makan,
ni yang hang dah nak ikut kak gmah pergi melaka,
boleh jumpa yang sekali" (denotativenya )
*yang tu bukanlah "sayang" tapi one of my mak cik yang kami panggil yang


hari ini i called my mak jugak,
soalan pertama;
"ha macamana jadi ka balik minggu neh?"


eh, ingat topic semalam dah tamat
hahaha


connotative meaningnya, faham-faham, puan hamidah is missing me



adess,lemah betul rasa
tapi memang tak boleh balik, sangat banyak kerja

Loceng kecemasan

sigh*
okeh baru jap tadi loceng kecemasan berbunyi dengan kuatnya, pastu siap pak cik-pak cik jabatan kselamatan ketuk-ketuk pintu, turun-turun, entah sapa-sapa lagi pulak pergi jerit kuat-kuat, heeeh

kitaorang kecut gak, nak nak time bunyi pintu gedegung-gedegang,
yela dah siap nak mengelat
kang kena tangkap pulak mengelat,
dahla semua rambut gerbang-gerbang,
kang capai selimut jela buat selendang,
hahahaha
sooo,
terpaksa tabahkan hati duduk senyap-senyap,
heeh


sebenarnya dah tahu dah ada fire drill, tengs to technology,
habih dah desa lain kena takkan desa kitaorang tak kena pulak,

dikesempatan ini nak ucapkan tahniah pada mel and iqa kerana jadi team mengelat yang tebaik ;)

tapi kitaorang salute gila kat pak cik-pak cik jabatan keselamatan yang sungguh-sungguh buat kerja, dari satu desa ke satu desa tetengah malam pulak
tengs pak cik-pak cik!!!


untuk nota; kali terakhir turun fire drill, err tahun satu dengan si iqa, waktu tuh duduk tingkat 5 and kami antara peserta pertama, hehe boleh bayangkan berapa laju kitaorang turun tangga?


eh tahun lepas ada jugak entry pasal fire drill, boleh teka sini,


one more thing yang sangat penting, kalau nak mengelat mana-mana fire drill make sure yang itu adalah latihan punya fire drill, then you can safely duduk dalam bilik, kalau tak sila keluar cepat-cepat!!!


okeh rasanya,
3 exclamation mark dan bold words  dah cukup mengambarkan pentingnya ayat di atas


selamat hari rabu yang indah insyaAllah
.kiki.

Penat nak fikir tajuk

salam tengah malam,


Dah tidor ker? Weh rugi gila sapa yang tidor awal-awal, kita patut menghayati keindahan malam dengan secawan nescafe sambil bertukar-tukar fikiran tentang subjek-subjek dan pelajaran pada hari sebelumnya.  sebab terlampau over duduk sibuk betukar-tukar fikiran dan cerita ceriti lah,  kiki hampir mencederakan my bobo which is my laptop dengan air panas yang nak buat nescafe, heeeeh

*okeh bukan hampir, dah lencun sikit, harap-harap tiadalah effect kepada beliau di masa depan, ini jela harta pusaka yang i ada, wooo wooo

tapi si bobo nie memang tahan lasak gila-gila, pasat ape jek yang kiki tak buat kepada beliau sengaja atau tak. charger bobo dah berapa kali putus, i mean real putus here, electric dah tak boleh connect, sebab wayarnya terpenyek dengan kerusi tanpa sedar, tak tahu nape wayar laptop lenovo neh sangat nipis-nipis dia nyer Pvc nya, ini bukan kiki je cakap okeh, tapi juga pengguna lenovo lain. so berbalik  kepada bobo, wayar chargernya adalah hasil sambungan kiki the electrician, walaupun physic sekolah dulu tak pernah cemerlang, akhirnya saya berjaya buat dua sambungan, sebab si bobo putus dua kali*can u imagine betapa hodohnya perangai cemerkap saya?





okeh jangan terpedaya sebenarnya yg "grammatical units" tuh baru download jek, nampak stick notes warna warni?? tu langkah kesedaran sebenarnya kepada diri sendiri bahawa banyak kerja menanti beliau, soooo jgn asyik mengadap laptop jek!!!
berfungsi sebanyak 60% atleast
kira okeh la kan, kan?
banyak tuh 60% kan?






yang kotak merah adalah tarikh presentation and dateline assignment, dan 8 hb exam start dengan senyuman, my paper only start 11hb
sila ucap gud luck
tengs,haha







my study table yang ajaib and serabai, heeeh
cuba fokuskan mata pada losyen yusmira pati halia, peneman study yang berangin bersama secawan nescafe,
cubalah!!!








pandangan sisi kanan, okeh langsir tuh memang sengaja keronyok, hahaha
penyeri gambar, tengs to termos mel originated from sarawak
hahaha








semua buku-buku ini sangat superb best!!! especially;
jangan bersedih, la tahzan
okeh dua buku yang sedang berdiri adalah my diary ajaib, 
harta pusaka no 2 selepas laptop












 comel tak?
a) comel
b) comel
c) comel
d) semua di atas

okeh itu my kata-kata  semangat untuk diri sendiri setiap hari ;)





apa kata-kata semangat anda?? 
yuk, fikirkan then lekatkan kat study table anda
heeee
:)






okeh,
salam


.kiki.









Monday, 4 October 2010

I just realized


 senyumlah time study and buat assignment sebab anda akan rasa sangat best
jangan tension-tension,
cubalah*iklan tajaan kiki suhaimi
heh




oh baru tersedar, yang update blog hanya akan banyak musim-musim assignment, soo macam blogging adalah great escapism dari assignment sebelum sambung semula membuatnya. btw, lupa nak cakap, sangat tak suka faceboook!!! cumanya nak delete it macam "oh kengkawan sekolah ada pulak di sana". so bukak gitu-gitu dahla. dan jugak, hari tuh pergi tukau nama kat facebook but then nak tukar balik dah "rejected by automated system approval"

bongok betul rasa.
heh
biar jela kot,


soo sekarang i only have this blog, yeah yeah!!
and the other one yang privately me,

eh sapa tahu how to get back our yahoo360 blog?? blog tuh dah ditutup last year if i'm not mistaken, mussyhkil gila "kenapakah yahoo perlu tutup yahoo360?" and kiki sangat tak sempat move that blog ke tempat lain. sampai sekarang sangat pissed off dengan yahoo sebab tuh i move to google,


miss that old blog soooooooooooo
;(


woooo woooo

Heels, me and height

Selamat hari isnin,

Sebab tadi belajar larger patern in discourse, rasanya nak terus straight ke topic utama tanpa membebel-bebel tak keruan
*konon-konon nak menunjuk tunjuk tadi rajin belajar sangat sampai ter- imply kat everyday life
hahahaha


Teringin gila nak pakai heels, ye la boleh je pakai, masalahnya kiki tak reti nak jalan. Rasa macam seantero dunia dok tengok. Semester lepas pakai heels, yang tak sampai 2 inci pun, boleh pulak kasut nak tanggal tengah-tengah ayu jalan, tak ker segan?hahahaha~

Dulu waktu kerja lepas tunggu result periksa, kerja jap, then gaji pertama, ada beli satu heels dengan iltizam macam nak pakai pergi kerja but then kiki end up pakai kasut sarung hitam jugak. Dan kasut heels ajaib tuh jadi barang muzium kat dalam bilik, baru pakai 3 kali je tau, tu pun jalan senget-senget. heh, pastu mula sedar diri sendiri yang saya dan heels mungkin tiada jodoh,heee~


Tapi dengan ketinggian yang tak sampai 160cm neh, *take note; ayat tak sampai 160cm tu average dalam 154 to 160cm sebab last time ukur tinggi adalah zaman sekolah menengah* weh, weh, i'm the shortest tau dalam family!!! okeh, okeh tinggi sikit pada ecah sebab ecah cuma lagi beberapa cm nak reach my bahu tapi tapi, ecah kan cuma budak darjah 3, so macam dia ada peluang nak tambahkan ketinggian dengan makan "cal-ciyum", so jugak, dia akan mungkin tinggi lagi nanti. adik-adik laki kiki tak yah cakap la, mungkin terlebih kalsium waktu kecik atau mungkin jugak dia terambil kalsium yang i sepatutnya ambil, thats why mereka sangat tinggi. Bayangkan my mak pun lebih tinggi dari me, haiah
*okeh sekarang boleh berhenti bayangkan,hehe

the positive side tentang my ketinggian adalah;
orang selalu salah faham kiki sebagai adik and tapit sebagai abang, padahal sebenarnya sayalah kakak yang paling sulung. soo macam muda je selalu
ada sorang tok cik tuh datang raya, dia tanya "abang yang nama sapit tu dok mana la neh"
tak ker waktu tu rasa macam nak makan semua ketupat dengan gembira?? hahaha


conclusionnya(tetibe conclusion sebab dah malas nak taip)
apa yang kita ada sudah suit us well, sangat sepadan dan sesuai, 
macam shakirah yang tinggi mungkin bukan macam shakirah yang kurang tinggi, tapi shakirah yang kurang tinggi itulah shakirah.
got it?
entah 
sebenarnya main pakai letak je ayat kat atas, heeee



okeh*ini kiki yang serius bercakap,
terima diri anda seadanya dulu, kemudian baru mula minta orang lain terima anda seadanya,
dan kalau kita nak orang lain terima kita seadanya, kita juga harus terima mereka seadanya,
simple kan??


soo,
saya tak tinggi, tak pandai pakai heels tapi teringin nak pakai, 
jadi,
jadi,
jadi,




jom usyar heels cantik and unik?



 merah kan? suka-suka








 neh macam tak pakai kasut, ala-ala unik je






design yang different





 
 suka-suka-suka!!!







dah, dah, siapa-siapa yang nak window shopping high heels cantik, boleh tekan bawah,
nak banyak lagi?
goooogle  sendiri




tapi rasanya kiki sure window shopping jek kat web web camtuh, mahal kot harga dia, nak beli, baik pegi cari kat Bukit Jambul je, murah lagi, siap banyak-banyak design lagi, siap auntie yang jaga ramah-ramah gila lagi, siap boleh try-try lama walau akhirnya tak beli pape lagi, wooo woooo*effect excited



selamat bertumit tinggi,
.kiki.

and one more thing,
pakai high heels tak semestinya boleh build up your confidence, sebab kiki pakai tak rasa confidence sangat pun cuma rasa nak berhati-hati ada la sebab takut terjatuh, but then, 
mungkin jugak kiki tak pandai pakai this high heels thing sebab tu i rasa macam tuh, then again, still, i sangat rasa, your diri yang matter most, pakai high heels 12 inch dan jalan dengan sangat bergaya pun tapi kalau diri sendiri tak build up the confidence inside, soo sama jela.


okeh, dah
cheers and chill
xoxo


owh, btw, rupanya i tak imply that pattern pun, ups terbebel banyak =P
hahahah
perlu revision lagi neh,


Teh tarik dan kueh tepung talam with love

Salam
tadi Penang hujan sekejap*rasa macam pembaca berita cuaca sebentar,heeh
tadi jugak rasa macam taknak tengok tingkap atau dengar bunyi hujan, duduk pandang laptop pura-pura tak tahu hujan. hujan itu temptation yang indah kan? sebab sangat rasa nak tidor*terserlah kemalasan sendiri.
entah kenapa, hari ini rasa sangat awesome? heee, and hey i manage buat kerja dengan sangat bersemangat,yi-haa
*sila tepuk tangan kuat-kuat
terima kasih, terima kasih sambil buat muka malu-malu,haha


oh semalam sambil tengah serabut serabai dok fikir tentang kehidupan(haha, metafora gila) my mak messaged, dgn cenggini,
"ayah hg ada bagitau apa-apa ker kat hg?"
selepas 30 minit atau mungkin lebih, tak sedar ada message sebab henfon dalam mode silent everyday and i lupa where did i put it,heee
then i reply,
"awat mak?"


lama gila nunggu tak berbalas-balas pun,
pastu bangun pagi selepas dapat semangat baru cepat-cepat pergi sambung buat assignment
*ayat kat atas macam tak penting je kan? hahaha 


pastu baru teringat cik henfon, padanla sonyap je mak, 
rupenya cik henfon dah off sebab bateri habih
then,
cas,
rupenya ada 2 missed call from mak yang ajaib,
tepon balik,
soalan pertama mak,
"baru bangun tidor ker"~ala-ala macam nak kasi tutorial cara-cara untuk menjadi isteri dan menantu yang baik,haha
then cepat-cepat nafikan,
"tak, tak, kakak dah bangun lama dah, ni tengah buat assignment neh"
mood nak membebel semakin kendur, 
hahaha
(weh banyak gila rupanya cik kiki terlari tajuk neh)

then,
my mak bagitau la yang my father merajuk dengan beliau and bla bla
ala biasala tula gaya orang-orang veteren show affection,
and they real rock in doing that,

tapi yang paling lawaknya adalah,
my ayah cakap lebih kurang cenggini kat my mak,
based on what my mak told me lah,
ayah cakap,
"takpa, nanti nak bagitahu kirah pasal hang (refer to my mak)"
*take note; kirah and kakak adalah my panggilan kat rumah

so sebab tu la my mak message me dekat-dekat pukul12am,
sebab nak tanya samaada my ayah report kat me atau tak,
cute kan my ayah?
heeeee ;)

i wish i was there, sebab aku rasa i'm always neutral,
aku tak back up mak sebab my mak selalu masak amazing foods,
atau,
aku tak back up ayah sebab dia my sumber financial,
aku tak back up sapa-sapa,
sebab aku sayang dua-dua,
kalau kena pilih,
aku pilih untuk tak pilih,
heeee :)

sekarang dah besar-besar neh, we re more like friends, macam,
i can luahkan je apa yang aku nak cakap,
like tadi i cakap,
"ala mak neh bukan tak kenal ayah, masakla yang best-best sikit"
then my mak cakap,
"sapa suruh dia merajuk macam budak kecik"
but i know somehow my mak akan masak sedap-sedap, and ayah tak dapat menahan perut untuk makan,
then, they bergelak ketawa macam takda benda,


both of them selalu cakap macam neh,


my ayah suka minum teh, tapi dia tak suka minum yang kedai punya sebab sangat manis,
kadang-kadang i berjaya make the teh yang sedap ikut citarasa beliau tapi boleh kira pakai jari la, haha
but my mum know him well
tehnya ajaib,
then ayah selalu cakap,
"kalau mak hang takdak nanti, ayah takkan minum teh dah, mak hang ja pandai buat teh"


hari tu waktu sembang-sembang dengan mak,
waktu tu mak buat kueh tepung talam, err tak tahulah kamu semua panggil apa,
kueh tuh ada dua lapisan, bawah pulut kat atas tepung campur gula merah,
my ayah suka yang gula merah punya, bukan warna lain(sebab kueh tepung talam neh banyak jenis)
mak cakap something macam neh,
"kalau ayah ang takda, rasanya mak tak buat dah kot teh tarik dengan tepung talam neh"


okeh dah tak boleh tulis, rasa macam nak nangis,
heee my cengeng side dah keluar,
mak ayah! i love you mucho gila banyak banyak infinity!



bila la nak bertemu dia yang sudi gaduh-merajuk-ketawa with me till my hari tua?
and i can make him kueh cara/goreng pisang/cucur udang/sagu merah/cucur kodok/donut/kueh ketayap gulung/karipap/popia goreng/samosa/masalodeh
listnya to be continued
sebab rasanya buat masa sekarang itu jela yang pandai dibuat oleh diri ini ;)
harus improve lagi neh!!!
*tetibe bersemangat tak tentu arah





.kiki.









Friday, 24 September 2010

.minggu ini ;)

salam

(post sesuka hati berkata; ikut apa yg terlintas nak cakap)

  • okeh harus taip laju-laju,sangat busy lately, petang karang insyaAllah nak pergi research trip ke Pulau Aman, haha feeling-feeling sangat kan sebut research trip, heee taklah ianya (selalu konfius dari zaman sekolah, ianya ini kita boleh guna ke tak ya??) lebih kepada asignment plus social work, soo hari ini akan stay dengan ibubapa angkat ;) harap-harap semuanya ok, harap ibubapa angkat tu suka la pada anak angkat yang beginian ni.. hahaha :P
  • minggu ini sudah minggu ke 11... taaaaraaa, cepat gila masa berlalu, betulla "sesungguhnya manusia dalam kerugiaan", jadual draft final exam juga sudah keluar, dan insyaAllah tahun ini juga balik paling lambat, hari terakhir exam masih ada paper ajaib yang perlu di jawab... haha doakan kiki :)


  •  ok, bermula minggu ke 11 neh sehinggalah menganjak ke minggu study week, sangat-sangat busy almost every week ada asignment kena hantar and ada midterm test yang orang lain telah melalui dengan jayanya sebelum cuti... hahaha... jantung debar-debar tiap kali teringat semua test and assignment.. owh


  • sekarang sebab sangat takut hack macam one of my friend, semua els (group major kitaorang)sangat mengambil precaution, kiki juga sudah delete account social networking yang sangat jarang di buka, semua, cuma tinggal blog dan facebook. in positive side, sangat bagus juga sebab sekarang sudah jarang buka facebook dan perabih hours dok comment sana. haha.. semalam juga ambil kesempatan delete semua emel inbox but then i realized something... (sebab sangat lama tak delete my inbox, hoho malas and malas) kiki selalu dapat macam forward emel yang advertised diaorang punya product and hapa-hapa lagi, tak tahu juga kat mana diorang mendapat emel ajaib saya =P... then terperasan yang last year 2009 tak ingat bulannya, ada macam kiki terantar emel iklan electrical product tu to my contact dalam yahoo mail, i was like, hah??? pastu dok fikir-fikir dari semalam, macam sengal gila... speechless


  • sebab hack case tuh, we re sooo scared nak p letak gambor-gambor kat mana-mana. even nak blogging juga rasa macam creepy.... my friend suggest make this blog private, tapi rasaya tak perlu lah kot sebab bukan ada banyak gambar-gambar pun kat dalam blog ini, kalau ada banyak pon cumalah ihsan google and photobucket.


  • puan hamidah sudah mula men 'sms' saya dengan amaun yang agak banyak dalam sehari, hahahaha maknanya beliau sangat risau, nak pergi pulau, lintas air naik bot, pastu tidor rumah orang yang belum kenal sungguh dan macam-macam lagi... hahaha insyaAllah ok la neh ;)

  • eh sebut pasal my mum, lupa nak cakap ada seorang ahli baru dalam our family, sebenarnya anak my pak ndak (uncle) yang baru 3 bulan lebih, sebab mama and abah beliau kerja dan belum jumpa pengasuh yang sesuai, soo my mum menjaga irfan, soo irfan macam adik paling kecik la selepas ecah dan ecah dah tak dapat tidor dengan my mum lagi sejak irfan ada.. hahahaha *gelak jahat gila

 (irfan lepas mandi)
  • nampak tak?? sebab pipi beliau sangat kembung, dagu dia dah kurang kelihatan... haha okeh namanya muhd aizat irfan, tapi sangat geram dengan my ayah and chado, ada ker patut nama irfan yang sedap-sedap diorang p panggil "pok fan".. nak bagi nama manja pon kasi la yang best-best sikit.. kan kan?? tapi oklah, seronok ada budak kecik dalam rumah, ada dua pengasuh yang budiman assistant puan hamidah which is chado and ecah. irfan jarang buat perangai (minta-minta berterusan insyaAllah), soo kedua pengasuh memang gunakan dia sungguh-sungguh, chado kalu time my mak suh tengokkan irfan, dia akan ambil kesempatan main game ps dia berejam-rejam depan tv sambil irfan baring kat sebelah, i was like??? woooi geram gila, macamana tak bebel banyak..


    • then ecah, 2 hari lepas i called umah, cakap dengan mak, then tanya semua kat umah watpa, then tanya adik watpa... selalunya adik akan refer to ecah sebab dia adik but now adik akan refer kat irfan.. ecah tukar jadi plain ecah*hahahahah gelak jahat lagi sekali. my mak jawab, adik tengok "cinta kirana" (cerita kat astro ria), pastu i said, bukan ecah, si irfan dok watpa? my mak cakap, irfan dok tengok "cinta kirana" dengan ecah.... pastu i cakap kat mak napa biar irfan tengok cita merepek camtu, bla bla bla then dengar suara ecah jawab (my mak selalu wat loudspeaker kalau cakap) "biarla, irfan suka tengok cita neh".. i was like, geram gila.. ada ka patut ajar tengok cita merepek-merepek tu pada kanak-kanak bawah 4 bulan??

    • btw, ecah penonton setia cinta kirana, siap gaduh sambil nagis-nagis lagi kalau orang tukar channel lain.. tak tau la apa yang best sangat... hahaa


    • okeh, terpaksa siap-siap, packing barang-barang, pegi makan kat cafe, siap apa yang patut,then petang karang bertolak, doakan kiki pergi dengan selamat dan balik selamat insyaAllah..


    • sila gembira :) salam.






    .kiki.