Friday 28 January 2011

Sisi hitam



aku mahu kata yang satu, tapi
mungkin bukan aku sepatutnya
kata. jadi aku diam.
dalam gelap. tiada bayang
. aku belajar bisik.
ktrygftrrgwt. rupanya tiada vokal.
diam.
aku pejam.
selebihnya hitam.

kikisuhaimi
28 januari 2011

Proses Gembira

hari bersuka-suka sudah mula, sepatutnya hari ini hingga minggu depan. hari cuti tahun baru bersama cuti semester, 2 dalam satu. haih. bunyi keluhan tanpa suara, sebab belum fikir tarikh mana mahu balik rumah, bila pandang buku-buku teori komunikasi yang sampai sekarang masih pening pusing. hati rasa kucar kacir. selepas pandang senarai asignment perlu hantar, rasa hati jadi tambah 100 peratus. 

aku cuma ada satu kelemahan, bila dengar suara makayah, suara ecah, cerita si irfan. hati rasa terbang nak balik. mujur juga pulau pinang sampai rumah cuma sejam tiga puluh minit. kadang-kadang aku terfikir juga macamana kalau dulu aku pilih universiti di sabah atau sarawak. mungkin ambil masa mahu balik, ayah dan mak juga payah nak pergi tengok sebab kami bukan orang senang. Allah tahu semuanya, sebab tuh Allah jadikan aku di universiti yang ini.

aku anak sulung. sejak sekolah menengah aku dah belajar uruskan semuanya, waktu mak sakit teruk dan ayah asyik ulang alik hospital, aku belajar uruskan adik-adik, uruskan rumah, bayar bil-bil, belajar beli barang dapur yang murah-murah. aku juga belajar tiru tanda tangan ayah untuk sign report card adik-adik, HAHA. waktu-waktu tu semua, kalau ingat semula, aku lebih mahu ketawa dari sedih.

sekarang aku dalam proses buat mak ayah lebih banyak ketawa dari sedih,
ini tugas major aku,
tugas penting,
sehingga aku bertemu dengan orang yang faham proses gembira dan ketawa ini.


---
Masih dalam proses gembira, masih. Belum henti, terus. Dan belum jumpa.



Thursday 27 January 2011

Masalah persepsi mereka

gambar hasil google.



pagi tadi ada presentation kumpulan,
seperti biasa-biasa untuk menambahkan daya konfiden ketika present dengan sedikit unsur-unsur estetik,
present adalah waktu untuk pakai baju rona yang hampir sama,
pilih dan janji,
semua setuju untuk merah,
ketika pagi nak ke kelas, warna yang merah jadi terang sangat
segan,
kawan, merangkap teman sekumpulan dan teman sebilik,
sebut yang agak segan nak jalan depan orang
aku setuju dalam hati

tapi dimulut aku cakap, 'biar je, bukan masalah kita kalau depa ada perception problem'
selepas tu,
rasa ayat spontan itu sangat ajaib, heh


serius, aku dah penat dengan pandangan mata orang hanya sebab aku pakai baju warna ungu dengan sandal kuning, so whatttt kalau aku memang perempuan off colour?



jadi setiap kali sesiapa pandang remeh anda, abaikan, selagi kita tahu kita tak melanggar hukum atau undang-undang.... pandang depan, jalan terus dan anggap otak mereka ada masalah persepsi yang kronik.


*sebab tak cukup masa, presentation  sambung next next week, warna apa pulak eh?

Wednesday 26 January 2011

Awesome!

Tulisan blog ini

aku tak kisah traffic blog!
atau mahu pergi up traffic dgn blog walking dan tulis,
"kiki was here" or bla bla bla bla,
atau ketika follow blogger lain
kemudian tulis dekat kotakjerit "shoutbox",
sudah follow anda, follow me back,
atau sengaja tulis dekat shoutbox,
ayat-ayat manipulasi akal,


aku follow, baca dan komen,
dengan suka-suka,
tanpa harap kunjungan,
follow, baca dan komen blog aku semula,


kalau datang, selamat datang,
sila datang lagi,
maaf untuk yang tak seadanya,




sebab adab terima tetamu begitu,
tanpa paksa-paksa.




selamat malam!

Tuesday 25 January 2011

Si budak bucuk dan cabaran yg belum selesai

Cabaran 30 hari terpaksa di tangguh, haih
ada banyak tugasan-tugasan yg perlu perhatian


maumau dan mel, cha yok!
sila teruskan usaha anda!


sekejap lagi ada kelas ajaib 8 hingga 10,
i took it as elective,
something yg real ajaib,
tengok movie dan tulis-tulis,
dengan sedikit pandangan kritikal,



minggu depan sudah cuti,
sudah rindu gila sama ini budak,
irfan my adik bongsu
(anak pak ndak yang mak bela)
dah macam adik sendiri cuma hujung minggu ja mama abah dia mai ambik, 
mak cakap muka pun sudah lebih kurang kami semua :) 
oh silap! irfan debab lagi, HAHA






 hai, nama saya aizat irfan umur 7 bulan. saya suka mandi, bila mandi lama-lama saya akan menangis bila kak long angkat saya. oh ya, saya juga suka terkejut kalau tengok flash kamera kak long. HAHA



muka sayu irfan bila nak susu, HAHA





Oh irfan, kak long rindu la kat kamu buthuk!!
Oh rindu keksyah (ecah) jugak! 
kang merajuk pulak si ecah, HAHA



*buthuk adalah bucuk





Sunday 23 January 2011

Subang tipu-tipu



waktu kecik-kecik, belum tindik telinga selalu main lekatkan telinga dengan subang tipu-tipu begini dan bergaya macam perempuan dewasa pakai subang. kemudian, bila yati dah pergi tindik telinga dulu, dan diri sendiri sangat penakut nak pergi tindik telinga, berhenti main subang tipu-tipu sebab tak ada kawan lagi nak bergaya. waktu main selalu jeling-jeling tengok telinga yati, sebab teringin sangat nak pakai subang. HAHA



rasa tak? 
bila memori dulu-dulu datang, anda senyum kemudian mula rasa macam banyak kupu-kupu terbang dalam hati. 





atau aku
yang jadi terlalu simbolik, haih

Saturday 22 January 2011

Senyum lebar







Day 4 : your favorite photograph of your best friend












rasa gembira lihat senyum lebar mereka!








mereka adalah kawan baik disini dan sampai bila-bila insyaAllah,
(kiri) abang long, sashi
(depan) kak long, kalai
(tengah) kak ngah, mel








*Location; Pesta Tanglung Usm





Thursday 20 January 2011

Hitamputih, beza bahasa dan jalan untuk di ingati

day 2 : your favorite movie




filem satu.

Tapi kalau filem yang dari dulu sampai sekarang, tonton sampai tak jemu-jemu, sampai hafal skrip boleh 'miming' ikut mulut pelakon, mostly filem allahyarham tan sri p. ramlee. super ajaib! setiap kali tengok, rasa fresh walau tahu selepasnya akan jadi apa dan kenapa. boleh gelak ketawa bagai nak rak, walau dah pernah dengar lawak yang sama berulang kali. paling suka seniman bujang lapok kot, terutama yang waktu mereka pergi audition kat studio tuh. kalau tengok cerita tuh kat rumah, nak-nak pulak tengok dengan famili, bila time dialog waktu tuh selalu cakap cepat-cepat, konon-konon nak tunjuk terrer sebab berjaya menghafal dialog, selalunya, ecah akan tengok kakak dia neh dengan muka macam 'wah, kakak sangat hebat' HAHA


Kalau time cerita-cerita P.Ramlee, si ecah sanggup korbankan cerita kartun hagemaru (cerita kartun jepun yang macam mengong gila dan tak tahu kenapa dia suka gila kartun demikian) tanpa sebarang penyesalan. cerita-cerita P.Ramlee berterusan jadi ajaib, walau selepas berpuluh-puluh tahun, ketika kita dah mula ada banyak tona warna ketika menonton. mungkin filem-filem P.Ramlee semuanya hitamputih, tapi hampir semua filem-filem beliau punya tona warna yang hebat dari segi cerita didalamnya. Satu lagi bukti, physical itu equal to zero.


dan rasanya sangat sedih bila tonton dokumentari pasal P.Ramlee dekat history channel haritu, untuk semua gelak ketawa yang dia beri, rupanya banyak air mata selepasnya. ALFATIHAH.




filem dua.

kedua mak dan ayah juga sangat pengemar cerita hindustan tegar. jadi kalau balik rumah, menonton hindustan bersama mereka itu sudah jadi macam perkara biasa. sekarang, ayah dah ubah feel sikit, sebab katanya hindustan sekarang tak best macam zaman dulu, jadi masih juga menjadi peneman ayah menonton cerita, cuma sekarang suka tonton cerita tamil. filem tamil kurang sikit babak cinta, campuran pelbagai isu lain dan kadang-kadang bila ada selingan komedinya, serius sangat lawak gila. cuma bila balik Usm jumpa Kalai dan cerita tengok filem tamil yang ini dan itu, bila kalai tanya tajuk apa, selalu tak ingat tajuk, sebab selalunya tak baca pun tajuk apa. main tengok je ;p tapi hasil penceritaan kalai, kenal juga la dua tiga orang pelakon, HEHE.



filem tiga.
filem yang selalu tonton banyak kali kategori english, adalah filem ini;








a walk to remember

filem yang ajaib, sampai kita boleh cuma baca subtitle file nya tanpa tonton filem tapi rasa sama, huhu



Jamie: I have my beliefs.
I have faith, but don't you?
Landon: No. There's too much bad shit

in this world.
Jamie: Without suffering,
there's no compassion.












*dalam thesaurus kikisuhaimi, tonton banyak kali itu beerti, tonton tanpa jemu sebab suka








InsyaAllah


:)

Wednesday 19 January 2011

Tentang lagu kesukaan

day 1- your favourite song, sila click sini untuk keterangan lanjut.


hari satu







banyak lagu yang aku selalu pasang 'on repeat' (ertinya aku suka gila-gila lagu-lagu itu), tapi ini adalah my all time favourite ;)






















Buat aku tersenyum

sheila on 7



Datanglah sayang, dan biarkan ku berbaring
Di pelukanmu, walau untuk sejenak
Usaplah dahiku, dan ‘kan ku katakan semua
[Reff:]
Bila ku lelah tetaplah disini,
jangan tinggalkan aku sendiri
Bila ku marah, biarkan ku bersandar,
jangan kau pergi untuk menghindar
Rasakan resahku, dan buat aku tersenyum
Dengan canda tawamu, walaupun ‘tuk sekejap
Kar’na hanya engkaulah, yang sanggup redakan aku
Kar’na engkaulah satu-satunya untukku,
dan pastikan kita s’lalu bersama
Kar’na dirimulah yang sanggup mengerti aku,
dalam susah ataupun senang
[Bridge:]
Dapatkah engkau s’lalu menjaga ku
Dan mampukah engkau mempertahankan ku
[Reff]






dulu-dulu zaman belasan tahun *haha* waktu kerja sambil tunggu result exam, ada satu komputer dekat tempat kerja yang ada lagu ini, sebab dulu cuma pakai hanphone ringtone polyphonic biasa, tanpa mp3. jadi selalu duduk depan komputer tuh bila masa free untuk dengar lagu ini 'on repeat' sambil main solitaire. ajaibnya, sampai sekarang selalu juga dengar 'on repeat' dengan perasaan yang sama seperti perasaan setiap kali baca blurb belakang buku yang best.



betullah bagai kata orang,
senyum itu lengkungan yang dapat meluruskan segalanya ;)


dengan posisi mata terpejam,


"siapa yang mampu buat anda senyum selalu?"

















30 perkara 30 hari (intro)

entri baru sudah jadi sangat sedikit, kurang daya cergas otak untuk fikir dan malas taip-taip kekunci laptop separuh jalan. jadi rasanya, bila tahu tentang 30 perkara dalam 30 hari *yang orang lain telah buat lama dulu* rasa macam bertemu dengan 'kau ilhamku' HAHA

Ya, cabaran ini bermula esok dengan setiap hari satu update sehingga hari yang ketiga-puluh. ini juga beerti 30 idea percuma tanpa perlu bersawang lagi wahai belog ajaib. jadi senarainya dibawah;


day 1 : your favorite song
day 2 : your favorite movie
day 3 : your idea for perfect first date
day 4 : your favorite photograph of your best friend
day 5 : a picture of something you want to do before you die
day 6:  a photo of an animal you'd love to keep as a pet
day 7 : your dream wedding
day 8 : a song that match your mood
day 9 : a photo of the item you last purchased
day 10 : a photo of your favorite place to eat
day 11 : what's in your make up bag?
day 12 : your current relationship, if single discuss how single life is
day 13 : a picture of your favorite band or artist
day 14 : a tv show that you're currently addicted to
day 15 : something that you don't leave the house without
day 16 : a picture of someone who inspires you
day 17 : how you hope your future will be
day 18 : 5 things that irritate ME about opposite/ same sex
day 19 : a picture of something you want to do before you die
day 20 : the meaning behind your blog name
day 21 : a photo of something that makes you happy
day 22 : a letter to someone who hurt you recently
day 23 : 15 facts about you
day 24 : a photo of something that means a lot to you
day 25 : who are you ?
day 26 : a photo of somewhere you want to go
day 27 : what kind of person attracts you?
day 28 : in this past month, what have you learn?
day 29 : something that you could never get tired of doing
day 30 : a photograph of yourself today + three good things that happened in the past 30 days.



*maumau, hawa and mel.. sila join dengan semangat waja.. hehe






okeh, esok saja mula :)
salam gembira

Tuesday 18 January 2011

Buku-buku


aku paling suka;

selalu suka rasa hati yang debar-debar sebab tak tahu nak pilih buku apa bila ke kedai buku. haih, rasa mahu beli semua. mungkin seronok jadi manusia yang hanya pegang, belek blurb belakang buku, tertarik dan pergi bayar tanpa perlu lihat ruang ringgit malaysia pada bar kod dihujung. tapi yalah, aku sudah cukup gembira jadi aku, sebab rasa berdebar-debar, teruja dan gembira mungkin tak sama kalau kita mudah dapatkan sesuatu.

kan?




tak sabar mahu tidur, tak sabar mahu belek-belek dua buah buku ajaib sebelum tidur.








*sedang merancang mimpi rumah sendiri dengan satu bilik kecil pustakaan

Monday 10 January 2011

Random

Almost 4,
I cant sleep,
rindu bau rumah,
tengok ecah tidur pusing-pusing
HAHA

---
Zaman susah tidur.

About blog

few friends asked me, why that i just wrote a few lines in my blog...
entahla,

whether
there's many things yang aku tak dapat nak masukkan dengan jayanya,
atau
aku dah berjaya summarised-kan semuanya,




atau bukan kedua-dua ayat di atas ;p
heh,

Sunday 9 January 2011

Random

menonton eh mendengar juara lagu sambil makan roti gardenia
sambil build up kuasa imaginasi telinga

---
Dekat hostel dan malas ke bilik Tivi, jadi dengar radio. 

Lepas penat

So harap esok dapat settle everything, tak perlu hours untuk dapat signature approval and few hours back untuk drop course.


---
Awal semester. penat ulang alik nak daftar kursus, walau dah daftar online, kemudian perlu drop. Bila penat cuba tulis di sini, kemudian biar tak disambung.

Friday 7 January 2011

'0'

pic by me





bulatan pada kosong adalah equal to eternity,
terus tanpa hujung,


jadi;
tiada siapa yang kosong,
sebab kosong itu penuh,
tiada siapa yang kosong,
sebab Allah tak pernah jauh.




*ingatan untuk hati sendiri (;
sila selalu gembira-gembira wahai cik hati'

Hey you!





;)

Mussy

satu minggu terlewat datang,




bilik macam tongkang,
barang-barang berterabai dalam kotak,
nota mesti baca sebelum minggu depan sudah susun lawa,
baju-baju busuk penuh baldi,
cari lecturer nak daftar kursus minor tak jumpa-jumpa dah dua hari,
subjek tindih dengan subjek belum dapat drop,
subjek yang nak diganti tak fikir-fikir lagi,






ni baru seminggu terlewat datang, heeh

Semester akhir


rasa macam baru semalam datang tanpa tahu apa dan siapa,
rupanya dah nak mula kemas balik,



fuh! *keluh campur baur










Thursday 6 January 2011

Hidup adalah musim

hidup adalah musim,
sesekali mengunung hamparan kenangan,


---
Waktu tu aku lupa, sambungan sajak Siti Zaleha M. Hashim ini. Biar kemudian lupa terus.


Wednesday 5 January 2011

Words


We thought a day and a night of steady rain
Was plenty, but it's falling again, downright tireless.
I like it well enough, the mild crackle
In the alleyway, lulling or minatory, either way
Full of the freshness of life.  Much like words.






But words don't fall exactly; they hang there
                                          ~ Robert Mezey