Friday, 28 January 2011

Proses Gembira

hari bersuka-suka sudah mula, sepatutnya hari ini hingga minggu depan. hari cuti tahun baru bersama cuti semester, 2 dalam satu. haih. bunyi keluhan tanpa suara, sebab belum fikir tarikh mana mahu balik rumah, bila pandang buku-buku teori komunikasi yang sampai sekarang masih pening pusing. hati rasa kucar kacir. selepas pandang senarai asignment perlu hantar, rasa hati jadi tambah 100 peratus. 

aku cuma ada satu kelemahan, bila dengar suara makayah, suara ecah, cerita si irfan. hati rasa terbang nak balik. mujur juga pulau pinang sampai rumah cuma sejam tiga puluh minit. kadang-kadang aku terfikir juga macamana kalau dulu aku pilih universiti di sabah atau sarawak. mungkin ambil masa mahu balik, ayah dan mak juga payah nak pergi tengok sebab kami bukan orang senang. Allah tahu semuanya, sebab tuh Allah jadikan aku di universiti yang ini.

aku anak sulung. sejak sekolah menengah aku dah belajar uruskan semuanya, waktu mak sakit teruk dan ayah asyik ulang alik hospital, aku belajar uruskan adik-adik, uruskan rumah, bayar bil-bil, belajar beli barang dapur yang murah-murah. aku juga belajar tiru tanda tangan ayah untuk sign report card adik-adik, HAHA. waktu-waktu tu semua, kalau ingat semula, aku lebih mahu ketawa dari sedih.

sekarang aku dalam proses buat mak ayah lebih banyak ketawa dari sedih,
ini tugas major aku,
tugas penting,
sehingga aku bertemu dengan orang yang faham proses gembira dan ketawa ini.


---
Masih dalam proses gembira, masih. Belum henti, terus. Dan belum jumpa.



No comments :