Sunday 22 July 2012

Cerita

Ini cerita 2 minggu lepas, waktu balik kampung,

Sekolah si ecah ada "hari sign report card day" which all parents kena datang sekolah, soo ayah datang, kena masuk ke kelas pelajar nak sign report card si ecah,

Guru kelas tanya, "anak pak cik nama apa?" *sort like

Ayah jawab sambil tangan tunjuk kat si ecah yang tengah menulis, "siti nur shakirah'

Cikgu yang pelik tanya lagi, "nama apa?"

Masih juga ayah jawab, "siti nur shakirah", sampai cikgu confuse tu betulkan ayah, "siti nuraishah ke?"

Mak asyik ulang cerita ini depan ayah sambil sindir ayah dah nyanyuk, ayah cuma gelak. Dan siti nur aishah tarik muka masam. Hahahaha :p

Dan terbuktilah, ayah rindukan siti nur shakirah, the end. Haha

Selamat berpuasa!



Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday 9 July 2012

Tanpa payung

Assalamualaikum :)

Hari ini punnn hujan lagi, tapi begitulah, masih juga tak bawa payung, sepatutnya ada... Tapi sampai sekarang tak tahu mana hilang, mungkin dah terhilang atau tertinggal kat mana-mana. Mungkin juga kena beli payung baru, tadi nampak seorang mak cik bawa payung pelangi, macam nak pergi beli jugalah, hahaha.

Tadi, sebab hujan lebat, terpaksa pinjam payung cik bos. Err pinjam dulu esok baru minta izin :(

Lawaklah, dua post tentang hujan, haha. Ok, sebenar tak tahu nak tulis apa, my life preeeety simple :)

Keluar rumah awal pagi, selalunya pukul8 baru balik, mandi bersiap-siap untuk rehat, baca bedtimes books, pukul1 sampai ke negeri mimpi. Esok pukul6.30 bangun semula, fikir nak pakai baju apa, siap-siap, singgah beli sarapan, pukul8.45 mula kerja. Kalau rajin balik awal pukul5.45, masak cincai untuk makan malam.  Kalau balik lambat, mandi buat milo secawan dan baca buku cerita, menyembang dengan si umi dan tidur. See, biasa sahaja. Tapi alhamdulillah,

Di office, across races, ada kawan-kawan yang boleh ketawa gembira sama-sama. Macam dah lama kenal.

Dekat rumah ada si umi, best friend more like siblings. Sanggup together dari zaman cuma ada cerek elekrik, sahabat sampai akhirat insyaAllah.

Masalah memang banyak kalau kita nak fikir, tapi cubalah, selesaikan perlahan-lahan, doa dan gembiralah :)

Ada jalannya nanti, insyaAllah.

*sila gembira selalu.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday 7 July 2012

Hujan

Hari ini hujan. Lebat. Terperangkap dalam office sambil lihat hujan. Lama. Sampai akhirnya ira tumpangkan payung dia, masing-masing basah sebelah badan, haha. Beli ice bleanded dalam sejuk hujan, jalan-jalan dengan ira dalam mall sebelah office sambil tunggu hujan reda, sambil tengok orang sibuk beli pakaian raya sedang ramadhan pun belum tiba. Puas pusing, hujan masih tak berhenti. Hujan lebat sungguh tadi. Cuaca memang tak menentu, tak boleh duga; hujan, panas, mendung, harusnya jadi sedar, jadi tahu untuk selalu usung payung.

Tapi itulah...

Published with Blogger-droid v2.0.4