Saturday 29 December 2012

Hati lutsinar

Marah
yang kita sibuk lihat,
jahatnya orang,
salahnya orang,
hatinya orang,
dan hak besar kita untuk marah, atas salah, jahat dan hati kotor milik orang lain,

padahal ketika kita marah,
yang orang lain lihat hati kita sendiri,
tembus,
nampak semua.


memang sabar itu jauh, jauh sungguh.





setiap kali rasa marah, kita istighfar sesama jom!

Tuesday 25 December 2012

Plan

Tadi sembang dengan si umi yang citer cinderella episode last malam ni, macam memakcik je sembang pasal drama and sinetron yang best, hahaha~ takda, bukan selalu tengok pun, cuma kekadang lepas balik ofis tengok la jugak, kadang tak ingat lansung. Kejam gila citer cinderella zaman sekarang eh, kalau dedulu setakat tertinggal takpun hilang kasut je. Sekarang ni sampai hilang kaki si cinderella. Sedih je, tetibe emo.

Hari ini cuti, bukan senang nak dapat mood tulis belog ni, mahu dua tiga bulan pulak baru dapat mood, haha. Dah dekat setahun jugak jadi pekerja, waktu sambut hari pekerja bulan may lepas tak rasa pekerja sangat lagi, ni dapat rasa jugak la kepenatan pekerja ni, cuma memikirkan hari gaji je, hahaha. Kadang-kadang balik rumah pun si umi dah tidor, lepas sensorang baca buku cerita. No good. Tak boleh teruskan macam ni for next year, kemudian bulan dua belas next year tulis perkara yang sama. No. Tak boleh.

So i already listed plan that need to do next year, or atleast, try to do. hee~ Tak percaya juga dengan diri sendiri sebab mostly all plan perfect gila, tapi buatnya tak pun. Hari tu message dengan si izian (few monthsss ago =p) dia cakap dia kat  kelas jahit, sekarang ni macam blouse ke even blazer dia buat sendiri je. Wow, hebat gila, for about next two weeks after that asyik google je harga mesin jahit la, how to sew a blouse, pergi tesco tengok mesin jahit yang paling biasa tu, wat impian nak beli dapat gaji bulan tu jugak, but sudahnya sampai sekarang. Berangan terrer je. Haiih~ so firstly ingat nak beli mesin jahit kot next year, walaupun tak pandai jahit lagi, nak beli jugak, atleast bila tengok ada mesin jahit, mesti fikir tentang duit yang dilaburkan, mesti sedih, mesti tak sampai hati, pastu boleh join kelas si izian tuh.

Hmm apa lagi nak buat next year, ni something yang i think thoroughly dah berbulan-bulan, ingat nak sambung belajar, tapi PJJ je kot, fulltime sapa nak tanggung, haha. Tapi PJJ lama sangat la, minimum 4 semester kot, tu dah 2 tahun, tu pun kalu lepas baik punya, takut jugakla dengan tahap concentration sendiri. Takpa this thing sambung fikir sampai bulan Januari ini pulak, haha.

Lepas tu ada la rancangan nak pergi jenjalan jauh sikit dengan dua tiga orang kawan. Tapi tula masalahnya, passport pun takda lagi, tahu berangan je shakirah ini kan, haha. Last  month, balik perak ingat nak pergi penang, jumpa kalai dengan mel dengan usm sekali yang dirindui, pastu lehla pergi wat passport kejap. Tahu la bila balik, tak sempat nak pergi, ada benda nak kena settle sesikit. Orang dewasa kena kuat kan. Oh, plannya, bulan depan pergi buat passport.

Plan apa lagi eh? haa, ingat nak buat diet plan bebetul. Sempat concentrate kejap je, kurang makan nasi, makan protein je, kekonon dukan diet la, at the end begini jugak jadinya. Whylah shakirah ni suka tak buat benda bebetul? haaaaiiih~ So kena buat diet bebetul kali ni. Doakan. 

24 ni as a benchmark, untuk jadi more dari segala segi. Need to improve moooooore lagi, plan apa lagi eh? nenanti la sambung, dah maghrib, ok papai.

Monday 24 December 2012

A girl


A year.
Still remember seorang budak perempuan degil yang just do what she want last year, yang takut naik bas jalan jauh, yang sumbat barang penuh bag, sampai semua orang tengok pelik. Yang nangis sedih all the way, sebab hati dia luka sikit je, sikit je.


---
Ini aku biar, sengaja biar.

Sunday 23 December 2012

Random thought

Assalamualaikum;)

Lama. Sampai rasa nak postkan ruang kosong ni dengan hanya "Assalamualaikum". Ya, shakirah di sini, selepas lama, dan tadi baru perasan yang tahun ini cuma ada 10 cerita (post). Penulis cerita yang nampaknya tiada cerita untuk bercerita. Penulis cerita yang baca post lelama rasa sangat lawak dengan diri sendiri, hahahaha~, 
Memori memang macam itu kan? Selalu buat kita rasa nak ketawa, walau memori sedih pun, bila dah lelama we can always smile atleast, sebab memori dah help blended the pain, its in there, dalam senyum itu pun, its in there, cuma that pain dah jadi half of us. Macam memori. Kita tak immune pun, still might be hit by another pain, masih sakit after that, cuma kita kena terus. Allah will ease the pain dengan caraNYA, kita sendiri pun kabur dengan apa yang ada di hujung hati kita, only HIM knows~

24, yup, dah 24 tahun last week.
Tolong doakan ya!


Haha, dah terbebel dua perenggan. 
Papai!





Sunday 22 July 2012

Cerita

Ini cerita 2 minggu lepas, waktu balik kampung,

Sekolah si ecah ada "hari sign report card day" which all parents kena datang sekolah, soo ayah datang, kena masuk ke kelas pelajar nak sign report card si ecah,

Guru kelas tanya, "anak pak cik nama apa?" *sort like

Ayah jawab sambil tangan tunjuk kat si ecah yang tengah menulis, "siti nur shakirah'

Cikgu yang pelik tanya lagi, "nama apa?"

Masih juga ayah jawab, "siti nur shakirah", sampai cikgu confuse tu betulkan ayah, "siti nuraishah ke?"

Mak asyik ulang cerita ini depan ayah sambil sindir ayah dah nyanyuk, ayah cuma gelak. Dan siti nur aishah tarik muka masam. Hahahaha :p

Dan terbuktilah, ayah rindukan siti nur shakirah, the end. Haha

Selamat berpuasa!



Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday 9 July 2012

Tanpa payung

Assalamualaikum :)

Hari ini punnn hujan lagi, tapi begitulah, masih juga tak bawa payung, sepatutnya ada... Tapi sampai sekarang tak tahu mana hilang, mungkin dah terhilang atau tertinggal kat mana-mana. Mungkin juga kena beli payung baru, tadi nampak seorang mak cik bawa payung pelangi, macam nak pergi beli jugalah, hahaha.

Tadi, sebab hujan lebat, terpaksa pinjam payung cik bos. Err pinjam dulu esok baru minta izin :(

Lawaklah, dua post tentang hujan, haha. Ok, sebenar tak tahu nak tulis apa, my life preeeety simple :)

Keluar rumah awal pagi, selalunya pukul8 baru balik, mandi bersiap-siap untuk rehat, baca bedtimes books, pukul1 sampai ke negeri mimpi. Esok pukul6.30 bangun semula, fikir nak pakai baju apa, siap-siap, singgah beli sarapan, pukul8.45 mula kerja. Kalau rajin balik awal pukul5.45, masak cincai untuk makan malam.  Kalau balik lambat, mandi buat milo secawan dan baca buku cerita, menyembang dengan si umi dan tidur. See, biasa sahaja. Tapi alhamdulillah,

Di office, across races, ada kawan-kawan yang boleh ketawa gembira sama-sama. Macam dah lama kenal.

Dekat rumah ada si umi, best friend more like siblings. Sanggup together dari zaman cuma ada cerek elekrik, sahabat sampai akhirat insyaAllah.

Masalah memang banyak kalau kita nak fikir, tapi cubalah, selesaikan perlahan-lahan, doa dan gembiralah :)

Ada jalannya nanti, insyaAllah.

*sila gembira selalu.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday 7 July 2012

Hujan

Hari ini hujan. Lebat. Terperangkap dalam office sambil lihat hujan. Lama. Sampai akhirnya ira tumpangkan payung dia, masing-masing basah sebelah badan, haha. Beli ice bleanded dalam sejuk hujan, jalan-jalan dengan ira dalam mall sebelah office sambil tunggu hujan reda, sambil tengok orang sibuk beli pakaian raya sedang ramadhan pun belum tiba. Puas pusing, hujan masih tak berhenti. Hujan lebat sungguh tadi. Cuaca memang tak menentu, tak boleh duga; hujan, panas, mendung, harusnya jadi sedar, jadi tahu untuk selalu usung payung.

Tapi itulah...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday 23 June 2012

Transparent windows



"dia yang tak lihat tingkap"

:(

takut, bagaimana kalau masa bawa hati jadi orang begitu.*loooong sigh

Published with Blogger-droid v2.0.4

Words-searching sickness

err okayyy macam tak tahu apa nak tulis,what words to choose, macam posting pertama dengan hati debar-debar, haha ~ exagerated


eh macam tu ker eja "exagerated", sounds funny, macam salah ;p, semenjak menjadi pekerja, i think that my "word" side of brain less function.


yes i work with number and... people. and of course, people make my work interesting;)


numbers,

siapa yang teka betul? yes, i'm working at bank, sila gelak, hahaha sampai sekarang  still could'nt remember our current BLR, need to go through some notes again :) (lucky enough nobody ask that question during interview, pheww~)


i must say, i'm sooo lucky, jumpa orang-orang yang amazing dan baik :)


my first job here (which i quit after 1 day~) as operational officer for a travel company under one airways . of course accept the job sambil berangan untuk pergi jalan-jalan, dapat offer pakej murah dekat kawan dan family. turn out yang first day bekerja sangat bosan, they gave me a bunch of company and travel brochure, which i go through for a few times, and my eager side asyik tanya, "anything that i can do?",


"no, its your 1st day siti, maybe in a few days i will teach u how to use our system"~sort like that lah


and that time i felt soooo boring, nak berinternet kat facebook sangat tak sesuai untuk 1st day working, nak text friends mcm awkward, nak baca brochure tu lagi macam nak migrain,


one part is, their toilet tak da paip getah,~okey no laughing please. its not a modern toilet, just a simple toilet but yes, they dont have that "paip getah". tahu tak betapa importantnya paip getah?


i asked my officemates, "where's the toilet?"


she urge me to go to pantry and take some toilet paper which they save there before pergi toilet,  i dont know how they manage to do that everyday(using no paip getah), what if suddenly you want to number two in there? i believe they dont know about prayers, proper istinjak and all, all of them a non muslim i'm their 1st muslim staff,


but of course, its not all that bad, apart all, they accept me, freshly baked from university, with no experience and all, muslim women with hijab~ because, someplace, even small "fashion" shop, they accept only those free hair and i dont know hows its related with you working attitude.


alhamdulillah, they accept me there, none of them a muslim, they open enough to offered me the job, i'm not blaming them about that paip things and all , its merely how my 1st day working, they can easily buy a paip once i voice it out, but i chose to leave as i got better offer.


soo, here i am :)


.assalamualaikum


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 22 March 2012

Ice and sea



seronoknya melihat, 

macam, beberapa hari lepas waktu semua orang kalut-kalut mahu ke kantor, ada mak cik baik hati yang bawak satu plastik besar makanan kucing, dan bagi kucing-kucing makan, ada dalam 7-8 ekor kucing... tengok moment tuh rasa gembira je sepanjang hari ;)

atau bila semua tempat duduk penuh, dan tiba-tiba ada orang baik hati tawarkan orang lain duduk, kemudian mereka tukar senyum, macam comel je ;)

dan bila kita jalan kalut-kalut melintas, nampak mak cik dan pak cik separuh umur jalan berpimpin tangan macam rutin. waktu tu seems like grow old together itu perkara ajaib dan berpegangan tangan dalam halal itu buatkannya jadi double ajaib~

ada waktu kita sibuk fikir, tiba-tiba budak kecil lalu, walaupun dia tak senyum lihat kita yang bermuka garang ini, tapi rasa gembira sekejap tengok mereka, jadi lupa apa yang semak dalam ruang fikir,kan?

sebenarnya banyak perkara ajaib setiap hari, yang sekurang-kurangnya dapat bantu kita senyum sekejap buang sisa keluh

yuk kita sama-sama lihat perkara-perkara ajaib esok, esok dan esok,


~semoga kita dalam redha Allah selalu
Assalamualaikum ;)




Monday 13 February 2012

Angka

aku sebenarnya tak suka angka, macam ada kuasa magik dalam otak aku yang menghalang untuk ingat sebarang angka,
serius, jangan ketawa.

aku selalu ada masalah kalau dengan 'password' yang hanya boleh melibatkan angka, pernah masa belajar dulu time semua orang sibuk keluarkan duit dekat bank islam, berapa hari aku asyik pergi atm tapi tak dapat keluarkan duit sebab aku lupa pin angka aku, sampai akhirnya kena pergi reset semula-

sampai sekarang aku selalu tertukar angka-angka akhir broadband ini, selalu rasa loooser sebab setiap kali mahu reload broadband terpaksa recheck balik angka-angka yang aku tulis, takut-takut kalau aku termasukkan angka lain.

setiap kali berurusan dengan angka, aku tanpa sedar bertukar jadi manusia hati-hati-

angka tu statik kan? kukuh untuk jadi hujung jawapan, untuk duduk sebelah dengan 'sama dengan' =
kitapun tak dapat bersembunyi di sebalik, hujungnya kita dah tahu harus itu, atau kita mula kira semula,

mudah.



tapi masih juga huruf-huruf yang paling indah,
kemudian kita atur jadi kata, hujungnya mungkin kita dan Tuhan saja tahu maksud-


susah?


tapi aku hanya suka itu saja...







p/s: mahu siap untuk lena, esok hari kerja dengan 'calculator' disebelah...*neutral tone

Thursday 26 January 2012

Forbore a sigh

Gambar dari google



seorang cikgu bahasa inggeris zaman menengah dulu message;
shakira, how's working life?


so me and my bongek side membalas;
sir, working's life is penat,haha. 9 to 5 everyday, hari-hari i wish weekend and bla bla bla (rungutan tak berasas inserted)


dan Sir balas,
go slow, you will get along with it soon, dont think bout it too much, enjoy it! anggap kerja sebagai ibadah

*pang*virtual slap,

malu kan? banyaknya mengeluh shakirah ni, penat sikit pun mengeluh, tak ada kerja mengeluh, ada kerja mengeluh. malulah! nama 'shakirah' harusnya tahu syukur banyak-banyak ;( tapi masih nak mengeluh, jadi tahun ini, daripada banyak buat azam-azam yang tak pernah tercapai, cuma mahu fokus,

"jadi manusia yang kurang mengeluh dan sabar banyak-banyak"

doakan! ;)

Tuesday 24 January 2012

The escapist

“Some things, you know, if you say them, it makes them not true?”
                                                                                                 -Haruki Murakami, The Wind-Up Bird Chronicles







err, sebenarnya cuma pandang muka laptop berkali-kali tetap juga tak tahu nak tulis apa,
penulis yang menyedihkan bukan?
-Assalamualaikum ;)





Something to ponder

Money says: “earn me forget everything”
Time says: “follow me forget everything “
Future says: “struggle for me forget everything”




Allah simply says “Remember Me and I will give you Everything”

Tuesday 3 January 2012

Series of lost and no found






Disember lepas memang ajaib. ya ini serius. i lost dua handphone dengan bergaya, satu awal bulan dan satu lagi di akhir bulan. cukup sangat pengajaran untuk jadi manusia yang lebih hati-hati.peristiwa satu, yang sangat lawak juga sebenarnya, sebab selalunya memang buat vibrate je telephone, letak telephone atas rak cermin almari bilik and telephone keep vibrate, tapi sebab tengah kusyuk gila sembang dengan adik (dia baru sampai dari hostel) so macam, biar jela sebab bergosip kan lebih real nak pula face to face kan.. haha. tau tau senyap je phone, syafiq cakap,
 "eh kak, telepon ang awat senyap ja"
masuk bilik nak ambik phone, tengok sedap je cik telepon landing dalam pinggan bedak sejuk.. yes, ulang suara pinggan bedak sejuk. macam tak ada tempat paling lawak je telepon tu nak jatuh. apa lagi, semua pakat bantai gelak gila, habih telepon tuh berselimut white foundation, pastu bila cakap dekat mak, mak macam,
"haa padanlah muka hang, mak duk suruh alih pinggan tuh hang tak dengar"
betulla tuh, pinggan letak bedak sejuk tuh mak selalu tegur tanya kenapalah tak alihkan, kenapalah pakai pinggan mak yang paling vogue sekali untuk letak bedak sejuk, tapi sebab degil and malas abaikan jela kata-kata ajaib mak, so memang padan la muka.
dan telepon tu pulak memang teruk gila macam short circuit gak kot, sebab lepas je dia terbenam dalam pinggan tu dengan bergaya aku pergi je on-kan. based on what my adik, syafiq said la, dia cakap kena keringkan dulu pakai hair dryer (which i already tried), letak dalam tong beras mak, balut dengan kain. semua dah buat, tapi tula si syafiq cakap jangan immediately on that phone, tapi yela semuanya dah terlambat. telephone tu pun dah selamat pergi dengan aman, haha so aku pun cepat-cepat kebumikan telephone tu dalam kotak kat bilik, takut ayah tahu kot, dia yang belikan telephone tuh, nak nak pulak jahanam sebab kecuaian manusia.
so pakaila balik telephone lama yang kadang-kadang bila cakap keluar suara 'transformers' yes, serius, tengah dok sedap-sedap sembang dengan melissa, pastu mel akan cakap
"ki suara ang dah start jadi transformers"
jadi i dengan bergayanya akan hantam telephone tu kat dinding, dan teruslah okeh. ajaib tak telephone tuh? haha, tapi sayang gila telephone tu kot, bertahun pakai. the funny part bila ada company call nak set interview time, tengah-tengah sembang
"siti, i cant hear you.. hello, hello'
so the other side of me yang always calm akan cakap, "
"sorry can you wait for a second"
pastu cepat-cepat bantai telephone tu kat mana-mana dinding or any hard surface yang berdekatan, haha. but teringin jugak nak tanya kat dia after that, 
"did you hear my transformers voice just now?" 
tapi of course la aku tak tanya kan, haha.

so here come the sad part, i lost that phone tooo ;(
that tragic day (over gila intro), kuar pergi jusco sensorang pastu pergi atm kuarkan duit, lepas tu tengok masyaAllah banyak gila sale, walaupun poverty stricken tapi mestila nak cuci mata kejap, jalan la sensorang sambil belek-belek kemeja, blouse yang cantik-cantik. pastu bukak beg, tengok phone takda, selongkar beg takada jugak, elok pulak time tu jusco buat announcement yang kena beware dengan penyeluk saku bagai..hati memang debar gila, umi pulak takda balik kampung.. cepat-cepat pergi cari nomi,, dia keje nearby situ, try call dengan phone dia kat area-area tuh, takda jugak, pastu tak lama voice mail. waktu tu macam redha jela.. balik rumah, selongkar beg cari handphone emergency which is so basic dengan bateri yang kong, kuar pegi cari bateri.. malam tuh, waktu duk lepak umah sensorang sambil tunggu si nomi balik keje baru teringat nak tengok beg, and guess what sekali kad atm hilang.. tak tahu la kalau pencopet tu ingat tu kad kredit ke kan, poor him la. kiki suhaimi yang sangat clumsy pulak lepas keluarkan duit main campak je kat compartment depan beg nearby dengan tempat bukak beg tuh, and that beg sangat tak protective, tak ada zip cuma ada open compartment dengan easily open button, pastu sling pulak. but my fault jugak, tak beringat and tak hati-hati, teladan masa depan sebab nak duduk sini bukan sehari dua. and bila call mak malam tuh, mak tanya napa no lain pulak(sebab tak sempat lagi pergi center utk retrievekan sim card tu balik), cuma cakap sim card hilang, which is soo true but of course there some part yang tak di revealedkan.. yela, our parent pasti risau dengar perkara-perkara macam tu, tapi nak buat macamana, benda dah jadi.. the least we can do is bagi diorang risau

oh sebenarnya macam panjang lagi nak tulis, series of lost (title) supposed ada rangkai ceritanya yang lain, mungkin lain waktu insyaAllah.. till then, sila gembira selalu!
Assalamualaikum ;)