Thursday, 22 March 2012

Ice and sea



seronoknya melihat, 

macam, beberapa hari lepas waktu semua orang kalut-kalut mahu ke kantor, ada mak cik baik hati yang bawak satu plastik besar makanan kucing, dan bagi kucing-kucing makan, ada dalam 7-8 ekor kucing... tengok moment tuh rasa gembira je sepanjang hari ;)

atau bila semua tempat duduk penuh, dan tiba-tiba ada orang baik hati tawarkan orang lain duduk, kemudian mereka tukar senyum, macam comel je ;)

dan bila kita jalan kalut-kalut melintas, nampak mak cik dan pak cik separuh umur jalan berpimpin tangan macam rutin. waktu tu seems like grow old together itu perkara ajaib dan berpegangan tangan dalam halal itu buatkannya jadi double ajaib~

ada waktu kita sibuk fikir, tiba-tiba budak kecil lalu, walaupun dia tak senyum lihat kita yang bermuka garang ini, tapi rasa gembira sekejap tengok mereka, jadi lupa apa yang semak dalam ruang fikir,kan?

sebenarnya banyak perkara ajaib setiap hari, yang sekurang-kurangnya dapat bantu kita senyum sekejap buang sisa keluh

yuk kita sama-sama lihat perkara-perkara ajaib esok, esok dan esok,


~semoga kita dalam redha Allah selalu
Assalamualaikum ;)




No comments :