Monday 16 November 2009

.counting days...huhu

exam esok.... huhu, pastu selang sehari exam lagi, pastu takda dah selang-selang hari, exam je manjang sampai jumaat, exam semester neh amat memberi cabaran,huk2 orang len dah dengan selamba dok buat lambaian maut balek umah... aku pulak campur esok ada lagi 4 paper, hari terakhir pon aku exam lagi,hahahaha..... sabar kiki, sila bawa bersabar...


cik kotak dah siap packing dah, baju pun dah asingkan.. mana yg patut bawak balik, mana yg aku tinggal jea kat stor, semakin bertambah semester semakin pulak bertambah barang-barang aku, agak-agak by the time final year tahun depan, bapak aku terpaksa sewa lori nak mengangkut semua harta benda ajaib aku itu... takpa penang ngan perak dekat jea...haha


um tak sabar nak tunggu jumaat, sabtu jalan2 penang jap, ahad balek umah.... seronotnyee... sabtu aku ingat nak pegi cari buku-buku cerita secondhand book, macam novel omputih romantika ker thriller ker buat bacaan waktu cuti... yela kalu nak beli yang original punya mau satu pon 2, 3 puluh ringgit.. pastu aku nak p beli satu novel yang aku terjumpa hari tu kat popular, tapi sebab amat kering waktu tersebut, tak dapek nak beli....


em beg balek rumah, cuma cik lapty dan beg baju beberapa helai. kut.. setengah barang aku dah bawak balik umah dah itu hari, penat woo kalau nak bawak beg manyak2, rebut2 ngn orang naik feri, rebut2 naik bas... uh dekat penang pon penuh dengan pendatang jea, kadang2 takut gak, yela apa tak nya kalau naik bas rapid tuh, diorang lagi ramai dari kita...tapi selalu wat2 berani jea,konon la berani sangat...



uh, aku amat tak sabar nak balik rumah... huhu
windu ngn my family..huu…


tak boleh banyak sangat membebel, huhu..
esok exam,wink*
doakan kiki;)
amin..

kiki

Sunday 15 November 2009

Citer lawak dekat nak exam….




Okeh, citernyee gini, satu malam sedang orang lain sibuk study dengan gigih, aku pun gigih gak, gigih p cari kawan aku sorang neh, budak kos lain. Dah janji lame dah dengan beliau nak amik gambar-gambar aku yg ada kat beliau, dekat nak akhir semester baru aku ingat balek nak pegi ambik… dah dapat gambar, sibuk la dok tengok, yela kenangan silam…hahaha..
Abih cambesa tutup laptop, nyembang2 la*orang lain studi, tetibe si mel cakap nak tengok notes yang ada dalam lapty aku, gigih la aku membuka kembali laptop…

Uhhhh… laptop tak leh nak login, asal aku login jea password aku maka keluarla skrin kosong. Aku dah mula sedih dah neh, takpa buka balek, kuarkan bateri la*cadangan mel, baca doa macam2 neh. Tak boleh gak. Aku dah malas dah, mel jea yg dok nolong tengokkan keadaan cik lapty,. Aku suspect musti laptop kawan aku tuh virus manyak, aku pulak malas nak scan2 pendrive*yea, ok aku tahu itu adalah bad habit.

Pukul2 pagi, sapa yg nak jaga lagi time tuh, dahla dalam laptop manyak notes lecture, memang la boleh baca kat si mel dan memangla waktu tu exam lagi 2 hari, tapi aku asyik dok memikir. Mel ada la gak cuba nak memformat, selepas aku bagi kepercayaan yg penuh kepada beliau, haha tapi at last beliau tak berani gak. Biasala aku lepas dah buat benda bodo(tak scan pendrive) baru nak menyesal….hahaha

So kitaorang pon, area pukul2 lebih jalan2 la kat noticeboard sebab banyak gak la orang yg suke iklankan perkhidmatan, jual barang, topup, penghantaran, sumenyee selalunya student2 la.. selalunya ada sorang akak neh nama kak mimi, dia yg tulun aku pasal format tapi no phone dia aku terlupa letak mana, mengong tol…

Jumpa la satu iklan, khidmat penghantaran pelajar and format laptop. Nama mar, aku bajet pompuan la kan, lekat pulak kat asrama pompuan. Agak2 dekat pukul3 aku messege, cakap ginila lebih kurang,
“salam, akak saya nak format laptop, em kena virus kot, agak2 boleh siap awal tak?”

Mel marah aku, yela pepagi buta sukahati jea message Tanya leh format laptop ke tak.. abih takde pulak dia bagitahu yg perkhidmatan dia sampai office hour je ker…kan?? lagi plak kalu aku tak message confirm betul2, aku susah hati, karang kalu aku susah hati aku tak lena pula nak tito,hahahaha.. alasan mengong.
Pagi tuh orang tuh balas, “boleh jea nak format, bagitau dok desa mana nak mai amik laptop”
Aku bagitahu la gini and gini, then dia balas balek, “sebelum tuh saya nak bagitahu, yg saya nie bukan kak mar, saya nie abg mar”

Toin,toin,toin, hahahaa.. abih nak wat macam mana, wat kering jela macam takda apa2 yang berlaku, bukan nye aku kenal sangat pon dengan encik tersebut,tapi malu tahap dewa gak la, biasala pura-pura macam takda apa berlaku waktu hantar laptop.. kejap je kot dia buat pasal haritu jugak aku dapat kembali my lapty, nasib baik gakla, laptop aku pon okey, sume files ajaib ada dengan selamat.. dan aku pon dapat pengajaran berguna,
  1. Sila scan pendrive
  2. Jangan memandai jea bagi gelaran kat orang.
Dan aku jugak dapat satu kisah lawak untuk diceritakan kepada anak cucu,huhu