Showing posts with label Hari-hari yang aku biar. Show all posts
Showing posts with label Hari-hari yang aku biar. Show all posts

Sunday, 12 May 2013

Easiest way

Dah takleh tidor, terlena half way cerekarama tadi, oh ending semua mati,senang je conclusion, marah ni marah. That the easiest way selesaikan satu kisah,


---
Entah cerekarama apa, tajuknya apa. Aku jadi lupa.

Thursday, 21 March 2013

Hujan

Gloomy.
Hujan.
Kesian hujan, di sini jadi sedih, di tempat lain yang kemarau, hujan bersamaan gembira.


---
Hari ketika aku lihat hujan mungkin

Kerja

Deal dengan people jadikan kita dua.
1. Lebih sabar dan sabar.
2. Outspoken,moodydancepatttnakkkmarahhhorangg...


---
Ini tentang kerja sebelum sekarang, kerja pertama selepas grad.

Wednesday, 20 March 2013

Tulis

Perlu tulis. Hanya perlu tulis sesuatu.
Kadang-kadang, eh bukan

selalu


---
Ketika cuba ingatkan diri supaya harus menulis,

Tuesday, 19 March 2013

Mimpi besar

Di kelilingi orang yang punya mimpi besar, kadang buat kita rasa jauh, jauh sebab tak punya mimpi besar.



---
Ketika sedih dengan mimpi sendiri mungkin~

Monday, 18 March 2013

Laptop sakit

Laptop sakit, entah kena virus hapa, lambatnya nak loading, tahu-tahu karang 'blank'. Penat kena on balik. Leceh. Sebab tak sampai 20mins kemudian tetiba skrin jadi hitam~


---
Ayat mukadimah nak menulis, tapi dibiar tak disambung, kemudian lupa~

Wednesday, 13 March 2013

Lil bro

Awal march, cuti. Jadi minggu pertama march penuh dengan penat ke hulu hilir dari kl, perak, rumah tok di kedah dan penang. Penat yang gembira :)

Alhamdulillah, untuk hanya 5 days on leave, i found so many things back. Dapat my lil brother back (yg obviously lagi tinggi), yang rasa selesa when hes around, sebab semenjak dah dewasa ini, he act more like big brother to me than jadi adik. Tapi itulah kakaknya ini suka membebel, garang dan kuat merajuk.
Ya, dia ada ja kat rumah, tak kemana. But i found him back :) my adik. The old one.
I'm the outspoken type, cakap banyak. Kadang tak henti, sampai orang penat layan. Haha. Selalu lupa yang tak semua orang jenisnya cakap dan beritahu apa yang mereka rasa dan fikir.
Ada yang bercakap melalui perbuatan.

---
Masih rasa gembira yang sama bila baca entry ini ;)

Thursday, 28 February 2013

Radio

I realized something tonite, rancangan radio pun lawak sekarang. Asyik gelak je dengar ucapan-ucapan, ada yang sedih macam demam suara, so the deejay asked why, caller tu jawab tengah rindukan kekasihnya sangat-sangat and ended the call dengan ucapan rindu siap nama penuh kekasih, haaaaaih.

Apa kata telefon saja sang kekasih? Dari isytihar satu dunia,
Seadanya sudahlah,

Rasa yangaaaa dalam hati pun bukan milik kita. Kita pinjam.



---
Yup, kita pinjam. Semua, bahkan ingatan kita ini, boleh jadi esok kita tak ingat apa-apa

Monday, 24 December 2012

A girl


A year.
Still remember seorang budak perempuan degil yang just do what she want last year, yang takut naik bas jalan jauh, yang sumbat barang penuh bag, sampai semua orang tengok pelik. Yang nangis sedih all the way, sebab hati dia luka sikit je, sikit je.


---
Ini aku biar, sengaja biar.

Friday, 16 December 2011

.magically wrapped gift

dua puluh tiga tahun satu hari. haha. tulis dalam bentuk number nampak macam sangat besar. ya sudah dua puluh tiga, dan ya masih kurang sini sana, masih cuba yang terbaik untuk dunia dan akhirat, doakan! terima kasih untuk yang ingat, walaupun sebenarnya aku sendiri pun tak teringat soal satu hari yang kita panggil hari lahir ini, sebab sekarang aku asyik fikir tentang hari-hari. boleh kata tahun yang dua puluh tiga ini, tahun aku benar-benar jadi perempuan dewasa yang banyak fikir soal harga runcit barangan, harga tambang bus, rumah sewa dan segala macam

alhamdulillah, aku dapat sahabat sebagai hadiah dalam balutan ajaib yang aku sendiri tak nampak sebelum ini, danjuga mereka-mereka yang terus ada selalu, melebihi jarak perjalanan. kadang takut, macamana kalau masa depan aku yang bongek ini tiba-tiba terlukakan hati orang-orang yang baik ini, minta Allah jaga persahabatan ini dunia dan akhirat.


---

rasanya aku dah cantumkan cerita dalam entri lain, kemudian aku biar entri ini begini. aku memang suka biar, patut aku padam.

Wednesday, 16 November 2011

Suka dan cinta

satu diskusi hebat ketika banyak buku-buku bersusun untuk dibaca.


---
Entah apa, dah lupa, haha







Monday, 25 July 2011

Selesai edit


hasil ini adalah berkali-kali tekan 'backspace', renung 'screen' lama-lama, kemudian tekan 'backspace' semula. taip. backspace. taip. backspace.

an  isi ceritanya tertinggal di celah 'backspace'


oh ini hasil yang selepas 'edit'



---
Selepas edit, dan kemudian aku hilang isi cerita. Ironi.

Wednesday, 4 May 2011

Moment manis

insyaAllah hari ini akan balik ke rumah, dan akan rindui moment-moment ini semua,
ingat betapa hanya sedih untuk cakap, tak sangka bila tulis juga sedihnya sama banyak ;(
terima kasih buat semua yang pernah jadi sebahagian dari moment ini,
akan rindu untuk tengok bintang-bintang dekat gym saujana,

Friday, 29 April 2011

Tentang sedikit rasa

Assalamualaikum


dan yeah, saya dah habih exam sebenarnya 26 yang lepas. ya 26 yang lepas. sebelum pulang ke perak, mahu habiskan sedikit-sedikit rasa lagi disini, entah mana tahu manusia-manusia ini kita takkan bertemu lagi ;( empat bulan selepas ini boleh jadi pelbagai perkara

Monday, 4 April 2011

Ilham sebelum jumaat








sedang tunggu ilham,
hampir habis satu lolypop,
ilham tak juga-juga datang,




oh ilham,
sila datang sebelum jumaat


---
Entah aku sendiri jadi lupa, kenapa aku mahu ilham datang jengah sebelum jumaat dan kenapa lolypop, kenapa warnanya pelangi, hmmm entah ilham yang jumaat itu aku dapat atau tidak. Selepas tiga tahun, aku sambung tulis ilham ini semula, selepas banyak jumaat yang lepas pergi.

Wednesday, 16 March 2011

Mak yang ajaib

Cuti hujung minggu lepas, baru datang sini selepas balik rumah. Oh, lama sangat tak balik. Ingat dapat la cekalkan hati dan balik hanya bila semester ini tamat, balik dengan bawa semua barang-barang. Mak tak sihat. Dalam mak tak sihat tuh, sebab aku nak balik, masih sempat masak-masak. haiah, mak kita semua memang ajaib kan?


---
Betul, mak masih ajaib sampai hari ini, dan sampai bila-bila. ;)

Friday, 4 March 2011

Writing in dreams

I might be writing in with my dreams.


---
Until now, until now, shakirah.

Tuesday, 1 March 2011

Menulis

MENJADI PENULIS TERUS, SUATU PROFESION YG TAK MEMERLUKAN MODAL JUSTRU MODALNYA TELAHPUN ALLAH TAALAA HADIAHKAN KPD KITA MELALUI ORGAN-ORGAN DAN PANCAINDERA KITA

---
Petikan kata Agi Ghaffar Ibrahim, kata-kata yang buatkan aku semangat mulanya, kemudian aku biar.

Wednesday, 23 February 2011

Sorak

Yooo, lama tak write something here, i mean really write coz my previous post sort like keluhan, HAHA. Baru balik practise sorak, and i must say that, i enjoyed it to the max! Gembira gila ;) Keluarkan semua tensen-tensen dan blur asignment semalam dan balik bilik dengan rasa gembira untuk esok pulak.


---
Tulisan pendek kemudian tak disambung-sambung lagi waktu jadi gadis sorak, HAHA

Friday, 28 January 2011

Proses Gembira

hari bersuka-suka sudah mula, sepatutnya hari ini hingga minggu depan. hari cuti tahun baru bersama cuti semester, 2 dalam satu. haih. bunyi keluhan tanpa suara, sebab belum fikir tarikh mana mahu balik rumah, bila pandang buku-buku teori komunikasi yang sampai sekarang masih pening pusing. hati rasa kucar kacir. selepas pandang senarai asignment perlu hantar, rasa hati jadi tambah 100 peratus. 

aku cuma ada satu kelemahan, bila dengar suara makayah, suara ecah, cerita si irfan. hati rasa terbang nak balik. mujur juga pulau pinang sampai rumah cuma sejam tiga puluh minit. kadang-kadang aku terfikir juga macamana kalau dulu aku pilih universiti di sabah atau sarawak. mungkin ambil masa mahu balik, ayah dan mak juga payah nak pergi tengok sebab kami bukan orang senang. Allah tahu semuanya, sebab tuh Allah jadikan aku di universiti yang ini.

aku anak sulung. sejak sekolah menengah aku dah belajar uruskan semuanya, waktu mak sakit teruk dan ayah asyik ulang alik hospital, aku belajar uruskan adik-adik, uruskan rumah, bayar bil-bil, belajar beli barang dapur yang murah-murah. aku juga belajar tiru tanda tangan ayah untuk sign report card adik-adik, HAHA. waktu-waktu tu semua, kalau ingat semula, aku lebih mahu ketawa dari sedih.

sekarang aku dalam proses buat mak ayah lebih banyak ketawa dari sedih,
ini tugas major aku,
tugas penting,
sehingga aku bertemu dengan orang yang faham proses gembira dan ketawa ini.


---
Masih dalam proses gembira, masih. Belum henti, terus. Dan belum jumpa.