Tadi sembang dengan si umi yang citer cinderella episode last malam ni, macam memakcik je sembang pasal drama and sinetron yang best, hahaha~ takda, bukan selalu tengok pun, cuma kekadang lepas balik ofis tengok la jugak, kadang tak ingat lansung. Kejam gila citer cinderella zaman sekarang eh, kalau dedulu setakat tertinggal takpun hilang kasut je. Sekarang ni sampai hilang kaki si cinderella. Sedih je, tetibe emo.
Hari ini cuti, bukan senang nak dapat mood tulis belog ni, mahu dua tiga bulan pulak baru dapat mood, haha. Dah dekat setahun jugak jadi pekerja, waktu sambut hari pekerja bulan may lepas tak rasa pekerja sangat lagi, ni dapat rasa jugak la kepenatan pekerja ni, cuma memikirkan hari gaji je, hahaha. Kadang-kadang balik rumah pun si umi dah tidor, lepas sensorang baca buku cerita. No good. Tak boleh teruskan macam ni for next year, kemudian bulan dua belas next year tulis perkara yang sama. No. Tak boleh.
So i already listed plan that need to do next year, or atleast, try to do. hee~ Tak percaya juga dengan diri sendiri sebab mostly all plan perfect gila, tapi buatnya tak pun. Hari tu message dengan si izian (few monthsss ago =p) dia cakap dia kat kelas jahit, sekarang ni macam blouse ke even blazer dia buat sendiri je. Wow, hebat gila, for about next two weeks after that asyik google je harga mesin jahit la, how to sew a blouse, pergi tesco tengok mesin jahit yang paling biasa tu, wat impian nak beli dapat gaji bulan tu jugak, but sudahnya sampai sekarang. Berangan terrer je. Haiih~ so firstly ingat nak beli mesin jahit kot next year, walaupun tak pandai jahit lagi, nak beli jugak, atleast bila tengok ada mesin jahit, mesti fikir tentang duit yang dilaburkan, mesti sedih, mesti tak sampai hati, pastu boleh join kelas si izian tuh.
Hmm apa lagi nak buat next year, ni something yang i think thoroughly dah berbulan-bulan, ingat nak sambung belajar, tapi PJJ je kot, fulltime sapa nak tanggung, haha. Tapi PJJ lama sangat la, minimum 4 semester kot, tu dah 2 tahun, tu pun kalu lepas baik punya, takut jugakla dengan tahap concentration sendiri. Takpa this thing sambung fikir sampai bulan Januari ini pulak, haha.
Lepas tu ada la rancangan nak pergi jenjalan jauh sikit dengan dua tiga orang kawan. Tapi tula masalahnya, passport pun takda lagi, tahu berangan je shakirah ini kan, haha. Last month, balik perak ingat nak pergi penang, jumpa kalai dengan mel dengan usm sekali yang dirindui, pastu lehla pergi wat passport kejap. Tahu la bila balik, tak sempat nak pergi, ada benda nak kena settle sesikit. Orang dewasa kena kuat kan. Oh, plannya, bulan depan pergi buat passport.
Plan apa lagi eh? haa, ingat nak buat diet plan bebetul. Sempat concentrate kejap je, kurang makan nasi, makan protein je, kekonon dukan diet la, at the end begini jugak jadinya. Whylah shakirah ni suka tak buat benda bebetul? haaaaiiih~ So kena buat diet bebetul kali ni. Doakan.
24 ni as a benchmark, untuk jadi more dari segala segi. Need to improve moooooore lagi, plan apa lagi eh? nenanti la sambung, dah maghrib, ok papai.
No comments :
Post a Comment