aku paling suka;
selalu suka rasa hati yang debar-debar sebab tak tahu nak pilih buku apa bila ke kedai buku. haih, rasa mahu beli semua. mungkin seronok jadi manusia yang hanya pegang, belek blurb belakang buku, tertarik dan pergi bayar tanpa perlu lihat ruang ringgit malaysia pada bar kod dihujung. tapi yalah, aku sudah cukup gembira jadi aku, sebab rasa berdebar-debar, teruja dan gembira mungkin tak sama kalau kita mudah dapatkan sesuatu.
kan?
tak sabar mahu tidur, tak sabar mahu belek-belek dua buah buku ajaib sebelum tidur.
*sedang merancang mimpi rumah sendiri dengan satu bilik kecil pustakaan
1 comment :
kire ulat buku la ni...
bagus..jeles plak ngan org yg suke membace ni...
aku nk try gak la..
Post a Comment