Showing posts with label untuk anda. Show all posts
Showing posts with label untuk anda. Show all posts

Wednesday, 30 March 2011

Senyum bila hujan,



waktu spm dulu, sebab result bukanlah boleh dibanggakan sangat, heeee. tapi Alhamdulillah sambung belajar dekat tingkatan enam, dan bila pertengahan tingkatan enam randah, ingat macam, 

''oh okeh, ingat nak sambung diploma sahaja''

cakap dengan mak dan ayah, sebab makayah jenis percaya pada anak sulung mereka, jadi what ever it is, mereka percaya. jadi waktu tu, sekolah memang jarang pergi, malah exam akhir tahun juga tak ambil, cuma kadang-kadang rajin pergi sekolah sebab nak sembang serba sedikit dengan kawan-kawan (alasan childish, yuck!). yalah, waktu tuh perasan yang pelajar tingkatan enam ini macam super senior yang sangat 'terror'.

jadi persediaan untuk ambil diploma itu diteruskan, hahaha. malah semua kawan-kawan kat sekolah tahu, even cikgu pun tahu, sampai kadang-kadang bila datang ke kelas atau tak, cikgu ann*cikgu kelas waktu tu sangat tak kisah..

malah, siap buat janji dengan munir (sepupu), kalau hujung minggu time belajar diploma nanti, kalau nak balik rumah, minta dia tunggu dekat Ipoh, sebab tak tahu nak naik bas apa dan sangat takut nak balikssendiri, dan bila bincang soal nak sambung belajar diploma ini dengan sepupu-sepupu, munir akan cakap,
 
" takpa, ang jangan risau, aku tunggu hang pastu kita balik sekali''


waktu tu intake diploma yang hujung tahun, yang bulan 12. belumlah sempat beli barang-barang lain, cuma surat tawaran dah sampai, dan tak silap perlu hantar samada terima atau tidak. waktu tuh, terus susah hati, macam nak teruskan misi diploma atau tinggal je dekat tingkatan enam. yalah, waktu tu, ramai orang yang ada stigmatism pada tingkatan enam.
waktu tu, kiki bukannya 'look down' pada tingkatan enam, tapi untuk buat stpm harus ada sifat rajin, dan yes, kiki bukan serajin tuh, kalau membaca itu minat sejak azali tapi kalau nak buat latih tubi banyak-banyak tuh memang taklah, dan memang takkan buat, dahlah pemalas, tak takut lansung ;p 

dulu ada subjek pengajian am (subjek wajib lulus), dan cikgu suruh semua orang buat atleast dua karangan per week, dekat dah beberapa minggu (waktu ni enam rendah) cikgu tiba-tiba buat spot chek karangan mengejut, semua orang kena tunjuk karangan masing-masing, tak ker pengsan? sebab i punya karangan ada 1 karangan tambah setengah jee, dan bonus point, sekali buku-buku tu ada kat rumah, tertinggal, bila cikgu pusing sekelas dan sampai belakang, apa lagi sebab gabra selongkar beg dan laci meja cari buku tulis pengajian am, pastu cikgu cakap (still ingat sampai sekarang)

"tak payahlah kamu dok cari buku tu shakirah, saya tahu kamu tak buat pun"

the best part, cikgu tu tak kisah pun (take note, itu cikgu disiplin) hahaha .. seee i told you, budak tingkatan enam memang 'terror'

tapi, waktu nak pergi hantar surat terima tawaran diploma tuh, terfikir balik, patut ke pergi? atau just stay sini, sebab i know i can do it, cuma perlu tambah sikit je kerajinan...

buat istikarah dua kali, minta Allah tunjukkan apa yang patut dipilih, dan entah napa bangun pagi waktu cuti sekolah hujung tahun (bulan 12)  rasa, 

okeh, nak teruskan tingkatan enam ini sampai STPM,

bangun pagi bagitahu dekat mak, pastu dengan bangun tidor mamai kalut-kalut cari nombor cikgu aan (guru kelas enam rendah), sebab takut dah kena potong nama dari sekolah, yelah sebulan sebelum cuti memang tak pergi sekolah, sebelum tu pun memang suka hati je pergi bila rasa nak pergi, dengan periksa akhir tahun semua tak ambil.. memang patut la kalau sekolah nak potong nama pun kan? hahahaha ingat lagi cikgu aan cakap,

"eh kamu shakirah, bukan kamu nak pergi sambung belajar?"


dan nasib baik, cikgu aan cakap boleh datang je enam atas tahun depan, kemudian sibuk pulak telepon cikgu yang jadi ketua badan pengawas sekolah, boleh lagi ker jadi pengawas, sebab tak tahu nak mula tahun depan harus pakai baju putih biasa atau pakai baju oren. dan cikgu cakap, yea, kamu masih pengawas (padahal telah berjaya ponteng dengan cemerlang waktu enam bawah, hahaha)


dan yes, maybe 'balasan' hari pertama persekolah enam atas, hanya kiki sorang pakai baju oren, sedangkan mak cik dan pak cik pengawas tingkatan enam atas lain gembira dengan baju putih... hahaha


itu semua memori, memori tentang betapa teruknya otak kiki nak buat keputusan. dan mungkin betapa pemalasnya otak kiki juga ;p hahaha



kemudian, bila ditingkatan enam atas, tiba-tiba kiki rasa macam teringin nak baca buku-buku sastera yang aida baca, sedangkan kiki aliran lain. jadi kiki turut beli buku 'sulalatus salatin' yang jadi buku wajib dia dengan alasan, ini buku bagus pasal sejarah melayu, apa salah beli.  (alasan pencinta sejarah tuh,*mata ke atas tangan ke bahu, hahahaa)


STPM cuma ada 4 subjek wajib, waktu tu terfikir untuk ambik sastera melayu sebagai subjek sampingan dan belajar sendiri. yeah, kiki memang jenis optimist selalu walaupun waktu enam rendah kehadiran ke sekolah boleh kira dengan jari, hahahhaa.


jumpa dengan cikgu yang uruskan daftar peperiksaan dan cakap mahu tambah subjek, dia cakap fikir betul-betul, sebab apa yang kiki sudah ambil pun sangat berat. kemudian minggu selepasnya, kiki datang dan cakap, mungkin tak jadi kot mahu tambah subjek, dan selepas berfikir dan baca buku-buku pusaka encik sepupu, si munir, rasa macam nak tambah juga subjek sastera. cikgu cakap, fikir dan nanti sebelum pukul12 jumaat depan datang jumpa saya, dan kiki datang, dan yes kiki tambah dan belajar sendiri walaupun tanpa sebrang basic dalam sastera...


dan alhamdulillah, kiki tak menyesal kerana tambah, dan alhamdulillah, kiki capai banyak dalam setahun tuh, dari pelajar kurang kesukaan cikgu, kepada pelajar yang cikgu boleh senyum bangga...walaupun sedikit, malah kiki juga membuktikan pelajar pemalas pergi sekolah juga ada potensi selagi kita usaha (ayat nak makan penampar, hahahaa)


dan hari ini, mungkin juga seminggu dua ini, kiki banyak berfikir, rutinnya sama dengan cerita memori kiki dulu, tapi cara kiki berfikir harus berbeza, cara kiki lihat kiki dalam cerita juga berbeza. ini bukan zaman fikiran umur 18 tahun, selepas kiki melalui semua itu, kiki harus lihat segalanya dengan berbeza. pengalaman harus jadi sandaran untuk kita menilai dan melihat, dan kita tak harus menilai dengan nampak kita sebagai fokus utama, harus juga belajar menilai melihat tentang orang lain, orang yang kita sayang....


dan rasanya,
                   kiki dengar suara gembira aishah di dalamnya...



dan kalau untuk Aishah, insyaAllah, kiki cuba...


doakan!


*sila gembira,


assalamualaikum


**aishah adalah adik yang ajaib ;)

Thursday, 24 March 2011

.of dream and believe

Selepas satu sesi mendengar pandangan Dr. Rita,
and yes we do believe that,



terima kasih Dr,
for all your ajaib's advice
;)*big smile



sure we will miss you a lot!
and i will surely miss you ;(
thanks for everything!
thanks for the memories!



love,
shakirah.





p/s: oh about the invitation (the reunion thingy) is still on, and we will mail you the details in few years times ;P

Friday, 18 March 2011

Haih

I spend hours, but its ended at where its started,
*sigh

Sunday, 13 February 2011

Secawan kopi, kita kalah


gambar dari sini

secawan kopi
aku,
bancuh pekat-pekat,
hitam likat,
sampai mata tak tembus dasar cawan,
biar tajam pandang dasar buku ratus-ratus muka surat,
bisa baca faham ribu juta patah kata,
bukan baca-baca tapi hilang,
macam mimpi,
kopi yang
hitam,
pekat,
likat,
wajib pahit itu,
jadi pelik,
bila rasanya,
kosong dibalik warna pekat hitam.
















ini lebih dari kopi dan sepotong mimpi,
.kiki.
061010@11.38 malam

Friday, 7 January 2011

Hey you!





;)

Friday, 19 November 2010

Hari ini aku belajar


ramai orang cakap begitu-begini,
ini tak betul, itu tak betul,

tapi rupanya dia sedang tepuk air dalam talam,
sambil muka pandang talam tepat-tepat,


basah ke tidak?
sama-sama kita fikir.

Thursday, 21 October 2010

.collocative words




tadi waktu semua tengah stuck dengan this 'collocative words' thingy,
because we had to analyse this words in advertisement, which sangat susah nak cari advertisement beginian,
ketika semua orang sedang mencuba menghadam dan memberi pandangan,

hawa keluar dengan contoh ini,
"for example; kiki,
collocative words that can represent her well is,
happy,
stars, 
and maureen added, ajaib"

I was like,
"hah... why?"

hawa said,
"because we always see you happy and we know that you love stars a lot"
"and, you always use 'ajaib' for everything" 
maureen said,


entah ketika itu cuma senyum dan gelak,
sebab tak tahu nak jawab apa,
agaknya tanpa sedar kita mengusung this 'colocative words' bersama dengan kita selalu,
'collocative words'
yang kita tak tahu orang tahu itu adalah kita,



dan mungkin juga,
ada banyak lagi 'collocative words' yang orang tak tahu itu adalah kita,


apa 'collocative words' anda?
;)



collocative words is the words that we can collocate together,  the words that have a strong tendency to occur side by side.for example, pretty for girl and handsome for boy. (gila simple example kan, aplikasi tak semudah example, believe me, hahaha)

Wednesday, 6 October 2010

Teardrops

bila seseorang menangis dan titis air mata pertama dari mata kanan, itu adalah air mata kegembiraan. tapi jika air mata pertama dari mata kiri, itu adalah kesedihan.


okeh, sangat tertanya-tanya tentang apa yang dikatakan "psychological fact" ini. 
adakah benar?

Wednesday, 15 September 2010

.salam maaf

selamat hari raya
maaf zahir batin
dari sitinurshakirahsuhaimi.
maaf untuk sebarang kata-kata yang menguris atau perilaku saya yang kasar, maaf untuk semuanya.


sangat tak sempat nak online  macam-macam perkara berlaku pada orang sekeliling, rasa sangat sakit berada dicelah-celah orang-orang yang kita sayang terluka dan sakit tapi tak banyak yang kita dapat lakukan untuk selesakan hati mereka.

harap semuanya akan gumbira lagi lagi dan lagi


harap kamu semua yang baca ini juga sedang gembira, orang-orang kesayangan kamu juga gembira :)




mysweetmoment : lama sangat tak betul-betul memerhati bintang, malam 27 ramadhan haritu dapat sungguh-sungguh lihat banyak bintang kat langit depan rumah dengan aisyah, i always missed that moment sampai bila-bila.., moment dulu-dulu tengok bintang dengan rasa begitu...



selamat lihat bintang, harap kamu lihatnya dengan rasa gembira selalu :)



malam ini mahu lihat bintang-bintang lagi


hujan pun takpa,
sebab insyaAllah esok ada lagi





salam maaf
.sitinurshakirahsuhaimi.

Tuesday, 10 August 2010

.salam ramadhan




salam ramadhan
semoga semuanya indah, hati dan amal ibadah, semoga sihat dan gembira, semoga kita menjadi hamba yang lebih baik insyaAllah :)
 






Siti Nurshakirah Suhaimi ;
*esok harus gembirakan hati!!
**harus belajar sungguh-sungguh
***harus pergi terawih
****harus bangun sahur


*harus jadi muslimah yang lebih baik dari hari ini!! insyaAllah :)


doakan saya
mohon maaf silap dan salah siti nurshakirah suhaimi ini,
maaf,
:)

Saturday, 6 March 2010

.waktu-waktu penting seorang pelajar

  itu bukan aku ;)

 
 hari ini baru habis test for my style in english literature. minggu depan mid term test for my PR, psycholinguistic, and also my next speech tentang persuasive.. doakan yg baik, insyaAllah.

minggu lepas, minggu nie dan juga minggu depan banyak mid term test berlaku dan juga bakal berlaku. malah, nie juga minggu semua pelajar-pelajar bestari nak hantar asignment, yela study week akan datang lagi 6 minggu je. so semuanya sudah tukar kepada gear usaha sungguh-sungguh ~ tiada lagi jalan-jalan atau bersuka-suki.

sepanjang semester, kalau kita tengok dan lihat betul-betul, ada sesetengah waktu yang macam waktu penting bagi semua student. *okeh, ini hanyalah berdasarkan pemerhatian cik ki~betulkan beliau jika beliau salah:) waktu penting ini macam masa yang puncak, yang ditunggu-tunggu dari awal sampai akhir semester atau waktu yang paling mendapat perhatian ramai.

~waktu daftar kursus hari pertama semester buka

walaupun semua kursus boleh daftar online, tapi agak ramai yang tak pernah tahu yang kursus boleh daftar online, ntah` unsecure kot, sebab setengah rasa yang daftar online ni macam-macam boleh jadi (daftar kursus tak masuk, kod kursus tertukar, nama hilang dari senarai dan bla bla bla yang kadang-kadang kita fikir tak masuk akal pun. masa 2 minggu diberi pada sesapa yang nak daftar online, even boleh betulkan berapa kali yang disukai, tapi masih je hari pertama semester buka, berpusu-pusu nak pergi daftar manual.*alhamdullillah sepanjang duduk mendaftar online belum ada kejadian yang pelik-pelik, last day daftar kursus tu sepatutnya jadi tempat student-student yang daftar online nak betulkan salah silap ke, nak drop atau tukar. tapi dah terbalik pula, semua pakat-pakat nak mendaftar.

~waktu biasiswa, ptptn, jpa masuk

owh, kalau waktu ni amatlah meriah, kalau kita tengok sekeliling*termasuk muka saya sendiri dicermin. semuanya mengukirkan senyuman je, masuk kuliah pun salin semua nota~sebab terlalu suka hati..hehe berita-berita yang duit biasiswa ke loan ke dah masuk nie cepat je tersebar, boleh je tegur-tegur dengan orang yang diri sendiri tak kenal semata-mata nak dapatkan confirmation samada benar atau tidak. dan sepanjang minggu kalau anda lalu depan foyer library dimana ada (sebuah mesin atm)ditempat saya belajar, kita akan nampak barisan yang ramai orang, dan anda juga termasuk cik kiki sendiri akan berasa amat gigih nak turut sama beratur,hahaha.
p/s: dekat-dekat nak menjengah hujung semester nie, boleh kira sebelah jari je sapa yang duduk beratur kat mesin tuh...ngeeh

~waktu  minggu ketiga bermula

selalunya minggu pertama dan kedua nie, banyak yang wajah berkarisma lagi. yang banyak masa nak keluar bersuka-suki. tapi bila minggu ke 3 dah start, semua orang dah sibuk, anda akan jumpa ramai orang sekeliling anda yang sibuk memberitahu dan meluahkan kepenatan. tutotial dan kuliah berganti-ganti dalam sehari. tapi biasala kan?? mana ada benda mudah, cuba fikir, kalau kita tak perlu datang kuliah atau tutorial dan belajar secara online kat bilik masing-masing, amat percaya ramai juga akan mengeluh pasal macam-macam masalah berbangkit yang lain.

~waktu dapat topik asignment.

selalunya waktu nie, soalan susah macamana pon atau mudah macamana pon atau lecturer tersalah bagi soalan pon, amat tidak disedari oleh para student. sebab mereka cuma focus pada datelinenye sahaja. nie bukan scepticsm , tapi serasa cik kiki la, nisbah pelajar yang membuat asignment selepas mendapatnya secara terus adalah amat sedikit, yang lain (majority) *sila betulkan saya kalau ini adalah salah, lebih gemar menyimpan tajuk-tajuk asignment sebelum menjengah lagi 3 atau 2 minggu sebelum dateline. atau lebih bahagia, 2 atau 3 hari sebelum dateline.
*kenapa saya amat tahu?? hehe, kerana kadang-kadang i apply it to myself oso, sedang cuba berubah diri sendiri..huhu

~waktu mid term test atau final exam.
      
 wah, ramai sungguh,hahaha


ini juga waktu penting, pada waktu-waktu begini, kita boleh melihat orang memegang buku dimana-mana atau kedai photostat nota bawah library amat penuh dengan orang. semua orang sedang berusaha, gambate ne!!! "napa sedikit je student ambik paper neh?" dan kadang-kadang anda akan terkejut bertemu rakan yang sama subject dengan anda selama hampir separuh semester tanpa pernah dilihat. percaya atau tidak, kadang-kadang kita ingat itu bukan reality yang sebenarnya, kalau nak tengok kuantiti student yang betul, tengok pada hari first, hari mid term test, dan juga hari final exam... semua akan muncul tanpa segan silu....hahaha

~waktu minggu study week.




ini pun adalah masa yang paling penting juga, minggu ni bukan minggu study week sangat, nie lebih kepada minggu balik kampung, hostel memang sunyi gila la time nie, mungkin ramai orang lebih senang ulangkaji kat rumah, hehe saya pula lain, kalau balik rumah, manyak la benda-benda yang tak berfaedah yang dibuat, lepas tuh macam leceh amat nak membawa buku-buku yang banyak untuk ulang-alik datang sini kembali. hmm sayang nak habihkan minggu study week yang seminggu sebab ada manyak minggu-minggu sebelum study week diri ini amat tidak study bersungguh-sungguh... *hehe, cuba sorokkan muka sendiri


p/s: ini hanya pemerhatian picisan sahaja.



.cik kiki.
 :)


Friday, 5 February 2010

.my biggest acknowledgement of appreciation

trying to sorok muka sendiri*haha

huhu, sebenarnya entry neh aku shud post semalam. hmm, semalam my busy day (rabu), pagi adae kelas critical reading, hmm tutor. then my english literature tutor class, huhu then my public speaking class, then lecture for my english literature, then my public relation tutor class. aku penat tahap gaban, uh penat amat. cuaca pulak agak panas, malam tu rase macam nak demam, tak sempat nak bloggy coz aku tido awai, then prepare for my presentation today(khamis).

kerana selasa malam rabu sebelumnya, aku amat sibuk prepare for my public speaking speech, last minute preparation, and its went awesome the next day, thanks to aina and bell coz willing to be my model that day.*huhuhuhu, amat hepi. aku juga amat bezi menulis belog malam tuh kerana mata takleh tido, and around 5 am aku tido sekejap sebab nak gain some tenaga, kang blur lak my otak yg sediakala blur...hahaha. before sleep, buat kerje tutorial for my critical reading.

my critical reading class the next day was really enjoying, amat best.we had a debate dgn tajuk " size does matter?". when our beloved DR ask us tentang tutor task, adoiyai..................... aku tersalah wat soalan, and the DR said that nak jadikan tugasan tutor tu as quiz. aha,*satu lagi kenyataan yg mengejutkan.

aku yg amat gigih menjawab soalan-soalan tu pada malam sebelumnya, mula hilang arah.*tapi as always, aku pretend la mcm optimist, minta DR kasi lebey time aku nak wat the real question that i supposed to do, DR tu macam tak kasi. she keep mention about one student that ponteng her lecture the day before(selasa), which is me, akula manusia tak guna yg ponteng kuliah dan sedang menerima pembalasan atas dosa sendiri. dah mula redha dah.

she said" if u want to do another question then all of your friend should do the question that you do then". uh, ade process reverse osmosis la pulak.

aku jawab"DR, its kinda majority, better me do their question rather than they do mine.. i'm the one that make mistake... we follow majority,*sambil gelak ketawa cover"

she said"i'll put on my blog today saying that, the student that do not go to my class yesterday had answer the wrong tutorial question today..

aku jawab"owh DR, u had a blog... how about exchange our link.. bla bla( something like that)"

she said"owh, u dont want to know it(her blog), i always talk about my student.. not a very good one"

aku jawab"owh DR, i dont mind(curious voice)

she said"instead using ur name, i often use ur 3 last no of ur matrix no, uh like u shakirah, i'll call u 304"

aku jawab"ok DR, i'll try to google my matrix no then....lol(sempat lagi dok bergelak ketawa aku, tak sedar diri salah wat keje).. hmm can u give me sometime i'll try to send(the task) this evening...

she said"i'll meditate this matter................

class continuue,

then she said, "everyone can sent the tutorial task tomorrow"

then me answer"DR, i'll say thank you on my blog then"

she laughed.

and i really mean it...... thank so muck DR, mucho2.......
and really sory for being the talkative, the naughty, the mess up, the trouble maker in your class.

lots of thanks,
;)
.cik kiki.

Tuesday, 29 September 2009

.sila gembira selalu


harap semua orang gembira.
*sigh