itu bukan aku ;)
hari ini baru habis test for my style in english literature. minggu depan mid term test for my PR, psycholinguistic, and also my next speech tentang persuasive.. doakan yg baik, insyaAllah.
minggu lepas, minggu nie dan juga minggu depan banyak mid term test berlaku dan juga bakal berlaku. malah, nie juga minggu semua pelajar-pelajar bestari nak hantar asignment, yela study week akan datang lagi 6 minggu je. so semuanya sudah tukar kepada gear usaha sungguh-sungguh ~ tiada lagi jalan-jalan atau bersuka-suki.
sepanjang semester, kalau kita tengok dan lihat betul-betul, ada sesetengah waktu yang macam waktu penting bagi semua student. *okeh, ini hanyalah berdasarkan pemerhatian cik ki~betulkan beliau jika beliau salah:) waktu penting ini macam masa yang puncak, yang ditunggu-tunggu dari awal sampai akhir semester atau waktu yang paling mendapat perhatian ramai.
~waktu daftar kursus hari pertama semester buka
walaupun semua kursus boleh daftar online, tapi agak ramai yang tak pernah tahu yang kursus boleh daftar online, ntah` unsecure kot, sebab setengah rasa yang daftar online ni macam-macam boleh jadi (daftar kursus tak masuk, kod kursus tertukar, nama hilang dari senarai dan bla bla bla yang kadang-kadang kita fikir tak masuk akal pun. masa 2 minggu diberi pada sesapa yang nak daftar online, even boleh betulkan berapa kali yang disukai, tapi masih je hari pertama semester buka, berpusu-pusu nak pergi daftar manual.*alhamdullillah sepanjang duduk mendaftar online belum ada kejadian yang pelik-pelik, last day daftar kursus tu sepatutnya jadi tempat student-student yang daftar online nak betulkan salah silap ke, nak drop atau tukar. tapi dah terbalik pula, semua pakat-pakat nak mendaftar.
~waktu biasiswa, ptptn, jpa masuk
owh, kalau waktu ni amatlah meriah, kalau kita tengok sekeliling*termasuk muka saya sendiri dicermin. semuanya mengukirkan senyuman je, masuk kuliah pun salin semua nota~sebab terlalu suka hati..hehe berita-berita yang duit biasiswa ke loan ke dah masuk nie cepat je tersebar, boleh je tegur-tegur dengan orang yang diri sendiri tak kenal semata-mata nak dapatkan confirmation samada benar atau tidak. dan sepanjang minggu kalau anda lalu depan foyer library dimana ada (sebuah mesin atm)ditempat saya belajar, kita akan nampak barisan yang ramai orang, dan anda juga termasuk cik kiki sendiri akan berasa amat gigih nak turut sama beratur,hahaha.
p/s: dekat-dekat nak menjengah hujung semester nie, boleh kira sebelah jari je sapa yang duduk beratur kat mesin tuh...ngeeh
~waktu minggu ketiga bermula
selalunya minggu pertama dan kedua nie, banyak yang wajah berkarisma lagi. yang banyak masa nak keluar bersuka-suki. tapi bila minggu ke 3 dah start, semua orang dah sibuk, anda akan jumpa ramai orang sekeliling anda yang sibuk memberitahu dan meluahkan kepenatan. tutotial dan kuliah berganti-ganti dalam sehari. tapi biasala kan?? mana ada benda mudah, cuba fikir, kalau kita tak perlu datang kuliah atau tutorial dan belajar secara online kat bilik masing-masing, amat percaya ramai juga akan mengeluh pasal macam-macam masalah berbangkit yang lain.
~waktu dapat topik asignment.
selalunya waktu nie, soalan susah macamana pon atau mudah macamana pon atau lecturer tersalah bagi soalan pon, amat tidak disedari oleh para student. sebab mereka cuma focus pada datelinenye sahaja. nie bukan scepticsm , tapi serasa cik kiki la, nisbah pelajar yang membuat asignment selepas mendapatnya secara terus adalah amat sedikit, yang lain (majority) *sila betulkan saya kalau ini adalah salah, lebih gemar menyimpan tajuk-tajuk asignment sebelum menjengah lagi 3 atau 2 minggu sebelum dateline. atau lebih bahagia, 2 atau 3 hari sebelum dateline.
*kenapa saya amat tahu?? hehe, kerana kadang-kadang i apply it to myself oso, sedang cuba berubah diri sendiri..huhu
~waktu mid term test atau final exam.
wah, ramai sungguh,hahaha
ini juga waktu penting, pada waktu-waktu begini, kita boleh melihat orang memegang buku dimana-mana atau kedai photostat nota bawah library amat penuh dengan orang. semua orang sedang berusaha, gambate ne!!! "napa sedikit je student ambik paper neh?" dan kadang-kadang anda akan terkejut bertemu rakan yang sama subject dengan anda selama hampir separuh semester tanpa pernah dilihat. percaya atau tidak, kadang-kadang kita ingat itu bukan reality yang sebenarnya, kalau nak tengok kuantiti student yang betul, tengok pada hari first, hari mid term test, dan juga hari final exam... semua akan muncul tanpa segan silu....hahaha
~waktu minggu study week.
ini pun adalah masa yang paling penting juga, minggu ni bukan minggu study week sangat, nie lebih kepada minggu balik kampung, hostel memang sunyi gila la time nie, mungkin ramai orang lebih senang ulangkaji kat rumah, hehe saya pula lain, kalau balik rumah, manyak la benda-benda yang tak berfaedah yang dibuat, lepas tuh macam leceh amat nak membawa buku-buku yang banyak untuk ulang-alik datang sini kembali. hmm sayang nak habihkan minggu study week yang seminggu sebab ada manyak minggu-minggu sebelum study week diri ini amat tidak study bersungguh-sungguh... *hehe, cuba sorokkan muka sendiri
p/s: ini hanya pemerhatian picisan sahaja.
.cik kiki.
:)
No comments :
Post a Comment