ini kenangan zaman kecil saya;)
owh ini dalam umur setahun, mak saya amat gemar ambik gambar macam nie, semua 4 orang anak beliau ada gambar meniarap. itulah saya, budak kecik berkepala donga, kata mak: waktu tu terkejut dengar loceng auntie cina tu yang kuat bagai.
waktu nie dalam 3, 4 tahun gitula kot. kegemaran utama melawa dan pakai lipstik. euuuu... sangat suka gambar nie. sayang bajunye mak dah bagi kat sapa ntah, kalau tak nak wat simpanan anak cucu cicit, keh3
ini dengan syafiq, adikku sayang. sekarang beliau sudah tinggi melebihi kakak sendiri. nampak tak mulut cik kiki macam kaler terang amat compare dengan si syafiq. hahaha, itu kerana i telah pakai lipstick yang tebal~ngeeh
seronok sangat dapat peluk adik walaupun ketika itu adik anda tak berapa nak faham bahasa lagi.
;)
gambar nie macam terlipat sikit, hehe boleh edit. tapi hilang la memorinya.sebenarnya kau malas tak nak mengaku. saya sebelah syafiq, yang belakang adalah sepupu, kak ayu, kak ah dan kak ilah. 2 orang telah berkahwin dan ada anak comei macam gadis pakai baju bunga pink kat depan~ngeeeh
agak seksi baju tersebut, mak sila jawab;)
nie kat umah tok nek, nenek kepada mak. ini semua keje encik pak lang(bapa saudara) yang letak orang atas bontot kereta tu, saya sudah kira-kira nak terjun. nampak tak belah kiri ada baju kurung hijau, itu mak saya nak datang menyelamat. mak memang penyelamat terbaik, selalu, sampai sekarang;)
nie pulak waktu tadika, rombongan pergi zoo taiping, tapi waktu tu tak ada la night safari. perasan tak mukka siapa paling jahat dan sombong?? yang pakai jaket dengan tshirt doraemon kat dalam. senyum pon tak nak, teruk. ok yang barisan kat bawah yg duduk tu selalu jadi mangsa keganasan perempuan berjaket tu. tapi sekarang dia sudah berubah(wah statement tak tahan). sedang improve diri dari hari demi hari, insya Allah.
p/s: kepada semua yang ada dalam gambar tu, minta maaf kerana siti nurshakirah suhaimi dah jadi shabat yang teruk kepada awak semua. wish u all the great thing dunia ilal akhirat.
suka gambar nie;) sebenarnya ada lagi satu, gambar nie tangkap sebab nak tunjukkan cik kiki yang bergigi rongak kat depan. tapi gambar yang saya senyum nampak gigi tidak bawa datang ke usm, so itulah aja.
waktu umur 4 sampai 6 tahun, saya tinggal antara rumah mak dan umah tok(nenek), saya sangat banyak gambar ketika kecil terima kasih pada bapa-bapa dan mak saudara yang amat gemar menangkap gambar. dari gambar bangun tidor, first time makan durian, bergaduh, menangis, tidor, kena demam campak pertama kali, dan macam-macam(mungkin kita akan kongsi lain kali), saya amat suka bila lihat kembali. gambar jadi kenangan indah bila kita meningkat usia. suka bila buka belog setengah orang yang buat belog khas untuk anak diorang, dari lahir~ tulis harapan, tulis impian, tulis benda-benda biasa yang budak-budak tu buat yang nanti akan jadi kenangan paling besh buat diorang.
*uh, nak wat belog la for my future he and the childrens*
hahaha, belajar pon belom habih berangan je lebey..;)
okeh, gambar kecik dah tengok... sekarang kanak-kanak tersebut telah membesar menjadi gadis umur 21 tahun yang sangat suka makan....lalalalaalala;)
'cik kiki'
nampak tak kalai sedang jeling gadis yg amat suka makan ini???
~ngeeeh
No comments :
Post a Comment