satu peristiwa berlaku hari ini.
ada sesiapa pernah ambil tanggungjawab sebagai juri atau hakim sesebuah pertandingan, "tanggungjawab yang besar" adalah nak mengadili seadilnya dan meletakkan sesuatu pada tempat yang benar. nampak mudah???
amat tidak.
tanggungjawab berat.
sebab itu kita boleh kira bilangan hakim, okeh, ambil contoh hakim kat malaysia, agak-agak kalau suka hati berjalan-jalan kat pasar malam, anda akan jumpa seorang atau dua orang hakim selang setiap gerai? mungkin akan jumpa seorang(kalau nasib baik) tapi adakah dia akan pakai satu tag nama yang besar dan mengaku "saya seorang hakim"... takkan,
saya amat kasihan pada mereka-mereka yang memanggil diri sebagai hakim tapi tidak menghakimi dengan sebaiknya. meletakkan nilai kejujuran diri di tahap yang paling bawah, maaf saya sudah cuba mencari bahasa yang paling enak. dan berfikir berkali-kali haruskah menulis di halaman ajaib milik sendiri, saya mungkin bukan baik sangat, tapi saya tidak mahu jadi seperti kamu, membuang nilai adil dan jujur hanya kerana "kamu rapat dan baik" atau "kamu pemimpin mereka". layakkah seorang pemimpin membenarkan anak buahnya menang tanpa usaha, hanya kerana kamu seorang hakim???
maaf, saya sebelum ini amat tidak ambil kisah tentang kata-kata tentang kamu dan anak buah kamu. kerana saya tak pernah mengenali secara detail, rasanya saya agak tidak layak untuk membuat justifikasi tentang kamu. hari ini saya sudah faham, rasanya amat lawak kerana tidak sangka disaat kita hendak menang kerana daya usaha sendiri, seperti kita yang takkan pernah mengambil barang yang bukan milik sendiri...
saya lihat kamu buat, itupun dengan perasaan bangga.
saya sudah ada tanggapan buruk, maaf..
saya tak suka mengaku benda yang salah,
macam kamu dan mereka buat.
mengaku benda yang bukan milik sendiri,
sukan tu seharusnya benda yang sihat,
maaf untuk cakap ini,
tapi sukan hari ni dah tercemar dengan mentaliti kotor...
jadi hakim sendiri,
letak markah sendiri,
dan sandang semua kategori,
sedih sebab "kamu dan mereka" tak dapat sebarang piala atas tiket olahraga??
jadi sebab itu kena adjust sedikit sini dan sana agar menang,
cagar nilai jujur dan adil,
untuk dapat nilai kemenangan,
walaupun "kamu dan mereka" memang tak buat apa-apa untuk itu,
terang-terang ada yang lain,
sangat-sangat jelas,
ini semua dunia,
untuk dapat dunia,
cagarkan salah dan silap,
cagarkan dosa dan pahala,
menang tapi malu, apa guna, semua orang tahu,
bohong kalau tak ada perasaan bila lihat semua orang jerit cakap "bantah dan salah"
rasanya hari ini dapat tidur lena??
sebab menang?
tidurlah*saya cakap itu dengan nada cynical
*ini cerita benar, saya adalah saya tidak berubah. cuma watak "kamu dan mereka" sentiasa berubah, dari seorang pemimpin pelajar yang hebat, sahabat yang terlalu baik(kepada kawan-kawanya), penghubung silaturrahim yang sangat hebat antara "mereka-mereka".....
dan juga hakim dan juri yang sangat ADIL dan SAKSAMA*lagi sekali saya katakan itu dengan nada cynical.
nak tahu siapadia "kamu dan mereka",
biarlah,
"kamu dan mereka" itu tak penting untuk disebutkan disini,
biarlah kita hanya belajar dari situ,
*bila dah ambil satu tanggungjawab, jalankan betul-betul*
kita semua belajar sesuatu hari ini,
terima kasih "kamu dan mereka"
kali ini saya katakan dengan *senyum
.cikkiki.
:)
No comments :
Post a Comment