Showing posts with label senarai harus buat. Show all posts
Showing posts with label senarai harus buat. Show all posts

Friday, 18 March 2011

Oh harus baca!




harus cari dan baca semua ini!
*baru baca tajuk buku-buku best begini dah mula rasa kupu-kupu dalam hati

Monday, 21 February 2011

Dua jalan,

Owh, sekarang sangat loooooooooooooser gila. Sampai aku sendiri tak tahu nak tulis apa. Rasanya banyak sungguh perkara yang aku tak buat betul-betul, there's tooo many things yang aku sia-siakan. Dan banyak perkara-perkara kesukaan aku yang aku tak buat betul-betul, tapi asyik spend doing things yang entah belum tentu aku suka benar, macam kena ambil masa untuk penuhkan rasa suka banyak-banyak dulu, kemudian baru dapat jalan laju-laju macam orang lain.

Pernah tak duduk antara dua jalan, satu jalan biasa-biasa, banyak batu kerikil tajam, selipar kamu pun tapaknya tak tebal mana, tapi kamu suka suasananya, suka sungguh. Dan kamu sanggup berjalan menuju ke jalan yang satu ini walaupun tanpa berselipar, kamu sanggup tanggung kemungkinan sesat dan hilang kerana ramai sungguh orang yang tak mengambil jalan ini. Mengingat jalan ini, kamu tak henti senyum.

... tapi jalan dua ini buat kamu duduk dan fikir, masih juga banyak kerikil sebab kerikil mungkin sudah jadi lumrah jalan. Kamu pandang belakang, dan kamu nampak ramai yang menghantar kamu ke jalan ini, tapi tangan kamu asyik pegang pintu pagar jalan dua. Kejap. Kamu juga tahu, kalau selipar kamu koyak di jalan yang dua ini, mereka-mereka akan hulurkan selipar. Walaupun ramai orang yang berjalan disini, kamu tetap takut dan runsing fikirkan adakah orang-orang yang ambil jalan ini, bertemu hujung dengan gembira.


dan itulah masalah aku, soal gembira.
dan yang mengembirakan aku, mungkin tak mengembirakan orang-orang berdekatan aku,



*ketawa dengan mulut 'O'


Friday, 11 February 2011

Cerita jalan pilihan selepas tamat semester ini





rasa tak?
bila kita sedang buat sesuatu perkara yang kita suka,
kita abaikan dunia,
kita tak kisah walau kita hanya seorang diri kat situ,
kita letak sepenuh hati,

keliru,
untuk banyak-banyak perkara yang aku pernah lakukan,
sedang belajar menilai,
mana satu hati aku terletak,
mana satu aku boleh ketawa lebar,


aku mahu buat sesuatu dengan sepenuh hati,
sampai bila waktu-waktu aku tua nanti,
aku tak perlu pandang dan lihat aku tinggalkan
hati penuh dihujung
dan aku cuma jalan kosong
tertinggal hati.



cuma cerita jalan pilihan selepas tamat semester akhir ini.
Doakan aku!
supaya aku terus jalan dalam sesuatu yang aku suka dan gembira, supaya bila satu waktu, aku pulang penat-penat dari kerja, aku masih boleh ketawa gembira walau rumah berselerak tabak, dan anak-anak menangis merengek.
supaya aku gembira,
hanya kerana baru pulang dari buat sesuatu yang aku suka dan kemudian pulang bertemu orang-orang kesukaan aku.

insyaAllah ;)


terima kasih :)




*hey, sila gembira!
bye













mungkin ada yang tertinggal,
cerita dalam koma,

Friday, 19 November 2010

Senarai perkara harus buat #1





beli buku-buku versi berkulit realiti awesome milik encik Nicholas Sparks
ATAU
cuba cari-gali segala sumber untuk free Ebook beliau

Saturday, 6 November 2010

.kamera kuning



kamera kuning yang sangat cute :)
oh, cute dan comel sungguh, rasamacamnakbuatphotonehjadiwallpaperlaptop,HAHA gila




tapi masih berpuashati dengan prestasi kamera biru ajaib..
*as usual perkataan 'tapi' telah berjaya meneutral-kan keinginan
HAHA

Saturday, 23 October 2010

.what city truly lost

when will i ever get to  experience #1?




penang adalah suburban sky rasanya.
okeh, except balik pulau yang ada anjung indah tempat tengok bintang
dan sampai sekarang belum sampai lagi,hahahh
pathetic gila (:






Monday, 23 August 2010

.misi ajaib

*gambar credit to encik google





Misi seorang kiki;
harus belajar rajin, rajin dan rajin,
untuk masa depan anak-anak yang gemilang,
untuk kegembiraan opah dan datuk mereka juga (my parent)



Jadi cik kiki, 




Sila;

[berhenti online tak tentu arah, berfacebook macam tak ada buku berfaedah lain nak baca
atau segala macam benda lagha yang diri sendiri tak hingat]


*penulis masih belum berkahwin, misi di atas adalah impian ajaib beliau terhadap diri sendiri

**sekian, salam mimpi indah


.kiki.


*comel sgt budak lam gambar tuh, pakai pulak bunga kunen.. owh bila la nak kawen n punya anak-anak sendiri... hahahaha belajar pon ko belum habih, skill suri rumah pon yang adoooo je.. berangan lebih 
**okeh-okeh, kembali berpijak di bumi nyata, hahahahaa =p



Wednesday, 21 April 2010

.q(^-^)p

lagi sikit saja lagi nak sampai.
harus pandu elok-elok!!
nah sekarang harus tukar gear usaha sungguh-sungguh...
sikit lagi kiki,
sikit lagi,
bukan nak sampai cepat,
tapi taknak juga sampai lambat,
kalau boleh nak sampai dengan perasaan yang besh,






ya, mari kita tukar gear usaha sungguh-sungguh.
q(^-^)p
usaha!!!

Sunday, 11 April 2010

.DSLR D5000

sebab suka punya pasal*tak dapat encik DSLR D5000, dapat letak gambar besar-besaran pun jadilah..




uh bestnyee camera dslr neh...
amat ingin membeli,
yeah.... simpan duit yuk!!!
;))




______________bila la diri nak bijak menabung???
sangat fail subjek financial management,hahahaha
owh maybe this my 1st step....







encik DSLR nantikan saya!!!
sila nantikan saya!!!
ngeeeh
;)










notakepadadiri: zaman minta orang belikan hadiah sudah berakhir, kalau u want something, sila usaha cik kiki!!!


yeah i will!!!*dengan muka iltizam tak boleh belah...;)

Saturday, 16 January 2010

azam 2010

selamat datang 2010... hehe, agaknya aku adalah orang yg ke berapa juta yg ucap, huhu... nie pon dah 16 januari, ui baru teringat yg hari neh besday my kakak sepupu puan jimah, almaklumla baru je kawin, so takde da nak panggil cik lagi kepada beliau...
"hepi besday to you, hepi besday to you"
semoga gumbira selalu, sayang kak jimah always... muahmuah=)


ha, tula my kak jimah sebelahnye sepupu ki, si afiqah najwa (cantik ke tidak sepupu i?? confirm la cantik...hehe)

owh okey kembali kepada matlamat penulisan, ehe lama tak menulis kat blog sendiri rasa macam pelik lak, kiranya cik ki nie seorang pengemar cuti yg bestari, start je cuti semester, semuanye pun bercuti sekali... manyak la aktiviti waktu cuti, huahauahua

em azam tahun baru masihi dan hijrah nie antaranya adalah nak blogging dengan betul2, macam my ayah cakap, nak buat apa pon buat betul2, jangan maen je...*hehe, aku memang memain je manyak, ntahla bila nak insaf...

tahun nie juga akan menyebabkan umur aku bertambah setahun lagi*walaupun aku baru je sambut besday 15/12 yg lepas.. sungguh tak aci sapa yang lahir bulan 12 kan???huh* umur pun dah nak masuk 22, takkan nak main2 lagi, kena jadi lebih series dgn hidup nie, more responsible...

  • tak boleh boros-boros dan membazir tak tentu hala...
  • jadi student dekan semester nie, score semua subjek ajaib yg aku amik semester neh..huhu
  • kuruskan badan, hahaha...
  • jadi lebih baik, lebih jaga aurat, jaga solat*taknak ada yg termiss dengan sengaja atau tidak..huhu
  • hepi hepi selalu
  • dapat g jalan2 dgn kak nini and my fren didiana...*rancangan yg telah tertunda selama beberapa lama,hahaha
  • dapat tgk bintang selalu

yang paling penting aku nak jadi anak yg solehah utk ayah dan mak, jadi kakak yg baik utk my adik2, tapit, chado n ecah, dan jadi kakak yg baik utk my kucen, potpot dan mumu...

aku ingin jadi siti nurshakirah yg hepi selalu, yang selalu nak tengok bintang tanpa takut waktu hujan, kalau hujan turun aku akan raikan hujan, bukan jadi sang pesimis yg hanya menjenguk ditingkap, berharap hujan akan berhenti......

lalalalaalalalalalalaalalalala


cewah, aku la tu konon ssedang merenung langit... *tak tahan perasan..hahaha


cik kiki