Saturday, 26 September 2009

.kuiz lagi

em tengah dok mengechek akak facebook, pastu adalah dapat invitation wat kuiz neh.. kuiz tentang tarikh lahir.. dan inilah jawapannya, aku lahir 15/12/1988(sila catatkan tarikh tersebut dalam planner anda..haha)




no.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini.
Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja.(sila pastikan mak den tak baca ayat ini..)
Anda sangat pandai dalam pelajaran (yeker? patutnya ayat sebegini, anda suka melewatkan study dan banyak main dan berseronok)
dan pengurusan perniagaan.(ni pon salah, patutnya ditulis, aku sebagai pembeli yang bijak)
Anda seorang genius(nak termuntah..),
baik hati (yeker??),
mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak(ni lagi nak termuntah hijau). Semua benda yang baik akan datang pada anda(amin, insyaAllah).
Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda.(true.. aku masih mencuba sedaya upaya)
Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. (harap aku dapat jadi macam tuh,huhu)
Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.(hmm... belum ketemu lagi,)

kiki yg suka berseronok

No comments :