Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tuesday, 2 March 2010

.fire drill'tips and tricks

alahai pak cik neh' kesian beliau


apakah perasaan tuan-tuan dan puan-puan jika sebijik loceng bebunyi pada malam hari? kringggg, kringgg and kringgg lagi.... 

aku dah lama dah tak join fire drill neh, tinggal di tingkat sembilan, ulang suara*tingkat sembilan, bukan satu tanggungjawab yg mudah. dan kaki yang dah lama berkurun tak bersenam dan nak lari semata-mata nak pecahkan rekod masa fire drill semester lepas juga bukan mudah. malah, nak habiskan masa mendengar bebelan dan omelan ketika time jam dah menjengah hari berikutnya amat membosankan.

okeh, itu cuma segala alasan je, jwapan yang paling tepat aku malas *jawapan yang membuatkan bakal-bakal mak mertua berfikir berkali-kali untuk menerima aku. 
*huh, haruskah gadis yg turun fire drill lambang menantu sejati??

sebagai antara penghuni yang telah mencapai 'tahap pengelat fire drill ' yang agak bestari, aku ingin berkongsi manual cara mengelat fire drill. *owh okeh, sebelum tu, sila PASTIkan yang itu hanya fire drill, bukan yang original atau kebakaran yang sebenarnya pulak, yela untuk mengelakkan anda tak dapat nak join lagi fire drill semester depan akibat daripada tindakan terlalu bijak anda.

1. KHABARkan berita pada jiran bilik sekalian, tanya samaada mereka nak turun ke tidak. kalau mereka jawab nak turun, hasut mereka sedaya upaya supaya jangan turun. kalau ingkar, ugut akan mandi lambat-lambat bila time mereka nak pergi kelas awal pagi. hahahaha

 owh, yang pegang senduk tuh aku'hahaha


2. pura-pura tidak mendengar sebarang bunyi disekeliling anda. kalau anda agak sukar nak berpura-pura kerana terlalu jujur, cuba pasangkan headset dengan nada konsert dan miming PERLAHAN ikut lagu, yela, kalau kuat-kuat karang, orang tahu la duduk dalam bilik.

3. tutup segala lampu-lampu dalam bilik, bergelap sebentar, jangan tutup kipas!! anda akan kepanasan, cuba DENGAR bunyi tapak kaki, kalau ada sebarang bunyi baru tutup kipas. yela karang kena saman pulak tak turun fire drill, tett


 tengok'kalau tak tutup lampu kan dah jelas


4. untuk mengelakkan kebosanan tahap melampau, ajak jiran-jiran berkampung dibilik anda, buat mini fire drill dengan memfokuskan pada gosip-gosip yang bercorak fire drill, dengar rintihan kawan-kawan, luahan hati dan jika perlu CATAT, untuk dikemukakan pada mesyuarat penghuni desasiswa.


5. PEKA pada persekitaran, contoh; tapak kaki yang sedikit, maknanya ada pihak sedang membuat pemantauan. dan jika bunyi tapak kaki yang ramai, riuh rendah, itu maknanya pelajar-pelajar yang bestari baru pulang dari menyertai fire drill. pastikan mereka dah reda baru benarkan kawan-kawan anda keluar dari bilik dengan wajah tidak bersalah.

6. JANGAN senyum dan ketawa (depan mereka yang baru pulang fire drill), pura-pura penat dan amat letih kerana tidur anda terganggu, ini untuk mengelakkan ramai lagi yang bercollaboration dengan anda, nanti semester depan kemungkinan pihak pengurusan desa dapat mengesan taktik-taktik anda.

 
okeh, tengok gambar itu takada sapa nak percaya yang anda normal,hahaha


finally, aku rasa semua orang boleh buat keputusan yang bijak. samada nak turun fire drill atau tidak. aku takkan kata; 
sila abaikan semua taktik-taktik diatas jika anda seorang penghuni desa(hostel) yg berjaya.
aku takkan,
sebab baru sebentar tadi aku berjaya mengelat satu fire drill. yesh!!

okeh, stop semua repekan merapu ini, nak hit my head back to the normal track'
papai,
.cik kiki.



p/s; taktik-taktik diatas tidak digalakkan bagi mereka yang belum berusia 18 tahun ke atas.~ngeeh