Sunday, 7 December 2014

That floating cloud.

Certainly that all clouds are floating just that this one got that strange feeling strung to it, more visible but far-flung at the same time.

#kikiandskies unedited pic taken 041214 through my kitchen window.

Tuesday, 25 November 2014

Kisah Doa Aishah

Image by joram nathanael

Semalam ada sedikit moment 'membebel' kalau bahasa positifnya aku gemar kata 'menasihati' haha. Aishah ada dirumah aku sebab cuti sekolah dah bermula kan, dan jumaat lepas aku pergi jemput dia dari sekolah asramanya. Jadi ada sesuatu perkara yang terjadi dan kemudian aku jadi geram sebenarnya, lebih kepada kecewa (tapi masih rasa sayu bila lihat muka Aishah, see tak mudah juga mahu jadi kakak yang garang begini haha)

Kisah kenapa aku 'membebel' ahem ahem 'menasihati' itu kita simpan dulu, ada masa kita sambung cerita yang itu. Jadi selepas moment itu berakhir, selepas salam minta maaf, Aishah faham dan janji insyaAllah takkkan buat lagi dan kakak minta maaf sebab 'membebel' dan terangkan kenapa kakak habiskan masa 'membebel' panjang begini.

Aku ke bilik air untuk mandi, antara rutin sebelum tidor aku, harus mandi malam, tak bagus rutin begini kata mak, tapi itulah. Dah biasa mungkin. Kemudian, wudhu untuk isya sekali, dan keluar nampak si Aishah masih ada wajah sayu (kakak masih rasa bersalah huhuhu), jadi nak redeem balik sesi 'membebel' tadi ajak la si Aishah solat jemaah sekali.

Dulu waktu si Aishah tadika, dan kakak di form six (13 tahun beza umur) selalu solat jemaah dengan Aishah, kemudian bila dah habis form six kakak kerja sekejap, sambung belajar, pindah tinggal di KL sekejap, tinggal Penang, memang jarang ada dirumah, selalu kalau balik pun solat sendiri-sendiri. Tahu-tahu si Aishah dah besar, dah 13 tahun pun.

Selalu setiap kali solat dengan si Aishah waktu dia masih di tadika dulu, selalu pesan,

"Adik, doa tau apa adik nak, adik nak mainan ka apa ka adik doa pada Allah tau, Allah selalu dengar doa kita"

Kemudian Aishah akan terkumat-kamit baca doa dia sendiri-sendiri, kakak pula baca doa kakak. Tak pernah terfikir nak tanya apa yang dia doakan waktu tu, entah, sebab aku rasa doa tu macam privasi masa kita dengan Allah, masa menangis cerita semuanya, masa ucap syukur gembira, jadi selalunya aku biar Aishah berdoa sendiri, kami salam peluk cium dan hidup macam biasa. Waktu tu aku cuma nak bagitahu dia, apapun yang kita nak, kena doa minta dekat Allah, apa sekalipun. Nanti Allah akan kirimkan doa kita melalui manusia, peristiwa atau apapun. Allah tahu.

Semalam lepas solat, jadi teringat nak tanya Aishah,

"Adik, adik ingat tak waktu tadika dulu lepas solat, kakak selalu pesan suruh adik doa apa saja yang adik mahu dengan Allah"

"Ingat"

Kemudian Aishah sambung,

"Dulu waktu tadika, adik teringin nak pakai baju gown kembang, lepastu adik doa pada Allah, ada satu hari tu mak pergi Selama (pekan yang terdekat dengan rumah aku) dan mak beli adik baju gown kembang, padahal adik tak pernah bagitahu mak pun."

MasyaAllah (hati kakak dah berambu dengan air mata dah ni). Kemudian Aishah sambung,

"Ada sekali tu, dekat tadika semua orang pegang duit sendiri, bila kawan adik sampai tadika, cikgu akan suruh depa masukkan dalam tabung sendiri. Mak takut duit adik hilang, jadi bila mak hantar, mak yang akan pegang duit dan bagi dekat Cikgu Yong (cikgu tadika). Adik teringin sangat nak pegang duit dan masukkan dalam tabung sendiri (mungkin perasaan bila letak duit dalam tabung itu kot). Kemudian adik doa pada Allah. Satu hari entah kenapa, Yang (mak saudara kami) bagi adik sepuluh ringgit, adik simpan dan esok adik bawa ke tadika dan adik dapat masukkan sendiri duit dalam tabung. Adik tak bagitahu mak, (di bahagian ini Aishah ketawa) tapi lepastu adik bagitahu mak (yang dia simpan rm10 duit pemberian Yang di tadika)"

Indah kan doa. Sekecil mana, sebiasa mana pun suatu perkara pada mata kita, doalah pada Allah. Tawakal, serah segalanya pada Allah, Allah akan tunjukkan jalan terbaik, pada masa yang paling baik :)

Wednesday, 12 November 2014

Rain and destiny

Hujan turun. 

Cepat kaki kita lari cari teduh, takut basah.
Mulanya perlahan, rasa masih jauh untuk sampai. Kita pecut laju. Lari sekuat hati.

Kita di bawah teduh, hujan pun berhenti.
Kita di bawah teduh, habis lencun baju sendiri.

@18092013


Tuesday, 11 November 2014

One wish

"If you could only make one wish, what would it be?"

"I wish to have an infinite wishes" *winking smile inserted.

"That is cheating Kiki!"

"Hahahahhaa"

-----

Monday, 10 November 2014

Eyes and times

I've always wondered, "What makes the sky beautiful?"

Is it because of the clouds (sometimes black but most of the times are white and hollow) or the ever-changing skies colours?


"What?" I keep looking into the sky while my brain is searching for the answer.


Then I realized,

"It's the eyes."

The eyes that take the time to looked at the sky and wondered. That eyes.




Pic edited and taken last Friday at JK2PP with my huhuhaha siblings ;) #chado and #ecah

posted from Bloggeroid

Tuesday, 23 September 2014

Langit jingga dan cerita yang hilang

Zaman lara (atau lagha) dah tamat. Hari ini bukak blog dengan niat mahu sambung kisah aku tulis weekend lepas, puas cari, rupanya yang aku save adalah draft kosong.

Draft kosong!


Dahlah panjang nya lahai aku taip. Maybe agaknya kisah lagha ja yang aku taip, jadi tak sesuai untuk bacaan, sebab tu hilang. Dan aku syak jugak, Apps Blogger dekat phone ada masalah, hmm okay nanti download lain, sementara tu, sila lihat gambar langit ini ;)


Langit jingga. Diedit bagi sharp a bit. Pic taken few months back, at somewhere in Kedah.






Monday, 1 September 2014

Kisah terlepas langit cantik

Song : Que Sera by Justice Crew

"At the end of the day
Some you win, some you don’t
So I’m glad that I’m here
With some friends that I know
Always there with a smile
Saying you’re not alone
Singing la la la la
Que sera"

Hari ni langit masyaAllah cantik sangat waktu on the way here from kampung but too bad aku takda rasa nak snap apa gambar tadi, aku hanya lihat dan kagum langit Allah seorang diri sambil drive dengan kadar super perlahan, take about 2 hours and half nak sampai here, sambil blend dengan earth dan segala permandangan.

Kemudian bila nak sampai sini, dengar lagu "que sera", aku macam sedar,

"Gila bodoh layan perasaan sedih. Macam teruk sangat. Macam akan selesai kalau buat muka sememeh sedih"

HAHAHAHA

Selepas gelak sepatah dua kata pada diri sendiri. Aku bangun dan mula kira perkara yang patut aku "Syukur" hari ini. Banyak, terlalu banyak, sampai sekarang pun aku masih mengira.

Jom kira sama-sama!

Tuesday, 26 August 2014

Biar

Kena berhenti untuk tahu semua, untuk cuba pegang semua perkara, sebab memang banyak perkara takkan dapat dijangkau, walau dekat. Setengahnya memang harus dibiar lepas walau sayang. Sifat terlalu bertanya ini boleh melemahkan, jadi onar marah yang sia-sia.

Diam. Bicara dalam doa.

Thursday, 21 August 2014

Something to ponder







Pagi yang manis! dekat Car Park Office dan teringat mahu share ayat ini. Tips tak nak sedih, jangan letak bahagia kita pada tangan manusia , letak bahagia kita pada Pemilik Bahagia ;)
posted from Bloggeroid

Wednesday, 20 August 2014

Masalah

Bila ada masa gembira, gelak ketawa.
Potret cepat semua rasa dalam hati, ingat cepat-cepat setiap bait hujung senyum ketawa lebar --

Masa sedang pergi. 
Jangan jadi sang cinderella yang gembira sangat, lupa masa.
Jangan biar gembira
Sampai saat kita mahu lihat semula gembira tadi, kita jadi lupa --

Dan gembira sudah jauh.
-----
Entah emo malam-malam. Hari ini ada rasa sikit sikit kurang gembira ;) Takpalah. Biasalah kan namanya hidup. Kalau cakap soal masalah ni, penuh takkan habis. Biar jelah. Tadi ada seorang sahabat whatsapp, dia sedang sedih, dah berapa hari begitu, sembang-sembang, dia taip,

"Kenapa aku takleh jadi macam hang"
"Tak sekuat hang"
"Tak pernah tunjuk ada masalah"

Aduh sahabat, aku ini menangis sama banyak dari gembira (mungkin nisbah menangis itu lagi banyak) , tapi aku tak punya orang untuk aku kongsi sedih, selalu aku nangis sendiri.
Alhamdulillah, ini blessing in disguise bagi aku, nangis seorang buat aku kuat, sebab siapa lagi nak pujuk hati sendiri kan? HAHA Kadang kala bila aku nak tergelincir jauh dari jalan Tuhan, aku jadi malu sendiri, aku cepat-cepat merangkak masuk semula, aku cuma ada Tuhan bila aku nangis. Takkan aku nak tinggal Tuhan bila aku gembira?

Thursday, 14 August 2014

Dark clouds

"Why are the rain clouds dark, when the rain is actually  colourless?"

Pic taken few months back.

;)

Hari hari yang aku biar

Alhamdulillah untuk rasa gembira ini. Alhamdulillah untuk bila ke mana pun aku pergi mesti dipenuhi dengan orang yang manis. I pray that I will selalu gembirakan orang-orang yang baik ini.

Hujung tahun lepas, so many things happened, manis dan kurang manis (masam, pahit, separuh rasa, tanpa rasa~ ) Dan semuanya buat aku belajar, buat aku kenal siapa dan kenapa. Kadang aku rasa aku ini ada macam selective blogger syndrome (syndrome rekaan sendiri), aku akan tulis perkara yang manis sahaja, aku akan tulis perkara yang tak tunjuk aku siapa (literally siapa, dan fikiran aku bagaimana) Aku suka tulis, but I dont like people to 'read' me ~ literally. Mungkin sebab aku juga suka read people HAHA

Aku ada daily journal yang sepatutnya aku tulis setiap hari, tapi itu pun aku pilih-pilih, satu kerana malas, dua, kerana ada ketika aku tak rasa mahu tulis, especially perkara sedih-sedih, again, i dont like people to read me (padahal nobody read that journal pun, HAHA cuma ada aku dan tiga sahabat di sana) Main problem aku, aku rasa, bila nak express sadness. Macam escapist yang buang sadness, biar, kemudian sambung dengan dunia gembira. Kemudian bila gembira berhenti, sendiri, diam, sambung balik fikir sadness.

Ya, gila. Aku tahu.

Kadang sebab separuh sadness tu, aku jadi malas nak tulis. Jadi aku biar. Aku ada mula menulis semula, novel bersiri (online), kemudian aku jadi hilang dalam diri sendiri. Biar. Novel entah dimana, cerita separuh jalan yang aku tulis aku biar. Percaya atau tak, masih banyak cerita dari zaman sekolah menengah, sampai sekarang tak disambung. Padahal antara impian besar aku dulu adalah nak menulis.

Ya, I care too much about people. Time to let go and move on. ;)


Oh, ingat aku ada banya draft yang tak di sambung?
Aku ada sambung semuanya di #harihariyangakubiar
Semuanya. (setengahnya aku delete, cuma ada beberapa patah kata dan setengah pula kosong tanpa isi)

So sekarang tiada draft jeruk pekasam lama lagi, semua aku dah lepas pergi ;)

Kita mula semula. 

---








Misi 362

So sekarang ada misi baru, 3 hari sudah berlalu misi ini, ada lagi 362 hari (more perhaps). Dah, bukan misi kahwin. Jangan teka ke arah itu. HAHA

Misi lebih gembira. Ya, misi lebih gembira. Nama spontan yang unik *tepuk bahu sendiri

Ok, selamat malam!

---
Tulis belog untuk tanda kalendar.

Monday, 11 August 2014

Adik-adik dan simple dinner

Baru habis dinner, bebudak dua tu lambat sangat bila ajak makan, nak mesej la, apa lah. So kakak makan dulu, dah halfway makan datang Chado join, dah tahap nak bangun basuh tangan Tapit pulak join.

Kakak yang dah habis makan, masuk bilik sambil online. Tahu-tahu Si Tapit jerit,

"Bob, oh Bob"

"Napa?" laung dari jauh

"Bro mai sini jap"

Laju-laju lari pergi dapur.

"Haa, ada apa?"

"Bro, kemas baju-baju cepat, nak end of the world dah!"

"Hah?" masih tak faham cerita. Blur.

Lepas tu dedua pakat gelak,

"Nak end of the world weh, malam ni hang masak sedap"

Dedua sambung gelak sinis.

Cis nak puji tapi unsur mengutuk tetap tak dapat di tinggalkan.

----

Okay tu je ceritanya, happy sebab selalunya memang kena kutuk je masakan kakak, kurang masin lah, terlebih manis lah, minyak banyak lah.

Malam ni kakak boleh tidur senyum lebar sikit. Masak apa? Masak apa je pun malam ni, sambal ikan, peria goreng dan ikan goreng.

Gembira itu simple je kan?
Dan kakak pun sebenarnya reti masak yang simple-simple je pun HAHA


p/s : End of the world tu silly jokes budak-budak tu sahaja, macam sarcasm for me

p/s/s : Yup, Bob or Bro to refer to me. Panggilan ciptaan Si Tapit.

Sunday, 10 August 2014

Raya

Percaya tak kalau aku cakap, ini hasil tulis-padam yang ke lima kali.

Masih bulan raya kan ;)

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
Sila gembira selalu sampai syurga insyaAllah.
Kalau masih tak jumpa gembira, cari dan kejar sampai dapat.

p/s : gambar langit senyum manis dengan matahari taken few months back.

Wednesday, 18 June 2014

You could be happy

"You could be happy, I hope you are" - snow patrol



Semua orang boleh jadi "happy" setiap hari, kalau kita belajar biar dan lepas semua pada Allah (sebenar-benar redha dan tawakal). Tanpa risau melebih-lebih. Tanpa "overthinking" macam aku. Sebab selepas "A" akan ada "B" ;) dan kalaupun kita sudah di hujung bertemu "Z", tiada huruf lagi selepas itu.

Kita mula semula dari "A".

Nampak positifkan aku? Positif bila menaip di sini, datang situasi sebenar, hancur juga langkah aku. Kucar-kacir juga hati sekeping ni.

Panjang bebelan aku, asal dari lirik snow patrol - "you could be happy" elaborasi yang sedikit berbeza. HAHA tapi memang betul, kita yang corak bahagia kita sendiri, nak duduk tersorok kat satu sudut sambil takut-takut kesat air mata atau nak terus lari sambil lihat dunia yang cantik. Kita yang pilih. Kita.

Kalau pilih nak sedih pun boleh, pilihan sendiri. Tapi bila lihat ketawa orang lain, jangan cemburu, jangan tambah sedih. Ingat. Kita yang pilih cara kita corakkan hidup kita--
Hari ini post tentang pilihan, rasanya aku dah tahu apa pilihan aku ;) Masa untuk jalan terus, lepas semua. Kalau apa yang tertinggal memang milik kita, Allah ada, Allah akan simpan dan temukan semula di jalan hadapan. Kalau memang bukan milik kita, takpa. Kita tetap ada Allah.

Pilihlah untuk "happy", bukan bermakna kita akan "happy" selalu. Mustahil. Tapi insyaAllah kita akan lebih kuat untuk hadapi perkara tak "happy" selepas ni.
Sekarang mula baru jom! Reset hati yang cengeng dan nangis kuat ni. Jadi hati dan jiwa baru, penuh dengan "happy".

Tahu tak satu perkara yang "happy" buat aku? Tulis blog usang ini, buat aku rasa "happy" ;)
Kena tulis selalu ni! InsyaAllah.

Photo taken at Monkey Beach,  Penang



p/s ; Kalau hati "happy" langit dari celah ranting pokok pun kita nampak luas dan cantik.

side note ; "happy" dan "terlalu happy" itu berbeza ya. "Happy" pun harus ikut situasi dan seadanya ;)

Tuesday, 10 June 2014

Hari ini

Hari ini, hari lepas jauh.
-- Esok, hari kosong semula.

Tuesday, 3 June 2014

Lesen

Aku selalu tahu yang aku ni macam bukan yang jenis fizikal punya orang. Senang cakap yang jenis ngelat nak pergi kelas PJ waktu sekolah dulu, so selalunya aktiviti fizikal dan sukan-sukan ini akan failed tanpa segan. HAHA. Zaman kecik, si syafiq lebih pandai naik basikal dulu dari kakak, then kemudian  basikal syafiq tu aku pakai belajar kayuh, pasal dia dah pakai basikal rally yang ada raga depan. Kakak yang memalukan kan? HAHA

Jangan tanya pasal motor, HAHA setakat rileks bawak pepetang depan laman umah tu boleh la, serius,haha aku tak pernah bawak motor atas jalan raya. So bayangkan, waktu belajar lesen dulu, memang debar gila la, berapa kali mati enjin atas jalan, dahla kat trafic light, dahla kereta bersusun kat belakang, dahla jenis gelabah abadi, rasa macam nak keluar kereta tukar dengan Mr Yap (cikgu memandu) tu, HAHA

So waktu test memandu dulu, siap buat nota atas kertas, letak dalam poket, bajet macam sempat la nak tengok nota sambil pulas stering kan? HAHA. Okay, bukit lepas. Naik terus, tekan minyak, pap, berhenti, bila encik jpj kata ok, turun. Next, parking, nota dalam poket ni, HAHA Dapat signal, terus mula, okay pusing kiri habis, reverse, kanan 2 setengah, pap, pup, pap, masuk dalam kotak, senget sikit, tapi tak terkeluar la, okay now pusing stering nak keluar parking, elok dah pusing, yang encik jpj pergi tiup wisel, terus gelabah tak tahu nak tukar gear depan ke belakang ke, dah cukup ke pusing stereng ke belum, blank. Tertekan minyak, terus encik tu suruh keluar, gagal. Sebab tayar belakang dah kena garis. Sedih kot, dah sikit je lagi nak mencapai kejayaan, HAHA. So tak boleh nak buat yang 3 pointer test, kena proceed jalanraya terus.

Tengah lelepak nak wat jalanraya, dengan kesedihan sebab tak lepas parking, budak-budak tu dok sembang macam share tips la, ada yang cakap karang senyum sikit dengan encik jpj tu, check la side mirror ke signal ke wiper ke, lampu semua tu penting. Dah sudah, aku tak tahu nak on wiper, HAHAHAHAHAHAHA. Serius tak pernah ambik tahu pun, dah gelabah balik sebab tak tahu on wiper, haha. Terus mesej si mel the saviour, tanya wiper macamana nak on, tak cukup mesej, telefon pulak. Memang tawakal nak main pusing-pusing je segala butang kat stering tu, HAHA 

Kena panggil, encik jpj tu siap berspek hitam bagai, bagi salam, muka garang je, dia hangguk, jawab dalam hati la agaknya. So dengan muka serius, aku bebelek la segala punat dekat stering tuh, pastu side mirror sebelah driver, dah sudah, macamana pulak nak adjust side mirror sebelah encik jpj tu, tarik nafas dalam-dalam cakap,

"encik, boleh tolong..." sambil tangan tunjuk ke side mirror dia, tak sempat habis cakap dia jawab, " dahhhhhhhhh, jalan."

Agaknya dia tahu aku pura-pura jadi berhemah HAHA. Jalan la dengan debar, dia nak jalan B, masuk trafic light ok, jalan lagi nak ke junction, ok, lalu depan sekolah ok, sebenarnya aku tak ingat jalan sangat, Mr yap cuma bawak meround dalam 2 kali ja macam tuh, memang tawakal dan redha je. Jalan terus, nampak padang macam ingat okay lepas padang ni kena ambil kiri, bagi signal, pap nak ke kiri. 


Pastu encik tu cakap, "awak nak bawak saya ke mana ni?", aku jawab lebih kurang "sorry encik, saya tersalah jalan" dah terus gelabah balik, bagi signal masuk kanan, terus je, rupanya ada lagi satu padang, kemudian baru kena masuk kiri. Dah sampai,  main masuk je parking. Sebab memang debar gila, hahaha.

Then dia cakap, "awak gagal" T_T

Serius sedih sangat waktu tu, kemudian mula babak merayu cakap sorry la apa lah. Agak bangang je rasa LOL

Then aku cakap, "tadi saya dah gagal encik, takkan jalanraya saya nak gagal jugak (muka sayu inserted HAHA)

Kemudian encik tu gelak, suruh aku sign form tu yang bawahnya tulis 'lulus' ujian jalan raya. Then dua minggu kemudian, pergi balik ujian kat litar (parking, jambatan dan three pointer) dan alhamdulillah lulus jugak.

YAY! 


*Just nak clear up the draft post, a lot! like 200++ draft*sigh. I got no time to finish this entry before, (more like, I was too lazy to finish it LOL) 

**Got my license on Nov last 2 years, wah so lama this post "di jerukkan" HAHA (checked, I wrote this post sometime last year only, phewww not that lama atleast)

***Okay nanti will try to update about my accidents (Please take note of the 's' there HAHA)


Bye!






Monday, 2 June 2014

Tentang 'terlalu happy'

'Terlalu happy' ini bahaya, boleh hilang tanpa sedar,
Lupa.
Pic taken last 2 weeks, no filter.

Sunday, 11 May 2014

Mak

Telefon mak pagi tadi, tak berangkat. Cuba kali kedua, masih sama. Kemudian baru teringat yang mak ada kelas mengaji pagi, sambung pergi masak (sebab dah lapar sangat HAHA), makan dan kemudian sambung online tanpa tujuan.

Bila on FB dan IG, semua orang sibuk wish "Happy Mothers Day", rasa bersalah dengan diri sendiri yang asyik buat kerja sia-sia sepanjang hari. Its a "Mothers Day" kiki. Be a good daughter. So cuba telefon mak lagi, sebab selalunya mak dah balik dari masjid.
Bunyi dering.
"Hello"
"Happy mother's day mak! (cakap dengan senafas, jenis kurang sabar)
"Oh, ahaa hari ni hari ibu, tadi dekat masjid semua orang dok pakat ucap hari ibu jugak (mak jawab secara selamba)"
"Mak tengah buat apa?"
"Nak makan bihun, baru lepas masak dekat ayah hang. Hang dah makan?"
"Dah, baru lepas. Kakak goreng pekasam hari ini. Pagi tadi syahrul belikan kakak nasi lemak"
"Hang lagi sedap ada pekasam"
"HAHA"
"Nak dengar cerita lawak tak? Kejap mak tengok ayah hang ada kat mana"
Senyap kejap.
"Ayah hang dok dekat belakang rumah HAHAHA (mak sambung gelak)
"Semalam waktu maghrib, ayah hang sembahyang kat atas rumah, mak dalam bilik sajalah spray perfume hang bagi tu. Lepas sembahyang, ayah mai tanya mak. Ada bau apa-apa tak, macam wangi. Mak cakap takda bau apa-apa. Ayah hang kata tiba-tiba bau semerbak lepas dia habis sembahyang. Seram juga tak semena-mena bila bau macam tu dia kata. HAHAHA selalu ayah hang berani sangat, semalam mak pekena dia pulak. Sampai la ni ayah hang tak tau lagi HAHA (mak gelak, gembira betul bunyinya dapat kenakan ayah)"

Gembira tu simple je kan? ;)

Selamat hari mak, mak! thank you sebab tak pernah berhenti buat kakak gembira, setiap hari. Hanya Allah tahu betapa banyak sayang kakak pada mak dan ayah. 


Tuesday, 8 April 2014

A rainbow night




Langit belakang dapur rumah selepas senja semalam, tanpa sebarang filter. Cuba tengok betul-betul, nampak ada sedikit warna pelangi kan?
posted from Bloggeroid

Thursday, 6 March 2014

Lari

Kalau lari itu dapat selesai semua, kita takkan pernah jumpa cinta, rasa selesa
Berdepan dengan rasa. Bukan lari.


Runaway cost you love. and you can never found comfort, no matter how far you run.
Face it. Do not run away.

Wednesday, 5 March 2014

Cuba sebut "tige"

Bermesej dengan Kak Nini dari topik biasa ke serius, selalu orang (yang belum kenal aku) salah faham macam aku ni sombong, sebab wajah aku yang garang dan serius ini mungkin.

Kak Nini ketawa. Kemudian dia tulis...

"Sebut 3"

"Sebut 3?"

Aku yang keliru soal semula, hampir juga ingat Kak Nini tersalah balas mesej.

"Aha"

"Tapi 'tige' tau"

Kemudian bila cuba sebut "tige" tu fahamlah aku. Hahahahahha comelnya tips ni. Kena praktis sebut "tige" selalulah.

posted from Bloggeroid

Monday, 24 February 2014

Fly with words

Nak tulis. Tapi aku sendiri tak tahu apa yang nak ditulis. Semenjak dua ini, jadi rajin pula nak tulis. Agaknya, sebab aku kurang bercakap. Nanti bila rakan bercakap jenuh, tulis pun jadi kurang.

Aku tak dapat tidur. Salah. Lebih kepada aku tak mahu tidur. Kalau aku ini, kat mana-mana pun aku boleh tidur. Tempat bukan masalah besar, mata mengantuk atau tidak sahaja, HAHA Rasa tak mengantuk malam ini. Rasa debar untuk esok, Kamus Oxford Advance Learner siap jadi teman tidur sudah berapa malam. Macamlah tidur sebelah kamus, aku jadi hafal jargon english semua.

Ah, aku peduli apa.

Sekarang aku taknak fikir dah jauh-jauh. Entah yang jauh itu punya aku atau tidak. Sekarang kita ambil peluang yang ada disini, hari ini. Buat sehabis baik apa jua yang kita buat. Jangan berhenti pada yang tak tahu, tak pasti.

Nak sambung baca sedikit.
Selamat isnin!

posted from Bloggeroid

Friday, 21 February 2014

Aishah

Aishah sekarang dah duduk di hostel. Tingkatan satu. Ya, dah besar bagi setengah orang, tapi Aishah semua orang rasa macam budak lagi, di rumah masih panggil adik. Kadang mandi pun masih harus disuruh, diri sendiri belum pandai nak urus lagi. Masih juga perlu perhatikan sekali sekala. Aishah ni manja lain sikit.

Aishah di sekolah lain, di sekolah dia minat bercakap, garang dan berani ke depan masuk apa-apa aktiviti. Yang garang tu aku tahu, sebab aku selalu selongkar beg dia, kadang tak perlu selongkar pun. Barang dia memang letaknya merata-rata. Ada buku nota pengawas dia, habis ditulisnya nama kawan-kawan kelas dia, HAHA ala lupa nak snap photo. Nanti kalau balik rumah aku cuba selongkar balik.

Buku tu ada colum "tarikh, nama, kelas dan kesalahan". Antara jenis kesalahan.
1. Tak pakai stokin -HAHA
2. Bergaduh
3. Buat bising
4. Makan berjalan
5. Melawan pengawas -melawan si ecah la siapa lagi. HAHA

Habis la nama kawan-kawan dia semua kena tulis. Yang geng perempuan pun kena, tak kira lah selalu pergi PD (Perpustakaan Desa) sekali ke apa ke. Undang-undang tetap undang-undang. Haha. Dia serius sikit bab peraturan, kalau cikgu suruh macam tu, macam tu lah.


Hari pertama hantar dia ke hostel hari tu, waktu pagi Aishah sihat je. Walaupun malam sebelum ada la menangis sikit-sikit, katanya pening. Fahamlah pening sikit tapi debar lebih kan ;)

Yalah, tempat jauh dari makayah. Bila menginjak petang, sebelum kami nak balik. Dia tak sihat. Memang menangis je, orang semua pandang Si Aishah, macam menangis kena paksa duduk hostel HAHA

Mak dah risau, dua tiga kali ulang alik turun beli makan la beli ubat la, kejap beli ubat lain la. Sebab Aishah cakap pening kan. Asyik menangis. Kakak dalam hati memang dah menangis dah HAHA. Mak siap tolong basuhkan baju dia pakai hari tu, HAHA. Semua orang dah balik pun. Bila mak takda, dua tiga kali jugak aku tanya Si Aishah

"Adik nak balik ke? Betul ke adik nak duduk sini? Kalau adik taknak biar kakak cakap kat ayah"

Ayah marah bila aku ni lembut hati sangat. Kena tegas, bukan kita paksa dia masuk hostel. Aishah yang nak. Kita kena bagi semangat. Ini aku, bagi semangat ajak balik terus. Kalau anak aku sendiri entah macamana kata ayah. HAHA

Kemudian ada la kakak-kakak senior yang baik, minta mereka tolong tengokkan Aishah. Berat hati betul nak tinggal, sebab orang yang kita tinggal sedang nangis kan. Hmm

Dalam kereta semua orang senyap. Ayah pun cakap, berat hati tengok adik nangis. Mak memang sayu je, yela si Aishah kan geng tonton drama dengan mak. Sunyilah kan.

Oh, ini cerita sampingan.

Waktu kami kecil dulu, Aishah belum ada. Ayah kerja jauh, kadang balik seminggu sekali, kadang dua minggu sekali. Ikut keadaan, ikut ada duit lebih ke tak. Kalau isnin ayah nak balik kerja semula, lepas salam ayah. Ayah tak suka kami "bye bye" kat dia. Lepas salam ayah, ayah pergi. Selalunya sebelum bas datang ayah dah keluar.

Aku pun tak tahu kenapa, kemudian satu hari Si Syahrul, adik aku tunggu bawah rumah dan "bye bye" ayah time ayah naik bas. Rupanya, mak bagitahu (aku darjah lima atau enam waktu tu), ayah asyik teringat je "bye bye" Si Syahrul tu. Bila kita "bye bye" kan macam sedih, macam selamat tinggal. T_T Apalah ayah rasa hidup bertahun begitu kan?

Okey sambung balik kisah Aishah, lepas hantar makayah balik, aku bertolak ke KL. (Remember? Kan era hidup aku yang kucar kacir waktu tu HAHA) Setiap hari telefon mak, tanya adik ada call tak. Mak cakap takada. Aku yang dari risau tukar geram. Mak dah telefon sekolah, katanya Aishah okay. Alhamdulillah.

Hujung minggu tu bila aku balik kampung, ajak makayah dan tok pergi tengok Si Aishah. Sihat walafiat je beliau. Yang mak ni risau tak usah cakap la, pergi Pekan Hari (Pasar Minggu setiap jumaat), mak lalu depan gerai nasi ayam yang Aishah suka makan pun teringatkan adik.

Sampai hostel, semua marah aku bila aku tegur kenapalah adik buat perangai tak call, senyap diam macam ni. Aishah tak menjawab pun.

Kemudian, kali pertama balik, bila sampai hostel (Kak Nini tolong hantarkan sebab satu arah) masih juga buat perangai diam tak call, banyak kerja tak sempat katanya. Lima minit je call makayah. Dua hari sekali, tiga hari sekali apa salahnya.

Kali kedua Aishah balik, waktu di rumah aku dah call bagitahu, jangan bagi makayah susah hati hal kita. Berkat kita ada kat makayah, takkan nak buat perangai macam ni. Perangai yang kita biar, jadi tabiat sampai bila-bila. Kita nak pergi jauh lagi, biar berkat makayah ada dengan kita.

Mak cakap Si Aishah menangis sambil cakap dengan aku. Kakak yang garang kan. HAHA. Dan pastilah aku kena marah dengan mak.HAHA

Dan ahad lepas, Aishah call.

"Kakak, adik dah sampai ni, ayah hantar tadi"


Alhamdulillah, dah besar adik kakak. *terharu. ;)
posted from Bloggeroid

Thursday, 20 February 2014

Bulan hilang

Pada suatu malam, bulan hilang. Malam gelap. Langit menangis mencari.


Once upon a night, moon went missing. Sky left crying.

On separated hearts

If hearts went separated, do not blame distance but you.

Bila hati semakin jauh, jarak juga yang disalahkan orang.

Tuesday, 18 February 2014

Cerita jumaat yang manis

Ada hari kita tak rasa nak ketawa langsung kan? Lupa cara ketawa.

Lemah kan kita?
Lemah sangat.
Ingat dengan ketawa gembira hati jadi kuat, sedangkan air mata lebih mampu basuh hati, jadi kuat, jadi cantik insyaAllah

Kalau ketawa buat kita jauh, biarlah ketawa pergi,
Kalau senyum lengkung sikit begini buat kita sedar diri,
Beginilah sahaja.

Nak jadi optimist rupanya susah juga. Benarlah sabar itu sebahagian iman, kena cuba lebih kuat, kuat dan kuat.

Dan jangan give up. Jangan give up. Sebab tak give up (hampir nak give up juga sebenarnya) hari jumaat lepas waktu ambil Tok dari Hospital Kulim. Selepas rasa kucar-kacir yang bercampur, dapat rasa happy semula.

Jumaat lepas adalah hari jumaat yang paling manis, satu, tok dah sihat, dua, aku di beri apa yang aku mahu dan perlu.

Ingat tak entri sebelum? Ketika aku harus pilih mahu atau perlu. Aku lepaskan, aku pilih perlu. Tanpa sebarang harapan lagi. Aku lepaskan, harap Allah tunjukkan apa yang terbaik menurut Dia. Sebab aku lemah atas rasa sendiri.

Sesuatu bidang yang aku rasa, bukan untukku. Yang aku hampir lepaskan. Sebab aku rasa tak pandai di bidang ini. Rupanya di mudahkan Allah. Rupanya hati aku pun sebenarnya suka bidang ini. Tapi aku yang lemah tak tahu.

Hari jumaat lepas, aku dapat kedua-duanya sekali "mahu" dan "perlu".

Serahlah hati kita pada Allah. Sesungguhnya hati kita bukan milik kita. Jangan buat keputusan sendiri. Kita lemah.

Surah al-Baqarah ayat 216 :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".

Kemudian, waktu dalam perjalanan hantar Tok balik, ada pelangi cantik. Ainul pertama kali kenal apa itu pelangi.

"Apa tu along?"

Bila along sibuk-sibuk suruh dia tengok,

"Cantik, ada warna kuning"

Ainul dalam pelat budak tiga tahun. Mungkin warna kuning saja nampak di mata Ainul, atau dia belum tahu warna yang lagi enam. Along tumpang rasa teruja lihat pelangi, dah lama tak lihat pelangi.

Lepas maghrib, waktu nak balik Penang semula, bulan penuh.

Main "wa, wa, wa bulan" dengan si Ayuni dan Ainul sambil tunjuk bulan penuh dari tingkap kereta.

Ainul tanya mama dia, mak cik aku.

"Mama, bulan tu nak pergi mana mama?"

Oh rupanya dia rasa pelik sebab bulan penuh yang nampak dari tingkap kereta seolah bergerak sama. Seolah sedang berjalan laju juga.

Kami semua cuma gelak dengar soalan manis Ainul. Mama terangkan yang kereta abah yang sedang gerak laju, bulan masih di langit.

Bulan tak pergi mana Ainul. Bulan ikut kita. Bulan masih ada. Kalau kita ambil masa sedikit untuk pandang langit malam. Bulan masih ada.

Bulan macam rasa gembira. Kita kena usaha, ambil masa untuk pandang langit.

Dan untuk yang serabut, kucar-kacir macam aku sebelum ini. Kita sama-sama baca Surah Insyirah, khasiatnya boleh legakan hati, tenangkan hati dan dimudahkan. Kita sama-sama lihat maksudnya juga.

Surah Al-Insyirah ayat 5-6;

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan (5) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan (6)"

Susah hati macam mana pun, kita sabar sesama jom. Allah ada dengan kita selalu. Allah ada. Senyum sikit jom.

*Maaf kalau ada tersalah di mana-mana. Satu perkongsian kisah aku sendiri, sebab aku pun masih harus belajar banyak ;)
posted from Bloggeroid

Monday, 3 February 2014

Bulan senyum

Malam ini tak sempat jengah, tapi semalam nampak bulan, halus. Bukan bulan penuh.

Dari jauh nampak bagai huruf "C" tapi halus sungguh.

Jauh dan halus (hampir tiada).

Bunyinya sedihkan?

Hampir juga rasa sedih. Hampir.

Kemudian bila lihat semula.

Oh! Bulan tu sedang senyum rupanya.


posted from Bloggeroid

Thursday, 30 January 2014

On life

" Has it ever struck you that life is all memory, except for the one present moment that goes by you so quick you hardly catch it going?"

The Milk Train Doesn’t Stop Here Anymore by Tennessee Williams

posted from Bloggeroid

Saturday, 25 January 2014

Tears

"This is dunya. Dunya. Not a place of ease. Only glitter.
The place where you have to feel cold and hungry.
The place where you have to worry and feel scared.
The place where it gets cold.
So cold, sometimes.
The place where you have to leave the people you love.
Where you can’t get attached, because even if you do, it doesn’t make it stay, it just makes it hurt when it doesn’t.
The place where happiness and sadness are only players, waiting for their next line in a play…
Competing for their place on stage.
The place where gravity makes you fall, and frailty makes you bleed.
The place where sadness exists, because it must.
And tears fall to remind you of a place where they don’t.
Where they just don’t." 

-Yasmin Mogahed



Source: Tumblr

posted from Bloggeroid

Friday, 24 January 2014

Pintu tren

Dalam tren, berhenti satu stesen. Ada dua mak cik nak masuk,

Waktu pintu tren nak terbuka, salah seorang mak cik tu sebut,

"Yat insun mata aji semat insing"
(Macam dalam cerita ali baba P.Ramlee)

Lepas tu mak cik berdua tu ketawa.

Aku pun tumpang ketawa sekali. Comel HAHA

-------
Sekarang nak dokumen-kan moment yang manis setiap hari. Apa moment manis korang hari ni?

posted from Bloggeroid

Kisah gembira semalam

Semalam naik teksi, seorang pak cik tua. Orangnya ramah dan intuisi aku waktu tu rasa macam ini insyaAllah orang baik-baik, jadi aku layan bersembang, tukar cerita.

Katanya dia dahulu driver lori selama 17 tahun. Baru sahaja mula bawa teksi 4 tahun lepas.

"Auntie ada sakit kencing manis. Uncle jual uncle punya lori kasi ubat sama dia"

Waktu tu rasa terharu campur gembira. Terharu untuk uncle tu yang cakapnya lagak biasa. Senyum, kemudian pandang luar tingkap teksi, nampak bintang.

Cinta memang ada setiap hari. Cinta memang ada untuk setiap orang.
posted from Bloggeroid

Saturday, 11 January 2014

Monolog cengeng

Bila aku telefon ayah nangis-nangis (cengeng)

Ayah cuma cakap,

"Jangan putus asa! Jangan putus asa! Tengok ayah dah tua macam ni, semua ayah dah rasa sekalipun ayah tak pernah putus asa"

Aku tak tahu kenapa aku cengeng begini. Sebab dekat sangat dengan keluarga mungkin, kalau dulu aku duduk jauh, aku rasa semangat penuh. Mati-mati aku fight, apa jadi aku hadap seorang. Aku malah gelak pada masalah yang datang, tak pernah aku serabut fikir masalah bagitahu mak, bagitahu ayah.

Entah, kenapa jadi lemah semangat begini ya shakirah? Kalau nak salahkan usia yang menginjak 26 tahun ini, konflik wanita fasa pre 30-an? Haha. Hormon? Aku dari dulu selalu rasa merepek ja hormon, maksud aku, macam kau mood breakdown, maki orang kemudian salahkan hormon, salahkan pms-- macam rasa marah maki orang tu boleh hilang bila kau bagitahu sebenarnya pms. Selindung la sebalik pms dan hormon selagi daya. Nak marah orang, marah dengan berani ok. So boleh cross segala pms hormon dari option ni. Bukan juga fasa pre 30 an tu, sebab aku masih rasa 17 tahun sahaja. HAHA

Aku down sebab aku down. HAHA. Tak. Conflict hati dan otak aku. Between what I want and what I need. Sebenarnya mimpi (read : impian) aku kecik je. Kecik kalau banding dengan impian mainstream orang tapi besar kalau setakat otak dan hati aku.

Kadang aku rasa aku ni pelik. Atau boleh panggil psycho (not real mental punya psycho HAHA) Orang susah nak dapat apa yang aku dapat, aku dapat tapi aku let go. Aku dapat, tapi aku decline sebab alasan cengeng. Kemudian aku asyik harap nak dapat apa yang aku nak, sedangkan sekarang aku hanya sipi-sipi lagi nak tergelincir. Ok, boleh panggil aku degil jugak.

Oh korang tahu ada dua degil? Satu, degil yang bijak and firm. Dua, degil yang bodoh and bodoh. So aku yang kedua. Sila jangan jadi macam aku. Jadilah si degil yang bijak, tahu sebanyak mana harus degil, sebanyak mana boleh lawan.

Aku dah banyak fikir. Give myself another 5 days untuk pilih want atau need. Dan aku sendiri tak tahu kenapa aku rajin sangat nak blog time otak serabut begini. I guess, I need doa daripada semua orang.

Please doakan aku untuk tahu apa yang terbaik. Minta Allah tunjuk apa yang baik dan sesuai untuk aku.


Thank you semua orang yang manis!
posted from Bloggeroid

Tuesday, 7 January 2014

Selamat 7 hari di tahun baru

Hari selepas satu januari, I whasapp M, my friend, wish her,

"Happy new year M! Lets forget all the bad things, may it all transform into good things this year"

Out of sadness, out of sadness.

Then I realized, yang nothing's was bad last year. Nothing.

Takda apa yang perlu di lupakan. Semuanya indah dalam caranya.

Masa menangis sebelum ini buat kita hargai rasa gembira sekarang. And, if ever happen that rasa gembira ini pergi, aku tahu yang aku akan bangun kejar dengan berani.

Thank you 2013.

Hi 2014! Nama saya shakirah. Hehe

Oh jangan tanya resolution lagi, masih ada satu perkara yang serabaikan otak aku.

Sampai March. Ok bulan March kita buat entri resolution. Sekarang kita sambung fikir.
posted from Bloggeroid