Tuesday, 18 February 2014

Cerita jumaat yang manis

Ada hari kita tak rasa nak ketawa langsung kan? Lupa cara ketawa.

Lemah kan kita?
Lemah sangat.
Ingat dengan ketawa gembira hati jadi kuat, sedangkan air mata lebih mampu basuh hati, jadi kuat, jadi cantik insyaAllah

Kalau ketawa buat kita jauh, biarlah ketawa pergi,
Kalau senyum lengkung sikit begini buat kita sedar diri,
Beginilah sahaja.

Nak jadi optimist rupanya susah juga. Benarlah sabar itu sebahagian iman, kena cuba lebih kuat, kuat dan kuat.

Dan jangan give up. Jangan give up. Sebab tak give up (hampir nak give up juga sebenarnya) hari jumaat lepas waktu ambil Tok dari Hospital Kulim. Selepas rasa kucar-kacir yang bercampur, dapat rasa happy semula.

Jumaat lepas adalah hari jumaat yang paling manis, satu, tok dah sihat, dua, aku di beri apa yang aku mahu dan perlu.

Ingat tak entri sebelum? Ketika aku harus pilih mahu atau perlu. Aku lepaskan, aku pilih perlu. Tanpa sebarang harapan lagi. Aku lepaskan, harap Allah tunjukkan apa yang terbaik menurut Dia. Sebab aku lemah atas rasa sendiri.

Sesuatu bidang yang aku rasa, bukan untukku. Yang aku hampir lepaskan. Sebab aku rasa tak pandai di bidang ini. Rupanya di mudahkan Allah. Rupanya hati aku pun sebenarnya suka bidang ini. Tapi aku yang lemah tak tahu.

Hari jumaat lepas, aku dapat kedua-duanya sekali "mahu" dan "perlu".

Serahlah hati kita pada Allah. Sesungguhnya hati kita bukan milik kita. Jangan buat keputusan sendiri. Kita lemah.

Surah al-Baqarah ayat 216 :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".

Kemudian, waktu dalam perjalanan hantar Tok balik, ada pelangi cantik. Ainul pertama kali kenal apa itu pelangi.

"Apa tu along?"

Bila along sibuk-sibuk suruh dia tengok,

"Cantik, ada warna kuning"

Ainul dalam pelat budak tiga tahun. Mungkin warna kuning saja nampak di mata Ainul, atau dia belum tahu warna yang lagi enam. Along tumpang rasa teruja lihat pelangi, dah lama tak lihat pelangi.

Lepas maghrib, waktu nak balik Penang semula, bulan penuh.

Main "wa, wa, wa bulan" dengan si Ayuni dan Ainul sambil tunjuk bulan penuh dari tingkap kereta.

Ainul tanya mama dia, mak cik aku.

"Mama, bulan tu nak pergi mana mama?"

Oh rupanya dia rasa pelik sebab bulan penuh yang nampak dari tingkap kereta seolah bergerak sama. Seolah sedang berjalan laju juga.

Kami semua cuma gelak dengar soalan manis Ainul. Mama terangkan yang kereta abah yang sedang gerak laju, bulan masih di langit.

Bulan tak pergi mana Ainul. Bulan ikut kita. Bulan masih ada. Kalau kita ambil masa sedikit untuk pandang langit malam. Bulan masih ada.

Bulan macam rasa gembira. Kita kena usaha, ambil masa untuk pandang langit.

Dan untuk yang serabut, kucar-kacir macam aku sebelum ini. Kita sama-sama baca Surah Insyirah, khasiatnya boleh legakan hati, tenangkan hati dan dimudahkan. Kita sama-sama lihat maksudnya juga.

Surah Al-Insyirah ayat 5-6;

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan (5) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan (6)"

Susah hati macam mana pun, kita sabar sesama jom. Allah ada dengan kita selalu. Allah ada. Senyum sikit jom.

*Maaf kalau ada tersalah di mana-mana. Satu perkongsian kisah aku sendiri, sebab aku pun masih harus belajar banyak ;)
posted from Bloggeroid

2 comments :

sya rossa said...

waa, xsangka k.kiki aktif blogging lagi. ingat sya je haha. good luck k.kiki. Allah knows what's good for you :)

kiki said...

Kak iki sayang nk tgl blog, boleh jugak bebel sikit2 skali skala haha. Good luck sha jugak! Allah tahu yg terbaik utk kita, continue fighting n be happy!