Friday, 24 January 2014

Kisah gembira semalam

Semalam naik teksi, seorang pak cik tua. Orangnya ramah dan intuisi aku waktu tu rasa macam ini insyaAllah orang baik-baik, jadi aku layan bersembang, tukar cerita.

Katanya dia dahulu driver lori selama 17 tahun. Baru sahaja mula bawa teksi 4 tahun lepas.

"Auntie ada sakit kencing manis. Uncle jual uncle punya lori kasi ubat sama dia"

Waktu tu rasa terharu campur gembira. Terharu untuk uncle tu yang cakapnya lagak biasa. Senyum, kemudian pandang luar tingkap teksi, nampak bintang.

Cinta memang ada setiap hari. Cinta memang ada untuk setiap orang.
posted from Bloggeroid

No comments :