Baru habis dinner, bebudak dua tu lambat sangat bila ajak makan, nak mesej la, apa lah. So kakak makan dulu, dah halfway makan datang Chado join, dah tahap nak bangun basuh tangan Tapit pulak join.
Kakak yang dah habis makan, masuk bilik sambil online. Tahu-tahu Si Tapit jerit,
"Bob, oh Bob"
"Napa?" laung dari jauh
"Bro mai sini jap"
Laju-laju lari pergi dapur.
"Haa, ada apa?"
"Bro, kemas baju-baju cepat, nak end of the world dah!"
"Hah?" masih tak faham cerita. Blur.
Lepas tu dedua pakat gelak,
"Nak end of the world weh, malam ni hang masak sedap"
Dedua sambung gelak sinis.
Cis nak puji tapi unsur mengutuk tetap tak dapat di tinggalkan.
----
Okay tu je ceritanya, happy sebab selalunya memang kena kutuk je masakan kakak, kurang masin lah, terlebih manis lah, minyak banyak lah.
Malam ni kakak boleh tidur senyum lebar sikit. Masak apa? Masak apa je pun malam ni, sambal ikan, peria goreng dan ikan goreng.
Gembira itu simple je kan?
Dan kakak pun sebenarnya reti masak yang simple-simple je pun HAHA
p/s : End of the world tu silly jokes budak-budak tu sahaja, macam sarcasm for me
p/s/s : Yup, Bob or Bro to refer to me. Panggilan ciptaan Si Tapit.
No comments :
Post a Comment