Bila ada masa gembira, gelak ketawa.
Potret cepat semua rasa dalam hati, ingat cepat-cepat setiap bait hujung senyum ketawa lebar --
Masa sedang pergi.
Jangan jadi sang cinderella yang gembira sangat, lupa masa.
Jangan biar gembira
Sampai saat kita mahu lihat semula gembira tadi, kita jadi lupa --
Dan gembira sudah jauh.
-----
Entah emo malam-malam. Hari ini ada rasa sikit sikit kurang gembira ;) Takpalah. Biasalah kan namanya hidup. Kalau cakap soal masalah ni, penuh takkan habis. Biar jelah. Tadi ada seorang sahabat whatsapp, dia sedang sedih, dah berapa hari begitu, sembang-sembang, dia taip,
"Kenapa aku takleh jadi macam hang"
"Tak sekuat hang"
"Tak pernah tunjuk ada masalah"
Aduh sahabat, aku ini menangis sama banyak dari gembira (mungkin nisbah menangis itu lagi banyak) , tapi aku tak punya orang untuk aku kongsi sedih, selalu aku nangis sendiri.
Alhamdulillah, ini blessing in disguise bagi aku, nangis seorang buat aku kuat, sebab siapa lagi nak pujuk hati sendiri kan? HAHA Kadang kala bila aku nak tergelincir jauh dari jalan Tuhan, aku jadi malu sendiri, aku cepat-cepat merangkak masuk semula, aku cuma ada Tuhan bila aku nangis. Takkan aku nak tinggal Tuhan bila aku gembira?
No comments :
Post a Comment