Wednesday 30 March 2011

Senyum bila hujan,



waktu spm dulu, sebab result bukanlah boleh dibanggakan sangat, heeee. tapi Alhamdulillah sambung belajar dekat tingkatan enam, dan bila pertengahan tingkatan enam randah, ingat macam, 

''oh okeh, ingat nak sambung diploma sahaja''

cakap dengan mak dan ayah, sebab makayah jenis percaya pada anak sulung mereka, jadi what ever it is, mereka percaya. jadi waktu tu, sekolah memang jarang pergi, malah exam akhir tahun juga tak ambil, cuma kadang-kadang rajin pergi sekolah sebab nak sembang serba sedikit dengan kawan-kawan (alasan childish, yuck!). yalah, waktu tuh perasan yang pelajar tingkatan enam ini macam super senior yang sangat 'terror'.

jadi persediaan untuk ambil diploma itu diteruskan, hahaha. malah semua kawan-kawan kat sekolah tahu, even cikgu pun tahu, sampai kadang-kadang bila datang ke kelas atau tak, cikgu ann*cikgu kelas waktu tu sangat tak kisah..

malah, siap buat janji dengan munir (sepupu), kalau hujung minggu time belajar diploma nanti, kalau nak balik rumah, minta dia tunggu dekat Ipoh, sebab tak tahu nak naik bas apa dan sangat takut nak balikssendiri, dan bila bincang soal nak sambung belajar diploma ini dengan sepupu-sepupu, munir akan cakap,
 
" takpa, ang jangan risau, aku tunggu hang pastu kita balik sekali''


waktu tu intake diploma yang hujung tahun, yang bulan 12. belumlah sempat beli barang-barang lain, cuma surat tawaran dah sampai, dan tak silap perlu hantar samada terima atau tidak. waktu tuh, terus susah hati, macam nak teruskan misi diploma atau tinggal je dekat tingkatan enam. yalah, waktu tu, ramai orang yang ada stigmatism pada tingkatan enam.
waktu tu, kiki bukannya 'look down' pada tingkatan enam, tapi untuk buat stpm harus ada sifat rajin, dan yes, kiki bukan serajin tuh, kalau membaca itu minat sejak azali tapi kalau nak buat latih tubi banyak-banyak tuh memang taklah, dan memang takkan buat, dahlah pemalas, tak takut lansung ;p 

dulu ada subjek pengajian am (subjek wajib lulus), dan cikgu suruh semua orang buat atleast dua karangan per week, dekat dah beberapa minggu (waktu ni enam rendah) cikgu tiba-tiba buat spot chek karangan mengejut, semua orang kena tunjuk karangan masing-masing, tak ker pengsan? sebab i punya karangan ada 1 karangan tambah setengah jee, dan bonus point, sekali buku-buku tu ada kat rumah, tertinggal, bila cikgu pusing sekelas dan sampai belakang, apa lagi sebab gabra selongkar beg dan laci meja cari buku tulis pengajian am, pastu cikgu cakap (still ingat sampai sekarang)

"tak payahlah kamu dok cari buku tu shakirah, saya tahu kamu tak buat pun"

the best part, cikgu tu tak kisah pun (take note, itu cikgu disiplin) hahaha .. seee i told you, budak tingkatan enam memang 'terror'

tapi, waktu nak pergi hantar surat terima tawaran diploma tuh, terfikir balik, patut ke pergi? atau just stay sini, sebab i know i can do it, cuma perlu tambah sikit je kerajinan...

buat istikarah dua kali, minta Allah tunjukkan apa yang patut dipilih, dan entah napa bangun pagi waktu cuti sekolah hujung tahun (bulan 12)  rasa, 

okeh, nak teruskan tingkatan enam ini sampai STPM,

bangun pagi bagitahu dekat mak, pastu dengan bangun tidor mamai kalut-kalut cari nombor cikgu aan (guru kelas enam rendah), sebab takut dah kena potong nama dari sekolah, yelah sebulan sebelum cuti memang tak pergi sekolah, sebelum tu pun memang suka hati je pergi bila rasa nak pergi, dengan periksa akhir tahun semua tak ambil.. memang patut la kalau sekolah nak potong nama pun kan? hahahaha ingat lagi cikgu aan cakap,

"eh kamu shakirah, bukan kamu nak pergi sambung belajar?"


dan nasib baik, cikgu aan cakap boleh datang je enam atas tahun depan, kemudian sibuk pulak telepon cikgu yang jadi ketua badan pengawas sekolah, boleh lagi ker jadi pengawas, sebab tak tahu nak mula tahun depan harus pakai baju putih biasa atau pakai baju oren. dan cikgu cakap, yea, kamu masih pengawas (padahal telah berjaya ponteng dengan cemerlang waktu enam bawah, hahaha)


dan yes, maybe 'balasan' hari pertama persekolah enam atas, hanya kiki sorang pakai baju oren, sedangkan mak cik dan pak cik pengawas tingkatan enam atas lain gembira dengan baju putih... hahaha


itu semua memori, memori tentang betapa teruknya otak kiki nak buat keputusan. dan mungkin betapa pemalasnya otak kiki juga ;p hahaha



kemudian, bila ditingkatan enam atas, tiba-tiba kiki rasa macam teringin nak baca buku-buku sastera yang aida baca, sedangkan kiki aliran lain. jadi kiki turut beli buku 'sulalatus salatin' yang jadi buku wajib dia dengan alasan, ini buku bagus pasal sejarah melayu, apa salah beli.  (alasan pencinta sejarah tuh,*mata ke atas tangan ke bahu, hahahaa)


STPM cuma ada 4 subjek wajib, waktu tu terfikir untuk ambik sastera melayu sebagai subjek sampingan dan belajar sendiri. yeah, kiki memang jenis optimist selalu walaupun waktu enam rendah kehadiran ke sekolah boleh kira dengan jari, hahahhaa.


jumpa dengan cikgu yang uruskan daftar peperiksaan dan cakap mahu tambah subjek, dia cakap fikir betul-betul, sebab apa yang kiki sudah ambil pun sangat berat. kemudian minggu selepasnya, kiki datang dan cakap, mungkin tak jadi kot mahu tambah subjek, dan selepas berfikir dan baca buku-buku pusaka encik sepupu, si munir, rasa macam nak tambah juga subjek sastera. cikgu cakap, fikir dan nanti sebelum pukul12 jumaat depan datang jumpa saya, dan kiki datang, dan yes kiki tambah dan belajar sendiri walaupun tanpa sebrang basic dalam sastera...


dan alhamdulillah, kiki tak menyesal kerana tambah, dan alhamdulillah, kiki capai banyak dalam setahun tuh, dari pelajar kurang kesukaan cikgu, kepada pelajar yang cikgu boleh senyum bangga...walaupun sedikit, malah kiki juga membuktikan pelajar pemalas pergi sekolah juga ada potensi selagi kita usaha (ayat nak makan penampar, hahahaa)


dan hari ini, mungkin juga seminggu dua ini, kiki banyak berfikir, rutinnya sama dengan cerita memori kiki dulu, tapi cara kiki berfikir harus berbeza, cara kiki lihat kiki dalam cerita juga berbeza. ini bukan zaman fikiran umur 18 tahun, selepas kiki melalui semua itu, kiki harus lihat segalanya dengan berbeza. pengalaman harus jadi sandaran untuk kita menilai dan melihat, dan kita tak harus menilai dengan nampak kita sebagai fokus utama, harus juga belajar menilai melihat tentang orang lain, orang yang kita sayang....


dan rasanya,
                   kiki dengar suara gembira aishah di dalamnya...



dan kalau untuk Aishah, insyaAllah, kiki cuba...


doakan!


*sila gembira,


assalamualaikum


**aishah adalah adik yang ajaib ;)

3 comments :

Najiro said...

actually raining always by my side

Cik Hawa said...

Kiki budak tingkatan enam yang terrer..buat tajuk entri camni bley tak???hehe tahniah skali lagi kepada anda..

nota jari : Aishah bertuah kerana ada kakak yang bertuah..(^^,)

Kiki said...

najiro: good, haha... skarang senyum in each rainy days ;)

hawa: hawa, kiki prefer 'terror' which means scary and horror.. hahahahha ;)

kiki yg bertuah sbb ada sorg adik pompuan lg, if not my life'll be soo boring ;)