Wednesday, 23 June 2010

.untuk cik-cik perfume ajaib :)


Tiada entry baru sebab aku beberapa hari lepas adalah busuk dan masam,heeee~





*entry tanpa gambar*




Untuk mereka yang ada ketika momen sangat berbau ini :)
List ini bukan dalam kronology,
Melissa edward
Kalaivani kalimuthu         
Nurul diana
Aida haryati



Kalai,         
Thank sebab terus call balik walau aku cuma miss call, terus dengar dan dengar ketika aku sedang cakap tentang kesilapan bongek. Untuk marah-marah sebab aku cakap sorry and minta maaf dekat hang,dan cakap antara kita tak perlu ada sori mori. Thanks untuk cakap “i miss u like crazeeyyy” walaupun kita cuma tak jumpa cuti sem ini. Sudi habiskan kredit walaupun aku sendiri tak ada kredit nak call balik.

Mel,
Thanks untuk sudi call dan call lagi walaupun aku selalu tak angkat your call, samada handfon silent atau handfon mati sebab aku yang bongek selalu lupa nak cas telefon, lupa letak kat mana telefon. Thanks untuk terus call bila aku mesej ‘mel, pliz call me’. Thanks untuk support aku selalu, thanks untuk support me eventhough u faraway.


Aida,
Thanks untuk selalu cakap “aku rindukan hang la kirah”, untuk selalu share your cerita indah-indah dan minta pendapat aku walaupun aku sendiri unexperienced and dungu dalam cinta. Thanks untuk top upkan untuk aku ketika aku tak ada kredit miskin dan sengkek hanya untuk mesej dengan aku and share story.


Didi,
Thanks untuk mesej memalam untuk cakap how much u missed me. Untuk sembang and share story walaupun kita tak jumpa hampir dua tahun, untuk sembang dengan nada yang sama dari zaman sekolah, untuk terus cakap dengan gembira semua mimpi kita yang tak jadi-jadi lagi.


Thanks untuk banyak perkara lagi, untuk semua perkara indah, busuk dan masam yang kita kongsi.
Thanks untuk selalu selesakan aku ketika aku busuk dan masam, harap dapat selesakan kamu semua ketika kamu semua busuk dan masam juga.
Dan, terima kasih sahabat,
sebab tak pernah harapkan kata-kata terima kasih aku.
Maaf untuk kadang-kadang aku cenget dan cengeng,
Sayang kamu semua selalu

.siti nurshakirah suhaimi.





dan untuk sesiapa yang baca ini, thanks untuk kamu juga sebab be here...
sila gembira selalu!!!
*senyum panjang-panjang




Sunday, 13 June 2010

.sunday-with-emptyspace



i'm bored
sunday with-emptyspace
deduct that "sun" word!!!
its never shine today for SUNday


pretty bored and never shine sun [day]

try to highlight that "pretty" word so my tomorrow will be much much prettier that today.
hope your sunday was never like mine
*sigh


.cik kiki.
















Saturday, 12 June 2010

.real bego



tadi basuh baju by machine with fara
http://www.emocutez.com


kiki yang cengeng telah mixed my red cardi dgn baju lain,real bego~
http://www.emocutez.com



result,
fara's punya lovely dovely white shirt which i guess so expensived telah jadi reddish
http://www.emocutez.com


fara senyap, and cakap its ok..
tapi rasanya memang tak ok...
kenapa umur tua pong masih buat kesalahan bengong gini?
http://www.emocutez.com



selalu buat sesuatu tak fikir banyak-banyak, tak pakai otak betul-betul
http://www.emocutez.com
sangat sedih dengan diri sendiri,huuuuuuu~








yang benar,
kiki yang begooo
http://www.emocutez.com



Thursday, 10 June 2010

.tag happy dari ciek niena



Eden is that old-fashioned house we dwell in every day
Without suspecting our abode until we drive away.
~Emily Dickinson
:)



tag dari ciek niena

tengs ciek niena untuk tag gembira ini!! sangat berbesar hati
smile for u:)







*are you happy right now?*
sikit kot... heee~ 
tapi pagi tadi happy lebih sikit dari sekarang :)


*why are you happy?*
now~ happy yg sikit sebab bosan dok sensorang si farah keluar ehem2..hahaha
pagi tadi~ sembang membang ajaib dgn kawan2 lama tak jumpa, padahal baru sebulan.. ngeee~



*what are things that will make you happy?*
manyak dan manyak... kalau sekarang, happy untuk tag happy ini dari ciek niena :)



*have you received a tag before?*
adela kot sekali dua,hehe


*name the colours you liked*
hijau, biru ngn kuning



*name 9 bloggers you want to tag*
sebenarnya tak kenal ramai blogger pong, selalu jd silent reader jek... aiseh


*write about the people you tagged. anything will do*
rasenye tak tagged sesapa pong tadi... heee~


*are you happy with what you have now?*
Alhamdulillah~ tapi untuk menghappykan orang lain kena improve diri dengan lebih banyak~ masih banyak cenget and cengeng, huuu~





Enjoy the little things, for one day you may look back and realize they were the big things.


 
.cik kiki.

Wednesday, 9 June 2010

.cerita rabu

 butui! dan sangat butui!



halu
kembali ke pulau untuk tengok orang bersukan
cuma tengok orang
sebab aku dan sukan tak pernah ada keserasian..
heh!
sebab tuh masuk neh dah banyak yang menegur
tentang tembam mambam
owh!
gila
gila tak mau diet*dengan muka sirius dan berkobar-kobar..
hahaha
tadi ajak si farah diet
farah cakap, "kiki, aku dah tak larat dengar dah pasal diet-diet"
hahahahaha~
usm nampak senyap
hehe,
sebab tak sibuk sangat
sebab tak banyak orang jalan laju-laju nak pegi kuliah
heee~
owh result exam dah kuar..
heh, gelak jap
a sikit, b banyak kot..
banyak azam neh semester depan.
aiseh!!


notablur: sebenarnya tak tahu nak updated ape, heeee~ eh, macamana nak ilangkan sakit tekak eh?

.cik kiki.

Sunday, 6 June 2010

.sila senyum :)

Bismillahirrahmanirrahim~ sama-sama kita berdoa untuk keindahan saudara kita di palestin, seluruh dunia







Ada sesuatu, seseorang yang kita takkan pernah lupa berhenti mengingati...
Kadang-kadang kita katakan itu dengan gembira,
Kadang-kadang kita katakan itu dengan sedih,



Serumit manapun sesuatu,
kita ada Allah :)






Saturday, 5 June 2010

.pipi dan saya

Bismillahirahmanirrahim~ mari kita sama-sama doa untuk saudara kita  di palestin, seluruh dunia :)




Tadi kenduri cik sepupu, err actually macam ayahnya sepupu dgn ayah sebab tok dia adalah adik arwah tok. So kalau anak sepupu dengan sepupu, hubunganya jadi apa ek? Memudahkan cerita sepupu la kan.. haha biasala kenduri kahwin ramai sedara mara, nak jumpa orang luar susah sikit sebab kalau kenduri kat kampung nie, pusing kiri kanan sedara kita je.
Tadi (asyik mulakan perenggan dengan tadi jek, tak critical writing butui,hahaha) juga jumpa cikgu sekolah merangkap guru kelas zaman muda-muda dulu. Heeh, tetibe fikiran bersimpang siur teringatkan keindahan zaman sekolah, wah ayat tak tahan berbunga.. tapi macam bengong jek guna perkataan bersimpang siur untuk fikiran~heee
Tengah siap-siap nak pulang dengan puan hamidah, tetibe cikgu tegur... err macam rasa bersalah jugak sebab tak tegur cikgu dulu.. abih perempuan rabun macam neh apa yang nampak,hee~ kanta pembesar tak pakai tinggal kat rumah.
Cikgu: shakira, nak balik dah ka?
myself: eh cikgu~ (salam sambil peluk-peluk)
Cikgu: amboi bulatnya pipi kamu sekarang, padan cikgu tak perasan tadi~cikgu gelak
myself: ~(mati kutu tak tahu nak balas apa, sengih-sengih pastu tanya) cikgu sihat? Walaupun tahu cikgu sihat walafiat sampai siap berjalan-jalan mai kenduri. Strategi alih dari bicara topik sensitif,haha
Cikgu: sihat, kamu kat mana sekarang? ~cikgu gelak tak habih lagi neh. Tak tau nape. Pelik gak. Heee~
myself: penang, usm cikgu. Abih cikgu, sekarangkan cuti, nie tengah manfaatkan masa cuti la sekarang (sengih-sengih)~ jawapan berkias kenapa pipi bulat.haha
Cikgu: yela kamu kan duduk penang, selalu sangat kena angin pulau, tu yang pipi pun dah kembang tuh~ (cikgu cakap sambil kembungkan pipi,pastu gelak).

Abih macamana sekarang?? Berita shakira berpipi bulat akan tersebar ke sekolah,haha nasib baik sekarang cuti sekolah, fuhh... apa strategi yang patut diguna pakai sekarang?? Temptation manyak woooo, sedang berkira-kira nak diet sedangkan sekejap tadi puan hamidah sedang berkira-kira nak wat beriani isnin nih. Kalau time makan, makan sikit je, ayah akan cakap “kakak kenapa makan sikit sangat?”
“orang nak diet la ayah”
“dok diet-diet buat apa, makan je nak makan apa”
~ngeee

Macammana neh?

.cik kiki.


Notawondering: tertanya gak dari tadi, angin pulau memang akan sebabkan pipi kita bulat ker?? Nape orang lain tak pong??hahaha.. cikgu dari dulu sampai sekarang memang tak berubah, miss those
moment lor :)




Thursday, 3 June 2010

.cuma petang khamis

Tak sangka membelog akan jadi semencabar ini.~hish masuk ini saja dah berapa kali refresh cik musang berapi ini dan juga beberapa kali connect, connect and connect. memang menguji kesabaran sungguh. cakap berapi-rapi wider coverage. inilah faktor utama yang membuatkan amat malas nak online, broadband ni dicipta untuk menguji kesabaran,hahahaha =P


broadband apa paling okeh agaknya? ini antara broadband cik hijau, cik kuning dengan cik biru. mana paling okeh? setakat ini dah lama pakai broadband cik biru, agak okeh la tapi takda la wider coverage mana sangat pon. kalau dekat penang memang la okeh, tapi kat kampung ajaib nie agak hampeh. tak adil betul cam nie kan? 

kalau nak online tu agak-agak sempat dengar sebuah lagu habih dulu baru cik musang berapi akan mengeluarkan webpage penuh.  betul betul menguji kesabaran...heeee

result exam dah keluar, provisional nyer dulu.. yang penuh agaknye next week. alhamdulillah lulus semua~ next week baru tahu pointer, heh cuak gak, main banyak semester neh. doakan saya =) semester depan tak nak main banyak dah, dah jadi kakak senior tahun akhir, kena bermuka serius pada junior... haha, kononla sangat..


later bloggy..
papai
.cik kiki.





Wednesday, 2 June 2010

.tentang cuti

 petang tadi baru lepas hujan


baru lepas nonton, ceh cuti-cuti nie manyak sangat nonton tivi, kadang-kadang tuh macam cerita yang tak berapa nak best sangat pon, gagahkan diri juga nonton, macam sengal jek. ingat bersenang lenang tu macam best sangat, yela seminggu dua tu boleh la tahan. tapi bila dah lama-lama macam ni, agak bosan juga sebenarnya... wah, confession neh, cuti dianggap membosankan.

saya bukanlah terrer sangat tapi rasanye dah boleh hagak esok rutinnyee adalah lebih kurang jek. pepagi rumah akan riuh dengan seorang budak sekolah rendah dan seorang budak sekolah menengah, pepagi buta baru nak susun buku la, cari stokin la. seluruh masyarakat rumah akan kecoh. heh, selalunya lepas subuh akan sambung tidor semula. kalau sambung tidor dan  mimpi lama-lama, encik suhaimi akan panggil dengan suara garang.so pandai-pandai amik hati beliau di pagi hari,hahaha tido sila berpada-pada~heeee

lepas tolong mak masak sikit-sikit, kemas rumah serba sedikit, lepak-lepak banyak-banyak~hahahaha dengar cerita budak-budak tu balik sekolah, selalunya ecah akan ada banyak cerita. then dia pegi sekolah agama petang, syarul dgn mak layan cerita tasbih cinta. then, me off masuk bilik. dengar red sambil bace komik, semua komik lama-lama dah khatam, heee~shin chan dah habih minggu lepas, so minggu ne detektif conan, tapi tak banyak la komik conan, ade tak yang nak bagi pinjam?? 

interframe jap:
ha, haritu pinjam novel cik nini, tajuknyee "jaja&din" uh sangat best, best dan best. sila baca banyak kali. okeh, nanti wat entry tentang novel ajaib ini.

sekarang neh petang-petang ada hobi baru, main badminton then 630 tengok drama indon yang best bangat "benci bilang cinta",heee~

lepas magrib ajar ecah mengaji then sambung jadi guru tuisyen tak bertauliah. then nonton sampai 12 malam, kadang-kadang dengar red nite love song tengah-tengah malam, pastu perasan  semua lagu ditujukan buat diri sendiri,then lepak-lepak sampai mata mengantuk


okeh, tak payah cakap~ membacanya saja buat anda mengantuk~yeee

.cik kiki.


notamalam-malam: tapi bila duduk dengan ur family, bosan-bosan tu kadang-kadang boleh bertukar jadi cuma 0 point beberapa percent :)





Tuesday, 1 June 2010

.selamat tinggal cik sawang

soo i'm back..
heeee~ banyak sangat sawang. so kepada cik sawang selamat tinggal.
err malam sikit update, nak pegi mengajar cik ecah buat keja sekolah,
sekarang bertukar kepada muka cikgu perempuan garang

'll be right back
weee~