hari ini adalah hari melayan perasaan sedunia. aku lost. hate this feeling. aku cuma cakap sepatah dua je, berkurung dalam bilik, even aku cuma say "hai" kat depan bilik kalai je, itupun sebab aku nak pergi toilet then lalu depan bilik diaorang. aku tak pergi bilik diorang, aku blur, then aku mereng tahap yg teruk. tahap hyper. aku tak turun bila diorang ajak makan, aku tak ikut dioarang bila diorang nak turun pergi beli laici kang, even aku tak pesan apa-apa pon. entah, aku memang macam neh, ada detik-detik yang aku malas nak layan sesiapa pon, sebab ada banyak benda yang dok berserabai dalam otak aku. ada banyak detik yang bila aku gembira, aku gembira dan bila aku moody aku buat muka. bukan aku ada masalah apa-apa dengan diorang, in fact, semalam kitaorang sempat mencipta kenangan indah bersama, kitaorang keluar jalan-jalan tengok muvie, makan-makan. aku cuma perlukan waktu nak adjust otak sekejap,
*itu kelemahan aku, moody. aku cuma sedang cuba tenangkan hati sendiri.
diorang accept aku untuk siapa aku. aku yang suka berperangai sesuka hati, jawab sepatah dua bila tak aada perasaan nak bercakap, but still they accept me for who i am. entah, aku ni bukannya perempuan baik sangat, bukan gadis ayu mayu yang berciri perempuan melayu terakhir, tapi syukur alhamdulillah, aku selalu ditemukan dengan orang yang memahami dan memilih untuk terima aku seadanya.
aku rasa kalau manusia lain tadi, melihat perangai hodoh aku. rasanya dah tampar dah kot muka aku.haha, takpun 'bo layan' je kat aku. dari tengah hari tadi, si mel datang and try cakap dengan aku tapi aku layan ala-ala je kot. sebab aku amat malas nak bercakap, entah, aku benci betul dengan perangai aku, perangai hodoh aku.. but sure diorang understand me, tadi ym dengan kalai, okey beliau kat bilik sebelah je then aku cakap ;
aku: weh sorila eh
aku : aku mereng sikit
aku: hari neh
aku: ahahahahaa
aku: ingat kat mak mertua*itu hanyalah retorik tipu, aku masih berstatus single mingle
kalai: kepala hotak hg
kalai: aku tau ang mereng,
kalai:sebab tu aku x nak kacau
aku: weh tu pujian ka kutukan?
aku: ???
aku: hahahaaha
kalai: kutukan
kalai: hahaha
aku: kuang hasam
aku: i report mak mertua i
kalai: emoticon*ketawa guling-guling
then si mel yang keluar makan kat kafe datang, sebelum dia pergi kafe ada datang bilik aku. tanya aku nak pesan apa-apa tak, then aku jawab; tak ada*dan terus online. si mel neh balik kafe belikan aku telur goreng then cakap; *ginilah lebih kurang,
"kiki, aku nak belikan nasi tadi tapi takut ang marah lak sebab ang tak pesan, hang tak makan pape pon, aku belikan telur mata, kot-kot ang nak makan dengan megi".
dan sesungguhnya si mel memang sabar melayan perfangai hodoh aku,
petang tadi selepas aku tolak ajakan diorang nak turun kafe, dia datang beli air laici kang, nak bagi aku rasa, siap suapkan segala.
petang tadi waktu aku pegi mandi, panggil aku "baby" dengan nada happy walaupun aku membuat muka masam kerepot macam nenek kebayan.
mereka terima aku seadanya. bukan waktu muka aku ketawa gumbira saja, mereka tetap terima aku bila aku tunjukkan muka sebenar aku.
*maaf untuk perangai hodoh aku hari ni.
+promise, aku akan cuba mengimprove kan diri.
maybe sometimes, untuk orang yang kita sayang dan sayangkan kita, kita patut letak tepi perasaan sendiri. cheer them up, sebab most of their time, diorang fikirkan nak gembirakan kita.
.cik kiki.