Friday, 20 December 2013

Dua puluh lima

Post pasca birthday. Dua puluh lima dan dua hari (entri ni di tulis 17hb tapi tak sempat nak published) Dua hari yang kucar kacir, HAHA.

Macam mana sambutan birthday yang ke dua puluh lima? Entah dah berumur, aku rasa birthday is just another day. Apa yang aku look forward adalah my happy day. Hujung yang sangat hujung ada rasa terharu dan sedih sikit, sangat sikit. Tarik nafas dalam-dalam kemudian dah tak rasa.

So tipsnya #tariknafas dalam-dalam. HAHA

13hb Tok masuk ward, so malam tu spent time sesat sebentar dengan Pak Su cari gate masuk kecemasan Hospital Penang tak jumpa.

14hb Mak ganti temankan Tok kat Hospital. Kemudian karaoke lagu youtube sampai Ecah lena dengan suara sumbang kakak, HAHA. Kak nini yang first ever pengucap selamat di whatsapp and wechat. Cute je.

15hb Hari ulangtahun yang kalut menjelma. Hari ni nak pergi Hospital lawat Tok dengan adik-adik. So bila kat parking, semua dah tunggu bawah, Alisya masuk kereta cakap

"Hari ni besday Along ka?"

Ainul cakap bunyi siam german sikit bermaksud "Happy birthday Along!"

Hahahahaha.

Ini antara happy moment dalam hidup Along ;)

Oh jap, singgah Giant untuk makan dan beli buah untuk Tok. Jap rasanya ada snap photo



Aisya, Ayuni, Ainul and Afiqah

Cuba tengok Ayuni siap buat simbol peace ok. Yela, peace cara dia la. HAHA *hen ke ai



Memain kat katil hospital Tok. Siap merajuk-rajuk bila orang larang, usik nak tinggal baru takut HAHA

Balik Hospital macam biasa, Along sesat lagi sebab terlepas satu turn, so main jalan jela memang tak on dah Papago ke Waze ke sebab phobia. HAHA dua kali accident sebab khusyuk sangat tengok GPS (that's another story k)

Waktu tu dah pukul4 lebih, sesat. Pukul5.30 nak ke KL. Bayangkan rasa kalut dan kucar kacir itu. Habis semua dalam kereta diam takut dengar suara Along marah. HAHA

Tapi still ok sebab sampai rumah 4.40 and rushed naik atas kemas barang. Cari skirt biru tak jumpa, HAHA Syafiq hantar kakak pergi stesen bas, merempit HAHA memula slow and steady je dia bawak, kemudian tepuk belakang dia bagitahu

"Bas akak pukul5.30 tau!"

Dia ingat bas pukul6.30, alahai budak, akak dah bagitahu kot dengan segala kekalutan ini takkan bus lagi sejam.

Kemudian naik bas tidor, sedar dan tengok bas tu U-turn ke hapa dekat Tol Jawi. Rupanya dia amik orang. Boleh macam tu? Dalam bus tu pelbagai destination ada bukan hanya KL tp Klang, Shah alam. Keep behenti kat RNR nak transfer passengers.

Ye ye je Uncle Counter tu cakap sampai before 11.00. Dah inform dah nak kena kejar Train before last service, kalau lambat nak naik bus lain. Beria dia cakap before 11.00 dah sampai. Haihlaa Uncle. Dulu lagi, aku ni takut sikit naik bas jalan jauh, selalu naik KTM sebab even lambat pun rasa comfy. Kalau naik bas sorang, bus tu behenti RNR pun memang tak turun, HAHA takut tertinggal.

Soo malam tu sampai KL pukul1.30 pagi. Oh rupanya ramai jugak orang depan Pudu pagi-pagi. Lama berdiri tepi jalan tu, scan muka uncle taxi yang baik, tapi sebab pakai lense dah whole day and lense tak capah silau, so tawakal jela.

Masuk taxi message dekat family group wechat no plat taxi HAHA

#Tips ke 2 bila naik public transport like taxi, inform la no plat taxi pada sesapa.

Tapi ok la Pak Cik Taxi tu, takda la ramah sgt (sebab situasi pepagi buta, aku rasa kalau terlalu ramah macam menakutkan) he just drive and cakap sepatah dua. Kira professional la Pak cik tu. Tahu-tahu dah sampai umah Dee.

Soo next day 16 Dec

Ada somethings that need to be settle on morning. Kemudian Jami message cakap beliau tidak bekerja, tunggu dia.

Before melagha, nak ke Bank Rakyat. Ambik taxi, puasla meround KL, err memula pak cik tu buat macam salah jalan pergi bawak ke Bank Islam. Then bagi nasihat suruh belajar bebetul, ambik biasiswa jangan ambik PTPTN ( dia ingat kitaorang student HAHA kitaorang iyakan jela) tapi akhirnya hantar kitaorg kat depan DBKL, kemudian cakap kitaorang kena jalan sikit.

Pfffffffft bukan sikit ok, Banyak! Dahla jalan besar, dia avoid masuk jalan ke Bank Rakyat tu rasanya sebab taknak susah. So kena bayar rm7 untuk perkara sia-sia.

Then, pergi kinokuniya baca buku HAHA



Best jugak "How to love" cuma dia ada before and after part. Aku cuma baca yang after part only, then baca last few page, then rasa tenang sebab happy ending HAHA



Siapa suka Cecilia Ahern? Best kan buku dia? Hari tu macam nak terbeli yang baru "One Hundred Names", serious best sebab sempat baca few chapter. Oh kali ni tak sibuk tengok ending dia, sebab cerita yang sebelum ending tu yang best.

Anddd Jami belanja Besday tengok movie. Movienya Paku. Serious tak seram, lebih kepada lawak sahaja. Kitaorang enjoy ketawa. HAHA


Gambar blurr sebab segan nak snap photo depan org ramai HAHA

Then malam tu keluar dengan Dee cari Uptown Danau Kota tak jumpa, rupanya memang cuti isnin selasa. So kitaorang pun habiskan masa pusing bulatan pahang a few times sebab tak tahu jalan and terlepas jalan. HAHA



Andd Dee hadiahkan ni ;)




Wah panjang entri ni. Alhamdulillah untuk umur dua puluh lima ini. Hari yang kucar kacir but I learned so many things. Syukur untuk sahabat dan family yang awesome. Banyak dan ramai dah tak penting, ada dan bersama selalu susah senang itu yang kita nak.

So thank you untuk yang sedikit tapi penuh kat hati.

Love.
Kiki, Kira, Kakak or Kak Long.
posted from Bloggeroid

Thursday, 5 December 2013

Nak jadi apa?

Hidup ini turut kronologi. Dari titik satu, dua, tiga, ada yang sekadar itu tapi mungkin ada yang lebih,

Seorang lecturer pernah bertanya, lepas belajar nak jadi apa? Ada yang jawab kerja... ada mahu jadi usahawan ada juga suara-suara kecil kata
mahu kahwin dengan ketawa di hujung, kemudian selepas kahwin apa? Dia balas.

Semua diam, soalan bau jenaka sedang tukar rona jadi serius, semua orang jadi takut kalau sebut soal serius, jadi semua diam..

Dia balas, "kita nak jadi bahagia"

Betul.

Kita nak jadi bahagia, belajar, kerja, kahwin, ada family, apapun... Kita nak jadi bahagia. Bahagia dunia. Bahagia akhirat. Semua sedang usaha sungguh-sungguh, untuk jadi bahagia.


Cute je kan? Kita semua sebenarnya kongsi cita-cita yang sama ;) Sooo lepas ni, jangan "kecikkan" cita-cita orang lain lagi, yang dia bagitahu kita itu cuma "sub cita-cita", cita-cita utama dia macam kita jugak, nak jadi bahagia.

Sama-sama fighting jommmmmm!
posted from Bloggeroid

Friday, 22 November 2013

Ketawa yang selesa

Ketika jatuh. Kita selalu cuba nak bersandar di bahu orang, menumpang rasa selesa kalau boleh, berkongsi ketawa. Sekadar duduk sebelah dan sembang lagak biasa. Lagak orang tanpa masalah.

Sungguh, tak ada orang mudah serahkan masalahnya untuk dijerih fikir dek orang lain. Cuma nak tumpang ketawa, sebab masa begini, saraf ketawa dalam otak sendiri macam "numb", takda rasa. HAHAHAHA

Tapi bila di hujungnya, cuma ada "the awkward laugh" atau hanya sepi tanpa ketawa.

Cepat faham.
Dan mula belajar untuk "mono-ketawa".

Less hurt kata orang.
posted from Bloggeroid

Friday, 15 November 2013

Selipar sabtu

Kisah sabtu lepas. Sabtu ada hal di Ipoh, jadi balik rumah hari jumaat, dan pagi-pagi sabtu ke Ipoh dengan mak, syahrul dan syafiq. Perjalanan biasa, sesat juga seperti selalu, hahaha. Yang namanya shakirah kalau tak sesat, tak sah.

Kenapa cerita pasal Ipoh? Sebab nak kongsi cerita lawak, haha. Okey, bila berjalan jauh sikit selalunya bawa lah bekal apa-apa buat makan bila berhenti, (satu, mak memang tak boleh makan masakan kedai sangat, tak boleh pedas sangat, kadang masakan kedai bercuka la, tak boleh tersalah makan, pernah operation dulu, sebab kedua, boleh jimat) jadi mak masak nasi lemak pagi tu. Kakak cuma tolong goreng telur, haha.

Lepas dah selesai semua urusan, tengah tunggu si syafiq dan syahrul, bila dah datang budak berdua tu, suruh diorang makan sebelum gerak. Lepak dekat parking lama juga, kemudian gerak balik. Singgah pekan sebelum rumah, beli barang dapur. Suruh si syahrul turun temankan mak, dia cari sebelah selipar tak jumpa. Kakak turun.

Sibuklah cari selipar, sampai rumah puas belek cuma ada sebelah selipar. Kakak dah memang syak, budak ni tertinggal sebelah kat luar waktu duduk lelepak tadi. Beria dia cakap bukan.

Dah petang, depan tibi, dia baru teringat yang bila dia mengadap nasi lemak mak, kaki dia sebelah dekat luar. Bila nak start enjin, dia cecepat tutup pintu. Tinggallah sebelah selipar keseorangan di tapak parking. HAHAHAHA
posted from Bloggeroid

Friday, 25 October 2013

Diet

Situasi baru habis dinner, tapau tom yam lepas balik giant tadi. Sebelum makan tadi pakat main timbang berat badan, luckily syafiq lagi berat *hembus nafas lega* walaupun tahu dia tinggi lagi, logik la berat beliau, hahaha. Takpa, nak rasa lega juga walau sebentar, eh?

Sambil basuh pinggan, mengomel,
"Kakak ingat nak diet betul-betul, sampai 50 kilo..."

Syafiq sampuk,
"Jum Rul, kita blah cepat-cepat, jangan dengar cerita bohong ni"

Dedua pakat angkut teh minum kat depan sambil gelak.

Cissssss, tak memotivasikan lansung.
posted from Bloggeroid

Thursday, 24 October 2013

Laut lepas hujungnya hilang

gambar dari google                             


Puas taip tentang laut lepas, tentang mata yang hilang selepas laut lepas. Butir pasir yang berderai di kaki. Tentang deru dingin ombak pada pantai yang tak sama kemudiannya. Desir bayu. Langit dan siput-siput kecil...


Ketika sibuk mencari abstraknya laut lepas, terjumpa sebab,



Sebab untuk gelak kuat pada diri.
Sebab untuk biar.
posted from Bloggeroid

Monday, 21 October 2013

Rasa bahagia

Baru lepas telefon mak,
Rasa jatuh dan jauh,
Angkat telefon,
Dengar mak ayah cakap "hello" pun buat kita rasa bahagia
Ajaib kan?
Betapa Allah sayangkan kita,
Allah titipkan rasa tenang dan bahagia itu pada orang-orang kesayangan kita.

Semoga orang-orang kesayangan kita gembira selalu.




posted from Bloggeroid

Saturday, 5 October 2013

The nocturnal bulb



How ironic. At times when I need more red to inspi(red) me, my red light bulbs went wrong, left me scrutinizing at dull yet flimsy green and blue light bulbs.


*sesuatu dalam ruang fikir bila tak boleh tidur dan mengadap lampu rosak ni dari tadi.
posted from Bloggeroid

Thursday, 3 October 2013

Langit

Sekarang selalu tertangkap gambar langit, mungkin sebab banyakkkkkkkk sangat masa melihat berbanding dulu, atau mungkin juga sebab duduk rumah tingkat dua belas, jadi langit selalu jadi pemandangan, HAHA. Kalau waktu masih kat KL, masa adalah kerja, kadang balik office pun dah malam, tak sempat nak pandang langit, kaki lebih laju-laju gerak nak kejar train. Kalaupun ada masa untuk pandang, tak pernah terfikir nak tangkap gambar, 


Jadi tiadalah gambar langit Kuala Lumpur. Lebih banyak gambar sendiri. HAHA



Gambar langit maghrib 30092013 dari tingkap dapur




Gambar langit gerimis (tak ingat tarikh,HAHA 2 minggu lepas kot)




Gambar langit gerimis yang kat atas tapi edit dengan 360 camera LOL HAHA



Gambar langit malam dari tingkap dekat dengan lift


Yeah itulah gambar langit yang banyakkkkkkkk sangat tu, HAHA. Walaupun cuma tiga, (empat tolak satu yang edited with 360 camera) Ya cuma tiga. Nampak sikit, tapi untuk masa dan kesempatan melihat perkara dan benda lain selain hidup dan kerja sendiri, rasanya banyak ;) 

More to come, insyaAllah. Gembira jom!






Wednesday, 2 October 2013

Syafiq's birthday

Tadi tengah tulis entri blog, (entri tu tunda publish esok), tengok jam dah 1207am, si syafiq dah dua kali datang masuk bilik tanya

"Kak hang dok buat apa" baring sembang-sembang dan kemudian balik bilik dia.

Bila tengok jam teringat, terus jerit panggil Syafiq yang dah masuk bilik dia.

"Pit! (jerit high pitch) Mai jap!"

"Napa?"

Dia datang. Cepat.

"Happy birthday weh!!!" (kakak yang malas nak gerak, masih duduk depan laptop sambil ucap LOL)

"Haaa, ingat apa" Muka relax, gelak, pastu masuk bilik dia semula.

Kakak yang malas nak gerak jerit lagi "Tapi birthday hang yg sebenar pukul940 malam nanti weh"

"Haaaaaa" jauh je jawab.

Kakak yang malas gerak terus mengadap laptop.

Syafiq masuk, baring kat katil.

"Kak!"

"Haaaa" Masih pandang laptop.

"Kalau malam birthday macam ni ada orang buat air teh sedap jugak kan"

"Haha, japla akak pergi buat" Kesian adik aku dapat kakak yang pemalas. HAHA

Jerang air, syahrul datang.



So syahrul and kakak decided, tutup lampu dapur, kebetulan cuma ada donut coklat rice, candle memang takada, baru pindah, memang takada apa benda sangat dalam rumah, HAHA. So syahrul cakap boleh pakai lighter si syafiq as candle LOL, HAHA, so inilah celebrationnya simple tapi syafiq siap boleh gelak-gelak and tak marah kakak snap photo dia (payah sangat bergambar budak ni). So maknanya dia happy la tuh ;) Happy 23th Birthday Syafiq! Ya, kakak memang kekadang malas gerak, lol, 


but you know i love you kan ;)




Friday, 27 September 2013

Alisya dan afiqah


Part of growing up, ada degil, malas siapkan kerja sekolah and mandi, main tak ingat dunia, overdose bercakap, suka usik bebenda yang tak perlu. Pergi kedai dan nak beli semua benda dalam kedai. HAHA


Kadang memang rasa geram.
Tapi rasa geram tu hilang bila, dua-dua cakap,

"Terima kasih, Along. Along masak sedap"
Padahal Along masak sup bayam dengan ikan sambal saja.

"Tangan Along sakit lagi?"
Padahal tangan Along merah sikit je kena gigit serangga.

Kalau dulu, asal sambut birthday mesti includekan nama Along dalam lagu Happy Birthday walaupun bukan Birthday Along, walaupun Along takda. HAHA

Cute kan?
Macamana Along yang garang tak cair.
posted from Bloggeroid

Wednesday, 25 September 2013

Parking

Cerita semalam, sepatutnya balik awal tapi lepas hantar si mel kat tekun, tumpang maghrib kat surau tekun, waktu tu baru ada masa bebelek macam memerah dekat tangan, dekat hujung dahi pun satu garisan panjang merah. Mel suspect ada serangga gigit.

Pergi klinik, dapat ubat dan balik. Dari awal memang dah fikir soal parking mesti takada, macamana nak parking. Macamana kalau tetengah kalut fikir, patut pulas steering ke kanan ke kiri, banyak kereta tunggu kat belakang, macamana ni macamana tu, haha. Selalu overthinking-- dah jadi habit, rasa nak buang je sikap terlebih fikir ni.

Dan, yes. Betullah, lepas 3 kali pusing pun masih tak ada parking. Ada satu tapi macam sempit je, macamana kalau terkena kereta orang. Haaaih, ya overthinking lagi.

Dah tak tahu nak buat apa, keluar dari parking. Drive and duduk tepi jalan sensorang. Rasa macam looser, haha. Serius. Kemudian telefon pak su,

"Pak su! Along cari parking takdak"

"Hang kat mana? Kejap pak su tengok kot tingkap". Sambil dengar suara adik-adik riuh join abah diorang tolong tengokkan parking untuk kak long.  -_-!

"Ada satu long, hang mai, sat g pak su turun tengok"

Kemudian dengan terrernya pak su yang tolong parkingkan. Ruang memang sempit sebab ada banyak orang dah side parking, sebab parking dah penuh.

"Pak su, nanti ajar along parking eh. Along dah tensen sangat tadi, haha (sambil gelak, cover malu).

"Dah berapa kali ajar kan long, hahaha hang kena berani sikit, kalau agak tak lepas pusing balik"

So keywordnya adalah berani dan yakin. Lepas dah ambil barang semua, sesiap.nak naik atas, pak su cakap,

"Along nanti download games parking dekat playstore"

Petang tadi pergi rumah pak su,

"Dah download ke long? Meh pak su tunjuk kat hang"

So inilah gamenya tajuk "Car parking"


HAHAHAHAHAAHA ~You guys may laugh now


Dan betullah tu, sekarang menyewa dekat sebelah blok rumah pak su. Yup, dekat penang ;) so awal bulan ni sebenarnya dah pindah Penang. Kalau dulu dekat KL memang jarang drive, selalu pergi kerja pakai train. Drive pun cuma pergi ke parking train.

Kalau keluar jenjalan pun selalunya pakai train jugak, haha. Cuma sekali yang sangat jarang drive jenjalan dengan jami dan dee.

Entah, sekarang rasa nak membelog balik, haha, walaupun ceritanya cuma kisah merepek begini. Rasa nak belog balik. Untuk memori.

Jomla join download game parking tu, hahahaha ;p
posted from Bloggeroid

Thursday, 19 September 2013

Sebab bahagia

Untuk orang yang fikir buruk soal kita. Tanpa kenal dan tahu, atau kalaupun kenal dan tahu, tapi masih fikir buruk.

Maka kenal dan tahu itu tiada nilai. Faham? Tiada nilai.

Jangan sedih syahdu untuk apa yang dah di salah fikir dek orang.

Kita lagi harus bahagia, untuk kenal dan tahu siapa dia.
posted from Bloggeroid

Wednesday, 18 September 2013

Saturday, 14 September 2013

Jawapan

"Entahlah".

Kata sang escapist yang cuba lari,
lari dari jawab, dengan jawab,

"Entahlah".


-- Tak semua jawapan itu nilainya jawapan. We need to dig further, dengan otak.

Kalau kita mahu,
Kalau kita sayang,
Kalau kita kisah.

Dig, apa sebenarnya "Entahlah" tu.







P/s : Remember, kosong itu penuh. So tiada "Entahlah", sia-sia tanpa makna.

All is well, insyaAllah.
posted from Bloggeroid

Wednesday, 28 August 2013

Tangguh

Cerita arnab dan kura-kura jadi cerita kanak-kanak kerna relevennya takkan hilang ditelan masa.

Kalau yang lari paling laju sekalipun, berhenti lama, bertangguh. Awal gembiranya, terlebih selesa.

Takkan sampai.

Belum bertemu hujung,
jawabnya kalah,
Kalah dengan diri sendiri.


Terlebih selesa dan terlalu gembira ini sakit.

Bisanya sekali ganda. Sakit yang susah nak cerita. Sakit yang terpaksa usung selepasnya,

Kisah arnab kura-kura bukan suruh kita lari berpeluh-peluh tanpa henti, ambillah masa, tarik nafas, lari-lari kecil sambil tengok dunia.

Cuma jangan selesa sangat. Jangan.



Jalan masih jauh.
posted from Bloggeroid

Sunday, 21 July 2013

Mimpi

Semua orang layak bermimpi, tanpa halangan. Mimpilah, biar sampai penuh ruang fikir sekalipun. Percuma

Agaknya dari kecil- kecil dulu sampai sekarang, dah berapa banyak mimpi kita cipta? Atau dah berapa banyak pula mimpi kita lupakan?

Kadang, bila fikir dalam-dalam. Aku rasa ada setengah mimpi memang wajar kita lupakan. Lupakan bukan sebab tak layak ada mimpi begitu, bukan sebab mimpi itu terlalu besar, terlalu jauh. Tak tergapai. Bukan.

Apa sangat sebuah cabaran

Tapi ada setengah mimpi itu, paksinya keliru, tak pasti, samaada harus lawan atau tetap diam. Jalan akhir, seru realiti biar mimpi pergi.


Bangun dan sedar diri.
posted from Bloggeroid

Tuesday, 16 July 2013

Memori puasa

Apa memori best bila bulan puasa? Kalau aku, memori makan ramai-ramai dengan adik-adik. Sebab akulah kakak or kakek as chado panggil, so aku selalu incharge bab air, nasi tambah, hidang, sendukkan nasi, tambahkan lauk, kemas lantai (kitaorang makan kat bawah), basuh pinggan eh semua aku incharge kecuali masak je mak. Haha.

So ayah portion nasi dia lebih sikit pasal dia makan tak tambah, syafiq makan sikit ja jap g makan berulang sebab perut dia takleh makan cam banyak gitu terus. Syahrul kalau makan, makan satu lauk ja dulu (kitaorang kutuk makan gaya chef, slow je makan macam nak taste bebetul makanan hahaha). Ecah fav makan ayam atau daging masak hitam (si syafiq or syahrul suka usik ambik lauk yang dia suka then japg dia makan cecepat sebab takut orang habiskan hahahahhah)

Haa lagi, waktu nak dekat bukak puasa kitaorang selalu main 'nombor', ala main macam semua pilih nombor yang dia nak, ok contohnya ada 4 orang pemain. Kita pakai sebelah tangan jela, 4x5 jari setiap seorang = 20 so max nombor hanya 20. So letaklah jari, sebelum tu sebut "nooooooomboooor" dengan dengung lelama, nombor sapa yang kena dulu keluar, sampailah orang terakhir. So yang terakhir kena denda jentik knuckle dia based on nombor pilihan dia tadi. Haaa buatnya tadi pilih 15? Tak ke merah tangan, dah la bebudak kat rumah tu jentik tangan gaya nak membunuh cicak. Tapi best jugak, sampai gegaduh gak sebab main nombor, hahaha.

Kalau dulu ikut tok pergi terawikh bestnya bila balik ada moreh hahaha. Walaupun mata dah mengantuk je ngadap moreh. Kat kampung entah napa time puasa ada selalu diorang bukak kedai jual kerang cicah kuah kacang. Adakah populasi kerang hanya banyak tetiap bulan puasa? ;p Dulu time sekolah rendah teringin je nak makan, kumpul duit dengan si syafiq beli kerang. Hahahaha, sekarang bila makan biasa je rasa dia-- sebab perasaan korek syiling nak beli tu dah hilang, rasa pun jadi biasa

Ramadhan sekarang dan dulu lain kan? Kalau dulu, kedai kerang tu sure penuh tapi Alhamdulillah sekarang suma ke masjid dulu and balik baru singgah lepak kedai kerang. Cute je kan? ;) Media kita sekarang pun banyak je siaran islamik yang bebagus.

Rindu rumah. Rindu suasana kat kampung. Impian besar aku dulu kalau boleh nak cari kerja area pekan kecil macam kulim ke penang ke ok jugak dan seminggu sekali boleh balik tengok mak ayah. Kita tak tahu mana Allah nak bawa kita kan? ;) jum cuba jadi gembira selalu jum!

Apa jela dah bebelkan ni. Hahaha.
posted from Bloggeroid

Friday, 28 June 2013

Terlewat

Aku ada beli satu buku genre motivasi (self enrichment book). Ketika selak setiap muka, dengan rasa gembira atau teruja err mungkin juga bonding.

Aku sampai terdetik, kenapalah aku terlewat untuk tahu buku yang best begini? Bila google, wah, ramainya dah baca, ramainya rasa buku ni best.

Pernah rasa terlewat untuk sesuatu? Kemudian rasa sedih dan sesal untuk jadi yang lewat. Aku selalu, haha.


Semuanya tepat pada masanya. Percaya dengan qada dan qadar kita ;) Dan kalau soal buku tu, tak lewat pun sebenarnya, sebab kalaupun jumpa buku tu lebih awal, aku memang tak berduit lebih untuk beli. Pelajar kan tak punya duit lebih selalu. Sekarang, sebab dah bekerja, Alhamdulillah.

Percaya, Allah tahu apa yang kita perlu. Cepat atau lewat, hak Allah. Dan tolonglah, jangan letak dekat bio anda 'I believe in karma'. Karma itu apa? Ataupun tak tahu apa-apa main bantai tulis saja? Seronokkah luka dunia dibayar dengan dunia?

Apakata kita sama-sama baca lebih sikit lagi, jom! ;)
posted from Bloggeroid

Sunday, 23 June 2013

Dear ecah




Esok birthday Ecah! :) be happy always adek, kakak love youuuuu so much. Rindu adek peluk kakak, rindu bau masam adek, rindu nak suruh adek amikkan barang bila kakak malas bergerak, haha.

*bila-bila adek baca ni in future, jangan lupa kiss pipi kakak.


Xoxo and much love,
Kakak yang cantik ~Hahahahahaha
P/s : gambar ecah tangkap and edit sendiri ;)

Monday, 10 June 2013

Q and Q



Sabtu pergi berbasikal, bukan nak cerita yang berapa kali terpaksa brek mengejut nak elakkan jatuh atau berapa kali kena turun dan seret basikal bila naik bukit. Haha. Sukan berbasikal sangat mencabar, lebih mencabar dari sukan candy crush, eh?!



Itu sandwich sardin, ya betul tak cantik sangat, haha. Sardin terlebih, tomato senget benget. Aku ini ada kefahaman tanpa sedar, mungkin aku yang dah biasa susah (ruang lingkup hidup yang berbeza).

Aku selalu rasa banyak itu lebih bagus, murah tak apa, kualiti pun tak penting sangat, asal banyak kuantitinya. Boleh pakai lama. Boleh makan banyak sikit. Boleh agih adik-adik, itu sudah cukup bagus.

Aku praktik bila buat sandwich semalam, try to make special sandwich yang lebih banyak sardin. Biar makan satu dah cukup. Dah siap lekapkan sandwich semalam pun, aku bukak satu-satu, tambahkan sardinnya, biar lebih.

Kemudian aku belajar, tak semua yang banyak itu sedap dan bagus. Teori kuantiti aku itu tak boleh pakai untuk semua perkara, ada perkara, aku harus teliti cari kualitinya. Terlalu banyak pun muak, melebih lebih yang tak perlu. Macam sandwich semalam, terlalu banyak sardin sampai lupa rasa roti.

Harus belajar buat sandwich lagi ni ;)

Monday, 3 June 2013

Hati-hati



Selamat bulan Jun! Dah setengah tahun, cepatnya masa kan? Selalulah kita salahkan masa yang laju sangat padahal kita lari dengan sangat lambat dan lembap. Esp me.

I'm not a good runner, selalunya kalau nampak macam tak berpeluang menang, kalau menang pun akan sakit tergelecek kaki, aku akan angkat tangan, menyerah kalah and go. Talk about being optimist yo! Haha.

Kadang aku rasa aku ni hati-hati sangat. Hati-hati yang sakitkan hati sendiri, macam bangang pun ya jugak.

Sebenarnya memula taip tadi nak cerita pasal main layang-layang, napa ntah boleh melalut soal masa, kalah, optimist , and bangang.

Malas nak padam. Malas nak jadi hati-hati dah.

Layang



Layang- layang terbang

Monday, 20 May 2013

Diari kosong




2012, separuhnya masih kosong.
Sekarang sedang kejar 2013 yang lari laju.
Semakin kuat kejar, semakin kuat pecutnya.
Jauh. Sayup . Penat.

Berhenti sebentar untuk ikat tali kasut jenama dunia.
Lelah. Haus. Penuh keringat.







Sunday, 12 May 2013

Motivation

Tadi telefon mak. Dari kisah 'Hari Ibu' berlanjutan ke kisah makan apa hari ini. Soalan wajib setiap kali telefon, rasanya memang orang Malaysia begini kot, teliti soal makan dan makanan. Haha.
Tanya mak makan apa, macam-macam mak jawab. Hari ini mak masak kangkung goreng, Kemudian petang beli mee rebus dengan kuih ayah suka dekat pasar minggu, tengah hari buat karipap pusing sebab Syafiq ada kerja dekat dengan rumah Tok, alang dah dekat suruh Syafiq lajak hantar karipap pusing dekat Tok. Sempena hari ibu mak cakap, cute ja :)
Mak tanya makan apa malam ini.
'Biskut pat segi cicah nescafe, kakak dah gemuk, kena diet betul-betul"
(Sambil buat suara sedih dekat mak)
Kalau dedulu, bila cakap soal gemuk, diet,  pipi tembam dan nak kurus. Mak akan macam, ala takpa jangan sampai tak makan. Kalau Ayah dulu bila time lunch,  semua makan sekali, bila makan sikit ja ayah akan suruh jangan tahan perut, makan je.
Tadi mak jawab,
"Ni hang beli minuman fiber perasa epal, ni hat jenis buah-buahan takpa, mak tengok dalam 39 ringgit ja. Hang minum yang tu, buang toksik dalam badan."
Lepas tu suara ayah kat belakang, tak jelas sangat.
Mak sambung,
"Ayah ang suruh minum ayaq oren pagi-pagi, hang beli oren sunquick, botol kecik 4 ringgit ja. Letak kat ofis"
Suara ayah lagi kat belakang. Mak sambung,
"Kawan ayah hang minum ayaq oren tu, tiga bulan ja kurus. Jangan dok makan hat berlemak sangat"
Okey, dah faham. Ini memang betul kena diet ni. Haha.

Dream and respect

So you like something, ok lebih mudah, kamu suka buku garis. And they like buku petak,
Tak ada masalah seharusnya. Kesukaan kita berbeza-beza. Kamu faham.
Kemudian kamu tersilap kongsi cerita tentang 'buku garis', atau dengan gembiranya berkongsi cerita, what you wanna do with it (buku garis). Rasa gembira ini evil juga sometimes, cepat buat lupa do and donts.
And they make fun of you. Simply sebab they dont believe in your dream. Mudahnya kan, kalau tak suka best way is silent,  diam. Jangan kecilkan mimpi atau apa yang orang lain suka. RESPECT.
Old me akan diam and sedih. Tapi kita kena biar they know yang this is something I believe in, selagi masih dalam batas agama dan undang-undang, kalau pun tak suka, tak percaya please RESPECT. Supaya this bully people takkan berani kecilkan mimpi orang lain lagi lepas ini.
*Oh ini tiada kena mengena dengan situasi politik malaysia sekarang. Yawn.

Easiest way

Dah takleh tidor, terlena half way cerekarama tadi, oh ending semua mati,senang je conclusion, marah ni marah. That the easiest way selesaikan satu kisah,


---
Entah cerekarama apa, tajuknya apa. Aku jadi lupa.

Saturday, 13 April 2013

Air

Yup, takda air. 2 hari dah but alhamdulillah balik tadi tengok dah ada, slow sikit tapi takpa still ada. Duduk kat bandar ni (bandar ker??hahaha~) susahnya lahai kalau takda air, nak ambik mana? Kat kampung takda la pening sangat, atleast boleh jugak terjun tiruk kat sungai. Kalau kat Penang pun atleast boleh jugak pergi piknik kat pantai~hahaha.
Think of positive way, bila takda air ini atau time kita ada problem, kita boleh jadi kreatif jugak, kita jadi hargai air more. Setitik pun kalau boleh taknak biarkan mengalir sia-sia. Semua bekas nak tadah air, segala jag, periuk dah guna tadah air, asal namanya bekas, cecepat je penuhkan. Bila tengok semua bekas memacam jenis tersusun kat sinki, lawak pun ya jugak.
Dulu waktu kecik, arwah Tok selalu tadah air dalam bekas biru yang siap ada penutup. Kemudian letak satu penjuru tepi sinki. Tok selalu cakap yang kita tak tahu bila takada air, kena beringat, air yang Tok simpan tu sekurangnya boleh buat ambik wudhu. Mandi takpa, boleh mandi sungai. Tok memang selalu tadah air dan simpan. Bila bekas air tu bocor, kemudiannya Tok tadah air pakai baldi, bahagian atas tutup dengan talam. Kiut je bila ingat balik :( Kemudian lepas Tok takda 7 tahun lepas, dah takda orang yang tadah air lagi, takda orang yang beringat air yang laju menderu keluar hari ini, mungkin esok tak keluar lagi...
Semalam beli bekas simpan air macam Tok, cuma warna lain, petang tadi bila balik rumah, buka paip tengok air mengalir perlahan. Sinsing lengan baju kurung, tiba-tiba jadi semangat nak tadah air macam Tok.

Friday, 12 April 2013

Cincin dan syiling

Kisah 1
Lepas waktu office temankan Didi beli kasut, kami kalau teringin sesuatu barang, memang selalu ulang alik tengok, berkali-kali, sampai dapat ilham untuk beli. Hahahahaha. Kadang rasanya adik yang kerja Mall tu pun dah kenal.
Oh tapi ini bukan nak cerita pasal itu. Lepas beli kasut si Didi, terus pergi makan kat Food Court, lepas makan sesiap nak balik, cakap kat si Ira nak ke tandas kejap.
So pergila tandas, check syiling ada 20sen yang baru dan 20sen yang lama. Ermm, okaylaaa tandas kena bayar 30sen. Bagi abang yang depan pintu tu 40sen, dalam hati ingat yang lebih 10sen tu biar je, segan nak ambil. Terus bergegas masuk, dah selesai, betulkan tudung sesikit :p (perempuan dan cermin kan tak dapat dipisahkan, hahaha)
Terus keluar kalut-kalut.
Abang tu panggil,
"adik, tadi bagi berapa?"
"hah?!!" (blur)
"tadi tu adik bagi 70sen(sambil hulurkan baki)"
MasyaAllah, baiknya orang ni, rasa terharu atas jujurnya hati orang ini. Segan sebab cuma niat 10sen yang lebih tu untuk abang tu, sedangkan dia bagi 40sen semula. Boleh ja dia senyap buat tak tahu, sebab memang tak perasan yang disangka 20sen tu sebenarnya syiling 50sen (syiling yang baru kan macam nak sama, selalu terkeliru). Jujurnya abang tu. Segan nak ambil 40sen yang dia beria-ria hulur, cuma cakap terima kasih atas jujur dia dan pergi.
Kisah 2
Lepas siap lunch beberapa minggu lepas, sebelum balik office singgah kiosk-kiosk yang jual macam-macam tu. Tengah beli buah campur tu si Eve dan Didi pusing la kat kiosk sebelah yang jual cincin, keronsang. Oh ini bukan cincin yang fancy tu, ni macam yang berbatu, silver tapi cantik la designnya. Err macam exclusive sikit kot,
So lepas dah bayar harga buah, pergi cari budak dua tu, Si Di tarik tangan
"Kira nampak tak pak cik tadi?!"
"Tak, yang mana satu?"
Memang tak perasan yang mana plus mengelamun plus tengok buah campur yang macam sedap   :p
Di bagitahu yang ada pak cik tu, belek-belek cincin, sarung kat jari manis dia, nampak macam berkenan, tanya harga, Rm15 sebentuk... Di cakap dia nampak pak cik tu renyukkan duit seringgit 3 keping dalam tangan dia. Bila pak cik tu nak tanggalkan cincin tu, nak letak semula, tak tertanggal, perlahan-lahan dia tolak pun tak tanggal. Ada perempuan sebelah pak cik tu cakap tak payah tanggalkan, dia kemudian bayarkan harga cincin pak cik tu.
Manis je kan?
Perkara ajaib memang berlaku, every day :) Dari sekecil-kecil situasi, kita boleh sama-sama belajar,
Kita boleh belajar tak berkira sangat tiap kali masuk tandas awam:)
Kita boleh belajar untuk sekurangnya sedekah senyum sikit yang jaga depan tu.
Kita boleh sama-sama tengok sekeliling, kalau-kalau we can helps in making someone else's life 'ajaib' hari ini.
Dunia penuh dengan orang baik begini, takut kita jalan laju sangat, tunduk lihat jalan sendiri dan pergi tanpa sedar beruntungnya kita. Tanpa sedar berapa banyak kita dapat belajar dari mereka.
Jom lihat dan belajar jom.

Friday, 22 March 2013

Do de dew

Situasi kat kaunter KFC di tengah ibu kota. Lol. Waktu lunch. Barisan agak panjang. Tiba giliran seorang perempuan kaki mengelamun,
*intro dari adik kaunter*
'Makan sini, Snack plate spicy, thigh and rib, chezzy wedges' sebutan tanpa ragu
'Air?'
'Morning dew' dengan konfiden sambil keluarkan duit dari dompet.
'Mountain dew?' adik kaunter yang comel betulkan sambil senyum.
'Aaaha, Mountain dew' senyum cover malu.
Kenapa Shakirah? Kenapa kau nak pergi minum 'Morning dew' tengah-tengah hari buta, kat KFC pulak, kenapa?
*sigghh

Thursday, 21 March 2013

Hujan

Gloomy.
Hujan.
Kesian hujan, di sini jadi sedih, di tempat lain yang kemarau, hujan bersamaan gembira.


---
Hari ketika aku lihat hujan mungkin

Kerja

Deal dengan people jadikan kita dua.
1. Lebih sabar dan sabar.
2. Outspoken,moodydancepatttnakkkmarahhhorangg...


---
Ini tentang kerja sebelum sekarang, kerja pertama selepas grad.

Wednesday, 20 March 2013

Jauh

Mohon jauh hanya jadi jarak. Bukan sebab untuk hilang.
Walau berapa ribu kilometer pergi
Ketika masa jumpa kembali,
Mohon begini selalu.
#duaminggulepasdipenang

Tulis

Perlu tulis. Hanya perlu tulis sesuatu.
Kadang-kadang, eh bukan

selalu


---
Ketika cuba ingatkan diri supaya harus menulis,

Tuesday, 19 March 2013

Mimpi besar

Di kelilingi orang yang punya mimpi besar, kadang buat kita rasa jauh, jauh sebab tak punya mimpi besar.



---
Ketika sedih dengan mimpi sendiri mungkin~

Monday, 18 March 2013

Laptop sakit

Laptop sakit, entah kena virus hapa, lambatnya nak loading, tahu-tahu karang 'blank'. Penat kena on balik. Leceh. Sebab tak sampai 20mins kemudian tetiba skrin jadi hitam~


---
Ayat mukadimah nak menulis, tapi dibiar tak disambung, kemudian lupa~

Wednesday, 13 March 2013

Ecah

Dua minggu lepas balik kampung. Si ecah dah darjah enam tahun ini, tapi selalu rasa dia masih baby sister. Ecah ni ada kuasa pelukan ajaib, selesakan hati. Tapi itulah kalau tengok adik-adik, walau tinggi dari kita, tetap juga rasa yang adik kecil. Hati rasa penuh. Rasa nak menyakat pun ya jugak, haha.
So ecah hari jumaat tu bersiap nak ke sekolah agama petang, lepas sekolah ada latihan bola tampar atau bola baling. Tak ingat. *Kakak yang tua dah jadi mudah lupa*
Kakak sedang tonton tivi, syafiq hantar mak dengan yang za ada majlis baca yassin. Ecah tengah bersiap nak ke sekolah, kena bebel sebab mandi tak keringkan rambut bebetul.
Si ecah tarik muka sambil duduk depan minta tolong keringkan rambut. Kakak bersorak dalam hati, sebenarnya rinnnnnduuu nak gosok tuala kat kepala adik-adik sambil bebel. You know that feeling? Rasa dipercayai... Haha Rasa sangat hero, lol.
Dah sesiap, dia hulurkan tangan nak salam. Tanya dia,
"adik ada duit ker?"
"ada (sambil tepuk kocek), adik ada lima ringgit, adik simpan duit sekolah yang mak bagi"
Kemudian kalut-kalut keluar. Petang tu, lepas sekolah agama, lepas penat lari-lari kejar bola kat padang. Si ecah bawa balik mangga yang letak serbuk asam, goreng pisang comel depan sekolah, choki choki untuk kakak rasa apa yang dia selalu makan pakai duit lima ringgit yang dia simpan.
Terharu*tskkk



Lil bro

Awal march, cuti. Jadi minggu pertama march penuh dengan penat ke hulu hilir dari kl, perak, rumah tok di kedah dan penang. Penat yang gembira :)

Alhamdulillah, untuk hanya 5 days on leave, i found so many things back. Dapat my lil brother back (yg obviously lagi tinggi), yang rasa selesa when hes around, sebab semenjak dah dewasa ini, he act more like big brother to me than jadi adik. Tapi itulah kakaknya ini suka membebel, garang dan kuat merajuk.
Ya, dia ada ja kat rumah, tak kemana. But i found him back :) my adik. The old one.
I'm the outspoken type, cakap banyak. Kadang tak henti, sampai orang penat layan. Haha. Selalu lupa yang tak semua orang jenisnya cakap dan beritahu apa yang mereka rasa dan fikir.
Ada yang bercakap melalui perbuatan.

---
Masih rasa gembira yang sama bila baca entry ini ;)

Thursday, 28 February 2013

Radio

I realized something tonite, rancangan radio pun lawak sekarang. Asyik gelak je dengar ucapan-ucapan, ada yang sedih macam demam suara, so the deejay asked why, caller tu jawab tengah rindukan kekasihnya sangat-sangat and ended the call dengan ucapan rindu siap nama penuh kekasih, haaaaaih.

Apa kata telefon saja sang kekasih? Dari isytihar satu dunia,
Seadanya sudahlah,

Rasa yangaaaa dalam hati pun bukan milik kita. Kita pinjam.



---
Yup, kita pinjam. Semua, bahkan ingatan kita ini, boleh jadi esok kita tak ingat apa-apa

Tuesday, 19 February 2013

Percaya

Soal percaya ini penting. Tapi bila ada ketika yang orang fikir taik pasal kita, busuk. Sesuatu yang memang bukan kita. Jangan sedih. Bangun, pandang mata tepat-tepat dan cakap,
"Betul"
(untuk apa yang mereka fikir)
Biar dan pergi,
Sebab percaya ini penting,
Penting untuk tak jelaskan apa-apa,
Sekadar percaya.

Monday, 18 February 2013

Rasa

Kita selalu rasa kita tahu apa yang best untuk kita. But the question is, betul ke apa yang kita rasa?
Pernah dengar yang 'padang sebelah nampak lebih hijau'?
Mungkin kita asyik lihat padang sebelah dan lupa apa yang ada bawah kaki sendiri..

A deep breath


  • I hate february. Ini bulan yang tak awesome gila, tak bersemangat, unproductive, malas, malas, dan malas. dan bermasalah. *sigh.
  • Pernah dengar yang when we start something dengan rasa tak best, atau macam kita mulakan hari rasa tak best, mesti selalunya whole day jadi shit.February mula dengan kerisauan, or maybe me yang overeacted, yup, sometimes i like to thinks too much. Merepek-repek, berjela-jela yang unnecessary.
  • Tak tahu this the bad things or good things, i'm tired of people worry about me. hmm how to said huh, macam sesak nafas, bukan sebab 'they worried', but how certain things can make them worried and certain things not. Some show concern in small things, yang obviously you can do but for some things yang you memang lousy, lemah, penat and need people worry over you, you fight that alone. 
  • Maybe age kot? or fat, hahahaha. yang make me so malas and tensy this month.
  • Bulan ini asyik makan, makan dan makan. Pagi makan, tengahari, petang makan, kadang balik office singgah beli chocolate or junk food or soft drink. i knew its not good, tapi makan itu awesome, haha.
  • Semalam tertimbang diri dekat penimbang 20 sen dan masih terkejut dengan keputusan tersebut, hahaha. Okey, esok lunch sup sayur je.
  • I doubt vacation akan buatkan kita happy and forgot all problems, unless kita settlekan masalah dulu dan pergi vacation
  • I need to save up moooore, kena open up different saving account untuk certain things
  • Kena find what insurance plan yang bagus
  • Sad to left jacob (my new things) at home ;( macam fail parent
  • I hate tomorow is monday and hate that banyak kerja tak settle, hate that me yang postponed to settle semua kerja, dan padan muka sendiri kena mengadapnya kembali
  • Need to blog back, atleast boleh membebel sensorang selepas hari yang awesome atau tak awesome
  • Banyak mimpi nak kena kejar balik. BANYAK
  • Oh dah beli kain nak buat baju kurung even takada machine jahit lagi, hahahaha =p takpe belajar potong dulu, and didi and ira dah nak tempah baju kurung*iskk terharu dah ada customer walaupun belum pandai buat baju, hahahahahaha
  • I need to sleep, harapnya esok bangun lebih happy. doakan ;)

Saturday, 2 February 2013

Masks

image from imgfave

Thursday, 24 January 2013

Buang dan beri masa



Pagi kelmarin, selepas berjaya rebut masuk tren, berdiri depan seorang kakak. Cantik, dalam early 30, mulutnya terkumat-kamit sambil tangan peluk handbag. Pelik. Subhanallah, rupanya tangannya yang dibelakang beg sedang pegang tasbih zikir ;) Dan saya, tangan pegang handphone, online ;(


Padanlah hanya beberapa stesen tapi rasa jauh. 




Wednesday, 23 January 2013

Overthinking


Perempuan memang selalu overthinking eh? Or all of us memang begini, suka fikir banyak, rangka segala macam perkara yang entah betul entah tidak, fikir, fikir dan terus buat assumption dan kemudiannya percaya sendiri.

Dalam was-was itu syaitan la yang bermaharajalela kan, takutnya nak jaga hati. Pernah dulu, beberapa bulan lepas la, waktu itu dekat office, sabtu tapi hehujung bulan memang selalunya pergi office jugak. Then si umi call bagitahu yang electric takda tapi rumah kakak atas ada. Dah mula dah fikir-fikir, adakah sebab tak bayar bil electric? sebab memang tak ingat bila last bayar, selalunya below rm20 tak kena bayar~ see berjimat tak kitaorang? hahahaha.

Sebelum balik lagi dah fikir memacam dah, dah tak jadi pergi jenjalan, terus balik, before masuk umah check kotak letrik luar dengan serius bajet macam ambik electrical engineering, haha. Kemudian bincang dengan si umi, check balik semua bil, takda pulak tertunggak, tambah lagi la susah hati. 

Macam-macam la assumption, semut masuk dalam kotak letrik tula, short circuit la, then entah macamana pegi check balik kat luar, pastu compare dengan rumah auntie sebelah, entah macamana ntah shakirah ini dapat idea bestari kata yang kemungkinan orang curi kita orang punya connection soket. Rumah auntie sebelah ada macam soket seketul besar tapi umah kitaorang tempat tu cuma ada wayar je. So agak logik la kan~ hahaah.

So inilah contoh manusia yang overthinking and cecepat percaya apa yang difikirkan, terus telefon tee-ann-bee wat report dengan suara risau cakap maybe ada kecurian kabel soket depan rumah, omjayyyyyy~ bila fefikir balik apala orang nak buat dengan soket cinonet tu kalau dicuri pun, hmmm banyak tengok csi sangat ni, hahaha umi dah cakap takkan la orang nak mencuri benda merepek macam tuh, tapi tetap percaya, nak-nak pulak kat depan pintu ada plastik keropok, entah plastik keropok bebudak mana la kitaorang pegi ingat ada orang datang usya soket tuh.

Worst was, sampai siap technician tee-ann-bee tu datang kot, satu pak cik err maybe ketua technician agaknya, garang sangat beliau, siap suluhkan dekat kotak tuh (sebab diorang datang dah malam around 8.30 macam tu), siap suluhkan kotak dan tanya sapa yang cakap kena curi? tak nampak meter tu? so i jawab la,

"sori pak cik tak tahu (about the meter~ yela pendek je mana nak nampak, haha)"

"mana boleh tak tahu, kena tahu la"

Logik la pak cik tuh marah, dah memalam kan? off day pulak, mesti customer service suruh diorang datang jugak malam tu, yela report kecurian kot, kes besar tuh, hahaha. Tapi pak cik tu baik, dalam marah-marah tuh dia siap tolong checkkan kat kotak letrik yang kat dalam rumah, even tu sebenarnya bukan job scope diorang pun, diorang cover sampai luar je. Tapi tolong jugak check dan bagitahu yang sebenarnya ada fius apa ntah terbakar kena tukar. Esoknya kita panggil orang datang baiki. Oh yang soket tuh, tuan rmah punya wiring different dengan auntie sebelah, hahaha.

I'm that type kot, suka terlebih fikir. Overthinking, Jaga hati kita jom ;) Kena positif thinking selalu, bersangka baik. Susah la overthinking ni, entah-entah kita tersalah letak kesalahan dekat orang yang tak salah atau kita sampai percaya assumption kita itu betul walapun sebenarnya tak. See, serius topik ni, haha, jom "overthinking" it together, haha ;)


Sunday, 13 January 2013

So sunday

image from imgfave


How I spend my sunday,


  • Bangun terkejut-kejut around 6am, ayat pertama "mi, air ada tak?" ~currently almost dah berapa hari tak ada air*loooong sigh
  • Bebaring lawan dengan diri sendiri yang malas nak bangun, plus belum subuh, plus kena mandi awal, kena basuh baju kang buatnya esok takda air
  • Bangun, mandi dan basuh bebaju pepagi buta (mak sure bangga gila kalau tahu, haha)
  • Tidor balik lepas subuh sampai tengah hari
  • Bangun tengok si umi takada, pastu teringat ada novel semalam belum habis, baca sejam
  • Lapar, basuh muka then kemas rumah sesikit sambil  panaskan lunch (oh lunch masak sebelum tidur semalam, haha)
  • Makan depan tivi sambil tengok jalan-jalan cari makan dan rasa sedih tengok bestnya mereka makan
  • Pergi check air, oh masih ada.
  • Buat teh lipton
  • Minum lagi depan tivi sambil tengok melodi
  • Sambung baca novel
  • Telefon mak, tanya mak masak apa oh masak gulai daging, kemudian sambung rasa sedih lagi
  • On laptop dengar playlist yuna, sambung dengan kuliah ustaz azhar kemudian insaf belum mandi lagi dah masuk zohor
  • Mandi manda dengan gembira sebab air laju gila
  • Sambung tengok tv cerita yang kamal hassan tukar tukar jadi memacam orang sambil makan cikedis
  • Masak meggi pulak
  • Sambung dengar playlist plain's white t kat youtube
  • Umi balik
  • Sesembang
  • Mandi petang dengan gembira lagi sebab air masih laju
  • Lepas maghrib sambung dengar tv sesambil online secara lagha
So tamatlah cerita sunday yang malas.


happy monday everyone! :)

Expectation

image from imgfave

Semalam I truly learned, macam one big slap yang kena muka sendiri, haha. Kata survivor kan? a fighter la sangat, sebab perkara remeh temeh pun nak sedih cengeng. Survivor they don't expect much, from others nor from anythings around ~ lagipun, nobody with you all the times, but Allah with you, always ;)

So the mantra is, 
never expect much from others, never.

Expectation leads to heartache, heartache leads to hatred and anger. You should read my heart yesterday, ugly, sangat tak cantik. Not saying that my heart more beautiful today or less ugly than yesterday, but I learned yang jangan cecepat jadi cengeng, others left you, takpa. Fight. Cari solusi, don't standstill dan fikir negatif sambil salahkan semua orang, kemudian harap ada Super-saviour nak save you. You have yourself, and


you have Allah, always.


malu lah jadi shakirah yang cengeng ni. haha.
pray for me!
Assalamualaikum.