Friday 11 February 2011

Cerita jalan pilihan selepas tamat semester ini





rasa tak?
bila kita sedang buat sesuatu perkara yang kita suka,
kita abaikan dunia,
kita tak kisah walau kita hanya seorang diri kat situ,
kita letak sepenuh hati,

keliru,
untuk banyak-banyak perkara yang aku pernah lakukan,
sedang belajar menilai,
mana satu hati aku terletak,
mana satu aku boleh ketawa lebar,


aku mahu buat sesuatu dengan sepenuh hati,
sampai bila waktu-waktu aku tua nanti,
aku tak perlu pandang dan lihat aku tinggalkan
hati penuh dihujung
dan aku cuma jalan kosong
tertinggal hati.



cuma cerita jalan pilihan selepas tamat semester akhir ini.
Doakan aku!
supaya aku terus jalan dalam sesuatu yang aku suka dan gembira, supaya bila satu waktu, aku pulang penat-penat dari kerja, aku masih boleh ketawa gembira walau rumah berselerak tabak, dan anak-anak menangis merengek.
supaya aku gembira,
hanya kerana baru pulang dari buat sesuatu yang aku suka dan kemudian pulang bertemu orang-orang kesukaan aku.

insyaAllah ;)


terima kasih :)




*hey, sila gembira!
bye













mungkin ada yang tertinggal,
cerita dalam koma,

Wednesday 9 February 2011

Persepsi

waktu duduk sorang-sorang tunggu bus komuter tadi, lepas habis kelas malam yang tertambah waktu asal. waktu mula-mula nak duduk dekat bus stand tuh, aku dah aim tempat paling hujung sekali, pastu pandang bawah kalau boleh tak nak dongak kepala, dalam hati toksah cakap la, ayat kursi memang ulang banyak-banyak kali lagi-lagi bila nampak lelaki duduk kat hujung lagi satu. rupanya seorang pak cik yang katanya tunggu anak dia balik kerja pukul11.

bila pak cik yang duduk kat sebelah hujung tuh tegur, tanya tahun berapa, duduk hostel mana. aku cuma jawab sepatah dua. sambil tangan konon-konon sibuk belek hendfon tak ada kredit. bila pak cik tu mula cakap perkara indah ditelinga suruh belajar rajin-rajin, macam ayah kita selalu nasihat kita, rasa takut tuh makin kendur. kemudian bila bas dah datang, waktu aku nak mula bangun, bila pak cik tuh mula kata,

"dah malam macam ni, hati-hati, jaga diri, orang sekarang kita tak boleh percaya sangat, kalau takut istighfar banyak-banyak"
(selepas diubah suai dari loghat penang)


waktu tuh, rasa takut tuh dah hilang terus. dan bertukar jadi segan, sebab tadi hati aku ada persepsi negatif pada orang yang baik begini.






'... kita dah sampai di satu dunia yang sekelilingnya kucar-kacir,  sampai bila kita jumpa seseorang (stranger) kita terpaksa bina persepsi buruk dahulu, sebelum akhirnya kenal benar-benar tentang dia'




sedih kan??

Harus percaya kah?





The first person who's on your mind at the moment you open your eyes after a long sleep is the reason either of your happiness or pain - Reader's Digest.





gilos waktu nak tulis entri, tetiba lagu nickelback kuar..
haih*entah, entah