Wednesday 24 March 2010

.Si garaning by imaen

*ini my bedtime post;
owh baru pukul3 petang??
*semalam, semalam dan semalam amat kurang sempurna tidor~ngeeeh*



hmm sigaraning.


sigaraning adalah belahan jiwa, err like ur "soul mate" in english, sebenarnya itu adalah bahasa jawa,(untuk penerangan lanjut, sila beli buku imaen sigaraning published by jemari seni).





*saya amat suka baca buku dari jemari seni publication ini, bukunya ubah perception kita tentang novel-novel melayu, bukan hanya perlu isikan cerita cinta juga cerita hidup tapi tetap perlu bahasa yang indah:) congrats!!!


huh, sudahkah bertemu dengan sigaraning kalian? atau masih menunggu, atau sudah jumpa, atau jumpa dan belum pasti...

dulu waktu saya sedang google mencari apakah sigaraning ini, saya terjumpa satu belog dan ayatnyee amat besh sesangat, sila baca;


Ada rasa yang tertinggal. Seperti melepas belahan jiwa, orang yang kau pikir tercipta untukmu, yang melengkapi dirimu, yang menjadi cermin pribadimu.

Karena tak cukup keberanian di dadamu, kau lepas dia. Karena tak cukup rasa percaya bahwa kau diinginkannya juga, kau biarkan dia berlalu begitu saja. Tanpa apapun untuk mencapainya.

Sudah berapa kali kau lakukan itu? Membiarkan momen-momen lewat, hingga mereka bersama yang lainnya? Yang seringkali kau pikir lebih baik darimu?

Malam ini tak indah. Sebab engkau kehilangan. Atau malam ini indah? Sebab aku mendapat sebuah frame cerita yang sepertinya akan menjadi hits berikutnya?


thanks to;
http://truelia.multiply.com/journal/item/314/Sigaraning_Nyawa





.cik .kiki.
terus tidor, hmm penat men
;) dan juga sob sob
unggu..















memetik kata al-rumi,
"cinta bukan bertemu disuatu tempat akhirnya, cinta adalah bersama sejak azali"

;)

Tuesday 23 March 2010

.lupa, lupa dan lupa~ngeeh

kenapa ye harini amat banyak kejadian terlupa dan lupa. entah...




terlupa modem
1. harini ingat nak stay back kat library, so waktu bersiap-siap nak pergi libry, cari my broadband punya moden tiada. p mana pulak(kata org penang). satu bilik cari, merata-rata, dan akhirnya jumpa kat celah tilam~ngeeh, sebab tenet wifi usm dah wokey jarang nak cucuk moden kat lapty, kecuali macam nak download movie ke hapa ker* rasa macam nak terminate jela broadbband nie, ye tak?? 



terlupa bawa kad matrix
2. then, dah siap kemas. mula la gerak, naik bus komuter usm nak p libry, dalam bus baru tersedar terlupa bawa matrix card, abih nak masuk libry camno???~sengal amat. pinjam yang kalai, erk pinjam tali nyer jela, cardnye saya ganti dengan bussiness card sapa ntah yg ada dalam purse, masuk dengan selamat* nasib baik pak cik yg kat depan tuh tak chek, kalau tak.....~ngeeh



terlupa yg sedang pinjam kad matrix orang
3. dah la pinjam tali card matrix orang, isinya pulak bussines card hapa ntah tapi ada hati pulak cik kiki nak p pinjam buku, dah pergi kaunter depan abang yg urus pinjaman tuh, nasib baik belum kasi buku kalau tak dia scan card matrix yg sebenarnya card perniagaan hapa ntah tuh, tak pasal-pasal jadi glamer sebentar..haha*glamer kena tegur la kat depan masyarakat lain.



terlupa nak ambik balik buku dan payung
4. pukul4 ade kelas, balik kelas pergi toilet jap, letakkan buku and payung kat luar, last-last boleh diri ini pergi balik macam tu je, dah sampai bus stop terakhir, baru teringat. then patah balik.


penatnyee asyik lupa
ok dah la sikit-sikit membelog,
nak p wat keje berfaedah sebentar..
tatatata


.cik kiki.


p/s: lupa buatkan anda jadi penat, takut benda yg kita lupa bila dah teringat kembali tak ada kat tempat yg kita tinggal;)

Sunday 21 March 2010

.cerita zaman kecil


ini kenangan zaman kecil saya;)








owh ini dalam umur setahun, mak saya amat gemar ambik gambar macam nie, semua 4 orang anak beliau ada gambar meniarap. itulah saya, budak kecik berkepala donga, kata mak: waktu tu terkejut dengar loceng auntie cina tu yang kuat bagai.




waktu nie dalam 3, 4 tahun gitula kot. kegemaran utama melawa dan pakai lipstik. euuuu... sangat suka gambar nie. sayang bajunye mak dah bagi kat sapa ntah, kalau tak nak wat simpanan anak cucu cicit, keh3




ini dengan syafiq, adikku sayang. sekarang beliau sudah tinggi melebihi kakak sendiri. nampak tak mulut cik kiki macam kaler terang amat compare dengan si syafiq. hahaha, itu kerana i telah pakai lipstick yang tebal~ngeeh





seronok sangat dapat peluk adik walaupun ketika itu adik anda tak berapa nak faham bahasa lagi.
;)






gambar nie macam terlipat sikit, hehe boleh edit. tapi hilang la memorinya.sebenarnya kau malas tak nak mengaku. saya sebelah syafiq, yang belakang adalah sepupu, kak ayu, kak ah dan kak ilah. 2 orang telah berkahwin dan ada anak comei macam gadis pakai baju bunga pink kat depan~ngeeeh
agak seksi baju tersebut, mak sila jawab;)





nie kat umah tok nek, nenek kepada mak. ini semua keje encik pak lang(bapa saudara) yang letak orang atas bontot kereta tu, saya sudah kira-kira nak terjun. nampak tak belah kiri ada baju kurung hijau, itu mak saya nak datang menyelamat. mak memang penyelamat terbaik, selalu, sampai sekarang;)




nie pulak waktu tadika, rombongan pergi zoo taiping, tapi waktu tu tak ada la night safari. perasan tak mukka siapa paling jahat dan sombong?? yang pakai jaket dengan tshirt doraemon kat dalam. senyum pon tak nak, teruk. ok yang barisan kat bawah yg duduk tu selalu jadi mangsa keganasan perempuan berjaket tu. tapi sekarang dia sudah berubah(wah statement tak tahan). sedang improve diri dari hari demi hari, insya Allah.

p/s: kepada semua yang ada dalam gambar tu, minta maaf kerana siti nurshakirah suhaimi dah jadi shabat yang teruk kepada awak semua. wish u all the great thing dunia ilal akhirat.






suka gambar nie;) sebenarnya ada lagi satu, gambar nie tangkap sebab nak tunjukkan cik kiki yang bergigi rongak kat depan. tapi gambar yang saya senyum nampak gigi tidak bawa datang ke usm, so itulah aja. 



waktu umur 4 sampai 6 tahun, saya tinggal antara rumah mak dan umah tok(nenek), saya sangat banyak gambar  ketika kecil terima kasih pada bapa-bapa dan mak saudara yang amat gemar menangkap gambar. dari gambar bangun tidor, first time makan durian, bergaduh, menangis, tidor, kena demam campak pertama kali, dan macam-macam(mungkin kita akan kongsi lain kali), saya amat suka bila lihat kembali. gambar jadi kenangan indah bila kita meningkat usia. suka bila buka belog setengah orang yang buat belog khas untuk anak diorang, dari lahir~ tulis harapan, tulis impian, tulis benda-benda biasa yang budak-budak tu buat yang nanti akan jadi kenangan paling besh buat diorang.



*uh, nak wat belog la for my future he and the childrens*
hahaha, belajar pon belom habih berangan je lebey..;)


okeh, gambar kecik dah tengok... sekarang kanak-kanak tersebut telah membesar menjadi gadis umur 21 tahun yang sangat suka makan....lalalalaalala;)


'cik kiki'
nampak tak kalai sedang jeling gadis yg amat suka makan ini???
~ngeeeh