Sunday, 13 February 2011

Secawan kopi, kita kalah


gambar dari sini

secawan kopi
aku,
bancuh pekat-pekat,
hitam likat,
sampai mata tak tembus dasar cawan,
biar tajam pandang dasar buku ratus-ratus muka surat,
bisa baca faham ribu juta patah kata,
bukan baca-baca tapi hilang,
macam mimpi,
kopi yang
hitam,
pekat,
likat,
wajib pahit itu,
jadi pelik,
bila rasanya,
kosong dibalik warna pekat hitam.
















ini lebih dari kopi dan sepotong mimpi,
.kiki.
061010@11.38 malam

Bila engkau sedang bersukaria





Bila engkau sedang bersukaria
renunglah dalam-dalam
ke lubuk hati
disanalah nanti engkau dapati
bahwa hanya yang pernah membuat derita
berkemampuan memberimu bahagia


Jika engkau berdukacita
renunanglah lagi, ke lubuk hati
disanalah pula bakal kau temui
bahawa sesungguhnya
engkau sedang menangisi
sesuatu yang pernah
engkau syukuri

~ Khalil Gibran

That magical gown

Cabaran 30hari, sila tekan sini untuk tambahan pengetahuan :P

day7 ; your dream wedding


Bab dream wedding ini amat sukar, belum sempat fikir lagi mahu wedding yang bagaimana, HAHA (pathetic mode on). Rasa mahu skip this question but it might be unfair pada cik maureen yang telah menjawab dengan cemerlang, heee ;p. 

Tapi selepas berfikir lima minit sebelum menaip entri ini, rasanya i nak my dream wedding yang macam, 


  • Hari jumaat sebab hari jumaat sangat ajaib untuk berkahwin, sila google sendiri why, malas nak explain. 
  • Petang dan malamnya kenduri untuk saudara mara jauh dekat, orang kampung dan sahabat-sahabat ajaib. 
  • Then, ada Photographer yang dihired untuk catch those splendid moment. 
  • Keluarga besar i wore baju yang dalam tone colour yang sama.
  • I donno nak pakai colour apa, walaupun i love kuning, tapi takkan nak pakai kuning waktu kahwin, yi, terang sangat! HAHA
  • Semua makanan cukup untuk tetamu dan mereka balik dengan senyuman ajaib di bibir.

Tu je buat setakat ini, kalau nak tanya type of dress, make up style, mak andam dari mana, makanan jamuan masak apa, hantaran kahwin semua... 


Minta sila la ke rumah,
tarikh belum tahu, pengantinnya pun entah duduk di sudut mana kat dunia ni.






Hanya Allah yang tahu,
Mohon dikirimkan orang yang beriman dan beramal, cinta apa adanya :)
Amin.