untuk hawa;
teringat hasil bual dengan teman baik semajor melalui ruang sembang maya semalam. walaupun sekampus, tapi dia di hostel sana, dan aku di hostel sini. jadi selepas sembang-sembang biasa, dia capai satu konklusi, katanya aku ini selalu 'cool', suka ketawa dan kadang-kadang bila mendengar nama panggilan aku, dia rasa gembira. dia rasa aku 'cool' sebab katanya aku boleh pergi mana-mana sendiri (sebab petang sebelumnya kami ketemu ketika dia mahu ke tesco dengan kawan dan aku baru pulang dari sana).
entah apa definisi 'cool' pada dia, aku boleh saja buka kamus oxford dan tempekkan maknanya. tapi ini bukan hanya tentang 'word meaning', ini dicampur pula dengan 'speaker meaning', dan bukan aku pengucapnya disini jadi aku tak tahu.
serius aku suka, kalau benar aku mampu buat orang gembira begitu. aku suka sampai aku rasa mahu lompat bintang ratus-ratus kali.
tapi benarnya, aku bukan 'cool'
bukan,
sedikit pun bukan.
yang dia lihat itu bukan 'cool'
itu 'cold'
c.o.l.d
ya, aku faham.
bila lihat jauh, mata mungkin boleh jadi tersalah tafsir.
kabur.
sebab aku sendiri rabun jauh.