Showing posts with label sekitar hidup. Show all posts
Showing posts with label sekitar hidup. Show all posts

Wednesday 9 June 2010

.cerita rabu

 butui! dan sangat butui!



halu
kembali ke pulau untuk tengok orang bersukan
cuma tengok orang
sebab aku dan sukan tak pernah ada keserasian..
heh!
sebab tuh masuk neh dah banyak yang menegur
tentang tembam mambam
owh!
gila
gila tak mau diet*dengan muka sirius dan berkobar-kobar..
hahaha
tadi ajak si farah diet
farah cakap, "kiki, aku dah tak larat dengar dah pasal diet-diet"
hahahahaha~
usm nampak senyap
hehe,
sebab tak sibuk sangat
sebab tak banyak orang jalan laju-laju nak pegi kuliah
heee~
owh result exam dah kuar..
heh, gelak jap
a sikit, b banyak kot..
banyak azam neh semester depan.
aiseh!!


notablur: sebenarnya tak tahu nak updated ape, heeee~ eh, macamana nak ilangkan sakit tekak eh?

.cik kiki.

Saturday 5 June 2010

.pipi dan saya

Bismillahirahmanirrahim~ mari kita sama-sama doa untuk saudara kita  di palestin, seluruh dunia :)




Tadi kenduri cik sepupu, err actually macam ayahnya sepupu dgn ayah sebab tok dia adalah adik arwah tok. So kalau anak sepupu dengan sepupu, hubunganya jadi apa ek? Memudahkan cerita sepupu la kan.. haha biasala kenduri kahwin ramai sedara mara, nak jumpa orang luar susah sikit sebab kalau kenduri kat kampung nie, pusing kiri kanan sedara kita je.
Tadi (asyik mulakan perenggan dengan tadi jek, tak critical writing butui,hahaha) juga jumpa cikgu sekolah merangkap guru kelas zaman muda-muda dulu. Heeh, tetibe fikiran bersimpang siur teringatkan keindahan zaman sekolah, wah ayat tak tahan berbunga.. tapi macam bengong jek guna perkataan bersimpang siur untuk fikiran~heee
Tengah siap-siap nak pulang dengan puan hamidah, tetibe cikgu tegur... err macam rasa bersalah jugak sebab tak tegur cikgu dulu.. abih perempuan rabun macam neh apa yang nampak,hee~ kanta pembesar tak pakai tinggal kat rumah.
Cikgu: shakira, nak balik dah ka?
myself: eh cikgu~ (salam sambil peluk-peluk)
Cikgu: amboi bulatnya pipi kamu sekarang, padan cikgu tak perasan tadi~cikgu gelak
myself: ~(mati kutu tak tahu nak balas apa, sengih-sengih pastu tanya) cikgu sihat? Walaupun tahu cikgu sihat walafiat sampai siap berjalan-jalan mai kenduri. Strategi alih dari bicara topik sensitif,haha
Cikgu: sihat, kamu kat mana sekarang? ~cikgu gelak tak habih lagi neh. Tak tau nape. Pelik gak. Heee~
myself: penang, usm cikgu. Abih cikgu, sekarangkan cuti, nie tengah manfaatkan masa cuti la sekarang (sengih-sengih)~ jawapan berkias kenapa pipi bulat.haha
Cikgu: yela kamu kan duduk penang, selalu sangat kena angin pulau, tu yang pipi pun dah kembang tuh~ (cikgu cakap sambil kembungkan pipi,pastu gelak).

Abih macamana sekarang?? Berita shakira berpipi bulat akan tersebar ke sekolah,haha nasib baik sekarang cuti sekolah, fuhh... apa strategi yang patut diguna pakai sekarang?? Temptation manyak woooo, sedang berkira-kira nak diet sedangkan sekejap tadi puan hamidah sedang berkira-kira nak wat beriani isnin nih. Kalau time makan, makan sikit je, ayah akan cakap “kakak kenapa makan sikit sangat?”
“orang nak diet la ayah”
“dok diet-diet buat apa, makan je nak makan apa”
~ngeee

Macammana neh?

.cik kiki.


Notawondering: tertanya gak dari tadi, angin pulau memang akan sebabkan pipi kita bulat ker?? Nape orang lain tak pong??hahaha.. cikgu dari dulu sampai sekarang memang tak berubah, miss those
moment lor :)




Thursday 3 June 2010

.cuma petang khamis

Tak sangka membelog akan jadi semencabar ini.~hish masuk ini saja dah berapa kali refresh cik musang berapi ini dan juga beberapa kali connect, connect and connect. memang menguji kesabaran sungguh. cakap berapi-rapi wider coverage. inilah faktor utama yang membuatkan amat malas nak online, broadband ni dicipta untuk menguji kesabaran,hahahaha =P


broadband apa paling okeh agaknya? ini antara broadband cik hijau, cik kuning dengan cik biru. mana paling okeh? setakat ini dah lama pakai broadband cik biru, agak okeh la tapi takda la wider coverage mana sangat pon. kalau dekat penang memang la okeh, tapi kat kampung ajaib nie agak hampeh. tak adil betul cam nie kan? 

kalau nak online tu agak-agak sempat dengar sebuah lagu habih dulu baru cik musang berapi akan mengeluarkan webpage penuh.  betul betul menguji kesabaran...heeee

result exam dah keluar, provisional nyer dulu.. yang penuh agaknye next week. alhamdulillah lulus semua~ next week baru tahu pointer, heh cuak gak, main banyak semester neh. doakan saya =) semester depan tak nak main banyak dah, dah jadi kakak senior tahun akhir, kena bermuka serius pada junior... haha, kononla sangat..


later bloggy..
papai
.cik kiki.





Saturday 27 March 2010

.earth hour- satu jam untuk dunia

27hb march 2010
sabtu








"sila tutup lampu sejam"

selepas banyak malam-malam kamu yang cerah,
opss amat amat cerah...
jangan kedekut untuk hanya sejam;)
ambik sedikit masa untuk tengok bintang**
;)





untuk sesetengah negara as australia, negara pelopor earth hour ini, mereka bermula pada 8.30pm
warga usm; start 9pm till 10pm



more infomation: website earth hour here


notasukassikiki: asyik dengan lampu mata pun dah silau:)

Sunday 15 November 2009

Citer lawak dekat nak exam….




Okeh, citernyee gini, satu malam sedang orang lain sibuk study dengan gigih, aku pun gigih gak, gigih p cari kawan aku sorang neh, budak kos lain. Dah janji lame dah dengan beliau nak amik gambar-gambar aku yg ada kat beliau, dekat nak akhir semester baru aku ingat balek nak pegi ambik… dah dapat gambar, sibuk la dok tengok, yela kenangan silam…hahaha..
Abih cambesa tutup laptop, nyembang2 la*orang lain studi, tetibe si mel cakap nak tengok notes yang ada dalam lapty aku, gigih la aku membuka kembali laptop…

Uhhhh… laptop tak leh nak login, asal aku login jea password aku maka keluarla skrin kosong. Aku dah mula sedih dah neh, takpa buka balek, kuarkan bateri la*cadangan mel, baca doa macam2 neh. Tak boleh gak. Aku dah malas dah, mel jea yg dok nolong tengokkan keadaan cik lapty,. Aku suspect musti laptop kawan aku tuh virus manyak, aku pulak malas nak scan2 pendrive*yea, ok aku tahu itu adalah bad habit.

Pukul2 pagi, sapa yg nak jaga lagi time tuh, dahla dalam laptop manyak notes lecture, memang la boleh baca kat si mel dan memangla waktu tu exam lagi 2 hari, tapi aku asyik dok memikir. Mel ada la gak cuba nak memformat, selepas aku bagi kepercayaan yg penuh kepada beliau, haha tapi at last beliau tak berani gak. Biasala aku lepas dah buat benda bodo(tak scan pendrive) baru nak menyesal….hahaha

So kitaorang pon, area pukul2 lebih jalan2 la kat noticeboard sebab banyak gak la orang yg suke iklankan perkhidmatan, jual barang, topup, penghantaran, sumenyee selalunya student2 la.. selalunya ada sorang akak neh nama kak mimi, dia yg tulun aku pasal format tapi no phone dia aku terlupa letak mana, mengong tol…

Jumpa la satu iklan, khidmat penghantaran pelajar and format laptop. Nama mar, aku bajet pompuan la kan, lekat pulak kat asrama pompuan. Agak2 dekat pukul3 aku messege, cakap ginila lebih kurang,
“salam, akak saya nak format laptop, em kena virus kot, agak2 boleh siap awal tak?”

Mel marah aku, yela pepagi buta sukahati jea message Tanya leh format laptop ke tak.. abih takde pulak dia bagitahu yg perkhidmatan dia sampai office hour je ker…kan?? lagi plak kalu aku tak message confirm betul2, aku susah hati, karang kalu aku susah hati aku tak lena pula nak tito,hahahaha.. alasan mengong.
Pagi tuh orang tuh balas, “boleh jea nak format, bagitau dok desa mana nak mai amik laptop”
Aku bagitahu la gini and gini, then dia balas balek, “sebelum tuh saya nak bagitahu, yg saya nie bukan kak mar, saya nie abg mar”

Toin,toin,toin, hahahaa.. abih nak wat macam mana, wat kering jela macam takda apa2 yang berlaku, bukan nye aku kenal sangat pon dengan encik tersebut,tapi malu tahap dewa gak la, biasala pura-pura macam takda apa berlaku waktu hantar laptop.. kejap je kot dia buat pasal haritu jugak aku dapat kembali my lapty, nasib baik gakla, laptop aku pon okey, sume files ajaib ada dengan selamat.. dan aku pon dapat pengajaran berguna,
  1. Sila scan pendrive
  2. Jangan memandai jea bagi gelaran kat orang.
Dan aku jugak dapat satu kisah lawak untuk diceritakan kepada anak cucu,huhu

Friday 6 March 2009

entah ler...


Hurm, nothing much happened today, pegi lecture hxe109, tutorial class both for het123 and hxe109… urm for hxe109, semuanya berjalan lancar, the only question that been asked by the lecturer juz, “what most significance for you about these short story(secret agent)?”… aku ended up je bebel apa yang sepatutnya, Alhamdulillah, there nothing happened, huhu…tapi dalam situasi yang mendebarkan pon aku leh menghepikan hati, kadang2 aku risau gak ngn diri sendiri, kena jadi serius sket.. masa berlalu dengan cepat, bln 12 thn neh da masuk 21tahun, habis belajar nak kena fikir kerja, uh, da nak jadi orang dewasa da cik kiki… um,
Da dekat 2 minggu tak balek umah, I missing my home so, my mak, ayah, adik2, my pot2, my bilik… haha, entahlah kalu tetibe rasa nak balek hujung minggu neh aku balek kot, senin cuti lagipun.. its all depend la, pasal jumaat ne ade test for lkm400, oh lupa nak bagitahu esok ada presentation for lkm400, huhu.. ui kena pakai formal and cun2 sket la sok, selalunya aku pakai jeans and t shirt je plus encik selipar ..ui, memang bukan ciri2 perempuan idaman aku neh kan???…haha..mungkin aku balek umah sabtu kot..hehe, aku cakap gaya macam tak balek umah berbulan2, ha kalau nak tahu tuan2 dan puan2 sekalian, for dis semester..boleh kata tiap2 minggu aku balek umah.. cuma masuk minggu neh 2 minggu je aku tak dapat balek… yela jarak penang ngn perak neh bukan jauh sangat..
Oh aku nak ucapkan, selamat buat my new cousin, nuruzma nabihah mohd zaini..tahniah untuk pakndak sebab dapat anak pertama..untuk uzma, buat perangai baik2, jaga hati mama and abah…jadi anak yang baik,
Ok, papai…
m(^+^)P
kiki