thanks Mad Maureen untuk award ini. haiseh, rasa amat berbesar hati, walaupun anda cuma tagged saya untuk 7 perkara, kerana sudah habis exam dan perasaan gembira yang berterusan saya telah dengan muka tak malu berbesar hati membuat 22 perkara tentang diri ~weee
*by the way, 22 itu untuk umur sendiri pada tahun ini (eh seharusnya 21 perkara sebab my hari lahir adalah amat lambat lagi... owh tapi bila sudah terlajak kata, tidak boleh diundur kembali)hehe
notapenting: perkara yang tersenarai bukan ikut chronological, jadi no satu dan dua tidak boleh berbangga kerana dalam banyak-banyak mungkin no sembilan belas adalah penting dan mungkin juga no sembilan belas juga tidak penting~ owh membebel...
satu~ nama saya siti nurshakirah suhaimi. perkara penting tuh...
dua~ saya seorang kakak yang garang dan juga pendek.
tiga~ saya tidak sombong. orang selalu menganggap saya sebagai seorang yang sombong dan takut untuk menegur,heh... padahal bila bersembang lama baru tahu perempuan ini sebenarnya amat gila-gila dan mereng.
empat~ saya lebih sanggup tengok cerita hantu yang mengerikan daripada tengok cerita pembunuhan kejam, dan kalau untuk cerita hantu, walaupun hantu keluar err maksudnya dari movie secara tiba-tiba masih tidak terkejut compare dengan cerita seorang manusia di potong-potong dan di mesin. ketika sedang suka-suki berjalan jalan di tepi pantai. Kalau tengok cerita hantu dengan adik-adik (padahal minta adik temankan), saya akan jadi tukang inform "okeh hantu dah keluar, adik boleh tutup mata sekarang" dan sekarang tengah kumpul collection cerita hantu untuk mengusik tengok dengan adik kat rumah~heee
lima~ saya suka bercakap err bukan terlebih banyak bercakap. dan banyak kali didenda oleh cikgu kerana permasalahan ini. tapi tak pernah berubah, heee...
enam~ saya jarang tengok berita dan amat tidak tengok berita. saya cuma suka membaca surat khabar, internet untuk tahu berita. kadang-kadang kalau balik rumah, saya akan kutip surat khabar lama dan baca berita walaupun berita itu sudah lama~ tiada istilah berita basi dalam kamus hidupku..haiseh....
tujuh~ saya cuma pandai buat kek coklat selebihnya tak tahu,hahahaha..(cerita dengan perasaan bangga,heee) dan cuma ayah sahaja yang mengkata ianya sedap pada setiap tahun, *buat kek pada hari raya sahaja (seorang perempuan yang malas dan kedekut)
lapan~ setiap hari pertama balik rumah, malam pertama, saya akan tidur dengan emak.
sembilan~ terlalu suka tengok bintang, dan sedang mengumpul duit untuk membeli teleskop. :)
sepuluh~ seperti maureen, i believe in singlelicious... dan saya percaya, kalau kita ditakdirkan bersama, kita akan bersama no matter what, saya juga tidak menilai lelaki melalui kekacakan atau kehenseman, saya melihat perkara bengong-bengong yang orang lain tidak kisah
sebelas~ i'll do everything untuk bahagiakan mak ayah dan my adik-adik, owh itu juga termasuk tellypot (my kucing aka anak angkat ayah).
duabelas~ tabiat buruk, malu nak cakap; kadang-kadang tercakap dalam tidur, amat memalukan kerana si iqa (rumate sebelum) dan sya (rumate sekarang) selalu terdengar percakapan itu dan saya amat tidak menyedarinya...heeee macam "adakah betul itu aku??"
tigabelas~ sukar tidur malam, selalu pukul 3,4 pagi pon masih tak dapat tidur.
empatbelas~ rabun. pakai spek sejak dari tingkatan satu hingga sekarang, selalunya siang pakai lens dan malam baru pakai spek, dan bila tidak memakai kedua-dua perkara ajaib ini, jangan terkejut kalau tidak membalas senyuman sesiapa~ngeee
sebut pasal spek, selalu terlupa letak spek dan spek hilang tanpa dapat dikesan, atau terlalu cemerkap sampai terpijak spek sendiri... terlalu nyanyuklimabelas~ suka tengok cerita p.ramlee berulang ulang kali dan masih ketawa tak sedar diri.
enambelas~ suka dengar lagu dan cuma dengar satu lagu dalam playlist dan repeat berulang kali tanpa henti
owh saya memang perempuan yang membosankan...heee
tujuhbelas~ suka tengok movie tamil dengan ayah. dan walaupun saya ada dekat usm, ayah akan texted me dan kata "kakak, hari ni ayah tengok cerita ini dan ini, best" dan saya akan baca dan rasa amat sedih kerana tak dapat temankan ayah tengok,heee
lapanbelas~ saya suka barang murah, jualan murah dan apa sahaja yang murah:) aplikasi survivor di Usm,heeehehe
sembilanbelas~ saya suka membaca, dan jika jumpa sesuatu buku yang best, sorry apa yang berlaku sekeliling takkan dilayan.. suka bau kedai buku, suka perasaan tengok buku especially kalau buku-buku murah kat kedai secondhand bookstore... murah dan best, tapi still duit tak cukup untuk beli.
duapuluh~ suka makan, makan dan makan dan menaruh impian untuk diet sejak tingkatan satu tapi tak pernah memulakan langkah diet.. masih juga, makan, makan dan makan. aiseh
duapuluh satu~ paling suka cerita the time travellers wife, a walk to remember and he just not that into you..berkali-kali tengok dan masih ulang dan ulang.. repetitive syndrome behavior..heh
duapuluhdua~ sekarang lapar dan sudah penat la pulak menaip 22 perkara tentang saya ini. yesh.. nasib baik sudah habih...
saya ingin tagged sesiapa sahaja yang ingin ditagged, dan kalau sesiapa itu rasa 22 adalah banyak, atau sikit sila buat sebanyak mana yang anda suka...heee
6 comments :
wah bagus Cik Kiki.. Tahniah kerana berjaya menceritakan 22 perkara tentang diri anda~! XD you got an A girl!! ;)
owh... sgt happy thnkx for that A ~rase amat terharu~ haiseh....
:)
wah! smpai 22?? bynyer... hehe
nick irfan: heheee.. sedikit gila kuasa disitu:)~heeee
I love ur post, i love ur blog n I love u my fren..(^^,)
yea sayang hawa juga....:)
terimakasih....
Post a Comment