Wednesday 16 March 2011

Irfan dan pong-pong

 si irfan yang hensem walaupun tanpa gigi~ oh




rindu kat irfan,; (
irfan dah balik duduk dengan abah dan mama dia for good. mama dia dah berhenti kerja untuk jaga si irfan dan nabihah (kakaknya irfan). minggu lepas bila balik rumah, rumah rasa kosong gila, cuma ada si ecah, bayi yang melebihi had umur, cuma dapat bergaduh dengan ecah yang dah pandai membalas balik, HAHA. tak dapat main dengan irfan gemok, tak dapat bau baby yang wangi, aduh. patah hati tanpa irfan, buah hati pertama kak long ;(

evan ayah, dah berura-ura, lepas minggu neh nak pergi umah si irfan dan ambik dia duduk kat rumah. sangat dull tanpa irfan gemok, sampai ayah tersasul-sasul, ceritanya begini;

kat umah ada seekor kucing, selepas cheteh kucing ayah kena rompak dengan seorang kanak-kanak (minta dia jaga elok-elok la, tapi tang mencuri dan mengambil tanpa izin itu sangat tak baik!). lepas cheteh hilang, ada satu kucing hitam yang jatuh dalam longkang depan rumah, ecah amik bela, dan entah sapa ntah namakan 'pong', series nama tak romantik lansung! HAHA

dulu si pong jadi pilihan kedua selepas irfan, HAHA. sekarang bila irfan dah balik umah mama dia, si pong ni pun sangat la sibuk nak menonjolkan diri,

main golek-golek pemadam ecah waktu si ecah wat kerja sekolah,

main-main tali waktu semua orang tengah tengok berita

asal ada semua benda bergerak sikit mesti nak main tangkap


okeh tengah si pong main-main, kami semua tengah tonton berita, tetibe ayah instead of panggil pong oh pong, ayah pergi panggil

'irfan oh irfan'


sure hati si pong hancur berkecai, HAHA


*si pong kena usaha kuat sikit lagi nak amik hati ayah ;p

Mak yang ajaib

Cuti hujung minggu lepas, baru datang sini selepas balik rumah. Oh, lama sangat tak balik. Ingat dapat la cekalkan hati dan balik hanya bila semester ini tamat, balik dengan bawa semua barang-barang. Mak tak sihat. Dalam mak tak sihat tuh, sebab aku nak balik, masih sempat masak-masak. haiah, mak kita semua memang ajaib kan?


---
Betul, mak masih ajaib sampai hari ini, dan sampai bila-bila. ;)

Blessing in disguise

i lost my earphone lagi! ya, lagi! and i dont know and couldn't recall kat mana la cik earphone tersebut. its the tiny type punya earphone, thanks to technology! kerana proses pencarian bertambah sukar*sarcasm

aku beeeenci bila aku hilang satu barang, sebab i cant get over things easily. dan aku akan end up fikir pasal barang yang hilang selagi tak jumpa. shat. so, i'll spend my time much on recalling the memory back, from the last time i saw that thing, selerakkan semua benda dan cari, cari dan cari, kalau jumpa after that, okeh dan sangat bagus, tapi kalau tak jumpa... kamu pernah tak rasa macam tak selesa, walaupun, yeah, its just an earphone, boleh dengaq lagi lagu dari sound laptop, ya macam you can just move on pretty easily, tapi macam ada sesuatu yang tak selesai....


dulu tok selalu pesan, time takut-takut (kecik-kecik dulu memang gila penakut), waktu hilang barang tak jumpa-jumpa, baca;

"la taqhof wala tahzan, innaAllah ha ma'ana"


sekarang, sebab penyakit takut semakin kurang, selalu baca bila susah hati, bila susah hati  tanpa hilang barang atau ketika hilang barang begini ... 

Allah takkan membebani kita, Allah takkan memberi sesuatu yang kita tak mampu tanggung
jangan sedih hanya untuk perkara begini, Allah ada~


positif!
terhantuk kepala kat dinding dan tersedar!


earphone je kot, nak dengar benda lagha ja pon tadi, sebab tuh hilang ;)
*termalu sendiri sebab awal entry mula dengan emosi tinggi campur geram dan marah, malu!siap dengan perkara tak selesai bagai, just because of earphone.. bongek tol shakirah!



semoga Allah rahmati kita!
*sila senyum dan gembira