Sunday 10 October 2010

Sahabat yang manis

dapat mesej ajaib dari aida ;)
"kirah, rndu lh kt ang, apa2 pn ang kwn aku, dunia akhrt"





manis kan?
dah lama tak contact si aida, tak message atau apa.
waktu balik cuti raya hari tuh pun, takda telefon sangat, kalau dulu-dulu time sekolah menengah, tangan peluh-peluh sebab pegang telefon rumah, cakap berejam-rejam tak ingat esok nak jumpa balik kat sekolah. arwah tok selalu marah dan pelik sebab sembang lama-lama padahal esok nak jumpa, haha
rindu tok sangat-sangat!

aida pendiam compare dengan sitinurshakirah ini yang tak berhenti bercakap. tapi rasanya dia understand me well, dan sekarang dah nak masuk umur 22 tahun, kitaorang dah sampai stage tak perlu message-message atau call, dan kadang-kadang cuma message "weh, buat apa?" walaupun kadang-kadang salah seorang tak balas,
 

dulu waktu sekolah, sebab masing-masing takada duit sangat, lepas habih tolak tambang bus, cuma dapat bajet utk makan, kadang-kadang simpan duit sebab nak beli air tin paling murah, lain-lain rasa, pastu share lepas tu pergi pusing-pusing pekan sementara tunggu bus nak balik, usyar-usyar barang apa yang cantik, pastu simpan duit sikit-sikit, sementara nak ada duit, tiap-tiap hari pergi usyar lagi, sampai kakak kedai itu naik boring.


kalau kat selama cuma ada satu kedai buku yang jual buku-buku rujukan dan novel-novel, kalau hari jumaat balik sekolah awal pukul12 selalu pergi kedai buku tu, baca-baca sinopsis novel then cakap macam nak beli, tapi sebenarnya tak beli pun..haha


banyak kenangan dengan aida sampai tak muat nak tulis kat sini, dan insyaAllah kalau panjang umur banyak lagi kenangan yang nak dicipta ;)
sampai anak cucu cicit nanti, then cucu kita akan berkawan baik, kan aida? haha


rindu hang jugak!!
.kirah.



Sabtu dan ahad





semalam hari sabtu yang mendung
satu sebab cuaca yang memang mendung
dua sebab memang diri sendiri yang bermalas-malasan

hari ini juga masih hari ahad yang mendung,
satu masih sebab cuaca
tapi sebab ke dua dah tak boleh pakai lagi,
esok test harus  mesti rajinkan diri
:)


jadi sekarang sedang kalut-kalut cari nota-nota rojak campul gaul yang tulis merata-rata
dan harap-harap esok adalah soalan aplikasi bukan soalan fakta-fakta yang perlu penerangan jelas
sebab kalau aplikasi masih boleh goreng-goreng secukup rasa
tapi kalau fakta selalunya akan terbuat fakta sendiri ;p
kalah kajian encik searle and austin bertahun-tahun,
hahaha


okeh,
selamat hari ahad yang best!!
selamat pengantin baru untuk angkasawan negara!
selamat ke akhir hayat, dunia akhirat ;)


 

Saturday 9 October 2010

Kata-kata gembira dan makanan sedap






kelmarin sambil-sambil membuat tugasan ajaib dengan hati yang agak kecut, ambil masa untuk jenguk FB yang mula habuk banyak-banyak. tukar status, kemudian sign out sampai baru buka balik tadi, itupun tengok notification dekat emel, komen pertama sudah tahu, sebab tuan komen sendiri yg memberitahu secara realiti... haha

tapi komen kedua dari kakak sepupu ajaib buat hati rasa macam nak balik rumah malam ini,  



soo agak-agak apa puan hamidah masak esok?





kaknini: ayat anda mengandungi implicit performative verb yang sgt mengujikan dengan bukan satu tapi tiga repetition "makan".. hahaha



*okeh, tahu yang gambar profile picture saya sangat lucu. sangat heart tangkap gambar waktu minum
 tapi itu nisbahnya sangat kurang dengan kesukaan terhadap makanan-makanan dekat rumah esok,



ngeeeeh
(: