Saturday 5 June 2010

.pipi dan saya

Bismillahirahmanirrahim~ mari kita sama-sama doa untuk saudara kita  di palestin, seluruh dunia :)




Tadi kenduri cik sepupu, err actually macam ayahnya sepupu dgn ayah sebab tok dia adalah adik arwah tok. So kalau anak sepupu dengan sepupu, hubunganya jadi apa ek? Memudahkan cerita sepupu la kan.. haha biasala kenduri kahwin ramai sedara mara, nak jumpa orang luar susah sikit sebab kalau kenduri kat kampung nie, pusing kiri kanan sedara kita je.
Tadi (asyik mulakan perenggan dengan tadi jek, tak critical writing butui,hahaha) juga jumpa cikgu sekolah merangkap guru kelas zaman muda-muda dulu. Heeh, tetibe fikiran bersimpang siur teringatkan keindahan zaman sekolah, wah ayat tak tahan berbunga.. tapi macam bengong jek guna perkataan bersimpang siur untuk fikiran~heee
Tengah siap-siap nak pulang dengan puan hamidah, tetibe cikgu tegur... err macam rasa bersalah jugak sebab tak tegur cikgu dulu.. abih perempuan rabun macam neh apa yang nampak,hee~ kanta pembesar tak pakai tinggal kat rumah.
Cikgu: shakira, nak balik dah ka?
myself: eh cikgu~ (salam sambil peluk-peluk)
Cikgu: amboi bulatnya pipi kamu sekarang, padan cikgu tak perasan tadi~cikgu gelak
myself: ~(mati kutu tak tahu nak balas apa, sengih-sengih pastu tanya) cikgu sihat? Walaupun tahu cikgu sihat walafiat sampai siap berjalan-jalan mai kenduri. Strategi alih dari bicara topik sensitif,haha
Cikgu: sihat, kamu kat mana sekarang? ~cikgu gelak tak habih lagi neh. Tak tau nape. Pelik gak. Heee~
myself: penang, usm cikgu. Abih cikgu, sekarangkan cuti, nie tengah manfaatkan masa cuti la sekarang (sengih-sengih)~ jawapan berkias kenapa pipi bulat.haha
Cikgu: yela kamu kan duduk penang, selalu sangat kena angin pulau, tu yang pipi pun dah kembang tuh~ (cikgu cakap sambil kembungkan pipi,pastu gelak).

Abih macamana sekarang?? Berita shakira berpipi bulat akan tersebar ke sekolah,haha nasib baik sekarang cuti sekolah, fuhh... apa strategi yang patut diguna pakai sekarang?? Temptation manyak woooo, sedang berkira-kira nak diet sedangkan sekejap tadi puan hamidah sedang berkira-kira nak wat beriani isnin nih. Kalau time makan, makan sikit je, ayah akan cakap “kakak kenapa makan sikit sangat?”
“orang nak diet la ayah”
“dok diet-diet buat apa, makan je nak makan apa”
~ngeee

Macammana neh?

.cik kiki.


Notawondering: tertanya gak dari tadi, angin pulau memang akan sebabkan pipi kita bulat ker?? Nape orang lain tak pong??hahaha.. cikgu dari dulu sampai sekarang memang tak berubah, miss those
moment lor :)




Thursday 3 June 2010

.cuma petang khamis

Tak sangka membelog akan jadi semencabar ini.~hish masuk ini saja dah berapa kali refresh cik musang berapi ini dan juga beberapa kali connect, connect and connect. memang menguji kesabaran sungguh. cakap berapi-rapi wider coverage. inilah faktor utama yang membuatkan amat malas nak online, broadband ni dicipta untuk menguji kesabaran,hahahaha =P


broadband apa paling okeh agaknya? ini antara broadband cik hijau, cik kuning dengan cik biru. mana paling okeh? setakat ini dah lama pakai broadband cik biru, agak okeh la tapi takda la wider coverage mana sangat pon. kalau dekat penang memang la okeh, tapi kat kampung ajaib nie agak hampeh. tak adil betul cam nie kan? 

kalau nak online tu agak-agak sempat dengar sebuah lagu habih dulu baru cik musang berapi akan mengeluarkan webpage penuh.  betul betul menguji kesabaran...heeee

result exam dah keluar, provisional nyer dulu.. yang penuh agaknye next week. alhamdulillah lulus semua~ next week baru tahu pointer, heh cuak gak, main banyak semester neh. doakan saya =) semester depan tak nak main banyak dah, dah jadi kakak senior tahun akhir, kena bermuka serius pada junior... haha, kononla sangat..


later bloggy..
papai
.cik kiki.





Wednesday 2 June 2010

.tentang cuti

 petang tadi baru lepas hujan


baru lepas nonton, ceh cuti-cuti nie manyak sangat nonton tivi, kadang-kadang tuh macam cerita yang tak berapa nak best sangat pon, gagahkan diri juga nonton, macam sengal jek. ingat bersenang lenang tu macam best sangat, yela seminggu dua tu boleh la tahan. tapi bila dah lama-lama macam ni, agak bosan juga sebenarnya... wah, confession neh, cuti dianggap membosankan.

saya bukanlah terrer sangat tapi rasanye dah boleh hagak esok rutinnyee adalah lebih kurang jek. pepagi rumah akan riuh dengan seorang budak sekolah rendah dan seorang budak sekolah menengah, pepagi buta baru nak susun buku la, cari stokin la. seluruh masyarakat rumah akan kecoh. heh, selalunya lepas subuh akan sambung tidor semula. kalau sambung tidor dan  mimpi lama-lama, encik suhaimi akan panggil dengan suara garang.so pandai-pandai amik hati beliau di pagi hari,hahaha tido sila berpada-pada~heeee

lepas tolong mak masak sikit-sikit, kemas rumah serba sedikit, lepak-lepak banyak-banyak~hahahaha dengar cerita budak-budak tu balik sekolah, selalunya ecah akan ada banyak cerita. then dia pegi sekolah agama petang, syarul dgn mak layan cerita tasbih cinta. then, me off masuk bilik. dengar red sambil bace komik, semua komik lama-lama dah khatam, heee~shin chan dah habih minggu lepas, so minggu ne detektif conan, tapi tak banyak la komik conan, ade tak yang nak bagi pinjam?? 

interframe jap:
ha, haritu pinjam novel cik nini, tajuknyee "jaja&din" uh sangat best, best dan best. sila baca banyak kali. okeh, nanti wat entry tentang novel ajaib ini.

sekarang neh petang-petang ada hobi baru, main badminton then 630 tengok drama indon yang best bangat "benci bilang cinta",heee~

lepas magrib ajar ecah mengaji then sambung jadi guru tuisyen tak bertauliah. then nonton sampai 12 malam, kadang-kadang dengar red nite love song tengah-tengah malam, pastu perasan  semua lagu ditujukan buat diri sendiri,then lepak-lepak sampai mata mengantuk


okeh, tak payah cakap~ membacanya saja buat anda mengantuk~yeee

.cik kiki.


notamalam-malam: tapi bila duduk dengan ur family, bosan-bosan tu kadang-kadang boleh bertukar jadi cuma 0 point beberapa percent :)