Saturday 26 September 2009

.kuiz lagi

em tengah dok mengechek akak facebook, pastu adalah dapat invitation wat kuiz neh.. kuiz tentang tarikh lahir.. dan inilah jawapannya, aku lahir 15/12/1988(sila catatkan tarikh tersebut dalam planner anda..haha)




no.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini.
Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja.(sila pastikan mak den tak baca ayat ini..)
Anda sangat pandai dalam pelajaran (yeker? patutnya ayat sebegini, anda suka melewatkan study dan banyak main dan berseronok)
dan pengurusan perniagaan.(ni pon salah, patutnya ditulis, aku sebagai pembeli yang bijak)
Anda seorang genius(nak termuntah..),
baik hati (yeker??),
mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak(ni lagi nak termuntah hijau). Semua benda yang baik akan datang pada anda(amin, insyaAllah).
Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda.(true.. aku masih mencuba sedaya upaya)
Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. (harap aku dapat jadi macam tuh,huhu)
Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.(hmm... belum ketemu lagi,)

kiki yg suka berseronok

.berjalan-jalan

huhu, selamat pagi dunia.. haha, tadi pergi berjalan-jalan di bukit jambul, em cik izian my bes friend dari form1 ada datang ke bilik ajaib aku... so sebagai tuan rumah yang bestari, aku membawa dia berjalan-jalan lepas balik dari library tadi... mula-mula pegi bukit jambul aka bj pastu p tesco jap.

adala beberapa splendid moment yang terjadi tadi, haha... gambar adalah seperti dibawah;
aku dah penat nak taip, upload gambar jela ek..
cik kiki yang sedang perasan di dalam sebuah kedai*aku tak beli pon spek tuh...haha





cantik tak??kasut pink kaki aku, grey milik izian*kitaorang tak beli pon kasut berkenaan, saje je perasan-perasan jap...


kasut yang agak cantik... ade riben2 dan tumit tinggi*sesuai untuk orang yang rendah seperti aku..haha


kasut yang nampak biasa tapi percayalah, selesa*huhu(walaupun selesa, kami tak beli pon kasut berkenaan)


kasut untuk formal-formal, tapi suka hati la kan kalau nak pakai waktu bila pon..hehe*aku suka yang warna putih izian pakai.. cun kan??(kitaorang tetap tak beli, ongkos takde)


cantik tak??huhu, yang grey tuh cantik kalau tengok betul-betul*em harga dia pon cantik sebenarnya.. haha, aku tak beli pon..

biasala kalu berjalan-jalan window shopping, sure banyak mende-mende yang cantik, huhu. mende-mende yang cantik sedemikian aku hanya mampu jadikan kenang-kenangan melalui gambar-gambar di atas*ayat yang syahdu kononnya.

em nak wat confession sket, aku ada beli sepasang kasut warna hijau yang bagi aku amat berbaloi, sebab cantik+murah+selesa yang paling penting...harganya rm15..em berbaloi tak?? huhu



so sekian sajalah post tentang jalan-jalan neh.. gumbira-gumira selalu..

p/s; window shopping adalah antara penawar tensen dan kesedihan yang bagus*kata-kata dipetik daripada cik lala(bukan nama sebenar)haha


kiki aka shopper






Friday 25 September 2009

.jap

huhu...
nak pegi mandi jap lepas penat online.. zohor pun da masuk then nak pergi cik library jap.. pastu nak pegi jalan-jalan jap... hehe awal-awal pagi lagi mak aku dah telefon.. risau sebab hostel waktu neh tak ramai orang, insyaAllah tak ada apa-apa...
ui belum lunch, lapor..huhu
baru datang sehari, dah rindu umah balik....

p/s; semalam si mel and kalai ada bagitahu creepy story kat sini beberapa hari lepas...hahaha