Thursday 24 September 2009

.em bebel jap

malam neh gelap lagi, macam malam-malam selalu kat usm neh, penang memang selalu hujan... tapi
walau sejauh mana perasaan aku suka tengok hujan, tapi tak sesedih bila tak ada bintang lansung
yang menjengah langit. huh, mengong aku neh...

aku baru sampai dari rumah tercinta ke bilik ajaib neh, sunyi sepi betul. tak ada orang kat
hostel... kawan-kawan aku kalai, mel, mint, el ada la.. si mint, mel and el budak sabah sarawak
so cuti seminggu dua diorang tak balek.. kalai budak penang jek, balik umah tak sampai 10 minit,
mak aku agak payah nak benarkan aku membalikkan diri awal, mood raya tak habih lagi..hehe.
dari time aku sampai petang tadi sampai sekarang,

mak aku dah,
telepon sekali tapi aku tak angkat, *mandi
telepon pula kali kedua aku pegi ambik air, *bekalan air kat bilik dah habih..huhu
ayah aku message tanya,
"kakak kenapa tak angkat mak hang telefon, mak hang risau.."
dan baru sebentar tadi mak aku message lagi...

moral of the story; mak kita semua memang sayang kita, dan walaupun aku neh asyik
lalai dan leka, aku pun sayang mak aku...sayang ayah gak...

aku neh ada masalah dengan charge telefon, sebab aku selalu lupa. sedar-sedar bateri dah habis.
aku cuba sedaya upaya untuk mengingatkan aku dengan keadaan ini seperti;
sebelah bantal aku tidur, aku letakkan akak charger.. tapi most of the time sebab aku
selalu tidur lambat, dengan mata dah mengantuk amat..
aku tak ingat pun kat akak charger kat sebelah bantal,haha dan aku ended up,
tak charge tepon..



pelik kan?? kita banyak lupa, dan pelik jugak bila hati takkan dapat lupakan sesetengah perkara..
dan kalau hati atau akal tak dapat lupa sesuatu perkara tu, adakah tu tunjukkan yang perkara tu
penting atau sebaliknya..

kiki melalut lagi,
sengal..
gumbira semua eh..

Tuesday 15 September 2009

Tengok bintang

aku paling suka bintang, macam bila kita pandang langit gelap, gelap itu jadi hilang sebab bintang... entah aku tak tahu untuk cakap kenapa dan mengapa, waktu sekolah menengah aku banyak habiskan masa tengok bintang-bintang kat langit, aha*waktu muda-muda, aku dengan sorang kakak sepupu selalunya akan buat air teh sorang satu mug dan habiskan masa bersembang bawah pokok depan rumah... tengok bintang. .

aku nie terlalu banyak berangan, dan terlalu optimist dengan angan-angan tu, banyak mencipta angan-angan dari gugusan bintang kat langit. lupa. lupa yang ...


---
Sambungan ayat yang di biar, kemudian...

.kita semua mencuba



kita tak boleh hidup dengan jadi sceptical dan meragui semuanya, dan buang semua rasa percaya kita pada orang lain, aku percaya hidup nie, we need each other.. macam we complete each other. tapi sejauh mana 'complete" tu hingga kita dapat meletakkan our whole kepercayaan. dan kita tahu walau apa jadi, dia takkan rosakkan kepercayaan tu. susah kan dunia?? kadang-kadang orang yang paling dekat tapi sebenarnya adalah yang paling jauh, dan lebih kesian bila kita tak sedar "kejauhan" tuh.

aku optimist, bukan yang terlalu optimist tapi aku harus menyebut selalu yang aku optimist agar aku terus... bohong kalau kita tak rasa apa-apa dengan apa yang berlaku dalam hidup kita, tapi dengan rasa suka atau sedih, kita kena bangun.. sedih dan kecewa bukan alasan untuk rebah dan jatuh.(bunyinya terlalu indah bila kita tulis, haha realitinya kita semua manusia)

seperti mana kita pernah menangis sebab terluka dengan sesiapa, malah mungkin sesiapa juga pernah merintih kerana kita. bila marah dan sakit hati datang, kita marah sangat tapi entah masa depan kita ketawa gembira dengan orang yang sama. kita tak tahu. mungkin betul hidup ni bagai roda... tapi tetap, putaran roda tu kita tak tahu. kita cuba, kemudi roda tu, putar ikut putaran kita, tapi masih kita takkan tahu, roda yang sama akan berhenti atau terus berputar. dan kalau berhenti, adakah roda tu akan berhenti ditempat yang kita suka?? tapi sejauh mana kita mencuba, sejauh itu jugalah mereka yang lain juga mencuba,

semua orang mencuba, bukan cubaan kosong... tapi mencuba dengan banyak harapan bahawa bahagia akan ada di akhirnya...


kiki