Wednesday, 2 February 2011

Bahagi dan tolak




sekarang sedang membahagi tolak, samada harus stay dihostel yang sunyi sepi ini, atau pulang rumah. sudah balik rumah minggu lepas 5hari(cuti awal dari manusia-manusia lain,HAHA) dan dan baru sahaja datang 2 hari. 

tapi kalau balik rumah esok, ertinya harus bawa balik buku teori komunikasi yang sampai sekarang tak terhadam. belum tambah lagi dengan buku-buku subjek elective. dan juga kerja-kerja yang menimbun, haih*keluh panjang. datang awal dengan azam mahu selesaikan semua perkara-perkara ini. tak sedar duduk seorangan begini rupanya sangat bosan. bosan sampai asyik makan dan makan. kemudian telefon rumah dua tiga kali sehari, kemudian sambung makan lagi. HAHA.


sambung fikir, patut balik ke tak.


Setapak lagi


ikutlah dengan seluruh jiwa,
bawa berlari kedunia nyata,
kemudian banyak merasa derita,
tidak mengapa kita mahu berjasa.
(halim anuar, setapak lagi) 

Friday, 28 January 2011

Sisi hitam



aku mahu kata yang satu, tapi
mungkin bukan aku sepatutnya
kata. jadi aku diam.
dalam gelap. tiada bayang
. aku belajar bisik.
ktrygftrrgwt. rupanya tiada vokal.
diam.
aku pejam.
selebihnya hitam.

kikisuhaimi
28 januari 2011