dapat mesej ajaib dari aida ;)
"kirah, rndu lh kt ang, apa2 pn ang kwn aku, dunia akhrt"
manis kan?
dah lama tak contact si aida, tak message atau apa.
waktu balik cuti raya hari tuh pun, takda telefon sangat, kalau dulu-dulu time sekolah menengah, tangan peluh-peluh sebab pegang telefon rumah, cakap berejam-rejam tak ingat esok nak jumpa balik kat sekolah. arwah tok selalu marah dan pelik sebab sembang lama-lama padahal esok nak jumpa, haha
rindu tok sangat-sangat!
aida pendiam compare dengan sitinurshakirah ini yang tak berhenti bercakap. tapi rasanya dia understand me well, dan sekarang dah nak masuk umur 22 tahun, kitaorang dah sampai stage tak perlu message-message atau call, dan kadang-kadang cuma message "weh, buat apa?" walaupun kadang-kadang salah seorang tak balas,
dulu waktu sekolah, sebab masing-masing takada duit sangat, lepas habih tolak tambang bus, cuma dapat bajet utk makan, kadang-kadang simpan duit sebab nak beli air tin paling murah, lain-lain rasa, pastu share lepas tu pergi pusing-pusing pekan sementara tunggu bus nak balik, usyar-usyar barang apa yang cantik, pastu simpan duit sikit-sikit, sementara nak ada duit, tiap-tiap hari pergi usyar lagi, sampai kakak kedai itu naik boring.
kalau kat selama cuma ada satu kedai buku yang jual buku-buku rujukan dan novel-novel, kalau hari jumaat balik sekolah awal pukul12 selalu pergi kedai buku tu, baca-baca sinopsis novel then cakap macam nak beli, tapi sebenarnya tak beli pun..haha
banyak kenangan dengan aida sampai tak muat nak tulis kat sini, dan insyaAllah kalau panjang umur banyak lagi kenangan yang nak dicipta ;)
sampai anak cucu cicit nanti, then cucu kita akan berkawan baik, kan aida? haha
rindu hang jugak!!
.kirah.