Bismillahirahmanirrahim~ mari kita sama-sama doa untuk saudara kita di palestin, seluruh dunia :)
Tadi kenduri cik sepupu, err actually macam ayahnya sepupu dgn ayah sebab tok dia adalah adik arwah tok. So kalau anak sepupu dengan sepupu, hubunganya jadi apa ek? Memudahkan cerita sepupu la kan.. haha biasala kenduri kahwin ramai sedara mara, nak jumpa orang luar susah sikit sebab kalau kenduri kat kampung nie, pusing kiri kanan sedara kita je.
Tadi(asyik mulakan perenggan dengan tadi jek, tak critical writing butui,hahaha) juga jumpa cikgu sekolah merangkap guru kelas zaman muda-muda dulu. Heeh, tetibe fikiran bersimpang siur teringatkan keindahan zaman sekolah, wah ayat tak tahan berbunga.. tapi macam bengong jek guna perkataan bersimpang siur untuk fikiran~heee
Tengah siap-siap nak pulang dengan puan hamidah, tetibe cikgu tegur... err macam rasa bersalah jugak sebab tak tegur cikgu dulu.. abih perempuan rabun macam neh apa yang nampak,hee~ kanta pembesar tak pakai tinggal kat rumah.
Cikgu: shakira, nak balik dah ka?
myself: eh cikgu~ (salam sambil peluk-peluk)
Cikgu: amboi bulatnya pipi kamu sekarang, padan cikgu tak perasan tadi~cikgu gelak
myself: ~(mati kutu tak tahu nak balas apa, sengih-sengih pastu tanya) cikgu sihat? Walaupun tahu cikgu sihat walafiat sampai siap berjalan-jalan mai kenduri. Strategi alih dari bicara topik sensitif,haha
Cikgu: sihat, kamu kat mana sekarang? ~cikgu gelak tak habih lagi neh. Tak tau nape. Pelik gak. Heee~
myself: penang, usm cikgu. Abih cikgu, sekarangkan cuti, nie tengah manfaatkan masa cuti la sekarang (sengih-sengih)~jawapan berkias kenapa pipi bulat.haha
Cikgu: yela kamu kan duduk penang, selalu sangat kena angin pulau, tu yang pipi pun dah kembang tuh~ (cikgu cakap sambil kembungkan pipi,pastu gelak).
Abih macamana sekarang?? Berita shakira berpipi bulat akan tersebar ke sekolah,haha nasib baik sekarang cuti sekolah, fuhh... apa strategi yang patut diguna pakai sekarang?? Temptation manyak woooo, sedang berkira-kira nak diet sedangkan sekejap tadi puan hamidah sedang berkira-kira nak wat beriani isnin nih. Kalau time makan, makan sikit je, ayah akan cakap “kakak kenapa makan sikit sangat?”
“orang nak diet la ayah”
“dok diet-diet buat apa, makan je nak makan apa”
~ngeee
Macammana neh?
.cik kiki.
Notawondering: tertanya gak dari tadi, angin pulau memang akan sebabkan pipi kita bulat ker?? Nape orang lain tak pong??hahaha.. cikgu dari dulu sampai sekarang memang tak berubah, miss those moment lor :)
Tak sangka membelog akan jadi semencabar ini.~hish masuk ini saja dah berapa kali refresh cik musang berapi ini dan juga beberapa kali connect, connect and connect. memang menguji kesabaran sungguh. cakap berapi-rapi wider coverage. inilah faktor utama yang membuatkan amat malas nak online, broadband ni dicipta untuk menguji kesabaran,hahahaha =P
broadband apa paling okeh agaknya? ini antara broadband cik hijau, cik kuning dengan cik biru. mana paling okeh? setakat ini dah lama pakai broadband cik biru, agak okeh la tapi takda la wider coverage mana sangat pon. kalau dekat penang memang la okeh, tapi kat kampung ajaib nie agak hampeh. tak adil betul cam nie kan?
kalau nak online tu agak-agak sempat dengar sebuah lagu habih dulu baru cik musang berapi akan mengeluarkan webpage penuh. betul betul menguji kesabaran...heeee
result exam dah keluar, provisional nyer dulu.. yang penuh agaknye next week. alhamdulillah lulus semua~ next week baru tahu pointer, heh cuak gak, main banyak semester neh. doakan saya =) semester depan tak nak main banyak dah, dah jadi kakak senior tahun akhir, kena bermuka serius pada junior... haha, kononla sangat..