Saturday, 20 March 2010

.saya beberapa hari lepas



uh, lama tidak ngupdate belog.. alasan malas boleh terima tak???`ngeeh
banyak perkara yang macam hampeh berlaku dua tiga hari lepas, owh tapi tidak perlu risau saya masih "shining' seperti selalu;)


"saya sedang belajar control emotion, sedih tak perlu terlalu sedih"

tapi still,
banyak jugak perkara yang best, hepi-hepi dan indah-indah~huhu

minggu lepas encik sepupuku kahwen.. nah nie mesti la tergolong dalam kategori hepi-hepi. weh bercinta 8 tahun kot, lama tau.. bukan sesenang je nak sampai tahap neh,huh amat besh macam tuh kan??

perkara besh kedua adalah balik rumah, lepak2, bermalas-malasan, bergaduh dengan adik-adik, makan tanpa henti, tido dengan selesa, mandi berjam-jam, membebel, dan segalanya yang amat disukai.


saya sedang enjoy every moment, mungkin banyak perkara yang bagi setengah manusia lain adalah benda biasa yang tidak besh amat. saya pilih menghadapi semuanya secara besh, tengok permandangan dalam bas rapid pun i senyum sensorang sampai mak cik sebelah fikir i ada masalah..~ngeeh, saya tidak kisah.

tapi tipu kalau sesekali tak rasa bengang atau macam hampeh,

sedang rasa bengang,
bengang dengan diri sendiri yang nyanyuk dan pelupa tahap teruk.
tertinggal charger kat rumah~sedang mengahadapi pembalasan atas nyanyuk sendiri
kerana saya cuma memakai hand phone chap rama-rama yang tiada manusia lain sanggup nak pakai jenis handphone begituan, amat payah nak pinjam charger orang.. huh, okeh, sedang menjadi lost connection dengan semua orang.

tapi ada juga perkara baik,

macam i call my mum sehari dua kali sejak tak ada hand phone~kalau ada hand phone mak yang called i,hehe
sedang kembali pada nature~ kepala hotak engkau la kiki!!
tapi sekarang dah ada phone dah, my cik yah(mak saudara) telah memberi telefon gantian...

moralnye; telekomunikasi sudah amat penting sekarang.

mendapat asigment baru, disaat-saat lagi 3 minggu nak exam. sungguh bless bukan? ok bukan satu atau dua, tapi tiga..
tiga asignment untuk subjek 1 asignment utk subjek memasak(subject terpaksa di rahsiakan), 2 untuk subjek mengemas (subject juga terpaksa dirahsiakan)
amat indah kan?
yeeha..


sila hepikan diri selalu,
apa pun berlaku..
;)

.cik kiki.

Wednesday, 10 March 2010

.sila mengambil risiko mencuba


         

 “twenty years (kalau masih bernafas dibumi Allah ni) from now you will be more disappointed by the things that you didn’t do than by the ones that you do”



sedang meraptai my persuasive speech "dare to take risks".. 
okeh tak tajuknyee?*ngeeh
sila berani ambil risiko 
err..bukan la macam amik risiko mende-mende yang tak berfaedah,
ada batasan la, bukan amik risiko membuta tuli,
dah besar kan??
sila la sama-sama kita fikirkan sendiri;)

pergi dulu,
.cik kiki.

wish me luck:)
 

Tuesday, 9 March 2010

.my whole week..*i guess

jemput minum*sedang minum teh susu segera cap boh yang rasanya amat pelik.







tadi hari isnin, okeh itu maksudnye hari sebelum nie. sebab sekarang dah hari selasa~wee
permulaan minggu yang bagus sesangat
selepas semalam berhempas pulas pergi ke toilet dan 'amat kurang membaca buku'
sepatutnya test.
dalam bus yang bersesak sesak dengan pelbagai manusia kampus,
dan aku sedang sweating~ akibat cuaca yg indah
ngeeh..
iqa called,
sekali, tak sempat nak jawab,
kedua kali, kalut menjawab,
"class cancel"
adakah patut sedih atau gembira?

sedih; sebab dah almost sampai class setelah bangun dan bersiap dan bermekap bagai nak rak untuk inspirasi ketika menjawab test..erk perlu ker?

gembira; sebab ada manyak-manyak masa nak membaca lagi...



so saya memilih gembira;)


ini adalah minggu yang bahagia, 
ada satu asignment untuk disiapkan, yay almost siap*berpandangan positive amat
itu adalah kerja berkumpulan bersama sahabat baik sendiri,
senang nak menyusun atur
berdoa untuk 'A' insyaAllah
*ala-ala confident jee, perasan lebey..



dan juga satu speech untuk persuade orang,
ini utk my course yg tanpa exam,
menumpukan sepenuh perhatian atas bebelan aka speech/public speaking
minggu neh speech to persuade..
apa yang cik kiki nak pujuk orang neh suruh ikut??
yay, otak mengong
ada beberapa cadangan..
macam,

1. stop giving excuses... err tak tahu sambungan aper?
macam okeh jugak la, ajak orang jangan asyik nak memberi alasan je. sila buat apa yang anda patut buat dengan sehabis baik.*tapi ini macam bercakap "menepuk talam terpercik muka sendiri"*betulkah peribahasa itu?' macam pelik jee..
*taknak la menjadi orang yang hanya bercakap bagai nak rak nasihati orang tapi diri sendiri tidak sepertinya..

2. take time to tell your parent that you love them...
sukee, sebab ramai orang yang tak express love yang secukupnya dekat ibu dan bapa, asyik mengexpress pada kekasih cuma, haha*kata-kata berbau cemburu..~ngeeh

payahnyee nak persuade orang, sebab kalau tersalah persuade boleh jadi infomative speech, itu sudah lari tajuk. markah juga akan lari, mungkin akan consider beberapa lagi topik yang lain.
*ada ker masa lagi?? eh, ade je.. cuba apply positive thinking sekali lagi...hehe



owh hari rabu pun saya amat suka hari rabu,
presentation rabu ini, selepas 2 minggu tertunda atas segala hal.. insyaAllah
then speech "sudah mula rasa rama-rama dalam perut"
test PR, pada malam hari rabu yang indah.

khamis kosong, cuma satu kelas.
itupun petang,
so khamis adalah hari final touch untuk asignment.
baca untuk test jumaat



jumaat yang bahagia amat,
kelas PR,
lalalalalalala
next replacement class; test

balik rumah tercinta
untuk kutip rasa gembira diaorang kat rumah, jadi pendinding..haha;)


there will be kenduri encik anchik my sepupu (sabtu sebelah puan ancik, ahad sebelah beliau)
tangkap gambar manyak-manyak untuk upload kat blog,
amat tidak janji okeh...


nota kiki: apa yang ada kat atas cuma rancangan, selebihnya Allah yang Maha Kuasa;)


doakan me;)
.cik kiki.

pesanan penting: kadang-kadang minum teh susu yang konvensional, si teh campur susu pekat manis lebih enak daripada teh susu yang telah melalui transformasi.

okeh, sekarang boleh panggil aku cik kuno=P